Tuesday, April 4, 2017

AZERBAIJAN - MY TRAVEL STYLE & COUCHSURFING

Hai.

Post kali ini saya nak share pasal Couchsurfing (CS) experience saya semasa di Azerbaijan. Dua orang CS member saya jumpa di Baku yang mana mereka bawa saya jalan-jalan sekitar Baku dan seorang di Ganja.

Seperti post sebelum ni, CS yang saya jumpa di Baku tak berape menarik sebab mereka tak dapat nak invite saya untuk tinggal di rumah mereka. Sebaliknya dorg lebih selesa utk bawa saya jalan-jalan sekitar Baku dan guide ke beberapa tempat menarik. CS agak popular bagi anak muda di Baku mcm dua orang yang saya jumpa ni sebab mereka specifically cakap yang salah satu benefit yang mereka dapat melalui CS adalah mereka dapat praktiskan bahasa inggeris mereka. Sebab bahasa inggeris bukan bahasa utama mereka, dan dalam bidang pekerjaan pun tak memerlukan bahasa inggeris, so dengan CS lah mereka dapat tajamkan skill berbahasa inggeris mereka. 

At least these were 2 views yang saya terima dari mereka sendiri. Walaupun masa yang saya spend dengan dorang tak berepa menarik, sebab most of the time, saya dah penat dan I met with them on the ad-hoc basis whenever they buzz me in inbox CS. But the good thing about CS adalah saya dpt jumpa kawan-kawan baru. Salah satu problem yang dihadapi oleh solo traveller adalah perasaan kesunyian (lols). Saya duduk di Baku agak lama dan saya tak berapa agresif untuk berjalan kesana-sini sepanjang masa. Semasa saya di sana, saya tend utk hidup mcm orang tempatan. Bangun pagi pergi tgok market mereka, cari breakfast, kopi, teh, jalan2 di sekitar bandar aimlessly tanpa ada tujuan tertentu sangat. Sebab kononnya nak tgok local life sana, sibuk-sibuk naik metro dengan orang yang nak pergi kerja so saya cepat rasa sunyi. Kekadang tido sampai tengahari. Haha.

And normally on my first day, I will familiarize myself dengan public transport dulu. Carik mesjid ke atau carik restoran halal etc. Saya akan buang masa sehari naik bas kemana-mana tah, and get used to their metro system. Saya akan melawat stesen bas, stesen keretapi utk tgok tiket ke bandar lain, so that next time pergi kita dah tau nak amik bas di mana. Then second day onwards baru saya akan start my journey to places yg saya dah plan. I am not rushing to anywhere sebab mcm yang saya cakap tadi, saya bukan melancong utk "check in" into place atau utk selfie, tapi lebih kepada merasai kehidupan orang tempatan.

Salah satu cara nak melepaskan bosan adalah dengan jumpa member-member CS macam mereka ni. At least saya dapat live insight berkenaan isu-isu semasa yang berlaku di sana. Dari segi politik, sistem pendidikan, cara hidup, career, background hidup mereka dan lain-lain. Jadi, pengetahuan mendalam mengenai negara tu saya dapat graps dengan lagi banyak. Tujuan saya travel bukan sekadar nak "check in" into places ataupun amik selfie di tempat-tempat pelancongan, Sebaliknya saya lebih suka engage dengan orang tempatan dan dengar cerita mereka mengenai negara mereka baik positif atau negatif. Dan mereka pula sebaliknya nak tahu background kita dan byk benda yang dikongsi bersama sama. And I can't do that if I travel with friends. This is the perk of traveling solo.

CS pertama saya, Nur Muhammad yang bawa saya makan di restoran hipstur di sekitar Baku Boulevard.

CS kedua saya, Shukran Parvizoglu. Kitorang jalan-jalan disekitar Baku Boulevard
CS di Goygol.

CS ketiga saya adalah di  Ganja, lebih kurang 400 km ke barat Baku. Saya bertemu dengan CS Nuradin pada awal 2016 dan saya bertanyakan tenatang apa tempat menarik dekat dia di Ganja. Awal-awal tu saya agak ragu-ragu untuk pergi ke Ganja sebab tempat tu sangat remote dari Baku dan saya takde orang yang boleh guide untuk sampai ke sana. Tapi tidak disangka bahawa conversation yang singkat dengan Nuradin melalui CS membawa saya ke sana dengan persaaan yang amat gundah gulana. Seperti yang saya nyatakan sebelum ni, saya meletakkan kepercayaan ke atas keselamatan diri saya di tangan Nuradin yang saya tak pernah jumpa dan kenal selama ini. Saya adalah surfer pertama dan foreigner pertama yang di host oleh Nuradin sejak dia buka akaun CS. Dan saya tak menyangka rezeki menyebelahi saya sebab saya dipertemukan dengan orang yang tersangat-sangat baik. Dia terima saya dengan sepenuh hati the moment saya tiba di stesen kereta api Ganja. 

