Wednesday, June 30, 2010

its not complicated

 Bismillah

Desa Rishah. 1 July. 2 pm

Klik sini  daniellerishah.tumblr.com






the final caution

Kepada pembaca dan followers sekalian, entry kali ini adalah bersifat dokumentari dan ilmiah. Jadi sekiranya tuan2 dan puan2 tidak sukakan perbincangan yang bersifat ilmiah, sila blah sebelum anda berasa bosan membaca entry saya yang panjang dan bosan ini. Sesiapa yangberminat, sila teruskan. Jika tidak cukuplah kiranya tuan puan sekalian berhenti apabila nampak noktah dihujung ayat selepas ayat ini. Terima kasih dan maaf atas segala kesulitan. *haha*

Bismillah

Desa Rishah 1 July 2010 12.10 pm

Sambung lagi pasal muhammadiyah. Mereka ini satu NGO yang sangat la besar n giler kaya. Dan sebab tu,dorg ni dapat maju n berkebang dengan pesat kat indonesia ni. Perjuangan dorg adalah perjuangan ilmu.

Tahun 1913, dorg ni melangkah dengan lebih jauh.5 buah sekolah dasar (sekolah rendah) dibangunkan, kemudian sekolah lanjutan iaitu Hooge school Muhammadiyah dan bayak lagi. Gambaran usaha2 dorg ni dapat dilihat kat cerita laskar pelangi. Satu cerita yang hebat tau.

Dalam pada itu jugak, beberapa kumpulan lain juga ditubuhkan bawah dorg ni. Ada gerakan wanita iaitu Aisyiyah dan istri KH Ahmad Dahlan lah yg menerajui pimpinannya.

Mereka ini, aktif dalam kerja2 sosial dan juga kerja2 pendidikan. Saya tak pasti sama ada dorg ni terlibat dalam part2 politik atau tidak, tapinya, ada beberapa pimpinan dorg yang dilantik menjadi menteri yang menerajui sistem pendidikan di Indonesia. Kerana mereka ini telah lama berjuang untuk pendidikan di indonesia. Jadi selok belok pembangunan modal insan ni, arif bagi dorg. Begitu sekali kepercayaan kerajaan dorg pada org2 muhmmadiyah ni.

Muhammadiyah kini

Hari ini, sistem pendidikan indonesia makin pesat seperti negara2 lain jugak. Dan dorg ni, telah jauh melangkah membawa sistem pendidikan indonesia dengan lebih hebat. Banyak premis2 pendidikan yg dorg dah bina tanpa sesen pun biaya dari kerajaan. Sebab pe? Sebab dorg ni kaya giler. Kat bawah ni ada senarai universiti yang dorg punya. Tgok samada dorg kaya tak kaya.


Hebat kan? Sumanya private nih. Mana ada kerajaan. Dan saya berpeluang duduk sebulan di universiti yg no 2 tu. Muhmmadiyah University Of Yogyakarta. Alhamdulillah.
Dan anda sendiri dapat tgok kan, macam mana dorg ni memang btul2 serius tuk menerajui sistem pendidikan indonesia. Saya dpt tgok dorg bukanlah terhegeh memenuhi ruang perwakilan parlimen demi untuk dapat nama. Memang dorg bersungguh2 mahu memartabatkan sistem pendidikan dorg. btw, instead of all this universities, byk lagi sekolah2 yang dorg bangunkan. banyak dia jgn cakap la ka. kalu universiti pon dah byk ni, apatah lagi sekolah. dan selain juga sekolah, hospital pun byk. dan yang terbaru rumah sakit dekat Jogja yg saya dapat tgok aritu.
Alhamdulillah~~ thats all yang saya dapat share dengan suma pembaca sekalian mengenai Muhammadiyah. semua material yang saya dapat adalah lebih byk dari ini. tapi cuma setakat ini yang sempat saya selak.*saya pun malas sebenarnya* jadi, saya harap semua ini dapat give something to you. you know what?? kalaulah Al-Arqam jadi sebain dan sehebat ni, alangkah bagusnya rakyat Malaysia. tapi sayang, ketaksuban dorg terhadap organisasi melebihi ketakjuban dorg terhadap Allah sendiri. apa pun saya berdoa yang terbaik tuk sistem pendidikan Malaysia yang saya sendiri ragu2.isu nak mansuhkan UPSR n PMR la, isu PPSMI yang masih dlam KIV, hum... nak jahanam ke apa ke, ntah la~~ hoho~~just wait and see.
 Jai Malaysia!!!
  Livestrong

Monday, June 28, 2010

2nd Caution!!!

Caution !!!

