Sunday, October 18, 2015

Japan Legal System, Explore Shinjuku ; Tips & Guide.

Hari kedua saya traning, kami di bawa ke tiga tempat, Japan Courts, Ministry of Economy, Trade and Industry of Japan dan Japan Patent Office dan malamnya, saya pergi ke Tokyo Metropolitan Government Building.

Kasumigaseki. Semua orang berjalan kaki menghala ke Mahkamah.

Berpagi-pagian di Kompleks Kerajaan Jepun, yang terletak di Kasumigaseki. Kesemua kementerian, dan agensi-agensi Kerajaan, ada di Kasumigaseki (macam Putrajaya ler kalu kita kat Malaysia ni luls). 

Ni Tokyo Court Complex.


Trafik. Kereta sememangnya tak banyak.
 Hari ni, kami semua diperkenalkan dengan Sistem Perundangan Jepun, dan Civil Procedure bagi segala kes-kes Civil litigation di Jepun, court Jurisdiction dan sebagainya berkaitan Undang-Undang Jepun. Rasa cam bosan? yes,  bagi non-law background, ianya sememangnya bosan. Tapi bagi kami lawyers and legal practitioners, its part and parcel of what we do everyday.

Saya dengan Ketua Hakim dan Hakim Mahkamah Tinggi Harta Intelek Jepun. 
Hakim Mahkamah Tinggi Harta Intelek Jepun. She is an expert in Trademark Law.
Di hadapan Muzium Ministry of Justice. Kebanyakan gambar adalah diluar bangunan. Sebab kami tak dibenarkan ambil gambar dalam Kompleks-kompleks kerajaan. For security reason. Even ade yang saya tangkap curi-curi pun, saya tak upload dalam Blog ni. Gambar-gambar yang saya upload ni pun, setelah dapat permission. yea, i know right!



Di hadapan Ministry of Economy, Trade and Indusrty. METI  ni more or less macam KPDNKK la dekat negara kita. JPO in fact adelah regulatory body di bawah Kementerian ni. So dalam METI ni, kami di tunjukkan dengan enforcement action bagi combating fake products & Intellectual Property infringement. Macam produk china yg byk nipu tu kan, Adibas la, Buma, Yonex tiruan, semua bawah jagaan METI. Macam mane care enforment officer buat keje, kenal pasti mane produk fake atau tak. Salah satu experience baru.


Yang ni pulak depan bangunan Japan Patent Office (JPO). Kalau di Malaysia, adalah Malaysia Intellectual Property Office. (MyIPO)
View dari Tingkat 16  JPO. Hanya kat level ni je kitorang bole bawak keluar camera. lol

Yeah I know right!? Jubah ni dipakai oleh Hakim Mahkamah Tinggi Harta Intelek Jepun, during IPR Appeal trial. Sistem di sini, sekiranya pihak-pihak ingin appeal terhadap keputusan JPO (contohnya dari segi patent application/trademark registration), pihak yang tak puas hati dengan keputusan court, akan appeal dekat court ni. 

Forum nya, adalah tiga orang Judges.
Tetap excited, walaupon nampak bodo dengan pakai jubah yang sedih. haha.
Shinjuku ; Tips and Guide.

Selesai visit ke semua tempat, saya beranikan diri berjalan ke Shinjuku. Naik Tokyo Metropolitan Goverment Buiding. Main attraction kat Tokyo katenye. Masuk free. Tak banyak tempat saya bole explore sebab dah lewat malam.

Muka excited habis training. Tak sabar nak ke Shinjuku.

Tokyo Metropolitan Building ade dua. Selatan dan Utara punya bangunan. Bangunan bahagian utara, hanya dibuka dari jam 10.00 am sampai 5 pm. Tapi kalau yang Selatan dia buka smapai 11 malam. Untungnya bangunan Utara, bole nampak Mount Fuji. Tapi kalu selatan, bole nampak bahagian Tokyo sahaje. Tapi still berbaloi. Suasana sama je mcm naik KL Tower its just ianya free.

Kat tingkat 45

Kalau korang nak datang, datang la siang. Bole pegi north tower. Nampak Gunung Fuji

Kat Shinjuku, banyak kelab malam dan Bar. so sape yg non-practising muslim, bole la menempah tiket neraka kat area sini. 

Hehe. Till next post, I'll show you the place I managed to explore over the weekend. The famous Shibuya dan Asakusa.

