Sunday, October 18, 2015

Japan Legal System, Explore Shinjuku ; Tips & Guide.

Hari kedua saya traning, kami di bawa ke tiga tempat, Japan Courts, Ministry of Economy, Trade and Industry of Japan dan Japan Patent Office dan malamnya, saya pergi ke Tokyo Metropolitan Government Building.

Kasumigaseki. Semua orang berjalan kaki menghala ke Mahkamah.

Berpagi-pagian di Kompleks Kerajaan Jepun, yang terletak di Kasumigaseki. Kesemua kementerian, dan agensi-agensi Kerajaan, ada di Kasumigaseki (macam Putrajaya ler kalu kita kat Malaysia ni luls). 

Ni Tokyo Court Complex.


Trafik. Kereta sememangnya tak banyak.
 Hari ni, kami semua diperkenalkan dengan Sistem Perundangan Jepun, dan Civil Procedure bagi segala kes-kes Civil litigation di Jepun, court Jurisdiction dan sebagainya berkaitan Undang-Undang Jepun. Rasa cam bosan? yes,  bagi non-law background, ianya sememangnya bosan. Tapi bagi kami lawyers and legal practitioners, its part and parcel of what we do everyday.

Saya dengan Ketua Hakim dan Hakim Mahkamah Tinggi Harta Intelek Jepun. 
Hakim Mahkamah Tinggi Harta Intelek Jepun. She is an expert in Trademark Law.
Di hadapan Muzium Ministry of Justice. Kebanyakan gambar adalah diluar bangunan. Sebab kami tak dibenarkan ambil gambar dalam Kompleks-kompleks kerajaan. For security reason. Even ade yang saya tangkap curi-curi pun, saya tak upload dalam Blog ni. Gambar-gambar yang saya upload ni pun, setelah dapat permission. yea, i know right!



Di hadapan Ministry of Economy, Trade and Indusrty. METI  ni more or less macam KPDNKK la dekat negara kita. JPO in fact adelah regulatory body di bawah Kementerian ni. So dalam METI ni, kami di tunjukkan dengan enforcement action bagi combating fake products & Intellectual Property infringement. Macam produk china yg byk nipu tu kan, Adibas la, Buma, Yonex tiruan, semua bawah jagaan METI. Macam mane care enforment officer buat keje, kenal pasti mane produk fake atau tak. Salah satu experience baru.


Yang ni pulak depan bangunan Japan Patent Office (JPO). Kalau di Malaysia, adalah Malaysia Intellectual Property Office. (MyIPO)
View dari Tingkat 16  JPO. Hanya kat level ni je kitorang bole bawak keluar camera. lol

Yeah I know right!? Jubah ni dipakai oleh Hakim Mahkamah Tinggi Harta Intelek Jepun, during IPR Appeal trial. Sistem di sini, sekiranya pihak-pihak ingin appeal terhadap keputusan JPO (contohnya dari segi patent application/trademark registration), pihak yang tak puas hati dengan keputusan court, akan appeal dekat court ni. 

Forum nya, adalah tiga orang Judges.
Tetap excited, walaupon nampak bodo dengan pakai jubah yang sedih. haha.
Shinjuku ; Tips and Guide.

Selesai visit ke semua tempat, saya beranikan diri berjalan ke Shinjuku. Naik Tokyo Metropolitan Goverment Buiding. Main attraction kat Tokyo katenye. Masuk free. Tak banyak tempat saya bole explore sebab dah lewat malam.

Muka excited habis training. Tak sabar nak ke Shinjuku.

Tokyo Metropolitan Building ade dua. Selatan dan Utara punya bangunan. Bangunan bahagian utara, hanya dibuka dari jam 10.00 am sampai 5 pm. Tapi kalau yang Selatan dia buka smapai 11 malam. Untungnya bangunan Utara, bole nampak Mount Fuji. Tapi kalu selatan, bole nampak bahagian Tokyo sahaje. Tapi still berbaloi. Suasana sama je mcm naik KL Tower its just ianya free.

Kat tingkat 45

Kalau korang nak datang, datang la siang. Bole pegi north tower. Nampak Gunung Fuji

Kat Shinjuku, banyak kelab malam dan Bar. so sape yg non-practising muslim, bole la menempah tiket neraka kat area sini. 

Hehe. Till next post, I'll show you the place I managed to explore over the weekend. The famous Shibuya dan Asakusa.

:)