Kepada pembaca dan followers sekalian, entry  ini adalah bersifat dokumentari dan ilmiah. Jadi sekiranya tuan2 dan puan2 tidak sukakan perbincangan yang bersifat ilmiah, sila blah sebelum anda berasa bosan membaca entry saya yang panjang dan bosan ini. Sesiapa yang berminat, sila teruskan. Jika tidak cukuplah kiranya tuan puan sekalian berhenti apabila nampak noktah dihujung ayat selepas ayat ini. Terima kasih dan maaf atas segala kesulitan. *haha*
Dan entry ini sebenarnya bertajuk, Kenapa nama dia Muhammadiyah


Bismillah
Desa Rishah, 11 pm, 28 jun
“Time dolu2, pada satu ketika, ada seorg wanita nama dia Aisyah, bagos dia ni. Sgt solehah.,Satu hari ada org Tanya kat dia, pasal sorg hamba Allah nama dia Muhammad. Org tu Tanya pasal camne Muhammad, ok ke orgnya atau canme. Dengan besar hati pun si Aisyah ni jwb, “Akhlaq Muhammad, adalah Alquran”. Dan org itu pun terpegun mendengar jawapan Aisyah itu. Dan org it uterus berlalu sambil memuji2 nama allah”
Sebab cerita diatas lah, Encik Dahlan ini, menubuhkan Muhammadiyah. Dia cakap, Muhammadaiyah ni maksud dia pengikiut Nabi Muhammad. Dimana segala ajaran dan sunnah2 nabi, mnjadi ikutan sepanjang perjuangan Muhammadiyah. Jadi kan, diawal penubuhan Muhammadiayah ni,pemimpin2 yang awal2 ni, dah bagi guide lines camne nak jadi sorg pemimpin yang berkualiti dalam organisasi Muhammadiyah. Bawah ni ada list Kualitas (or kualiti )pemimpin Muhammadiyah :
1.       Dorg ni wajib mememiliki perilaku cam dalam cerita Aisyah kat atas tadi. Dorg kena berusaha ada sifat2 nabi yang kita kenal ada 4 kan. Siddiq, Amanah, Tabligh n fatanah.  Dan juga kena ada sifat2 Nabu Musa iaitu Al  - Qawiyy dan Al Amin (Muhammad pun ada gak ni)

2.       Kena byk wat baik. Dan dalam beramal itu, haruslah ada ikhlas, bukan riyak. Dan dorg haruslah jgn ada rasa sombong, keji, dan perbuatan jahat lain. Cakap pasal riyak ni kan, byk benda sebanarnya boleh cita. Sebab dalam diam kita sebagai manusia ni, senang sgt riak.dan itu sgt bahaya k. boleh syirik ok. Cam saya ni kan. Mustahil untuk lari dari sifat riak. Senang2 je bleh riak. Time jadi committee ke, sebab bleh blagak kat peserta dan sebagainya. Kan kan. Haha *sayalah itu* Dan jugak bila dpt result bagus. Hati kita suka nak menafikan yang kita tak riyak, tapi sememangnya bila kita kwn kita tny kita dpt bape, nak taknak musti kita gtaw kan.hah. kalu sya, saya dapat rasa mmg riak sikit sebenarnya. Sebab saya akan senyum melebar je bila dpt paper bagos. So camne yer.. mmg susah nak hindar riak nie. Kita nak cover camne pon still takleh kan.hoh…sama2 lah kita bertaubat. Saya pon tak taw nak ckp pe dah bila timbul pasal riak ni. Huhu.

3.       Yg ketiga ni saya tak tau nak olah camne. Hoho sy copy paste jer. Dia cakap “Usahakan berperilaku mulia sehingga disukai dan diteladani, hindari perilaku tercela sehingga dibenci dan dijauhi sesama.” Ha camtu. Hoho. Paham sendiri lah yer

