Wednesday, November 7, 2012

Share Weight Loss Story untuk kevin zahri.

Assalamualaikum & Salam sejahtera.

Hey. Lama la tak update blog ni. Just suddenly saya email Kevin zahri untuk share story saya dlm page dia, saya pun karang lah cerita ni. N why not sebelum dia publish dlm website dia, saya  buat post baru. 

Sejarah Obese.

 
January 2011
Saya tidak pernah mengalami masalah obese sejak kecil dan keluarga saya bukanlah dari kalangan obese. Tetapi disebabkan tabiat makan saya yang tidak betul meyebabkan saya mengalami kenaikan berat badan sejak berumur 12 tahun. 48kg sewaktu pemeriksaan kesihatan selepas UPSR. Kemudian, memasuki asrama pada sekolah menengah dan saya tidaklah gemuk cuma saya langsung tak aktif dan saya kurang makan. Biasalah makanan asrama. Pendidikan Jasmani adalah matapelajaran yang paling saya benci. Bila cikgu suruh lari pusing padang saya dah mengeluh dan tak dapat nak habiskan satu pusingan pun. 
Pola kenaikan berat badan saya bermula selepas SPM 2006 kerana saya cuma duduk dirumah semenatara menunggu panggilan ke university dan saya pada waktu itu sangatlah gemuk. Makan tidur makan tidur. Saya tiada langsung kesedaran untuk jogging / bersenam.

Pernah cuba kurus? 

Berat badan saya berkekalan antara 75 ke 80 kg sepanjang hidup saya di universiti. Pernah saya cuba untuk turunkan berat badan saya secara ektreme dengan tidak makan nasi Cuma makan roti dan buah buahan serta bersenam tahap maximum. Hasilnya saya turun 5kg (saya tak berapa pasti sbb rupanya tahun lepas baru saya tahu penimbang tu rosak) dan tabiat makan roti dan buah itu tidak berkekalan lama. Saya kembali ke tabiat makan nasi dan yes, berat badan saya makin naik. Walaupun saya gemuk spnjg belajar, saya tetap berjoging seminggu sekali namun tiada apa hasil pun. Kerana saya tidak menjaga pemakanan.

Bermula kesedaran.

    April 2011, saya mula sedar akan bahaya obese. Saya tertekan dengan kehidupan obese. Kerana apa? 

  1. Nak beli baju seluar semuanya menjadi masalah. Pinggang saya 36 inci dan setiap kali beli seluar, mesti beli yang besar dan kena potong kaki. Hasilnya buruk sekali. Selekeh.
  2. Self esteem sememangnya rendah.
  3.  Saya kuat berpeluh. Jadi baju selalu senang basah dan sememangnya jijik sekali di pandangan orang.
   
April 2011
Waktu ini, waktu praktikal jadi saya duduk di rumah menjalani praktikal di sebuah syarikat swasta. Bila duduk rumah, saya fikir, kalaulah 7 bulan ni duduk rumah, mesti bertambah ukur lilit pinggang sbb akses terhadap makanan lebih mudah. Jadi saya memang tekad untuk berubah dan di situlah bermula titik tolak perubahan sy yang sebenar. Jadi, saya daftar di sebuah gym berdekatan rumah dgn registration RM 160 dan monthly RM 70. Mula2 rasa mcm menyesal sbb mahal sgt dan nilai itu bukanlah murah untuk seorg pelajar mcm saya. Sy tak bgtahu umi abah mula2 tapi bila bgthu, dorg sokong sgt2. Alhamdulillah saya tekad lepas tu. Akhirnya, sy tak menyesal pon

Rutin senaman  dan makanan.



Kekerapan saya ke gym adalah 3 jam sehari. 2 sesi pagi n malam. Saya bermula dengan kardio dan light weight. Buat permulaan mmg saya push diri to the limit. Pada mulanya, ilmu berkenaan pemakanan saya mmg zero. Jadi awal2 ni sy makan mmg la sgt sikit. Nasik sekali je sehari n wktu lain saya gnti dengan sandwich sahaja. Ye, memang memeritkan. Nilai kalori sy makan msti lbih sikit dr g keluar. Saya catat setiap apa yang saya makan dan anggaran kalori yg saya bakar (berdasarkan rekod dkt treadmill n other cardio machines) di gym setiap hari. SETIAP HARI YER. Waktu awal2 ni memang sangat sedih. Badan sakit2, makan pon tah kemana. Setiap kali lari atas treadmill dpn cermin dkt gym, saya akan tgok diri saya yang gemuk ni. Kdg2 ter emosi pon ada. Dan saya terus kuatkan semangat. Dalam pada yg sama, berat turun tak menentu n kdg2 plateau. Ada sebulan tu sy xtrun langsung. Wktu plateau tu plg tertekan skali.

