Sunday, May 29, 2016

If you are going to Tokyo, why not take a short trip to the wonderful Hakone?



Morning Glory from Japan!
Saya mulakan entry terbaru ni berkenaan dengan nape sy dtg japan lagi skali less than a year selepas sy dtg pada August 2015  for 2 weeks work trip.

This time, bukan backpacking style- secara gamble. Sebab kali  ni saya jadi tour guide utk Umi and her 2 friends, dan adik. Kononnya ni trip jejak kasih. sebab nak bawa my mom jumpa kawan lama mereka yang dah 30 tahun tinggal di luar negara. My last trip to Japan was August 2015, link ----> di sini. Saya sempat singgah ke rumah auntie Halijah, school mate my mom dekat Koiwa. since Ade kawan yang tinggal di Japan, my mom and her friends tak nak lepaskan peluang ke sini. kalu xde auntie Halijah, xde reason utk dorg dtg katenye . In fact, auntie Halijah beriya2 minta sy bawa umi dtg Japan sementara dia masih tinggal di Tokyo. Sebab nye, auntie and her family akan balik ke Malaysia for good this coming June. To my surprise, tiket masa ni sangat murah. Kami dapat Japan Airlines hanya RM1400 sorang return. Harga normal adalah RM3500++

Mak ngah Azizun, Umi Saya & Mak Ndak Halimatun. Belakang tu classmate mereka juga yg kerja di KLIA. Masa ni tengah tunggu flight ke Tokyo. Mereka orang paling excited dalam trip kali ni. lols
Tinggal di rumah auntie Halijah, sekurang kurangnya, accommodation expenses boleh save. Sebab hotel/hostel di Tokyo sangat la mahal. Even AirBnB. So, trip kali ni, saya plan utk jalan keluar sikit Dari Tokyo. Sebab last time, sy cuma ada 2 hari utk explore Tokyo. Setakat Shibuya, Ueno, Asakusa je sempat.nak explore.

This time, pergi Hakone, which is dekat Kanagawa Prefature. So this post somehow nak bg idea kpd all readers, yang nak kan ketenangan Dari kesibukan kota Tokyo, boleh la dtg ke Hakone. The trip is less than 2 hours Dari Tokyo. this short trip bole complement to those yg xde idea nak jalan selain Tokyo. atau Mt Fuji. Info terbaik berkenaan Hakone dapatkan disini

Trip ke Hakone bole dimulakan bermula Dari Shinjuku Station. Ade juga lokasi lain but as for my experience, saya bermyla Dari Shinjuku Sahaja. Cuaca di Hakone is more or less mmc Cameron highland but super duper awesome dari Cameron Highland yg sedih. Hakone adalah kawasan popular utk Onsen / Japanese traditional hot spring yg Sgt best. Cuaca sejuk2 berendam air panas geli-geli mmg sedap tidur mlm especially dalam kapsul yang sangat selesa.

Ade dua pilihan yang boleh dipilih oleh pelancong yang ditawarkan oleh mereka.

Boleh ambil Hakone FREE PASS yang cover semua transportation sepanjang di Hakone termasuk return keretapi dari Tokyo ke Hakone. Terdapat dua pilihan jenis  free pass. 2 days atau 3 days. Pilihan kenderaan juga ada dua. Melalui Rapid Train biasa yang kene transfer di Odarawa Station ataupun ambil Romance Car (direct dari Shinjuku terus ke Hakone Yamato Station xpayah transfer kat Odawara Station).

Klik di sini untuk info mengenai Hakone FreePass yang sebenarnya bukanlah Free.  Tapi lebih untung ambil Hakone Pass daripada Fare Biasa

Perbezaan antara Regular Fare & Hakone Free Pass. Ni adalah harga Rapid Pass. Bukan Romance Car. Utk harga Romance Car, boleh rujuk link di bawah.