4.       Dan jugak yang keempat nie mmg bahasa dorg. Hoho. Saya copy paste gak. Dia cakap “Jauhi tindak korupsi dan kolusi, dan praktik-praktik buruk lainnya yang merugikan orang banyak dan membawa kehancuran umat manusia” haa… camtu dia cakap. Bila cakap sal korupsi ni, banyak lah sebenarnya korupsi yg berlaku sekeliling kita nie. Haha. Saya tak offence sapa2 Cuma tah…saya pon tak taw nak ckp sebab benda ni cam dah jadi barah dalam masyarakat kita. Jgn kata org besar yang selalu dok masuk tv tu, kerani2 yang kerja receptionist  yg takat gred S17 pun ada korupsi. Apatah lagi kerani2 kerajaan yang takat masuk kerajaan dengan kelulusan SPM kan. So, masing2 sedar sendirilah. Kepada sesapa yg baca nie, saya harap anda jgn lah termasok lam golongan camtu. Kalu nak jugak, jadi lah yg kena tangkap masuk tv. Berbaloi gak dapat dosa kan. Kalu stakat gred S17 wat korupsi, sama2 masuk neraka, tak berbaloi pulak kan.samalah cam kalu stakat curi henset pon masuk neraka, baik curi duit Negara. berbaloi sikit seksaan dia.at least masok neraka dengan bergaya sekali.. Hahaha.. Hailoh….
Jadinya, penubuhan Muhammadiyah ni, bukanlah penubuhan yg main2 k. dorg ni menjunjung sunnah rasul dengan hebat sekali. Tu sebenarnya yg dorg bwk. Bukannya macam Wahabi kat Malaysia nie. Hoho. No offence.  
n ni ada beberapa gambar pemimpin dorg yg lama2. haruslah sy pon tak kenal kan. tapi yg pntg, merekalah manusia2 yang sah2 la termasuk dalam list2 kualitas diatas. 

 KH Ahmad Azhar Bashir
KH Hisyam
KH Mas Mansur *ala2 ada cahaya menerangi camtu*

dan ada ramai lg sebenarnya gambar ~~ sy tak nak la upload suma.. bukannya korg nak tgok kan. haha 
Umm… stakat tu je kot post kali ni. Tahniah anda sebab dah baca sampai stakat nie. Terharu sgt. Sampai menangis kot. Haha. N btw, saya harap anda dapat manfaat k. lepas ni saya nak cita sal aktiviti dorg dan pencapaian dorg. Camne kayanya dorg kat Indonesia tanpa ada sikit pun subsidi kerajaan. 
****List2 atau apa saja point mengenai Muhammadiyah bukanlah rekaan saya ok. Even saya ni org yg suka mengajinomotokan sesuatu cerita. Haha. Suma ni memang saya dapat dari lecturer muhammadiahnism saya di Jogja aritu. Dia bagi saya byk material berkaitan sebab dia memang lecturer yg ngajar subjek tersebut. Jadi sila jgn ragu2 dengan saya. Cuma beberapa ayat saya olah sendirilah sebab tak best la kan kalu copy paste jer
Terima kasih dari saya yang tak terhingga..
Live strong.

Sunday, June 27, 2010

1st Caution !!!

Caution !!!

Kepada pembaca dan followers sekalian, entry kali ini adalah bersifat dokumentari dan ilmiah. Jadi sekiranya tuan2 dan puan2 tidak sukakan perbincangan yang bersifat ilmiah, sila blah sebelum anda berasa bosan membaca entry saya yang panjang dan bosan ini. Sesiapa yang berminat, sila teruskan. Jika tidak cukuplah kiranya tuan puan sekalian berhenti apabila nampak noktah dihujung ayat selepas ayat ini. Terima kasih dan maaf atas segala kesulitan. *haha*

Dan tajuk sebenar entry ni adalah Perjalanan sebuah perjuangan


Bismillah 

Desa Rishah.27 Jun. 4pm



Cuti ni, saya berkesempatan buat sedikit research pasal muhammadiyah. Haha. Saya tak pasti apa yg menghantui saya tuk wat benda ni, Cuma sebab ada sahabat yg tanya pasal ni, n saya berusaha tuk kongsi apa yg saya tau. Dan btw, isu muhammadi wahabi ni sekali lagi menjadi kontroversi apabila beberapa tokoh ulama kita dilabelkan sebagai pengikut kumpulan2 tersebut. Saya tak dapat nak komen byk sebab saya tak baca isu ni habis2 lagi sebenarnya. Tgu lah sy beli majalah I nanti. Haha.
Dan hari ini  bertarikh apa tah sy tak igt. Haha. Yg penting hari itu adalah hari saya di jogja, hari dimana ada kelas final muhammadiyah dipagi hari. Hari yang saya pissed off sebab terpaksa lewatkan plan nak shopping di Bandar Jogja. Kelas bermula awal pagi, dan kedatangan kami sememangnya dinantikan oleh Pak Yordan. Ni kelas terakhir dan banyak benda yg tak sempat di catch up, di habiskan pagi ni. Jadi, saya harus bermula dengan kisah pertama mengenai apa Muhammadiyah ni.  
“perasaan hiba dan sedih menyelubungi seluruh warga istana. Derap langkah setiap manusia yang menghadiri kemangkatan raja itu, semunya lemah2 belaka. Termasuklah dayang2 dan pegawai2 istana yang mengiringi keranda tuanku. Perjalan sejauh sebatu dari kompleks istana menuju ke maqam diraja menyakitkan tapak kakinya. Perasaan letih mngurangkan rasa sedih dan hiba. Sepanjang perjalanan, berjejeran rakyat kraton memenuhi tepi2 jalan bagi mengucapkan selamat tinggal pada tuanku yang disayangi.  Selepas habis segala upacara, dia bergegas ke kompleks istana bersama2 kerabat diraja bagi menguruskan majlis perlantikan tuanku yang baru mangkat. Dia harus bergegas supaya apabila segeranya pertabalan dilakukan, jasad tuanku yang sedang menunggu di maqam barulah boleh dikambus didalam tanah. Selesai majlis, semua kerabat brgerak menuju ke tanah perkuburan untuk menyaksikan jasad tuanku selamad disemadikan dengan aman
Beberapa tahun sebelum kemangkatan tuanku, hidup seorang memanda yang menumpahkah taat  setianya pada Penghuni Istana di Jogjakarta. Dahlan nama dia. Dia adalah seorang pegawai istana yang membantu perjalanan kehidupan keluarga diraja menjadi lancar dan berjalan dengan penuh adat istiadat.  Org mengandaikan, seorg pegawai istana tidak mempunyai kehidupan di luar sana. Kerana, taat setianya hanya pada raja, tidak pada hal2 dunia. Tapi, bagi Dahlan, hanya dia yang tahu bagaimana hidupnya menjadi seorg pegawai istana. Disebalik sebuah nama sabagai seorg pegawai istana, dia mempunyai hati seorg pejuang. Dimana hatinya kental untuk memperjuangkan nasib anak2 bangsa Indonesia”
Cukup dulu setakat tu. Jadi secara ringkasnya, Dahlan, seorang pegawai istana, yang kemudiannya, meletak jawatan dan mengabdikan dirinya pada perjuangan Islam. Diatasa adalah cerita mengenai dia, dan sedikit sebanyak mempantu pemahaman anda mengenai siapa dia. Dia dikenali sebagai KH Ahmad Dahlan iaitu Kiai Haji Ahmad Dahlan. Tahun 1912. Daripada seorang pegawai Istana Kraton, yang bertempat dijogja. Ideanya, dia bukanlah fahaman baru atau pun political group. Ianya masih kumpulan yang membawa ajaran islam,yang kalu kita faham, kalu mcm kat malaysia ni, dulu2 ada kaum muda. Camtu lah. Dorg nak bg org faham islam dgn betul. Bukan islam mcm org dulu2.yang jumud dan yang tak langsung tgok dunia. Kumpulan ni, cuba nak bagi org islam maju supaya in line dengan kemodenan semasa.
Sila lihat dibawah, adalah dasar dan amal usaha muhammadiyah 
1.      Hidup manusia harus berdasar tauhid, ‘ibadah dan ta’at kepada Allah
2.      Hidup manusia bermasyarakat
3.      Mematuhi ajaran-ajaran agama Islam dengan keyakinan bahwa ajaran Islam itu satu-satunya landasan kepribadian dan ketertiban bersama untuk kebahagiaan dunia akhirat
4.      Menegakkan dan menjunjung tinggi agama Islam dalam masyarkat adalah kewajiban sebagai ibadah kepada Allah dan ikhsan kepada kemanusiaan.
5.      Ittiba’ kepada langkah perjuangan Nabi Muhammad saw.
6.      Melancarkan amal usaha dan perjuangan dengan ketertiban organisasi
Sedikit pengenalan mengenainya. sila tgu entry selepas ini untuk lebih lanjut ok. thanks.
 Kiai haji Ahmad Dahlan : Aku titipkan Muhammadiyah kepada kamu.
p/s : Strong appreciation untuk Pak Yodan Gunawan atas segala material dalam pengkajian saya mengenai Muhammadiyah . Jika bapak baca ini, saya mohon maaf ngerepotin bapak diwaktu bapak sibuk di Geneva. makasih ya.
Live strong
   

Thursday, June 24, 2010

Entry itu.


 Bismillah
Desa Rishah.12.11 pm. 5 Jun
Saya tak pernah sentuh pasal ni. Tapi saya rasa saya perlu sebab saya kena berterima kasih pada suma org. mungkin korg masih ingt entry saya yang saya post beberapa bulan yg lalu, sebelum mulanya final exam sem  2 09/10. Diari exam 1. sila klik sini jika anda tak igt lagi. Beberapa komen telah saya terima dalam entry tersebut dan komen2 tersebutlah menyebabkan saya tulis entry kali ni. Dan terbukti entry saya salah dan komen anda suma betul. Yep, saya tak pushy, sebab saya dah buat yang terbaik tuk diri saya sendiri. Dan hari ini, bukan hari ni lah, beberapa bulan lepas, lepas result keluar, terbukti yg saya salah.sebab time tu, kita suma takut dan tak pasti camne nak hadapi exam.haha. terima kasih anda yang sekalian.
Dan juga sokongan yang saya dapat dari org lain, my library club mates,  umi n abah, semuanya,. Terima kasih. anda. Hehe. 
Saya takkan berdiri tanpa anda.
Live strong.

Tuesday, June 22, 2010

Aku tak ungkit

Bismillah

Desa Rishah.12 pm.22 Jun

Saya tak pernah ungkit cerita ni.sebab dah dua tahun benda ni jadi dan saya hampir lupa dan kalu boleh tak nak dikaitkan lagi dengan benda ni. but then semalam, ada sorg manusia ni talifon, dan dia ungkit balik cerita itu... saya dengan terkebil2 menjawab lah talifon tersebut sambil menyumpah dalam hati kerana ayat2 ucapan manusia tu, macam haram. apa dia igt senang2 aku nak tarik balik report polis tu semata-mata dia nak lepas trial? jangan harap. anak kau spm ke, kau org susah ke, ada aku kisah.

n at that call, dia ungkit pasal kemanusiaan n kemelayuan la pulak. "kita ni org melayu dik,tak baik simpan dendam, lepas kan lah dia,nak spm thun ni. sama2 manusia takkan takde belas kasihan" ini ayatnya. buat org yg tak taw pape, anda mesti akan cakap, daniel, ko smpai hati nak biar anak org tu kena convict.yg dah lepas lepas lah. tapi buat sapa yg tahu, saya harap anda berada di pihak saya. ada ke patut, dah curik motor org, pastu nak mtk aku tarik balik motor sebab aku ni manusia melayu yang punya belas kasihan. haram aku takkan tarik balik report tersebut. it was like 2 years nape skg baru nak call?

wasnt that showing that u r not really wanted to settled this? macam main2 lak. esok dah nak masuk court, malam ni terhegeh2 mtk aku tarik report.air dah sampai kat tengkuk, baru nak mtk tlong org selamatkan kan.

saya igt lagi, awal2 sem lepas, the same guy called me n deal with the same thing. tapi lepas tu, senyap jer until yesterday night. if you really wanna settle this, nape skg, nape tak hari tu, 6 bulan yang lalu.
saya pulak dalam ketakutan sebab mungkin saya boleh jadi victim some day. sebab , budak yg curi motor saya tu mungkin anak org besar. so, utk tidak menjatuhkan nama bapak pencuri tersebut, haruslah dia minta saya tarik balik report so dia tak masuk court. kot2 bapak dia dia hantar org tuk pukul or ugut saya kat uia, saya tak taw. siapa boleh sangka kan.

n aku tak hingin la duit ko even ko nak bagi aku LC sekalipun. aku dah ada motor baru n abah aku dah belikan keta pun. aku tak heran duit ko. law is law.

lepas tu just one by one problem datang, saya macam dah tak tahan dah.lepas benda ni dtg, saya dah makin tak betul. sebab lepas dia call saya, saya mtk dia ckp sendiri ngan abah saya, n abah saya pun marah la balik kan. marah sepertimana saya marah diatas. kemudian, silent. silent. n silent.
n today, i had done huge mistake n i really regret it.rasa dia macam bersalah sebab kena tangkap sebab jual dadah kat kolej camtu n muka masuk tv.ataupun macam kantoi ada affair ngan bini org. lebih kurg r.haha *masih boleh buat lawak kan*

n i just over it.i had deal with it.makasih kepada kalian.dan walaupon ncik takde dekat saya skg ni, message anda dah lebih dari cukup. takburlah saya untuk mintak lebih dari itu.

makseh makseh makseh.

Live strong.

Hari yang setahun sekali

Bismillah

Desa Rishah.11.51pm.22 Jun

Dua hari lepas, hari bapa, saya even tak wish pun.sebab memang kat umah kan. Jadi mood nak wish tak macam wish hari ibu yg lepas sebab hari ibu,saya masih di jogja. So, mood tuk wish pun sgt kuat masa kat jogja.haha. tapi still, saya harus wish, n wish tersebut adalah dalam hati. Kerana abah bukanlah that type. Wish2 punya org kan. Tapi sy tau, dalam hatinya, punya perasaan seorg bapa yang kasih pada anak-anak dia.

Anak yang berjaya cam along ni. Encik mohd yusof bin badray. Selamat hari bapa. Kami sayang abah kami sebab he is no 1 dad.




Wednesday, June 9, 2010

Kenapa itu sebabnya


Bismillah
Desa Rishah. 12.37 pm.
Semalam, saya terbaca satu entry di website i motivasi, tetibe saya tersentap kejap. Kejap je la ;p
Entry dia lebih kurang macam nie, kenapa kita diuji? Kenapa kita diuji dengan macam2 jenis masalah atau dugaan. Macam yang kita sentiasa alami. Dan setiap org akan cakap, ada hikmah ada hikmah. Di entry saya sebelum ni semasa saya di jogja, dimana saya kehilangan kemera, saya pun slalu cakap ada hikmah ada hikmah. One moment, it thought, I don’t give damn to all those hikmah whatsoever sebab apa yang berlaku, adalah suatu yang lepas. N that is nothing that we can regret.  Jadinya, tak guna la jugak kita nak ungkit sebab benda yg dah lepas itu, lepaslah. Ini adalah apa yg saya fikirkan.
Tapi sebenarnya it is wrong. Greatly wrong. Kita tak akan berubah jika kita tak ada sebab. Betul kan? Everything must be with reason. Or reasons. So, setiap masalah dan dugaan yang menimpa kita itu tak kiralah apa juga bentuknya, duit ke, emosi ker, sakit2 badan ker, kehilangan sesuatu yg kita sayang ker,or whatsoever, we have to sabar n think. Saya sekali lagi terfikir. Laa… dah lepas lepaslah… but then im wrong. Kalu kita dok menyalahkan takdir atas sebab kita ditimpa macam2 ujian *like I always do* ianya salah. Setiap benda yg jadi selalu ada sebab. Dan most of the reasons are , we have to change. Sometimes, diri kita especially diri saya sendiri yg tak faham. Sikit2 menyalahkan takdir.
So Daniel, bersangkalah baik pada Allah, laluinya, dan ubah diri menjadi lebih baik. Sebab saya ni bukanlah org yang baik lagi. Apatah lagi kalu nak kata bukan baik sgt. Memang tak pernah baik. Apa yang saya mampu buat, saya hanya mampu mohon maaf. Sory I cant be good to you. Saya masih belajar menjadi dewasa dan jadi manusia yang lebih waras.
Live strong

Monday, June 7, 2010

Jobless babysitter

Bismillah

Desa Rishah.10 pm.7 Jun 2010

Dua hari lalu, saya berkesempatan balik ke kampung rumah nenek di utara perak. Bagan Serai nama tempat dia. N nenek saya duduk kat Parit Gabis. Kehidupan yang sama macam di Sg Nibong tempat saya baktisiswa ;)

Saya pulang ke kampong dengan umi ngan dua adik saya yang darjah tiga n yang tadika tu. Plannya, umi yang nak ke kenduri sepupu dia. Sabtu ke Kulim, dan ahad ke Penang. Dan saya, sekali lagi ambil kesempatan tuk tak pergi ke kenduri2 tersebut. Hehe. Kenduri kat Prit Gabis tu pun dah byk. Dan lagipun, kalu sy pergi, sah2 la sy kena drive. Dan saya sangat malas. Jadi kedua2 hari tersebut lepak lah dirumah nenek bersendirian. Dan saya dah dipertanggungjwbkan jadi baby sitter tuk adik2 saya dan dua org sepupu yang sebaya diorg lg. huh! Sangat haru sebenarnya.

Bayangkan dalam pukul 11 pagi, saya ditinggalkan ngan monyet2 kecik tu, sampai lam pukul 6. Hah. Meracau jadinya ;p. but then, I have my own skill. Skills sebenarnya. Haha. Sepanjang tengahari, sekor2 tak reti duduk diam. Main kat luar lah, dan saya biarkan jer. Lantaklah korang nak berpanas ke ber apa ke. Aku tak kisah. Saya biar jer. Biar sekor2 penat. Then beberapa jam lepas tu, hah. Menjadi plan saya. Semua dah penat dan berpeluh2. Apa lagi, saya tetiba mengamuk la kan. *berlakon mengamuk sebenarnya*

Then saya suruh sekor2 mandi kat bilik air luar depan rumah. *rumah kampong memang byk bilik air kat luar * Dan ada adik sepupu sy ni, tak bawak tuala masa mandi. Bila habis mandi dia menjerit cari tuala. Saya datang bawak raket dan mengamuk sekali lg *motif garang tetiba*. saya cakap “ amek kaen tu, lap pakai kain tu!!” dan kain tersebut adalah kain buruk yang nenek sangkut kat pokok bunga. Haha. Dia mengeras tak nak, saya mengamuk lg, sy angkat raket dan dia pun amek kaen buruk tu lap kepala sambil menangis. Haha , saya ketawa gila2 dalam hati.

“ abang daniel gila!!” jerit dorg. haha. Saya sgt tak kisah. Last2 saya bagi la tuala betul. Haha. Kesian kena dera.

