Monday, April 3, 2017

Azerbaijan The Land of Fire: Tourist Friendly?

Salam.

Post kali ini, saya akan cover perkara berikut :-

1. Penggunaan Public Transportation;
2. Tukaran wang.
3. Baku Free Tour.
4. Sekitar hari pertama dan kedua di Capitol Baku.
5. Street snack.


Suhu hari kedua ini sangat horrible. Di kawasan Baku old city berhampiran Metro stesen Icharishahar.

Public Transport bas dan  metro.

28 May Station, 28 May Mall dan KFC terbesar di dunia.

Azerbaijan bukan sebuah negara yang tourist friendly. Information kaunter di airport yang tak membantu, dan anda takkan jumpa buku panduan mengenai tempat-tempat menarik yang patut dikunjungi, atau cara nak guna public transport dan lain-lain seperti mana di Malaysia. Dekat airport takde pun brochure mengenai pelancongan. Walaupun begitu, public transportation di Baku sangat la reliable. Tersangat reliable. Tapi sebagai org yang tak boleh berbahasa Azer atau Rusia, amat susah untuk anda navigate pengembaraan anda di sekitar Baku tanpa adanya internet. So saya sngat menyarankan anda beli simkad. Google map sangat membantu navigation anda dengan memberi route bas, no bas yang perlu anda ambil , secara sangat details. Disebabkan basnya sangat reliable dan datang hampir setiap 5 minit ke mana-mana destinasi, panduan Google map sangat accurate!

Contoh seperti di bawah:-

Ini contoh perjalana dari Hostel saya di Nizami station. Saya google route untuk ke Muzium Karpet Azerbaijan.. Google akan memberi pilihan seperti yang pertama , Anda terus naik Bas No 65 dari Nizami dan berhenti pada perhentian ke-6 dan sampai. harga = 0.20 Manat. Murah nak mam!
Saya pilih pilihan kedua, di mana saya naik metro warna hijau menghala ke Darnagul. dan berhenti di stesen kedua Elmar Akademiyasi. Dari situ Naik Bas no 6, sehingga ke perhentian ke 8 dan kemudian kena jalan kaki sikit . tgok garisan dot dot tu. harga = 0.20 (metro) +0.20 (bas) =0.40 manat. Masih murah gila. 


And I was told that for some local, harga ni mahal, sebab few years back, harga public trasport hanya 0.05 Manat. Boleh pengsan dengan kemurahannya. Biasalah, negara mane yang takde 1MDB. Semua naik hargaa! lols.



Tapi sebenarnya, tak yah terkejut dengan harga  public transport yang murah macam ni. Di Estonia, public transport adalah free. FREE WEH!. Nenek ko pun tak free. So banyakkan mengembara, kerana dari mengembara itulah, anda akan belajar banyak benda baru.


Metro di baku tak besar ye. Cuma ada tiga line je. Menghala ke Hazi Azlanov dan Darnagul. Kemudian ada dua pecahan ke Icerisahar dan Bakmil. Line ketiga yang warna ungu untuk ke Stesen Bas Intercity ke seluruh negara Azerbaijan (Avtovagzal). Ini line baru dan hanya untuk orang yang nak naik bas ke tempat lain di seluruh negara. 

 Untuk mengembara di seluruh Baku, anda kena juga guna bas sebab rangkaian bas tersangat la luas sehingga ke 40-60 km ke luar bandar. So kalau nak ke outskirt of town, boleh la naik bas guna google.



So, lepas ni, kalau saya melancong ke mana sekalipun, rasanya macam perlu ada  internet data especially kalau travel sorang. 


TUKARAN WANG

Kat sini takde money changer macam kat Msia ni kecuali di Baku Airport. Yang ade hanyalah bank-bank yang banyak. Rate dekat Airport pun tak mahal. Same je dengan kalau tukar dekat bank. Saya asalnye tuka sikit je kat Airport. pastu tukar kat Bank on daily basis. So kalau nak tukar duit, boleh je pegi mana-mana bank cakap nak tukar duit. Mostly dorg faham je bahasa inggeris kalau setakat nak tukar duit. So kene ambik nombor mcm kat negara kita dan tunggu sehingga nombor dipanggil. Mostly cawangan - cawangan bank tersangat banyak so tak perlu risau. Boleh jugak bandingkan tukaran bank mana yang bagus. Sebagai orang dari Asia Tenggara, mmg most people akan tgok pelik kat kita. Huhu. Kekadang tu rase segan sangat sebab semua orang dalam bank akan pandang af. Dengan baju comot datang dari negara mana tah huhu. Tapi kalau lepas ni saya dtg, saya terus je tukar kat airport. Kedai dia 24 Hours.

Bangunan sekitar hostel yang saya tinggal. Tengah beratur nak tukar duit dekat Kapital Bank. Anda boleh tgok rate warna merah tu di setiap depan bank utk bandingkan rate tukaran matawang. Be reminded, Ringgit tak terima ye sini. Sila bawak euro atau usd.


Sekitar hari-hari awal saya di Baku, saya letakkan gambar-gambar peninggalan soviet union di tanah yang penuh dengan api ini.

di sepanjang jalan disekitar Nizami station. Ikan -ikan ni semua nya keras membeku sebab suhu yang sangat sejuk gila time ni.
Hari pertama di sekitar 28 May metro station. Di belakang saya tu adalah bangunan KFC. Tahukah anda? KFC terbesar di dunia terletak di Baku, dan saya sedang berdiri di hadapannya! lols. Seluruh bagunan tu asalnya adalah stesen keretapi, tapi telah diubah jadi KFC.


Kalau you all kenal Mizz Nur dekat FB, yang selalu jual tiket murah Air Asia, saya satu kapal dengan mereka ni dari KUL sampai la ke Baku. Dorang berempat hanya transit 12 jam di Baku sebab dorang akan fly ke Tblisi, Georgia. 
Arzu bawa saya dan Kumar jalan-jalan di kampus dia belajar. Azerbaijan University of Languages. utk makluman, di sini ada department bahasa indonesia ya dan bahasa-bahasa lain mcm jepun, sepanyol bagai. Yang aku pelik apasal bahasa melayu takde. Dulu masa kita sekolah kan blaja yg Bahasa melayu ni konon lingua franca jadah. Bahasa utama perdagangan dunia kekdahnye. Now bila dah dewasa, aku sangsi dengan subjek sejarah melayu yg macam syok sediri tu. Macam xleh percayer jer. Lols. 
Bangunan-bangunan tinggalan soviet.



Kat Azerbaijan ni banyak sangat patung-patung pemimpin ataupun penyair cenggini. Same la dengan Turki mase zaman Kamal Atartuk, Mesir, dan negara-negara middle east yang lain, suka buat patung pemimpin. Kalau kat Malaysia kan haram.

BAKU FREE TOUR


Sewaktu saya di sana, saya menggunakan servis Baku Free Tour yang dianjurkan oleh seorang gentelman yang bernama Gani Nasimov. Anda boleh buat appointment melalui website ini https://azerbaijantraveller.com/baku-walking-tour-free/

Pada hari kedua saya di sana, saya telah booking slot utk free walking tour dan Gani membawa saya jalan-jalan sekitar Baku. Tujuan dia buat free tour ni adalah disebabkan kurangnya promosi terhadap pelancongan di Azerbaijan. Dan dengan melakukan free tour, dia berharap lebih ramai tourist yang ingin mengenali negara ini dengan lebih dalam. Dia akan bercerita tentang sejarah Azerbaijan, bangunan-bangunan tinggalan dan sebagainya. Tempoh tour adalah bermula jam 9 pagi hingga dalam 1 tengahari.

Temu janji utk Baku Free Tour boleh dibuat setiap hari melalui email sahaja. Gani akan menunggu anda di stesen Icarisahar dengan payung merah. Time ni angin gila kuat, salji turun dengan lebat nauzubillah  dan suhu below 0. Wuaah. Tapi kitorg teruskan jugak tour sebab saya dah takde masa free.


Gani bawa saya ke Palace of Happiness. Sebenarnya ni Palace of Marriage Registration. Di Azerbaijan, walaupun semuanya Islam, mereka takde akad-akad nikah. Kalau nak kawen register je macam civil marriage. Kan saya dah cakap mereka ini sangat sekular. Kalau siapa yang nak ikut cara islam dengan akad bagai, mereka boleh pergi ke masjid dan berjumpa dengan imam besar - yang dipanggil Mullah. Di sini takde centralize body yang jaga islamic affairs, cuma ada some sort of Caucasus Islamic Committee yang oversee Islamic punya aktiviti. . But not that good of a system. Mullah-mullah ni lebih terikat kepada masjid yang dia jaga je. 
And hey, Azerbaijan takde halal council ok. mereka cuma ada Jabatan Standard yang membangunkan standard halal. maknanya bukan suatu badan yang spesifik jaga halal affairs. Sedih kan? Australia & Thailand yang bukan negara islam pun ade Halal council. So macam yang saya explain dalam post sebelum ni, makan kat sini kene jage-jage and kene husnuzon. huhu . Boleh baca selanjutnya di link ini http://www.azernews.az/business/66003.html

Bayangkan lah, negara kita yang islamnye cuma 60% pun ade JAKIM yang sangat strict, ko bayangkan negara yang almost 100%  Islam? Betapa sedihnya realiti orang islam di negara ini - pada pandangan saya. Nauzubullah lah weh. Serius banyak perkara yang menginsafkan semasa saya mengembara ke sana sini.


Lepas habis tour, dia akan bawa ke kafe milik rakan beliau, Minna. Kafe Cofee Mofee hidangkan teh panas n kuih. Mantap nya minum teh panas time sejuk membeku ni. They are such a lovely people!

So, jangan lupa booking free tour ni ye! Hanya untuk orang yang boleh berjalan jauh saje k mcm backpacker. Kalu anda jenis travel secara glam, lupekan jer.




Kekacang sini murah. Walnut, hazelnut, kuaci, boleh dapat bersepah tepi jalan. Kuaci ni mcm makanan ruji orang sini. 

Buah-buah macam epal, oren dan buah musim sejuk semuanya murah gilos.

Aktiviti wajib sebelum balik hostel, mesti akan pergi kedai pastry membeli makanan! Wahah

Donar adalah makan biasa yang akan anda jumpa kat sini. LIKE FREAKING EVERYWHERE!!! to the extent I am sick of it. Macam xde makanan lain yg dijual. Mudah untuk anda cari- Harge cuma dalam AZN1 ke AZN2. Bentuk macam kebab tapi lain sikit. Jangan lupa mencubanya ye puan puan. 
Cheese dan yogurt boleh didapati dengan murah bersepah-sepah. Saya dah muntah makan cheese almost waktu breakfast, lunch n dinner. 



Sekitar Food court Mall 28th May. Kitorg makan makanan Lubnan. Muka riang masing-masing sebab saya dah seharian tak makan dengan serius sejak dari KUL-Tehran sampailah ke Baku. Luls