1. Rapid Train Biasa     http://www.odakyu.jp/english/deels/freepass/hakone/ -  Ambil Hakone Free Pass (sama ada 2 atau 3 hari). Free pass ni akan cover return trip shinjuku-hakone-shinjuku dan juga segala Jenis transportation semasa kat Hakone ( Jaringan Bas, Tren, Kereta Label, Ropeway, Cruise).  Ianya free seat mdm normal subway/LRT in which Ade high possibility kene berdiri sepanjang 1 jam setengah. so xsesuai la pade yg bawa org tua. kesian mak sy n kawan dia. Since I didn't know this,sangat menyesal x amik Romance Car yg mcm ETS yg Ade reserve sit

2. Odakyu Romance Car pun ada Hakone Free Pass cuma harganya jauh lebih mahal dari Rapid Train Biasa. Link di sini - xde la laju mana sama je dgn rapid biasa. cumanya Ade kerusi je lah dan xperlu berdiri n berebut kerusi mcm org lain. kalu bawa org tua mak-mak better amik yg ni. Kalu Rapid biasa ni, sebijik macam LRT / Komuter kat KL. So berebut la kerusi. Really not proper utk makcik-makcik.

Di hadapan Hakone Romancecar di Hakone Yamato Station.

Dalam Odakyu Romance Car

Penginapan saya di Hakone, saya pilih K's Onsen House. Located dlm 1.1 km dari Hakone Yamato station. Sekiranya anda ambil Hakone Free Pass, bole guna khidmat Bas secara percuma utk pergi ke mana mana lokasi hotel anda.  Link route bas dan attraction di Hakone ada di sini .Boleh dapatkan info pasal bas dari Information counter masa beli Free Pass. nak naik bas no berape dan tunggu di bus stand mana dan turun di mana.

My case, saya amik bas 'K' dan tunggu di bus stop No. 4 di Hakone Yumoto station tu dan berhenti Daino Chaya stop. Bas akan sampai on time based on schedule given to you masa beli ticket Hakone free pass.

Masing-masing dah kesejukan sementara tunggu bas. Bas terakhir untuk ke Guest House kami adalah kul 8.10 pm.
Di Japan ni, as long as anda follow all the schedule given anda akan dpt plan itinerary anda dgn cemerlang.

Sedikit review pasal K's Onsen Guest House. Is really recommended pada backpacker. Ianya style hostel dan kapsul, tapi ada satu atau dua bilik yang bole accommodate family. Guest House ni telah di recommend oleh Puan HanaGoh. tak tau dah link profile dia pi mana. Thanks Puan.

link Guest House - http://kshouse.jp/hakone-e/index.html.

Common Area tempat lepak anak muda
Kaunter Utama
Sedikit trivia pasal hotel2 di Japan. Dekat Japan ni, jgn la mimpi nak cari hotel murah bajet yang harge rm60 semalam. Mmg takde. Sumpah takde. Ni bukan Kota Marudu atau Surabaya. Ini Jepun, negara maju. Dekat sini, harga hotel ikut kepala. bukan ikut bilik. kalu la kate satu bilik tu harga dia rm100 Ade dua katil, kalu sorg masuk kene rm100, dua org masuk pun akan kene sorg rm100 or less mcm RM90 x 2. sy tak tau nape bilik dia  mahal. . That is consider as cheap. Dorm mix  kongsi bilik air n jamban di luar. that is just normal. Untuk makcik makcik, saya booking bilik hotel yang ade toilet & bilik air siap kat dalam. Yang tu harganya 5000yen sorang. So kali lah 4 orang. Termasuk budak. Pilihan bilik di sini.

Saya yg duduk kapsul pun, dekat ¥4000 semalam. which is equivalent to RM150
Walaupun kapsul kecil, tilam dia empuk dan mantap. Especially selepas berendam dalam Onsen selama Sejam dalam cuaca yang 10 darjah celcius. voila! sampai solat suboh pon kol 6am!

Onsen Experience. Sapa tak tau Onsen tu apa. Sila lah google

Onsen Rules lols. kalau rasa nak feeling2 atau krik-krik boleh la try Onsen haha


Washing Area sebelum menggunakan Onsen
Dapur
Pastu yg bestnya, Ade dapur. situ boleh masak2. dan rupannya ramai gila yg akan masak dlm tu. termasuk la kami semua. New experience.
Aktiviti memasak nasik di pagi hari

Ruang Makan. Time-time sejuk kat celah kampung Jepun ni,makan  nasik panas dengan sambal ikan bilis+serunding sangat menjadi. 
Hari kami di Hakone dimulakan dengan menaiki Cruise. Kami naik bas tunggu dekat dengan hotel. Hakone Tozan Line bus. kalu dah beli free pass, bole naik free. Di Hakone, is up to you all nak pegi mana dulu. Cuma yg penting timing kene jaga. Buku jadual bas, ketapi, cruise, cable car semua dia dah bagi.