Dorg yang dah penat pun tgok la tv kejap. Then tetiba siling berbunyi kuat. Dak2 tu semua terkejut n takut. Haha. Saya dah agak dah. Terima kasih tikus sebab main atas siling tu. Hehe…masing2 takut saya tambah lagi takutkan dorg cakap yang ada hantu. Semua nak nangis dah masa tu. Dan hati saya terbahak2 ketawa *even muka sy tetiba jadi garang kan* ;p *motif lagi sebab nak buat dorg tidur* haha

Saya pun hambat la dorg masuk bilik n baring sekor2. N at that time bunyi tikus tu dtg lagi. Haha. Saya lagi tambah ketawa lam hati. sekor2 tediam. Then dari bilik sebelah, saya ketuk dinding bilik tersebut. Haha. Lagi cuak dorg.

Setengah jam lepas tu, after sy penat struggle menakutkan dorg, masing2 pun tertidur. Saya pun baru lah dapat rasa nak rehat. Mangkuk sgt. Plan saya nak ke pekan potong rambut pun tak jadi sebab budak2 ni lah. Hish.

Beberapa jam lepas tu, balik lah org2 tua rumah tersebut. Umi n makcik2 n nenek saya macam kagum sebab dapat tidurkan dorg. Haha.selama ni dorg ni sgt buas macam ayam tak reti duk diam.

*dan tetiba saya rasa berkuasa* ;p

Jahat kan this babysitter. Haha.

ni budak2 tu yang akhirnya tidur  kena marah ;p

Tuesday, June 1, 2010

Nama dia Syafiq


Bismillah
Desa Rishah. 10.35 pm. 1 Jun 2010.
Petang sabtu tu, saya lewat ke sekolah rendah kebangsaan parit 13 sg nibong. Hajatnya nak pergi pagi. Tapi sebab saya ditugaskan menjaga law exhibition kat balai raya, tak dapat join program motivasi kat sekolah rendah tersebut. Penat bangun awal ke balai raya masih belum hilang tapi saya kuatkan diri jugak ke sekolah. Niat nak tgok2 adik2 dan imbau zaman sekolah rendah.
Petang itu, selepas mandi n solat zohor di rumah, saya terus ke sekolah selepas anta nuzul balik rumah dia. Sesampai di dewan, saya masuk n arif panggil masuk dalam LDK dia. Penuh budak2 darjah 4,5, dan 6. Saya masuk grup arip jadi fasi sebentar dan terus saya terpandang budak nie. Syafiq nama dia. Dan di tag dia tulis POLIS. Maknanya cita2 dia polislah. Setiap murid kena tulis cita2 masing2. Saya duduk dan saya perati budak ni. Apa yang saya perasan, sejak saya sampai,saya nampak mata syafiq ni asyik terkebil-kebil dan dia akan melilau tgok ke semua arah. Dia macam tak boleh fokus dan bagi perhatian dekat apa yang berlaku masa tu. Time tu, murid2 lain suma sibuk perang mulut sebab ada grup yang tgh present kat depan dan paham2 la budak2 kan. Tapi budak syafiq nie, macam tak tentu arah. Dia tgok keliling, bila org tepuk tangan dia wat dek jer.
Saya perasan kak mursyidah (one of the acs crew) duduk sebelah dia dan sentiasa bisikkan sesatu kat dia. Contohnya macam “nanti bila kena g depan cakap kuat2 taw”. Dan syafiq tu masih terkebil2 even org tengah cakap dengan dia. Dia macam tak sedar apa yang berlaku kat sekeliling.
Syafiq ni, buat saya terpana seketika sepanjang saya kat dalam dewan tu n even sampai habis program pukul 6. Tah kenapa, dia mengingatkan saya kepada sesuatu dan ntah. Saya rasa sedih sgt.
Dalam dewan tu, saya duduk dekat dia dan saya sembang dengan dia. Apa yang dapat saya taw, ayah nya kerja jaga, maknya suri rumah. And later on, saya baru taw yang dia duduk ngan atok n nenek dia n mak ayah dia dok kat lain. N dari cara dia cakap dan sikap dia, saya tahu, dia tak sama macam org lain. Saya sedih dengar dia cakap mak ayah dia garang dan dia  dihantar duduk ngan atok. Dan kawan2 dia cakap, dia pun selalu kena marah ngan atuk dia. N one thing  adik2 dia suma duduk ngan mak ayah. Tak ke situasi ni menunjukkan something?
Masa present, semua murid wajib cakap tapi dia tak bleh cakap pon. Even ada words yg diletakkan depan dia. Kak mursyidah y duduk belakang dia pun pimpin dia baca satu2. Tu pun suara dia tak berapa nak keluar. Kesian kesian dan kesian sangat.
Saya sgt faham situasi syfiq sebab adik saya pun macam dia. Apa yang saya tau, kanak2 macam tu adalah kanak2 yang slow dan sangat lambat dalam pelajaran. Syafiq amek UPSR tahun ni dan bila saya Tanya nak dapat 5A tak, dia jawab tak tahu. Saya tak tahu kenapa jawapan tu wat hati saya pilu sangat. Saya cakap kat dia “mana bleh tak tau.kata nak jadi polis, mesti dapat 5A” n dia pun angguk dan terkebil2. Haish. mengeluh lagi.
Ada satu slot yang suma budak2 tu kena basuh dengan video dan nasihat dari syaufiq, syafiq ni sorang je tak nangis. Budak2 lain suma nangis bila syaufiq cerita pasal pengorbanan ibu bapa dan sebagainya, tapi dia senyap jer. Saya nampak dia macam tak paham apa2 bila syaufiq dok membasuh kat depan. Org lain tutup mata menangis, dia terkebil2 tgok nape lah suma org nangis. Tapi mungkin jugak dia faham Cuma hati dia kuat tak macam org lain. Mana kita taw hati org lain kan. But still, hati sy mengatakan yang dia tak paham apa2... haish..
Saya pikir2 balik, nape hidup ni tak adil pada seseorang. Saya selalu igt bila saya ditimpa masalah, saya lah yang paling malang sekali. Tapi rupanya ada anak2 yang lebih malang dari saya. Tetiba saya rasa berdosa, sebab saya tak mampu buat apa2. 3 jam saya ada kat sekolah tu buat saya rasa pilu sangat2. I don’t know what was the feeling but..tah saya pun tak tahu. Apa yang saya dapat buat, doa jer. Biarlah seseorang itu dilahirkan dgn kekurangan sekalipun, tapi jangan sesekali kekurangan itu mengurangkan agama dia kepada Allah. Biarlah slow skalipon, tapi disisi Allah, dia diangkat tinggi berbanding org yang paling genius di dunia. Lebih baik darjat dia diangkat disisi allah sekalipun tiada manusia yang mengangkat dia. Itu yang saya harapkan.
Dan sampai waktu balik pun saya nampak dia terkebil2 keluar dari pagar sekolah.
Ya Allah~~aku sangat rasa berdosa kerana aku tak mampu buat apa2.

Bukan kita program coordinator

Bismillah...

Desa Rishah. 5.45 pm.1 Jun 2010

Sebaik pulang dari segala kesibukan cerita dan sandiwara dunia, kini saya dah pulang ke kampung halaman dengan hati yang sangat tenang tanpa perlu pikir program, assignments or whatsoever.
jadi sisa cuti sebulan yang tinggal ni harus di manfaatkan dengan baik.sebulan nie memang sepatutnya free dari apa2 gangguan. haish.bakal bosan nih.

1. kutipan pengalaman baru di sungai nibong masih belum sempat di update,sory *macam beribu jer follower.haha* insyaalaah, dalam seminggu ni blog ni bakal berjalan semula seperti mana saya di jogjakarta. haha~~~ *daniel bajet hebat kan?* ;p

2. fighthing ok daniel! beberapa perancangan dah ada lam kepala. seperti diatas, cerita keluarga angkat di sungai nibong masih dalam suntingan.

3. dan seterusnya kisah cinta saya yang tertinggal di jogjakarta. sedih giler!!

4. juga sedikit research mengenai siapa/apa muhammadiyah dan apa fahaman mereka masih dalam pembikinan.ada sahabat yang dia nak tahu sangat pasal muhammadiyah di indonesia nie.jadi saya berbesar hati nak buat sedikit research mengenainya dan berkongsi apa yang saya belajar di kelas Muhammadiyahnism semasa sebulan di Jogjakarta.

5. seterusnya plan melancong ke seluruh malaysia *kalo sempat*... dalam masa terdekat, saya merancang nak ke pulau pangkor. mencari ketenangan abadi dari hiruk pikuk kota. *ayat macam dah keje 20 tahun*

6. kalu tak melancong pon, saya nak duduk kampung umah nenek~~lepak2 dalam kampung macam kat sg nibong tersebut. at least i can rest before looking at those books *criminal law, constitutional law, family law,law of succession etc* benci  nak g library lagi!!!

7. then, pasal israel setan pun menarik gak untuk ditulis~~tapi blum cukup modal. hum...

8. harap2 semua impian diatas tak tinggal angan2 kosong jer
berikan aku kesempatan dan peluang untuk semua dia atas ya allah

p/s: umi n abah tanya,bukak sem nak henpon ke nak keta? hish!! dilema betul soklan nie ;p