:)



Wednesday, October 7, 2015

Summer IPR Training Course

Sehari lepas tiba di Tokyo, dan lepas puas jalan dekat Ueno, saya dah ready utk intensive training selama seminggu ++. Kursus ni saya apply sendiri melalui MyIPO, dan diorganize oleh JPO. Hari pertama, kami dijemput oleh coordinator kami, untuk bawa kami dari HIDA ke tempat training i.e. APIC Asia Pacific Industrial Property Centre yang terletak di  Kasumigaseki.

APIC basically bekerjasama dengan JPO untuk menguruskan training kami, sebabnya, APIC adalah training centre. JPO in the other hand is a regulatory body yang regulate Intellectual Property (Harta Intelek) matter di Japan, dan mereka bekerjasama dalam menguruskan Summer Intellectual Property Course kami. So, JPO memperkenalkan sistem Intellectual Property melalui APIC. Mesti tak familiar kan? Its okay, its basically what my job is all about. Harta Intelek + Undang-Undang. Sila lah wikipedia sendiri. lol.

Our Yuko-san

Our Santoshi-san

Kebanyakan speeches yang kami hadiri, adalah berkenaan polisi Harta Intelek di Jepun. Jepun adalah negara yang menggalakkan inovasi, dan mereka sangat megallakkan rakyat mereka untuk membangunkan SMEs. Dan syarikat-syarikat besar, diwajibkan untuk membangu SMEs bagi membangunkan ekonomi negara.

Satu contoh. Semua orang kenal syarikat Intel, yang based di US kan. "Intel Inside" yang ade dekat laptop korang tu. So setiap cip yang ada dalam processor Intel, adalah di manufacture oleh SME yang asalnya dari Jepun. Syarikat SME tersebut, memiliki hak intelek terhadap (Intellectual Property Rights) ke atas cip kecil tersebut dan memjadi penggeluar kepada Intel. So, walaupun kita tak kenal siapa pembuat cip tu, as compare to kita kenal  "Intek Inside" menunjukkan bahawa industri inovasi di Jepun adalah sangat hebat.

Sebab tu kalau kita pergi Daiso, banyak giler barang2 pelik kita nampak. Semua tu telah dipatentkan dan ade pemegang hak harta intelek masing-masing. No one can simply copy cat barang-barang tersebut kerana everything is protected by Intellectual Property Rights.

Hari pertama agak hectic sikit, sebab first time nak belaja guna Metro dan berjalan jauh dengan trainee-mates yang tak biasa jalan jauh. Hari training  agak mengujakan kerana we became part of the Japan workforce. Belaja naik tren sendiri semacam juga warga Jepun. Even kat Malaysia, saya tak biasa naik LRT ke tempat kerja sbb takde LRT kat kepong tu. Mg sy drive hari2 dan tak pernah jammed teruk. So since dekat Jepun, hari2 kene jalan sgt jaun melalui kawasan-kawasan perumahan di Kita Senju. Post ni saya nak share berkenaan culture dan tipikal Japanese everyday lifestyle.

Ni entrance Kita Senju station, kalau melalui tempat Training saya. This entrance is between residential houses.

Jalan saya lalui setiap hari. tetibe ade pintu masuk Kita Senju station. lol.



Rumah mereka yg kecik2. Setiap rumah maximizekan penggunaan ruang. So kereta pun parking guna lift setiap hari supaya bahagian bawah boleh guna untuk kereta lain.
Jepun sebuah negara yang tak popular penggunaan kereta.(even mereka adalah negara pengeluar kereta!) Setiap hari mereka akan commute pakai metro sebab metro terlalu banyak. Dan melingkari seluruh negara. So mereka memang tak perlukan kereta. In fact, metro mereka sangat tepat. Jgn risau kalau tertinggal metro jam 9.02 am, sebab nanti jam 9.04 am, akan ada metro lain sampai. Dengan tepatnya.