Cruise yang mantap
Boleh nampak Mount Fuji dari sini. Di Hakone, cuaca sejuk dengan angin kuat yang sangat mendamaikan.

Makcik kayo
Di dalam Cruise
Interior dalam Cruise


Kami mula dengan naik bas ke jeti until naik cruise. Dari jeti tu, terus akan menghala ke jeti satu lagi, i.e. Togendai utk naik ropeway yg ni seakan2 Langkawi cable car. sy jadi excited sebab cable car dia xde la mcm langkawi, instead lebih besar bole muat dlm 10-15 org. n sikit pun xgegar  mcm langkawi. lols.
Hakone Ropeway Togendai-ko Station


Dalam Ropeway
Lebih mantap dari cable car langkawi yang sedeh. 20 org buleh muat dlm ni.
Togendai Station sambil tunggu turn

Sampai atas tu, kita follow next trip utk ke Hakone Train utk sampai ke Gora Station. situ Ade la kedai2 jual souvenir yg comel2. kalu Ade yang nak pergi Gotemba Premium Outlet, boleh naik kat sini.

Saya berniat nak pergi Gotemba Premium Outlet haritu tapi end up sesat sebab salah baca jadual. Turned out, kita balik semula ke Gora. haih. Dekat Gora juga adalah pit stop utk ke pelbagai attraction. Mcm glass muzium, little prince, n pelbagai lagi. Guide untuk semua attraction ni boleh dapat di sini. Ada yang dikenakan bayaran dikenakan tapi kalau ada Hakone Free Pass dapat diskaun dan ada juga yang free.Tapi makcik-makcik xnak pergi sbb dorg dah penat. So terus la dari Gora, terus naik kereta api balik ke Hakone Yumoto.
Cable Car Hakone dekat Gora Station
Dekat Gora station ade tempat jual souvenir.
Sementara menunggu cable car utk ke destinasi seterusnya.

Gora Station
Di hadapan Hakone-Yumoto station
Sungai yang sangat bersih di hadapan Hakone Yumoto Station. lols
Shoping di kawasan Hakone Yumoto Station. Banyak kedai-keda
Summary trip saya  ke Hakone adalah seperti Berikut :-


  • Dari Shinjuku ke Hakone Yumoto Station (2 Pilihan iaitu naik Normal Rapid (kene transfer di Odawara Station) atau Odakyu Romance Car - yang direct);
  • Sampai Hakone Yumoto Station, tunggu di Bus Stand No 4 dan naik Tozan Bus "K" ke K's Onsen Guest House- berhenti di Daino-Chaiya Station;
  • Esok pagi, dari Guest House, naik bas yang sama menghala ke Motohakone-Ko Pier untuk naik Cruise. Cruise dinaiki sampai Togendai Ko-Pier;
  • Dari Togendai naik Ropeway sampai Souzan Station;
  • Lepas tu naik Hakone Tozan Train dan sampai di Gora Station- Sini boleg shopping sikit. Kalau nak pergi Gotemba Premium Outlet, naik Bas dari sini. Route boleh cari dari Hakone Tozan Bus Website di atas;
  • Dari Gora station, naik Cable Car untuk mengalami kecantikan Hutan di Hakone dan pulang ke Hakone Yumoto Station.
*kene pandai baca guide dan segala jadual yang diberikan.

Guide trasportation selama di Hakone

At this very moment, saya dah malas nak menulis sebab esok keje dan hari pun dah lewat malam. hahaha. Sikit lagi.

Untuk pengetahuan, dekat Jepun ni, segala informasi pelancongan, adalah sangat lengkap dan details. Siap dengan info jadual bas, jadual kereta api dan sebagainya. Sbb mereka ni mementingkan masa dan suka membaca. Sepanjang saya mengembara ke sana-sini (beza ye mengembara dan melancong itu) banyak benda yang saya belajar mengenai kehidupan masyakarat dunia yang lain. Dalam masa yang sama, kita mengambil pengajaran mengenai kenapa sesebuah negara itu macam tu atau kenapa mereka macam ni. Jepun adalah salah satu negara maju yang tergolong dalam G7 ataupun Group of Seven sebaris dengan USA, Germany, dan lain-lain. Negaranya bersih, rakyatnya berdisiplin, mereka menjaga masa. Jika anda tny saya, "banyak nye duit berjalan?", Actually the asnwer is no. Saya tak banyak duit. Tapi saya meyimpan duit semata-mata untuk berjalan dan melihat dunia.  Duit boleh cari, tapi pengalaman melihat dunia tak hari-hari kita dapat.

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat.  Ramai Pre-Loved item lover kan?? Ade tempat shopping bundle Japan terbaik. Saya akan sambung next entri menarik minggu hadapan.

Bersama keluarga Auntie Halijah di Tokyo.
Bye. :)

29-5-2016 10.30 p.m.





Monday, March 7, 2016

Asakusa, Shibuya & Yoyogu Uehara : Solat di Tokyo Grand Mosque

Weekend terakhir.

Hari ahad iaitu sehari selepas pegi Disneyland, dengan badan sakit-sakitnye, saya tetap meneruskan plan untuk berjalan ke Asakusa dan Shibuya. Well, seminggu je lagi nak balik Malaysia, dan cuma harini je yg free untuk jalan-jalan, so saya gagahkan diri. Sungguh mase bangun tido, rase cam nak menjerit sbb badan rase sgt sakit. Lols.

Pagi ahad tu, HIDA tak prepare breakfast or even lunch and dinner. Its considered off day utk staff di kantin HIDA dan semua peserta is expected to keluar dan jalan-jalan sekitar tokyo. So, baki makanan yang kita tak habis mlm tadi, sila lah makan waktu pagi. And considering that susah nak cari mknn halal kat bandar tokyo, saya dan siapakan tapau everything dari hostel. heee.

Journey untuk haritu, saya berseorangan explore bandar tokyo. Course mate ade ajak jalan-jalan sekali but I rather jalan by myself. Nak pegi mana ikut suka hati xpayah nak argue dengan orang lain. So dari Kita Senju, saya terus ke Asakusa- Asakusa, pekan kecil untuk tengok culture Jepun yang sebenar. Sini la tempat untuk tengok Geisha, or Samurai. Dekat are asakusa ade village yang penuh dgn samurai punya figure. Nak cari costume, ke, kimono ke bole cari kat sini. Tempat paling popular untuk dilawati di Asakusa is Sensoji Temple - If not mistaken. Asakusa is the place if you want to savor the atmosphere of and old Japanese town.

 Ade tanglung besar dan Sensoji Temple. Dekat sini ade some sort of street yg jual makanan asli Jepun, pastry, chocolate. Nak tgok keychain ke, fridge magnet ke, pedang samurai ke, doll samurai atau geisha, bole cari sini.

Add caption

Haram haram dan haram


hheheheh

Makanan goreng. Rase cam kuih keria. Mcm macam inti, ade yam, sesame seeds, red bean green bean same la mcm kuih keria. dua biji, 100yen. 

Patung Geisha. Harga 3000 ++ yen. Dekat RM 100. Kau nak beli?


Ni je kot murah dalam RM 50. Saya tgok barang-barang ni sambil berhuhuhhuhuhu

Dan yang paling menarik sekali dan saya pun angkat satuu


INI MEMANG MESTI BELI. Rupanya tak sedap pun. Sebijik macam bahulu. Saya paling tak suka kuih bahulu.
Selepas cuci mata sepanjang Nakamise Street (they call it), sampai la ke Sensoji temple tu.



Macam kita sebelum semayang amik wuduk kan, dorang pun amik wuduk, tapi pakai asap. Lol
Main hal sensoji temple.
View dari dalam temple. Nampak asap tu, tu la tempat mengambil wuduk depa depa ni. hoho
 Btw, saya ni tidak lah minat untuk masuk masuk temple macam ni. Buat ape kan, baik pegi masjid. So haritu, lepas habis jalan Asakusa, sempat la singgah Tokyo Grand Mosque. Terletak dekat dengan Stesen Yoyogi Uehara.  Hari tu, agak gloomy, dengan hujannya waktu tengahari. Dah le mcm tak cukup masa lari sana sini.

Tapi bila masuk masjid nak solat Zohor, oumaigod rasa tenangnya hati. I was lucky enough haritu jumpa byk orang Malaysia. Sebab dekat hall masjid tu ade kenduri dudak Malaysia kawen ngan budak jepun baru masuk islam. Budak tu baru umur 18 tahun, yang baru-baru ni viral cerita dorg kat media sosial pasal "mengapa kami kawin dengan umur yang sangat muda" . hmm whateves. Dah viral sgt cerita dorg ni so mesti korang boleh agak cerita mana satu kan.

Awalnya nak sampai masjid ni sy agak sesat sbb tak tahu nak keluar dari gate mana kat Yoyogi Euhara, tapi ade geng makcik-makcik kaya dari indonesia mereka nak hadiri jamuan kenduri kat masjid tu, so lucky sy sampai senang je. Stesesn Yoyogi Uehara, adalah stesen paling No. 1 dekat Chiyoda line.(hijau tua) Senang je nak cari.

Mbak mbak dari Indonesia yang guide jalan saya ke Masjid :)


Tingkat atas, blkg kepala sy tu pintu masuk prayer hall dan belah kiri tu tangga turun utk amik wuduk. Air die sejukk gilo (T_T)

Entrance masjid, tapi bawah tu mcm kedai jual cenderamata turki or something. Nak naik solat kene naik kot tangga belah kanan gambar tu.
 Masjid ni agak jauh dari hostel saya. dan tak berape jauh dr hibuya dan harajuku.  Tapi agak jauh dari Asakusa. But still, kenape saya sanggup jalan buang masa nak g mesjid ni, sebab perasaan tenang bila duduk dekat negara org ni, hanya akan diperoleh bila jumpa masjid. Kita kat malaysia ni tak appreciate langsung walau mesjid depan rumah, Same la kiter (T_T). Sampai negara orang bukan islam ni la baru saya mengerti nikmat solat dan masjid. Mcm cerita saya solat disneyland semalam. Huhuhu

Dan bila di negara orang ni la, saya rasa lebih dekat dengan allah sebab kita keseorangan, dan hanya allah je yang ada untuk menemani kita kat mana-mana. Dan solat adalah salah satu cara untuk keep my sense dan sentiasa jadi rasional. Setuju x?

Habis solat zohor, saya terus blah dan menuju ke Shibuya. Perjanalan bersambung despite kepenatan mcm nak gila dah. Kaki saya literally nak tertanggal.  Shibuya tak berape jauh jugak la dalam 5 stesen kene tuka dekat Ginza line. Shibuya as usual, shopping heaven untuk youngsters mcm saya dan jugak must-go place sebab semua orang nak bergambar dekat Shibuya Crossing kan.

Saya sempat shoping kat Meiji dan juga Loft. Mencari  stationary.Cuaca hujan sepanjang hari so tak berape la nak enjon jalan-jalan.

Shibuya 101


Shibuya Crossing belakng saya tu
Ni la Shibuya Crossing.

The famous meeting point dekat dengan Shibuya Station.
 Selesai perjalanan saya hari ahad tu. Duit pun dah habis shoping byk gile dekat Meiji ngan Loft. Dan masa saya banyak habis terbuang dekat Meiji ni, main dengan stamped-paper-bag. FREEE.



Bayangkan, dekat satu jam saya spend masa main natang ni. hehehe. paper bag ni saya guna isi souvenir yang saya beli.  FREE dowh sapa tak nak. Rasanya saya la org paling ja jakun dalam tu. hehehe. Sampai habis paper bag dikerjakan. lol
Selesai hari terakhir weekend di Jepun. Masih tinggal 5 hari di Jepun tapi memang dah takde masa untuk jalan-jalan. Isnin sampai jumaat akan dipenuhi dengan training-training sampai ke malam.

Then sabtu depan terus flight balik Kuala Lumpur.

:)