Selain dari cardio n weight lifting, saya juga sertai boot camp yg gym saya buat. Sebulan je boot camp tu. Setiap sabtu dan ahad saya ikut boot camp ni. Merasa la pengalaman mcm The Biggest Loser kena herdik n push dgn trainer yg kdg2 x considerate tp sy tau semua tu psikologi je. Hasil dr boot camp tu menggalakkan lagi kehilangan berat badan saya. . Bulan puasa 2011, berat badan saya turun banyak kerana saya tak henti training. Pagi dan juga malam selapas tarawih. Umi pon dah naik pening sebab apa along ni wktu puasa pon x henti training.

Pada awalnya, berat badan saya turun dgn cepat. Seminggu pertama 2 kilo dan bebrapa minggu kemudian konsisten 1 kg sehingglah pada bulan ketiga sy mengalami plateau utk jgka masa yg lama. Ye semua, kita jgn igt kalau kita konsisten pada awal kita akan konsisten spnjg jalan. Tidak ye. Bersabar , tekad , stiqamah dan percaya dengan diri sendiri adalah kunci penting.

Dari segi pemakanan, saya banyak buat bacaan sendiri dr internet dan spt yg sy sebut td, saya catit apa yg saya makan. Saya anggarkan kalori pemakanan saya berdasarkan cekodok.com.Wktu ni saya tak kenal lg kevinzahri.com. Saya kurangkan pengambiln air manis. Even pada bulan puasa 2011, saya berbuka dgn cuma air kosong n makan nasik dgn kuantiti yg sedikit. Tabiat berbuka saya  juga berubah. Saya sudah tidak berminat dengan bazaar ramadhan. Masakan umi saja. 

Saya tak pernah tinggal nasi. Biasalah, kita Malaysian, nasi dah jadi darah daging. Kevin pun ckp. Bukan salah nasi kita jadi gemuk, tapi cara pemakanan itu sebenarnya. Saya paling pantang kalau org ckp nasik itu yg buat gemuk. Air kosong bukan lagi satu pilihan buat saya. It is a must. Kalau makan luar pon, saya order air kosong je. Snek2 pon sy kurangkan. KFC, Mc Donald dan yg sengkatan dgnnya pun sy kurangkan. saya pun bukan lah peminat makan segera sgt. Tapi tipulah kalau ckp sy tak makan langsung. 

Alhamdulillah, sampai sekarang, saya masih bertahan dengan tabiat pemakanan ni. Kadang-kadang makan jugak twisties,super ring, coke tapi sy considerate lah. Banyakkan makan buah spt betik dan pisang n kalau lapar, cari buah, bukan snek/coklat. Saya juga minum herbal tea utk senangkan pembuangan air besar. Jadi apa yg sy makan saya pasti dia akan keluar balik.

Untuk pengetahuan semua, saya tak pernah pakai apa2 produk mcm herbalife ke atau sebagainya sbb sy tak penah percaya semua tu. Semua hasil titik peluh sndri. 

Kejayaan

Pembukaan Semester Baru September 2011, total kehilangan berat badan saya adalah 17 kg dan body figure saya betul2 berubah daripada yg asal. Saya masih belum ada firm muscle sbb susah utk dptkan shape mcm tu. Pada saya kurus pon dah ok. Saya masih cuba tp belum lagi la berhasil. Kawan2 di kulliyyah sememangnya terkejut dgn perubahan ni. Saya pon terkejut sbb sejak cuti xpernah dpt compliment dr sesiapa n bila blk kampus baru la sy perasan sy mmg totally lain. Sb dkt rumah hari2 tgok diri dlm cermin jadi x berasa perubahan itu.

Sehingga hari ni, saya menjalani kehidupan yg sihat. Kalau ada hari yang sy makan byk seperti kenduri, majlis2, saya akan counter dgn extreme exercise pada hari yg seterusya. Pada saya, ‘Pandai makan, pandailah tanggung’. Satu lg prinsip saya, kalau kita boleh makan 2 atau 3 kali sehari, kenapa kita tak boleh workout dgn kuantiti yg sama?. Susah sangat ke. Org bagi alasan tak cukup masa yes saya setuju. Tapi smpai bila2 pun kita takkan pernah cukup masa. Saya sekarang sudah di tahun akhir dan awal tahun depan insyallah saya akan mulakan alam kerjaya dan saya percaya masa saya akan lebih terhad. Tapi, we have to make time. Kerja sampai bila-bila pun takkan selesai even dah hbs office hour kecuali lah kita mati. 

Healthy lifestyle is not a choice. It is a must. Saya tak nak tgok anak2 saya mengalami masalah obese di mana masalah ini akan menyebabkan datangnya penyakit2 lain lagi. Diabetes, kencing manis bila mana dah serius, susah nak ubat. Jadi berubahlah sekarang. Hentikan makanan manis2 dan bayakkan makan buah sepeti betik dan pisang. Spt yg Kevin Zahri ckp, secawan teh tarik sama nilainya dgn 2 keping roti whole meal yg gerenti kenyang berbanding teh tarik. 

Jadi,make time. Kalau kita boleh mkn byk kali sehari, kenapa tidak senaman?

Saya July 2012


A year of silence. 
Daniel Yusof, 4 Nov 2012.