Maybe ade yang pernah dengar cerita, kalau ade tren mereka lewat sampai, Pegawai metro akan turun dan minta maaf kepada setiap penumpang. And actually its true. Sekiranya kelewatan berlaku, setiap penumpang akan diberikan "surat tunjuk sebab" dan penumpang kene submit surat ni pada majikan masing-masing bagi tunjuk sebab kenapa dorang lewat dtg tempat kerja.
That how Japanese live their life. They are polite, hardwork, dan honest,
Since penggunaan kereta tidak tipikal di Jepun, mereka akan ada parking basikal di setiap metro station. Bagi sesaiapa yg duduk jauh sikit dari metro, akan naik basikal, dan commute metro. Permandangan orang pakai suit, dan office attire dan menunggang basikal adalah sangat common di sini. Kalau di malaysia, xdenye org pakai blazer nak kayuh basikal kan. kecuali menteri yang kunun concern pasal rakyat. lol. tu pun for the purpose of nak masok sinar harian. kah!
Ni tempat bayar parking basikal. Rare kan compare to malaysia? hehehe Usually harga parking adalah 100yen sehari. Equivalent to RM3.50.

Apa yang saya belajar di Jepun, penduduk mereka tidak pernah kisah pasal benda2 materialistik. Kereta, dan saiz rumah, bukan ukuran perbandingan status sosial mereka. Semua orang kerja, dan hanya fikir untuk memajukan negara. Kerja, kerja dan kerja.  Bende tu la saya belajar dan saya bawa balik untuk dipraktis di Malaysia. Perspektif saya berkenaan lifestyle totally berubah selepas kenal Jepun. :)

Jepun juga negara yang kesedaran siviknya sangat tinggi. Negara dorang sangat bersih. Eevn lorong-lorong kecil pun xde sampah.dan sampah dah siap sorting dari rumah lagi. Even dekat HIDA, dalam bilik kitorg ade 2 jenis bakul sampah. Combustibel item dan non-combustible item.


Part of Japan workforce. Kul 8 pagi saya dah keluar berjalan, dan balik kul 10 malam. Penatttt. Tapi saya belajar banyak benda. Alhamdulillah
Training day, basically sama je setiap hari. Lecture, dengar seminar, group work dan sebagainya. Pengalaman saya dalam dunia IPR masih baru, jadi sy susah nak catch up dengan training dorg yang sangat intensif. Kebanyakan groupmate adelah org yg dah tua-tua, ade phd. Saya je yg baru keje x sampai setahun, join program ni, huhu.

DAISO / Kedai 100yen - penyelamat bagi backpacker & traveller. 

Setiap hari sebelum balik ke HIDA, saya akan jalan sonsorang explore tokyo. First day, mencari Daiso. hehehe. Daiso atau kedai 100 yen, basically adelah penyelamat bagi traveller2. Sebab barangannya harian boleh didapati di sini dengan harga cuma 100yen. So saya, almost everyday akan kesini mencari makanan, kopi n barang2 harian. Lol.


Saya merembat pisau untuk guna dirumah. Kualiti not bad.



Add caption





kekadang, malam saya akan dinner dengan roti ni. hehe
hehehe.

Wednesday, September 30, 2015

Solat di negara orang; Japanese Hospitality

Rasa nikmatnya solat di negara bukan Islam, tak sama berbanding solat di negara kita sendiri. Hanya org yg pernah experience akan faham. :')

Kami berdua tercari-cari tempat untuk solat, dan kami bertanyakan dekat mana tempat utk solat pada salah sorang staff Disney. Mula-mula kami tnya, dekat staff Dumbo the Flying Elephant. Staff kat situ xberapa pasti dengan permintaan kitorang so dia call manager dia. Manager dia pun datang, dan tanyakan apa yang kami nak. Dan kemudian datang lagi sorang staff. Katanya, dia ni akan temankan kitorang pergi solat. Time tu kami tgh beratur nak main dumbo tu, dan dia ckap, dia akan tunggu smpai kami habis main. Bagusnya. Time tu sy dah serba salah gila sbb mcm dah susahkan dorg. Pastu Eza ckp, “lantak je, biar bagi awareness kat dorg supaya dorg bole buat facility solat lepas ni utk muslim

Panduan utk bertanyakan tentang solat: Link disini



Kami habis main, ade sorg staff dah memang tunggu n bawa kami ke kawasan yg agak isolated i.e. dekat game yg tengah repair ; Hounted Mansion.

Time sampai tu sy tercari-cari paip utk buat wudhuk. N Staff tu tunjuk ade water fountain. Water fountain tu kan bukan mcm paip, kene tekan baru air kuar. So cmne nak amek wudhuk kalu satu tgn nak tekan. N staff tu, before sempat sy nak tekan, dia dah tekankan. Like seriously time tu sy rase cam terharu gila.


Awak rasa ade tak kalu kita p US ke, China, dorg akan layan camni? Even kat Malaysia pun saya belum pasti akan ade org yg akan tolong mcm ni 
Then dia tolong Eza, n dia tunggu dekat pintu pagar luar sementara kitorg solat. Kitorg dah insist utk dia tinggalkan kitorg tapi dia tetap tunggu smpai kitorg habis. This is Japanese Hospitality. Merekalah bangsa yang paling bertoleransi dalam bab agama , dan juga bangsa yang paling polite. Smpai saya rasa serba salah gila. Tu belum lagi bila nk minta tlg tunjuk arah. Walaupun dorg xfaham apa yg kita minta tlg, dorg takkan say no, sebaliknya diorg akan g tnyakan kat org yg boleh tlg kita. 

Bila masa si Eza amik gambar ni pon sy tak sure.

Eza bukan tgh sembah kubur, yg tu mesin FASTPASS utk Game Hounted Mansion. lol
Staff Disneyland yang jaga kitorg solat.

Ni Eza punya. bende paling essential nak kene ade. Sy xtahu rupanya bende ni sgt berguna utk travel. Byk gila bende ni dekat rumah smpai terbuang-buang. Org sedekah balik Haji. Mase kat Guangzhou, kitorg solat kat hotel tak tentu hala. So lepas ni sy kene cari bende ni dekat Mydin.
Satu lagi  insiden masa saya dekat Shibuya, saya nak cari Mall Syibuya 101, sorg pompuan ni, model-like woman, tunjuk sy jalan smpai ke mall tu.

Dan juga ade satu mase saya nk solat kat Shinjuku, saya tanya arah barat kat sorg lelaki,tapi dia tak tahu mana barat, dia panggil sorg pompuan  yg tgh jalan. Dorg pun tak tahu arah, but then, pompuan tu ckp tunggu kejap dia nak download apps compass n nak install dlm phone dia.  Smpai mcm tu skali. Time tu dah ade 3 4 org jepun berkumpul kat pompuan tu, member dia agaknya tgok ape yg dia buat (maybe tgh ckp pasal saya nak cari arah barat), time tu saya mmg dah serba salah gile. Rase nk ckp “xpe lah sy tak nak susahkan". Tapi dorg insist utk suruh sy stay n tgu dia habis download apps tu.

Dorg tlg saya sampai jumpa arah barat.

Dan sepanjang saya training juga, mereka offer untuk prepare kan satu kelas khas untuk saya solat. terharu betul. Saya tak minta pon tapi mereka yang sediakan. T.T terharunya dengan hospitality mereka.






It's maybe a small gesture, but it means a lot to me.

Thank you Japan. I will definitely come here again.

Friday, September 25, 2015

Disneyland Tokyo, Childhood dream comes true : Tips & Guide.



The magnificent Cinderella Castle yang juga Big screen

Coming to Disneyland, was a dream comes true. Sebenarnya, saya tak penah plan nak dtg Disneyland masa sblom dtg Tokyo. Sebabnye, saya tahu tiketnya sgt mahal i.e. RM250.00 dan takde member nak pegi skali (since this time dtg Tokyo atas sebab kerja, bukan vacay). Tapi nak dijadikan cerita, hari ke tiga dekat HIDA, terserempak dengan seorang perempuan Melayu ni. Pepagi time tu rush nak breakfast n pegi training, sy dah nak basuh tangan n keluar, nmpak sorg ni pakai tudung cam budak melayu. Sy pun tegur “Are you Malaysian?” dan dia jawab dlm bahasa Indonesia. Hampeh. Sy reply  melayu, melompat perempuan tu sbb seronok sgt. Katenye dah seminggu dia tak cakap melayu, n rase mcm dah hilang identiti katenye. Haha. Dia kursus lain, i.e. HR management under sponsorship lain. Katenye mula2 tak ade rase nak tegur sbb igtkan sy local. Hhahahahahahaha. Maknanya kalau sy tak tegur, smpai ke sudah dia takkan tegur dulu sbb takde sapa sangka sy org melayu. Lol.

Dah seminggu dia kat HIDA dok cakap bahasa inggeris sampai hilang identiti melayu kononnya. Dalam masa kurang dari 5 minit terserempak, dah rase mcm member kenal 10 tahun. Sbb terlampau seronok. Mcm ni la bila kita kat negara org sorang2, bila jumpa org kita, terus tanpa semena-mena jadi rapat gile. But this only happens bila korang sonsorg mcm saya, n macam si Ezzah ni.  Ni la juga satu sbb nape sy suka travel sorg, sebab kita akan paksa diri kita utk bercakap dgn org orang, instead of duduk dlm lingkup kita sendiri. 

So, pasal Disneyland, Eza la yg beriya meracun sy pergi Disney, walaupun last week dia baru je pegi. X puas katenye. Btw, masing-masing pun perangai gila babi, so mmg masuk la kepala masing2. She is in legal line as well. So mmg lagi masuk laaaa. Hahaha.

Saya pergi Disneyland hari sabtu, so decision utk g Disney tu dibuat tgh mlm jumaat sblom tido. Gila tak plan? Habis hancus plan asal nak jenjalan Tokyo. Anyway just nk bgtahu, di Tokyo ni, terlalu byk tempat utk explore. Dan setiap tempat, ade identiti dia sendiri. So, mmg mustahil, even dalam masa saya 2 minggu di sana, utk explore segalanya. So nasihat saya, tak yah pegi semua. Kalu just pegi kejap2 ke setiap tempat buat ape. Tak dpt nak appreciate the surrounding. So pendekatan saya, pegi je la mana sempat. N explore habis habisan apa yg ada kat satu2 tempat tu. Embrace, and appreciate the environment, the culture and the people. Itu sebenarnya yg membuatkan journey kita lagi manis. Byk tempat kot sy x gi. Ginza, Tokyo tower, Odaiba, Imperial palace, Mount Fuji, Roponggi. But daripada sekejap2 pegi situ sana tapi x buat apa. Just for the sake of touching your feet at one place, baik x yah travel. That was what happen when I was in Guangzhou last July 2015. Sy xdpt appreciate Guangzhou sbb sibuk shopping. Bodoh kan. *marah dengan diri sendiri


Disneyland terletak di Maihama station JR Line. So kami yg dari Kita Senju, Dari H21, pergi ke H11 (Hatchobori) dan turun cari JR Line (Keiyo Line) yg warna kelabu kecik tu. Perjalanan dalam 30 Minit je. Kalau korang dari mana tempat sekalipun,  cari je JR Station, then bole pergi dari situ menuju ke Maihama Station.
Disneyland Tokyo ade beberapa part. Disneyland, Disneysea dan Disney Resort. Gila besar kawasan dia. Kami cuma pergi ke Disneyland dan tiket berharga 6900 yen. Advise saya, kalu berkesempatan, jangan pergi weekend. Sebaiknya pergi weekdays yg BUKAN public holiday. Since kita ni semua adalah traveller, so there must be high chance yg kita akan berada di sana on weekdays. So pegi la weekdays. Kalu weekend, mmg pack n kene beratur almost 2 jam utk main satu2 game. Waste of time. Tapi, saya ada tips utk tak perlu beratur.


Dekat entrace. Time ni hati girang tak tau cak ckp. rasa nak lompat!




Entrance Kedua. Masih excited!
Tips utk tidak beratur.

Sesampainya di sana, dekat setiap game, korang cari la FASTPASS vending Machine. Tiket entrance yang korang ada tu jgn buang, sbb masa kat mesin FASTPASS, kita bole collect tiket FASTPASS. 



Cari kaunter ni utk dapatkan FASTPASS tiket


google image


Contoh : google image


Standby entrace maksudnya beratur biasa yg smpai 2 jam. FASTPASS tu utk sapa yg dah amik tiket FASTPASS


Big thunder mountain yg tunggu smpai 2 jam stgh. Bodonya rasa time ni. Game dia ade la seminit lebih.
Mai saya tunjuk. Sebelah kiri tu tiket entrance yg kita beli dgn 6900 yen tu. Yang kanan tu FASTPASS utk splash mountain. Waktu saya collect ni, dalam 12pm. Dan nampak dia tulis 21:00-22:00. Maknanya kita bole main Splash Mountain Jam 9 malam nanti tanpa perlu beratur. Saya tahu pasal FASTPASS ni lewat dah,  sbb tu dapat waktu main lewat. So bila korang sampai awal pagi tu, terus p cari FASTPASS tiket ni dekat setiap game n collect (*tak semua game ada). Sbb sistemnya elektronik, sistem akan automatik susun schedule korang , setiap kali korang scan tiket kiri tu utk dptkan FASTPASS. So dgn cara ini, sementara korang tunggu waktu korang utk main on the later of the day, bole main bende lain yg x ramai orang. Faham kan? and its FREEEEEE!

Utk pengetahuan adalah tak berbaloi utk tunggu selama dua jam utk main satu-satu game. Satu game cuma less than 2 minit. Especially roller coster. Gila tak berbaloi nak beratur. FASTPASS tiket adalah option. Mmg siot. Org mmg ramai gila. Pagi tu ade satu game saya tunggu smpai 2 jam setengah dekat Big Thunder Mountain. Lepas tu serik dah. Nasib baik ade si Eza bole borak. 

Depan Game : Its a small world.

Dalam Its a small world. Naik bot.


Dalam ni, basically pertunjukkan menari dan nyanyi dari patung2 dari seluruh dunia. Mmg bodo. So jgn masuk. Hny utk bebudak.




Its a small world. Bodo bodo n bodo. Buang masa.

Westernland shooting Gallery. Main tembak2

Snow white  Wishing Well. Minta la hajat. Sini saya minta supaya dapat rezeki dan jodoh yg baik. kahkahkah

Depan kedai souvenir


Cinderella Castle


Ade jual kottt. Mahal gila bende ni. Yg atas life size. yg bawah tu kecik je pun dalam saiz jari tengah. Ade service engrave nama kita atas kaca tu. FREE.






Tak padan dengan tua nak main  Castle Carrousel




Vending machine beli Air




Alice Tea Party






Popcorn disney sgt popular. Sila lah beli. ade caramel, soy sauce dan butter, curry, salt. coklat &a dan honey. Wehehehe


Dekat Toontown, kalau nak jumpa character2 disney


Grand circuit . Bayangkan Eza ni dtg disney dua kali dlm masa seminggu. Kaya kaya. haha


Depan Grand Circuit


Cleaner. Yang sangat helpful dan  peramah.


Rumah minnie mouse. Sebab xnak beratur lame, so xdpt la amik gambar ngan minnie dan mickey.


Tiramisuuu


3 pigs and A wolf. Tgok kaki dia kecik. kahkah




Chip and Dale roaler coaster.

Grand circuit Runway















Again, xpadan dengan tua.



Depan Goofy House.

Cinderella Fairytale Hall- tak dapat masuk sebab ramai gila

Queen of Hearts Restaurant - tak masuk sebab non halal




Disney Character Parade. Ohohoii

Kemuncak trip ke Disneyland adelah parade. The famous parade. Mcm perarakan hari merdeka ade kerete berhias kunun. Sini la mula start rase terharu n cam nak nanges sebab dapat tgok real life disney character. *only some people undertand the feelings.  hahahahahaha
Woi kalau bawak budak dtg sini memang meroyan. I wish to work as a Legal Advisor kat disneyland. lol
Dia mula dah

Toy story!

Jin Aladdin

Aladdindan Jasmine atas gajah


Rapunzel :')

Cinderella, Bella (sleeping beauty) ngan Aurora (beauty and the beast) 

Tinker bell


Wonderland Characters.

Alice

Penutup oleh Mickey Mouse
Parade yg akan buat korang menanges. lol
Malam tu ade parade lagi. Parade yg sama dengan yg siang, tapi mlm ni lebih kepada pertunjukkan lampu2. Semua kereta berhias, n custom2 semua character ade lampu. mmg terbaik n memang gila.

Orang tersangat sangat ramai mcm musim haji. Dengan budak2 tidur sepanjang jalan. Sbb terlampau penat la gamaknye dari pagi asek main je.Kami stay sampai tutup i.e. kul 10pm. Dah nak kene halau dengan staff disneyland. masa dah nak malam tu, banyak pulak game yg da xde org sbb tu main sampai kene halau. haha. 

Time ni dah pukul 11 mlm. Penat gila nak mati ya allah. Sempat saya beli popcorn dan bekas popcorn. sbb rase bersalah dgn adik bongsu sy, sy beli la bekas popcorn tu bagi dia tanda souvenir dari Disneyland Tokyo. Harga? RM70 (T_T)

Seronok, memori yg saya takkan lupa sampai bila bila. bangun esoknya,sakit kepala, rase nak demam, segala sendi rasa nak tercabut. bayangkan 14 jam kat Disneyland. haha

Till next post.