Sunday, June 27, 2010

1st Caution !!!

Caution !!!

Kepada pembaca dan followers sekalian, entry kali ini adalah bersifat dokumentari dan ilmiah. Jadi sekiranya tuan2 dan puan2 tidak sukakan perbincangan yang bersifat ilmiah, sila blah sebelum anda berasa bosan membaca entry saya yang panjang dan bosan ini. Sesiapa yang berminat, sila teruskan. Jika tidak cukuplah kiranya tuan puan sekalian berhenti apabila nampak noktah dihujung ayat selepas ayat ini. Terima kasih dan maaf atas segala kesulitan. *haha*

Dan tajuk sebenar entry ni adalah Perjalanan sebuah perjuangan


Bismillah 

Desa Rishah.27 Jun. 4pm



Cuti ni, saya berkesempatan buat sedikit research pasal muhammadiyah. Haha. Saya tak pasti apa yg menghantui saya tuk wat benda ni, Cuma sebab ada sahabat yg tanya pasal ni, n saya berusaha tuk kongsi apa yg saya tau. Dan btw, isu muhammadi wahabi ni sekali lagi menjadi kontroversi apabila beberapa tokoh ulama kita dilabelkan sebagai pengikut kumpulan2 tersebut. Saya tak dapat nak komen byk sebab saya tak baca isu ni habis2 lagi sebenarnya. Tgu lah sy beli majalah I nanti. Haha.
Dan hari ini  bertarikh apa tah sy tak igt. Haha. Yg penting hari itu adalah hari saya di jogja, hari dimana ada kelas final muhammadiyah dipagi hari. Hari yang saya pissed off sebab terpaksa lewatkan plan nak shopping di Bandar Jogja. Kelas bermula awal pagi, dan kedatangan kami sememangnya dinantikan oleh Pak Yordan. Ni kelas terakhir dan banyak benda yg tak sempat di catch up, di habiskan pagi ni. Jadi, saya harus bermula dengan kisah pertama mengenai apa Muhammadiyah ni.  
“perasaan hiba dan sedih menyelubungi seluruh warga istana. Derap langkah setiap manusia yang menghadiri kemangkatan raja itu, semunya lemah2 belaka. Termasuklah dayang2 dan pegawai2 istana yang mengiringi keranda tuanku. Perjalan sejauh sebatu dari kompleks istana menuju ke maqam diraja menyakitkan tapak kakinya. Perasaan letih mngurangkan rasa sedih dan hiba. Sepanjang perjalanan, berjejeran rakyat kraton memenuhi tepi2 jalan bagi mengucapkan selamat tinggal pada tuanku yang disayangi.  Selepas habis segala upacara, dia bergegas ke kompleks istana bersama2 kerabat diraja bagi menguruskan majlis perlantikan tuanku yang baru mangkat. Dia harus bergegas supaya apabila segeranya pertabalan dilakukan, jasad tuanku yang sedang menunggu di maqam barulah boleh dikambus didalam tanah. Selesai majlis, semua kerabat brgerak menuju ke tanah perkuburan untuk menyaksikan jasad tuanku selamad disemadikan dengan aman
Beberapa tahun sebelum kemangkatan tuanku, hidup seorang memanda yang menumpahkah taat  setianya pada Penghuni Istana di Jogjakarta. Dahlan nama dia. Dia adalah seorang pegawai istana yang membantu perjalanan kehidupan keluarga diraja menjadi lancar dan berjalan dengan penuh adat istiadat.  Org mengandaikan, seorg pegawai istana tidak mempunyai kehidupan di luar sana. Kerana, taat setianya hanya pada raja, tidak pada hal2 dunia. Tapi, bagi Dahlan, hanya dia yang tahu bagaimana hidupnya menjadi seorg pegawai istana. Disebalik sebuah nama sabagai seorg pegawai istana, dia mempunyai hati seorg pejuang. Dimana hatinya kental untuk memperjuangkan nasib anak2 bangsa Indonesia”
Cukup dulu setakat tu. Jadi secara ringkasnya, Dahlan, seorang pegawai istana, yang kemudiannya, meletak jawatan dan mengabdikan dirinya pada perjuangan Islam. Diatasa adalah cerita mengenai dia, dan sedikit sebanyak mempantu pemahaman anda mengenai siapa dia. Dia dikenali sebagai KH Ahmad Dahlan iaitu Kiai Haji Ahmad Dahlan. Tahun 1912. Daripada seorang pegawai Istana Kraton, yang bertempat dijogja. Ideanya, dia bukanlah fahaman baru atau pun political group. Ianya masih kumpulan yang membawa ajaran islam,yang kalu kita faham, kalu mcm kat malaysia ni, dulu2 ada kaum muda. Camtu lah. Dorg nak bg org faham islam dgn betul. Bukan islam mcm org dulu2.yang jumud dan yang tak langsung tgok dunia. Kumpulan ni, cuba nak bagi org islam maju supaya in line dengan kemodenan semasa.
Sila lihat dibawah, adalah dasar dan amal usaha muhammadiyah 
1.      Hidup manusia harus berdasar tauhid, ‘ibadah dan ta’at kepada Allah
2.      Hidup manusia bermasyarakat
3.      Mematuhi ajaran-ajaran agama Islam dengan keyakinan bahwa ajaran Islam itu satu-satunya landasan kepribadian dan ketertiban bersama untuk kebahagiaan dunia akhirat
4.      Menegakkan dan menjunjung tinggi agama Islam dalam masyarkat adalah kewajiban sebagai ibadah kepada Allah dan ikhsan kepada kemanusiaan.
5.      Ittiba’ kepada langkah perjuangan Nabi Muhammad saw.
6.      Melancarkan amal usaha dan perjuangan dengan ketertiban organisasi
Sedikit pengenalan mengenainya. sila tgu entry selepas ini untuk lebih lanjut ok. thanks.
 Kiai haji Ahmad Dahlan : Aku titipkan Muhammadiyah kepada kamu.
p/s : Strong appreciation untuk Pak Yodan Gunawan atas segala material dalam pengkajian saya mengenai Muhammadiyah . Jika bapak baca ini, saya mohon maaf ngerepotin bapak diwaktu bapak sibuk di Geneva. makasih ya.
Live strong