Tuesday, March 11, 2014

Pemfailan Borang 6,7 & 8 (Long Call Papers) Part I

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Sekalian.

Maafkan saya sebab tak update pasal pemfailan untuk borang-borang bagi tujuan long call. The fact that saya dah called to the Bar menjadikan diri saya malas sangat nak menaip. Dah jadi loyar la katakan. hahaha. Ditambah pulak waktu long call hari tu kene pulak sekali dgn final exam. so, hidup sangat la berserabut. Walaubagaimanapun, alhamdulillah, i passed my second semester with flying colors. Wuhuuuu. So far xde lagi rasa menyesal kerja sambil amik masters in law (LL.M) dalam masa yang sama. Sbb Allah permudah jalan saya. heheh

Ok. jom saya bincangkan apa perlu dibuat untuk preparation long call papers. (ni pun sy buat entry ni sbb kene desak oleh chambee kat opis. poyo sgt)

Untuk bahagian yang pertama ni, saya bagitahu apa pre-requisite yang perlu dibuat oleh semua kita kita ni yang nak jadi loyar ni kononnya.

a) Ethic Course

Pastikan anda-anda semua langsaikan hutang anda dengan Malaysian Bar dan dapatkan sijil tamat/lulus ethic course. Selagi tak lulus, selagi tu la tak boleh filing borang Long Call. U know the drill of this course. Tak perlu la saya explain. If you need the notes for the exam preparation, u can email me. I have some materials for your reading and exam preparation. Email me at danielyusof.moa@gmail.com 

b) 14 hari Legal Aid

Yang ni pun kena habiskan dan kena cek dengan State Bar masing-masing apa yang perlu dibuat to make sure chambering kita is in order. Macam  kalu Selangor Bar, kene pergi 4 seminars baru boleh dapat Surat Kelulusan dari diorang. kalu negeri lain  lain. so it depends

c) Bahasa Melayu Exemption Certificate / Bahasa Melayu Exam for lawyers.

Bagi graduate sekolah di Malaysia dan ade sijil SPM, kita kene apply for Exemption Letter so that kita tak perlu buat Exam Bahasa Melayu. What we have to do, is just apply for exemption di Legal Profession Qualifying Board klik di sini  --- > http://www.lpqb.org.my/. Kita boleh apply sijil tu online sahaje. 

As for us yang dah ade SPM, kita terus klik dekat pautan "Exemption from the Bahasa Malaysia Qualifying Examination" dekat Home Page tersebut. It is under "Online Application". Then follow la proses yang seterusnya. The fees for the Sijil is RM 100.00. Pay via credit card.

Dan bagi siapa yang takde SPM, kene ambil la exam tersebut. Usually utk foreigner or something saya tak berapa pasti. Klik la pautan "Bahasa Malaysia Qualifying Examination". 

Sijil Pengecualian BM


Thats a major requirements la. Kene make sure u lepas semua ni and obtain relevant papers then boleh la filing long call papers.

As for other requirements yang penting.

Yang ni kita kene buat dalam seminggu sebelum hari terakhir, adalah seperti berikut:-

a) Buat pembayaran sebanyak RM 200.00 kepada Advocates & Solicitors Disciplinary Board iaitu bayaran untuk Diciplinary fees or something. Resit bayaran ni sangat penting kerana akan digunakan untuk filing long call papers dan sampai kiamat. Sepanjang u practice as lawyers, kene simpan  rasanya. Pegi wisma maran dekat dengan Malaysian Bar tu Level 8. Keep the receipt.

b) Selepas buat bayaran RM 200.00, pegi Malaysian Bar buat bayaran RM 30.00 iaitu untuk "instrument". Instrument ni basically sijil practise kita la. warna kuning. yang ni perlu di tandatangan oleh hakim yang dengan Long Call kita nanti.

As for siapa yang nak long call di KL, u bayar je tak payah amek instrument ni.

Tapi bagi siapa yang nk Long Call kat negeri sendiri, lepas buat payment RM 30.00, kene mintak "instrument" tu utk korang bawa balik ke negeri korang. 

c) Sijil Penampalan. Dont ask me what is this. U pegi RKKK KL, (Boleh buat di KL sahaja ya) bagitahu dorg kate nk buat sijil penampalan. Nanti dia akan bagi a stack of "Affidavit Penampalan" pastu insert la tarikh dalam sijil penampalan tu. kemudian pegi filing RM 40.00. isi elok elok ya.


Sijil Penampalan


d) Surat habis legal aid. Yang ni pegi follow up dekat State bar masing masing ya. Yang ni lambat pun xpe. lepas file 6,7 & 8 pon xpe. sbb nanti waktu long call kene make sure dah ade la bende ni. sbb state bar akan mintak.

So saya summarize apa yang kene buat-

1. Sijil Ethic Course
2. Sijil Bahasa Melayu
3. Habiskan legal Aid
4. Bayar RM 200.00
5. Bayar RM 30.00
6. Sijil Penampalan

Ok tu je bende yang anda kene buat supaya dapat fail borang 6 7 & 8. Lepas ni saya akan update cara isi borang 6 7 & 8 dan apa documentation yang perlu di buat.

Chiao. Anything, email me ya danielyusof.moa@gmail.com