Saturday, May 22, 2010

Epilog : 3 tahun kemudian


Bismillah
Desa Rishah, 22 May 2010, 10.19 pm
Malam terakhir, ktorg menghadiri program terakhir iaitu majlis makan malam di restoran pondok cabe. Ktorg  Cuma dengar ucapan, dan makan. Ktorg yang dari Malaysia ni, ambil kesempatan tuk menyanyi bagi menghargai dorg. Mana tah saya dapat kekuatan nak nyayi sambil goyang kaki kat depan suma org. haha. Menarik2.
Dan esoknya, merupakan hari keberangkatn kami pulang ke tanah air. Walaupun tak semua teman2 UMY yang dapat datang, its okay. Ktorg tau kalian punya final exam. Good luck ok. Even though hari tersebut adalah hari terakhir ktorg di Indonesia, masih ada cabaran besar dan bodoh yang terpaksa ktorg tempuh. Benci sgt. Ktorg kena tahan imigresen sebab balik lewat sehari . rupanya kami dah ada di Indonesia lebih sehari. Memang dalam passport tulis 20 April- 20 mei, tapi bila di kira2 balik sebenarnya ada 31 hari. Cubalah kira tgok. 200000 rp tiap org. maknanya jadi 2 juta semuanya~nasib baik Aikol yang bayar. Sekian .Terima kasih.
Epilog : 3 tahun kemudian
Kepanasan mengejutkannya dari tidur. Dia terpinga2 melihat keadaan sekeliling. Patutlah, air cond dah di off rupanya. Kedekut air asia. Orang lain masing2 kelam kabut berdiri dan mengambil hand luggage masing2. Owh , dah sampai… dah tiga tahun tak balik. Sekarang aku dah sampai pun. Getus hatinya. Perjalanan selama  14 jam ditambah 2 jam transit di Lapangan TerbangAntarabangsa Moscow menyebabkan badannya lenguh2 dan sengal. Pengalaman selama 3 tahun di United Kingdom menjadikan dia seorang yang baru. Sendirian di tempat orang mengajarnya menjadi lebih berdikari.
Pengalaman itu, adalah pengalaman terindah dalam hidupnya. Di tanah itu, dia kenal manusia, siapa sayang siapa,siapa kawan siapa, dan bermacam cerita lagi. Jauh di sudut hati, dia sendiri benci , marah, dan jika boleh, menafikan pemergiannya pulang ke tanah air.Kerana banyak kenangan,dan kawan2 yang ditinggalnya di tanah itu.
Tapi apakan daya, perjalanan ini masih jauh. Hidup ini masih panjang dan cabaran mendatang adalah lebih besar dari cabaran yang dilaluinya di United Kingdom. Masih banyak yang perlu dia pelajari. Dalam hatinya mengharapkan pengalaman ini,menjadikannya lebih dewasa, dan lebih menghargai manusia.
                           *                              *                                *
Tinta penulis :
Saya mengucapkan terima kasih kepada pembaca2 yang sudi membaca blog saya. Yep saya tahu, follower saya cuma sorang. *makasih kak paan,temen2 yang lain sila ikut ya, takde la malu sgt bila org baca entry ni, haha* but then I believed that there are people who read my blog. Thanks readers. Sokonglah saya dalam menjadikan seorang yang rajin tuk update blog. Hehe. Sejak sebulan, mana datang tah kekuatan n semangat nak update blog tiap2 hari. Teman2 di UMY, terima kasih . tak lupa pada dorsen Pak Yordan yang mengikuti blog saya. I can’t thank enough for teaching us and what so ever. Pada Pak Iwan, Pak Ido, Pak Endrio, Mbak Isni dan semuanya terima kasih. Kepada UIA,Dr Hanif dan Dr Iqbal, terima kasih atas peluang ini.
*Kepada orang itu yang aku sendiri tak kenal, weh lantak aku lah apa aku nak tulis dalam blog aku. Ko nak cakap aku belagak ke, aku bangga ke, aku punya suka. Memang aku bangga. Memang aku bangga dengan hidup aku, dan bangga dengan apa yang aku capai setakat nie. Suma ni allah yang bagi. Dan aku akan jadi manusia paling takbur dan munafik kamu aku tak berterima kasih pada allah atas rezeki yang allah bagi kat aku. Nanti tak pasal2 aku kena sambar petir.Ko jangan dengki kalu hidup ko tak sebaik hidup aku. aku usaha untuk jadi aku yang sekarang*
Dan terima kasih kepada kawan2 e, afif, izaz, asyraf, anas, abg paan, sebab sokong saya selama kita semua di tempat orang. Pengalaman kita, menjadikan kita lebih rapat, dan lebih kenal antara satu sama lain *insyaalah*~ itu yang saya harapkan dalam perjalanan nie. Allah, perkenankan doa aku, jadikan aku manusia yang lebih bersyukur dan lebih menghargai hidup ini.
Pengalaman itu :  “weh lapaq la, jom makan lasehan” saya igt sampai bila2. Sumpah seranah abg paan tiap2 pagi, makian pedas afif kalu dia marah, marah e bila saya buat salah, izaz yang selalu kacau saya, kesangapan  acap pada ayam bakar, dan kegilaan anas dengan kameranya-semua adalah kenangan yang terindah.  E, terima kasih sebab ada. Dan saya sentiasa percaya. Hilang kamera buat saya jadi bodoh dan bengap sebentar . Yes, saya memang anak kecil yang masih belajar untuk jadi dewasa. Walaupun dah 20 tahun bernafas.
Maafkan saya atas kekhilafan itu . Sesungguhnya, saya masih belajar untuk jadi manusia, saya belajar untuk jadi dewasa.
Kepada pembaca yang terlepas mengukuti siri Cinta Dari Jogjakarta, saya dah sediakan link dibawah. Pilih lah dan enjoy yourself. Terima kasih atas sokongan anda. Saya akan lebih rajin untuk menulis. Ada rezeki, musim baru akan menyusul beberapa tahun lagi. Haha. Saya sendiri pun tak tau. Doakan lah saya berkesempatan lagi ke luar negara. ;p *Daniel is over reacted,haha*
Kalu entry ni masih belum cukup untuk menghargai2  anda dan nama2 diatas, maafkan saya. Hanya Allah yang mampu membalas jasa2 kalian.
Kenangan itu adalah sampai bila2.

Episod 1: Jakun tak pernah naik kapal terbang
Episod 2 : Ayam talewang kecik ;p
Episod 3 : Belajar Rindu baru dan Sabar Baru
Episod 4 : Malaysian Hall
Episod 5 : Semalam yang membosankan
Episod 6 : Lensa Cinta Muhammadiyah
Episod 7 : Gila di Kota Malioboro
Episod 8 : Kebakaran di Candi Borobudur
Episod 9 : Gambar tudung tuk umi
Episod 10 : Salak Jantan dan betina
Episod 11 : Lagenda Alun-Alun Selatan
Episod 12 : Muhammadiahnism vs Kejawen
Episod 13 : Restoran Malaysia
Episod 14 : Pantai Kuwaru n Pantai
Episod 15 : Bila bleh kuat nie?
Episod 16 : Menongkah Arus Jakarta
Episod 17 : Menongkah Arus Jakarta , Destinasi kedua
Episod 18 : Menongkah Arus Jakarta : Penginapan
Episod 19 : Dirasuk Hantu bandung
Episod 20 : We all in this together
Episod 21 : Kami sayang umi
Episod 22 : Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian
Episod 23 : Batik + Kenduri
Episod terakhir : Terima Kasih teman2 UMY