Saturday, February 6, 2010

bukan saja tawa,tapi juga air mata

'mariah terharu dengan nikmat yang sudi Allah campakkan ke hati mereka semua.bukan senang untuk merasai nikmat itu.sudah terlalu banyak air mata ditumpahkan.perselisihan,terasa hati,terluka,percanggahan pendapat,bersangka-sangka,menegur,ditegur,dikritik, dan pelbagai lagi ujian yang terpaksa dilalui sesama mereka untuk membeli mahalnya harga ukhuwah.semua pengalaman itu tetap manis apabila dikenang kerana semuanya mengandungi nilai tarbiah yang berharga daripada Allah.segalanya telah mendidik mereka agar lebih matang dalam menempuh cabaran mendatang. asiah yusra turut menahan sebak mendengar semua ini.wan,fie,umaimah qomar dan deena turut mengesat mata.ada air bertakung di kelopaknya'

sedutan ini saya dapat dari tulisan seorang penulis novel yang saya agak kagumi.saya kagum dengan gaya tulisannya kerana dia tahu untuk menyuntik semangat persahabatan dalam diri pembaca. tatkala saya menyelak page ini, saya baru lepas bergaduh dengan seseorang.my friend, i can say.saya tersentap sejenak dan memikirkan bagaimana sebuah persahabatan boleh jadi mahal.dan jawapannya adalah apabila persahabatan itu disulami bukan saja dengan tawa, tapi juga air mata.