Wednesday, May 12, 2010

Jogja Episod 16 : Menongkah Arus Jakarta


Bismillah 

9 Mei 2010,Jakarta Boulivard

Perjalanan rasa macam nak mampos. Jalan ke Jakarta pakai jalan kampong. Tak macam jalan Ipoh-KL yang sah sah lalu lebuh raya n jalannya straight. Sini jalan macam ular. Dah lah driver tu bawak bas macam haram. Sekeja2 brek sekejap2 brek. Tiap kali brek sah sah saya akan terjelepok ke bawah. Perjalanan 12 jam memang boleh buat tulang jadi reput. Haha. Tension sangat. Bas tak rasa cam bas dah. Rasa macam naik sampai je gayanya. Haha. Bas teroleng2 macam dipukul rebut taufan di tengah lautan.
Then R n R sah sah la takde kan. Apa2 nak terberak nak terkencing suma tengah jalan. Haha. Fitnah sgt!! Sebenarnya ada gak r n r tapi bukan r n r macam Malaysia. Setakat ada jambam tempat berak n masjid tempat sembahyang. One thing yang saya pelik, saya bukan tak pernah naik bas sebelum nie, but then saya still bleh muntah. Naseb baek bas dah berenti, kalu tak muntah la dalam bas tu.
Bertolak dalam pukul 3 ptg ahad sampai transit pertama dalam pukul 3 pagi. Tu belum sampai Jakarta lagi. Pkul 3 tu kitorg transit jap kat asrama jemaah haji indnesia yang saya sendiri tak tau kat mana. Giler sejuk dalam bas doblas jam. Perasaan nak terkencing tu jgn cakap lah kan. Sesampai hostel haji tu terus tersembur semua. ;p





  1. Destinasi pertama Jakarta : Mahkamah Konstitusi
Kami lepak di hostel tu sampai kul 7, mandi2 suma then gerak ke Jakarta. Destinasi pertama, Mahkamah Konstitusi (MK), mahkamah di mana mempunyai kuasa mensettlekan masalah2 berkaitan kenegaraan Indonesia. Agak gah jugak mahkamah tu even dia kecil. Bila masuk,pandangan dia sama macam Palace Of Juctice Malaysia di Putrajaya, but then, saiz dia kecik. Sgt kecik. Bangunan2 bersusun menyebab kan kawasan kiri kanan penuh dengan bangunan2 cantik.
Seperti biasa, sebagai seorang pelajar undang2, kes adalah salah satu komponen penting dalam pembelajaran. Dan dalam MK tersebut, ktorg tengok kes yang baru berjalan. Saya tak pasti kes apa sebab even ktorg tgok trial tu dua jam, saya tak bape faham sgt sebab bahasa Indonesia. But yang penting, susunan dalam court tersebut sgt berbeza dari Malaysia. 

Judge yang ada sama da 3 org atau 9 org. n bench dia bersusun di depan. N palaitif dan defendan masing2 di sisi kiri dan kanan mahkamah jadi kawasan tengah kosong. Peguam2, saksi2 semua duduk di tempat yang sama sama da di bahagian plaintiff atau defendant. Semua duduk. Peguam jugak bila baca written submission, duduk. Tak perlu berdiri macam kita kat appeal trial. N saksi2, pabila angkat sumpah, semua angkat sumpah sama2 dekat depan hakim di bahagian tengah court. 

Berejam tgok trial, hati saya menyumpah sebab tak paham n sakit punggung duduk. Saya pun keluar n lepak kat library n taman MK tersebut. Sejam kemudian, baru ktorg masuk balik court room tersebut n mengambil gambar sepuas hati.

the benches
saksi2 plaintiff dan defendant mengangkat sumpah
di taman mahkamah konstitusi
p/s : great journey and i love it. alhamdulillah

No comments: