Tuesday, April 27, 2010

Jogja Episod 10 : Salak Jantan dan betina

27 April 2010 . Universitas Muhammadiyah Jogjakarta

Bismillah

Sementelah ke Bobobudur semalam, ktorg melawat pulak ke Kebun Salak. Tempat tu nama dia Agro Wisata. Kalu dekat Jogjakarta nie, buah salak adalah buah yang popular n mudah sekali didapati. Kalu pegi Malioboro atau mana2 pasar, ada jer buah nie.

Selama kat Malaysia, saya tak pernah suka buah salak. Sebab rasanya kelat2 pahit n masam. Rasa dia macam keras n menusuk lidah. Tapi bila kat sini, at first place, saya menolak jugak tuk makan buah tu. Tapi time kat kebun salak tu, saya makan jugak sikit. Makan punya makan, wah wah wah. Manis sgt. Rasa macam epal pun ada gak. Buah kat situ sgt fresh giler. Tukang kebun tu petik directly from the kebun itself. Kebun kat situ besar giler. Kita macam satu kebun pembekal utama salak la kot saya rasa. Dekat 30 hektar mungkin saiz kebun tu. N salak semata.

Semasa kat kebun tu, adalah brefing pasal salak n jenis2 dia n sebagainya. Masuk kebun tu kena bayar. Jadi sepatutnya lah ada brefing segala. Yang malangnya semalam, kami tak dapat jejak pon pokok2 tu n tak dapat petik sendiri buah tu sebab hujan lebat. Ktorg Cuma duduk kat pondok jer sambil makan buah salak yang pekebun tu petik. Macam sy cakap tadi, rasa dia fresh n manis sekali. Berkilo2 jugak ktorg makan. Haha.

Menurut pak cik tu, salak nie ada banyak jenis. Tapi sepatah haram pon saya tak paham apa yang dia brief kan. Haha. Dia cakap jawa kot. Pekat giler. Teman2 indonesia je yang gelak2 dgr pak cik tu cakap. Kami nganga makan jer. Haha. Tapi ada satu yang saya faham, salak nie ada jantan dan betina. N biasanya, org lelaki akan suka makan salak betina n begitu juga sebaliknya. Haha. Faham kan. Haha. Even kita tak kenal mana satu jantan betinanya, tanpa sedar kita akan makan mengikut opposite jantinanya.

Cara nak kenal salak nie, kena tgok bijik dia. Kalo bijik dia bulat, maka betina. Dan kalo bijik dia lonjong, jantan la dia. Haha. Ironi kan. Yang peliknya takde pulak salak pondan. Haha. N ada lagi la bebrapa jenis salak yang saya tak paham apa yang dia cakap. Lantak lah kan. Yang penting makan. ;p.

Selepas penat makan salak betina *hahaha* saya dan teman2 pon blah la dari situ. Comitte dorg ajak makan bakso pulak. Memang truly bakso Indonesia. Hoho. Biasa2 je rasanya.

Then lepas makan bakso, pulanglah kami ke hostel bersama2 pengalaman dan perspektif baru.

p/s : hidup ini sgt indah. 





































makan bakso ;p


No comments: