Sunday, April 25, 2010

Jogja Episod 8 : Kebakaran di Candi Borobudur



25 April 2010, Universitas Muhammadiyah Jogjakarta, 9.10 waktu Malaysia

Bismillah…

Pukul 8 waktu Malaysia ktorg berangkat ke Bobobudur naik van ngan kereta Fakultas. Borobudur terletak dekat Borobudur Village. Perjalanan mengambil masa dalam sejam setengah. Hoho. Perjalanan yang menarik sebab tak lalu highway. Jalan kampong jer. Then tiba di Borobudur, kami lepak n makan2 dulu kat kaki bukitnya. Perjalanan agak jauh bila nak naik ke temple tu. Lepas makan, kitorg terus amek tiket n daftar masuk ke kawasan bersejarah tu.

Masa masuk tu, group belakang saya kantoi org Malaysia jadi kena bayar sgt mahal. Sengal jugak sebenarnya. Nasib baik saya tak kena. Actually saya hampir kantoi jugak sebab saya betul2 depan mawi, abg paan, kak nabila, acap, n atikah. Saya terus lari masuk la kan. Haha. Kesian dorg terpinga pinga kena keluarkan kad matrik. Saya dah la tak bawak suma id tu. Haha.  Harga yang sepatutnya 15 000rp bagi org biasa jadi lebih kurang 100 000rp tuk foreigner. Tapi takpe, sapa yang kantoi tu relax la. Pengalaman kan. Kalu tak selagi tu kita tak tahu macam mana sebenarnya budaya kat sini. Alahh.. kita dah bayar kan awal2 n jgn la risau. Chill okay korang.

Sampai kat kaki Borobudur tu masyaallah, cantik n besar sekali seni n binaan Candi tu. Yes it is true that the actual temple had ruined but it had been rebuild by Dutch people n indah sekali. Hoho.

Sedikit mengenai Borobudur : 

Saya terigt masa form 4, belajar mangenai tamadun tamadun di asia. N salah satunya tamadun nusantara dan juga pasal candi2 n perkembangan agama2 di nusantara. Wujudnya candi candi nie semasa pemerintahan raja2 nusantara berabad yang lalu,sebelum kedatangan islam ke nusantara. Kan dulunya di rantau melayu ni kaya dengan agama hindu n budhha bersama2 dengan budaya keagamaan nya sekali. Pembinaan candi candi ni menjadi kemegahan kerajaan terdahulu sebab ia dapat menujukkan betapa berkuasanya atau betapa berdaulatnya sesebuah kerajaan nusantara. Kalu candi Borobudur nie, adalah candi Buddha. Jadi binaan dia penuh dengan seni2 buddha. Its not that art but binaan nya melambangkan Buddha.

Candi Borobudur adalah candi terbesar di asia ni.kot. Kalu di dunia ke saya tak sure. Manakala candi tertinggi adalah Candi Parambanan. Tapi kami tak ke Parambanan pon. Cuma borobudur. Ok. Sebelum naik ke candi tu, kena naik tangga tinggi cam batu caves. Tapi tak setinggi batu caves. Candi Borobudur ni, bentuknya macam piramid. 6 tingkat rasanya. Tapi 6 tingkat tu tinggi sebenarnya sebab bentuk dia besar, luas dia separuh padang bola lebih kurang n bentuknya ialah fair square. Setiap tingkat ada kubah2 kecik yang di panggil stupa. Di setiap keliling candi tu n di setiap tingkat ada stupa2 tersebut. Stupa tu bentuknya macam sangkar dibina dari baru obviously. Dalam sangkar tu, ada patung Buddha. N orang sini cakap, kalu sapa dapat capai tangan patung dalam stupa tu dan berbuat hajat, hajat tu akan termakbul. Tapi malangnya saya tak dapat capai tangan patung tu. Sama da tangan saya pendek atau patung tu jauh sgt. Sedihnya. Haha. Khurafat semata.

amazing borobudur dengan ukiran seni yang ajaib























Cuaca hari ni hujan. Tapi dekat sini, even takde matahari, panas sangat suhu dia. Sampai kat Borobudur tu, berpeluh gila. Saya pakai baju baru jadi baju tu belum pernah dibasuh jadi kesan dari peluh, jelas gila peluh kat belakang. Lainlah kalu baju yang dah pernah basuh, bila berpeluh, tak nampak sgt. Huhu. Malu jugak sebenarnya, but hell, lantak lah kan apa org nak kata. Yang penting tak busuk. Kulit saya sgt terbakar. Yang jelas sekali kat tangan ngan belakang leher. Adus… merah gelap kot. Mati lah nak wat camne pon taktau. Naseb bek muka tak sgt sebab saya beli cap masa kat bawah. Murah murah Cuma 12000 rp je which equivalent to rm5 Hoho. Naseb bek.