Pada awalnya saya teramat ragu-ragu dengan kejujuran dia sebab saya tak sangka, akan ada orang yang sanggup tunggu saya di stesen Ganja sedangkan dia tak tinggal di Ganja tapi di Goygol, satu daerah kecil di jauh sikit dari pusat bandar Ganja. Dia ambil bas dari rumahnya yang mengambil masa sejam lebih untuk tiba di stesen kereta api Ganja untuk jemput saya kerumahnya. So, please tell me, nikmat tuhan manakah yang saya nak dustakan sekarang? Dipertemukan dengan manusia yang sangat jujur. The moment saya step out dari kereta api dan nampak dia dari jauh, hati saya dah rase terharu sangat sebab sepanjang perjalanan selama 8 jam naik kereta api tu saya asyik fikir, kalaulah di Nuradin ni tipu aku, mmg mati aku terkapai-kapai tengah sejuk kat ntah di mana-mana. The fact that dia sanggup ambil bas utk jemput saya tu dah menyebabkan saya cukup sebak dan terharu. Dia dah la orang kampung, takde kereta. Even family dia pun xde kereta. huhu sedihnya.

I tell you, kalau saya lah takde kereta, takde nye saya nak janji dengan orang nak pergi jemput jauh2 naik bas lompat buruk. So bila saya travel dengan cara begini, saya terasa amat bersyukur dengan segala perancangan yang Allah tentukan di mana rupanya di dunia ni, masih ada orang yang jujur. 

So, I started my journey di stesen kereta api Baku. - terletak bersebelahan dengan 28 May Metro. Tiket cuma berharga 7 manat sehala dan kereta api ke Ganja bertolak setiap pagi jam 9.

Kumar dengan conductor kereta api yang disumpah jadi batu sekitar 30 tahun lalu. Tgok belakang tu dia tulis BAKI DAMIR YOLU VAGZA, means Baku train station.

Malam sebelum tu saya pergi beli tiket siap-siap dekat 28 May train station dengan si Kumar, so sempat jalan2 tgok platform

Jadual perjalanan Baki - Ganca sur - Maknanya dari Baku ke Ganja jam 9am dan tiba dalam 3.30pm. Tapi sebenarnya saya sampai dalam kul 5ptg. Gila lambat.

Sekitar interior di dalam kereta api. I stocked up some foods sebab dalam ni mmg takde orang bagi makan.


 Seorang anak Azebaijan tengah terhibur dengan keychain KLCC yang saya bagi. Saya selalu travel akan bawa souvenir dari Malaysia. Tshirt murah Pasar Seni saya bawa 4-5 helai dan keychain dalam 10-20. Saya akan bagi pada orang yang saya jumpa dimana-mana sebagai tanda perkenalan. Tapi hanya pada yang deserving sahaje. lols. Sepanjang 8 jam perjalanan, saya dihiburkan oleh si Sayyed ni, Awal-awal tu penyegan sangat, asyek jeling-jeling foreigner muka cina ni kan. Lepas beberapa jam dah jadi kawan baik sekali dengan mak mak dia. :D


Budak paling cheeky aku penah jumpa. hehehe. Saya  melayan si Sayyed selama beberapa jam sampai dah tak larat tapi layankan aje.
Awal-awal perjalanan dari Baku, permandangan yang super cantik siot. Till I got bored with this few hours later, I slept off. Haha

Kereta api lama- bagi perjalanan Baku-Ganja

Berenti sekejap di stesen Ucar. Ade penumpang yang turun agaknye. 

Time ni dah sampai di stesen Ganja - saya sibuk-sibuk ambil gambar ngan budak-budak ni, nampak kelibat Nuradin kat belakang tu. Sampai je terus dia peluk saya mcm kawan baik yang tak pernah jumpa lama ;')
Sebenarnya banyak lagi kisah disebalik kepayahan saya nak datang ke Ganja ni berseorangan diri, tapi biar la saya dan Nuradin je tahu segala masalah dan kepayahan yang lain tu. lols.  In addition, just to make it worse for Nuradin, he was in the end of semester of his first year history student at Ganja State University, dan hari saya dtg rumah dia tu adalah final exam week. Wahaha banyak betul masalah. Tapi dia sanggup jugak invite saya dan bagi saya tinggal di rumah dia 2 malam.

Sambil berjalan untuk ke rumah Nuradin. Ini adalah interior perumahan di Goygol. Semua ni hanya luaran sahaje. Ini adalah rumah bercirikan Jerman. Sebabnya, Ganja ini dahulunya menjadi sebahagian peninggalan orang Jerman. Bagi mengekalkan architecture Jerman, kerajaan memberi subsidi untuk membina interior sebegini bagi keseluruhan bandar. Tapi dalamnya same je tak cantik dan tak menggambarkan langsung apa yang diluar ni. Kalau ikut standard Malaysia, dalam rumah ni semua macam setinggan kita je.

Rumah Nuradin. Kalau nampak macam besar dan kaye kan? Sebenarnye sangat tak, Kalau ikut standard Malaysia, di dalamnya adalah macam setinggan. Dalam satu bangunan ni, ada pecahan2 bahagian dalamnya. Dalam ni boleh jadi dua tiga buah rumah dengan family yang berbeza. Tapi bagi standard mereka, this is normal life . Takde kereta? No problem. :D
Dari pengalaman beginilah, saya lebih mensyukuri nikmat yang saya ada di Malaysia. Nuradin sangat terkejut bila tahu saya dah ade kereta semasa di UIA dulu. Bagi mereka ni, kereta adalah suatu yang sangat mewah. Ayah dia pun takde kereta. So hari-hari berulang alik ke Uni dia jalan kaki + bas lompat.
Ni jalan masuk ke rumah Nuradin. Yang pintu hijau tu la bilik yang saya duduk. Luls. This was HOME and WARMTH for me. Saya sangat selesa dengan penerimaan family Nuradin terhadap saya.

Bersama Nuradin dan ibunya. Saya kena tutup gambar mak dia sebab Nuradin dah request not to upload her image in any social media. She is a wonderful lady. Just like my mom back home the moment she saw me arrived. Terharu siot. Ko dah la jauh dari family, sampai pulak rumah yang tersangat la homie. Ah I missed this place!
Hari pertama saya sampai tu dah lewat petang sangat. Dalam jam 5 sampai di Ganja, lepas tu singgah dekat pekan Ganja kejap nak solat jama asar dah zohor. Nuradin bawa saya ke masjid Syiah dan kemudian kitorang teruskan perjalanan naik bas lompat2 untuk sampai kerumahnya. Perjalanan ambil masa dalam 1 jam setengah. Sepanjang perjalanan, borak-borak macam member dah kenal lama tapi sebenarnya this was like the first time we ever met each other. Eight months ago, all this was just a plan, and now its a reality. Ganja city is so peaceful. Its a second largest city after Baku. But not much of a development.
Where everything started in Couchsurfing

We started as strangers, and now we are good friend! Jadi, nikmat apakah yang kamu ingin dustakan skg ni? Allah jaga saya sepanjang perjalanan dengan berjumpa orang yang baik2. Sampai sekarang saya masih keep in touch dengan dia. 

So hari pertama sampai, mak dia dah prepare makanan siap-siap. Its a 100% local dan  home comfort food. Dan memang 100% lain dari citarasa kita. Dan sepanjang saya berjalan di Azerbaijan, mmg takkan jumpa makanan homie gini sebab hari-hari makan kat kedai kan. You all hanya boleh experience ini jika tinggal dengan rakyat tempatan. Its PRICELESSSSS!


I dont know what are these. Nak kata sedap tu tak la. Bukan hotel k. Makanan dari rumah biasa je rasenye. I am being honest and very frank here. Tapi I appreciate them wayyyy more than foods at the hotel. Roti tu mak dia buat sendiri. They make breads everyday. And kentang goreng. Dan daging. Nampak tomato tu, tu jeruk tomato. RASANYA MASYAALLAH - AMENDE YG AKU MAKAN NI. Rasanya mcam makan sekilo bunga cengkih + kayu manis.  Saya tak boleh telan. Tapi sebab org dah jemput, saya telan jugak dengan muka senyum. Siap makan dua bijik lagi sbb nak convince kan kate sedap. Dan dalam mangkuk belah kiri sekali tu, sup sayur kaler merah wey. Ada kobis, carot, dan mcm-macam jenis lagi. Mak dia kata makan sup ni banyak-banyak sebab salji tengah lebat, sejuk kang cepat lapar. Its a food normally eat during winter. Jgn tanya sedap ke tak . Aku telan je sebab lapar dan masih excited dapat jumpa Nuradin.

Lepas borak-borak lepas makan, family dia siapkan bilik untuk saya. Saya duduk dekat bilik yang berasingan. Patutnya ni bilik family dia sewakan kat orang, tapi dorg bagi saya duduk bilik asing. Ade rumah sebelah. Katenye milik family dia jugak. Seram jugak asalnye sbb sy igt duduk sekali ngan Nuradin. Aku dah la kat negare mane tah ni pastu duduk bilik usang macam ni. Hantu dia mungkin x same dengan hantu melayu atau hantu kita kat asrama. So aku xleh bayang camne hantu Azerbaijan atau hantu Soviet nak kacau. Hahaha

Ade dapur dan shower, tapi malangnye musim sejuk nak mati ni air sgt problem.  Ade takungan air dan toilet kat luar tapi saya tak sanggup nak keluar sebab sejuk sangat. Salji berlungguk depan pintu weh. Pastu pemanas macam saya tak reti guna. So bayangkan basuh berak pakai air sejuk - lagi sejuk dari air peti ais kita. Menangis dua malam aku kat sana sambil huhuhu sorang2 T_T

Bilik saya. Tempat saya rehatkan badan selam dua malam di Goygol. Alhamdulilahhhh.
Ni ala-ala pemanas kampung punya. Sitting near the fire place is HEAVEN. ahhh

So malam pertama tu, selepas makan, kitorang borak borang sampai la tengah malam, sambil saya tgok Nuradin study sikit - konon nak prepare utk final. Then I was toooo tired and slept off.

Hari kedua saya di Goyyol, anda boleh baca di post seterusnya. Sebab banyak sangat gambar nak share.