Suasana pasar kat Borobudur tu agak menakut kan. Bukan apa, peniaga jalanan kat situ sgt menakutkan. Diorg ikut kita sampai kemana2 tah tanpa berenti. Saya sampai terpaksa beli 2 bijik stupa yang harga nya 10000rp each. Mulanya rasa rugi tapi bila pikir balik, murah je kot. Rm 4 je satu. Nak dibandingkan kat Malaysia brg2 camtu dah kompem2 takkan rm4. Takpe lah, rezeki org tu mungkin n dapat lah buat kenangan. Bukan hari2 bole pegi sana. Nt bila org dtg rumah *tny ni beli kat mana* boleh la berlagak kan yang aku beli kat Jogjakarta. Haha. Apa yang penting lesson kat sini, harga barang murah sekali dong. Jgn menyesal bila berbelanja sebab kita mungkin takkan dapat kesini lagi n dapat pengalaman yang macam ni lagi selepas ni. *tapi berbelanja tu pon jgn la boros sgt kan. Agak2 la*

Selain tu  jugak, saya beli gantungan dinding yang harga sepatutnya 50000rp jadi 10000rp. Haha murah kan. N beli Sunglass pun 10000rp. Jadinya, byk juga saya berbelanja hari ni. Lebih kurang rm25. Hummm… Dgn rm25 tu, lebih dari berbaloi berbanding dengan peluang n pegalaman berada di Candi Borobudur ni. Bagi korang Mahal ke murah? Huhu… jawab la sendiri dgn membandingkan expenses anda jika ke Melaka atau pasar seni.  

Tapi Alhamdulillah, pengalaman tgok Candi terbesar di asia ni jadi satu pengalaman baru n peluang yang takkan mudah dapat sepanjang hidup ni. 

semasa sampai di kaki bukit Borobudur n sarapan dulu











Kesurupan di borobudur ;p
















ini namanya Meta : Teman yang dikenali di UMY itu ;p


























































ini pula Ikhwan : Comitte n teman di UMY



p/s : aku bersyukur dengan nikmat dari-Mu. Im such an idiot if i ask for more



Jogja Episod 7 : Gila di Kota Malioboro


25 April 2010, Universitas Muhammadiyah Jogja 8.05 waktu Malaysia.

Bismillah

Semalam hari tanpa aktiviti seharusnya. Takde dalam jadual. Jadi kitorang pun amek masa pegi keluar jalan2 ke kota Malioboro. Kat situ lah shopping heaven tuk pelancong2. Menarik menarik sebab barang2 dia ya ampun murah……………. Gila babeng punya murah. Saya rambang mata tgok barang2 kat situ n cuba menahan nafsu dari membeli brg2 sebab nt akan ada lagi perjalanan ke Malioboro dgn committee UMY . Sebab semalam kita kuar tanpa dorg. Kitorg kuar dgn dak dak UII yang dtg Malaysia ari tu.

Tujuan saya kuar semalam adalah tuk survey2 jer. Jadi kita tgok list dan perbandingan harga: 

1.       Tshirt  di Jogja 25000 rp *macam bleh beli kancil kan haha* n kat Malaysia rm 10 same jer 25000 rp tu.   Tapinya kita bole tawar sampai 10 atau 15 ribu je. Memang kompem dapat. Jadi harga dia leh jadi rm 5 / rm jer. Tapi semalam saya dapat beli tshirt jogja rm 4 jer. Murah kan. *tahap hantu punya murah kan *Kalu kat Melaka ke atau Pasar Seni ke, sah sah rm 10 ke atas n kompem takleh kurang punya

2.       Tudung = tak berminat sekali haha *walaupun umi suruh tgok* tapi kena tgok gak lg sekali nie *duit umi dah masukan hehe*


3.       Telekung = ni memang hantu giler murah. Kat Malaysia mau harga dia standard rm 300 which equivalent to 900 000rp  nak dekat2 sejuta gak la. Tapi kat sini, yang vogue punya n even lg cantik dari Malaysia leh dapat dalam 300 000 rp ke bawah. Tak sampai seratus kot. Im not talking about kedai2 tepi jalan but im talking about boutique ok. MUSLIM BOUTIQUE yang memang meletop mcam Ariana atau Hajaba kat Malaysia. Lagi meletop sebab boutique dorg ada musolla yo. Hebat2. Sambil shopping jgn lupa meninggalkan ibadah kepada Allah yuk

4.       Baju batik Indonesia = kat sini harga dia paling murah 25000 rp which equivalent to rm10. Setakat yang cikai2 ok lah kan bukan org Malaysia tau kita beli berapa. Yang penting bila kita pakai n prg Tanya beli kat mana, kita cakap JOGJA itu sudah cukup belagak la tu even harga dia rm 10. Haha. Tu pun boleh kurang lagi jadi separuh harga. Sapa yang tak leh tahan nafsu kan !! kalu kat Malaysia rm 100 ke atas dah kompem. Even baju batik UIA yang buruk tu pun harga rm50 ke atas. Haha

5.       Beg laptop batik. Ni standart la kot bagi saya. Rp45000  equivalent to rm 20. Boleh la. Tapi yang penting apa2 kat jogja nie, suma boleh kurang.salu sampai separuh pon boleh. Drama la sikit kat kedai tu kan. Buat2 tak nak beli nt dia jatuhkan lah harga dia. Mesti boleh punya.

6.      Keychain2 jgn cakap. Murah sgt2. Beli sepaket 10000 rp. Ada sepuluh dalam dia. Kira dalam rm 4 sepaket n sebijik 40 sen. Murah2.

7.    Yang len2 tu nt lah. Tgok saja apa yg dapat dibeli.





























p/s : gambar2 diatas adalah di taman sari iaitu tempat permandian gundik2 dan puteri raja zaman dahulu. ceritanya dibiar kemudian kerna lawatan semalam adalah tidak rasmi n without comittee UMY. jadi tgu lawatan bersama comittee UMY. cerita taman sari di upadate minggu hadapan. ;p

Jogja Episod 6 : Lensa Cinta Muhammadiyah , Gambar Episod 5




Makan Selepas Solat Jumaat 



























Melihat sawah padi muhammadiyah

 














































p/s : kita kawan sampai bila bila