Sunday, October 18, 2015

Japan Legal System, Explore Shinjuku ; Tips & Guide.

Hari kedua saya traning, kami di bawa ke tiga tempat, Japan Courts, Ministry of Economy, Trade and Industry of Japan dan Japan Patent Office dan malamnya, saya pergi ke Tokyo Metropolitan Government Building.

Kasumigaseki. Semua orang berjalan kaki menghala ke Mahkamah.

Berpagi-pagian di Kompleks Kerajaan Jepun, yang terletak di Kasumigaseki. Kesemua kementerian, dan agensi-agensi Kerajaan, ada di Kasumigaseki (macam Putrajaya ler kalu kita kat Malaysia ni luls). 

Ni Tokyo Court Complex.


Trafik. Kereta sememangnya tak banyak.
 Hari ni, kami semua diperkenalkan dengan Sistem Perundangan Jepun, dan Civil Procedure bagi segala kes-kes Civil litigation di Jepun, court Jurisdiction dan sebagainya berkaitan Undang-Undang Jepun. Rasa cam bosan? yes,  bagi non-law background, ianya sememangnya bosan. Tapi bagi kami lawyers and legal practitioners, its part and parcel of what we do everyday.

Saya dengan Ketua Hakim dan Hakim Mahkamah Tinggi Harta Intelek Jepun. 
Hakim Mahkamah Tinggi Harta Intelek Jepun. She is an expert in Trademark Law.
Di hadapan Muzium Ministry of Justice. Kebanyakan gambar adalah diluar bangunan. Sebab kami tak dibenarkan ambil gambar dalam Kompleks-kompleks kerajaan. For security reason. Even ade yang saya tangkap curi-curi pun, saya tak upload dalam Blog ni. Gambar-gambar yang saya upload ni pun, setelah dapat permission. yea, i know right!



Di hadapan Ministry of Economy, Trade and Indusrty. METI  ni more or less macam KPDNKK la dekat negara kita. JPO in fact adelah regulatory body di bawah Kementerian ni. So dalam METI ni, kami di tunjukkan dengan enforcement action bagi combating fake products & Intellectual Property infringement. Macam produk china yg byk nipu tu kan, Adibas la, Buma, Yonex tiruan, semua bawah jagaan METI. Macam mane care enforment officer buat keje, kenal pasti mane produk fake atau tak. Salah satu experience baru.


Yang ni pulak depan bangunan Japan Patent Office (JPO). Kalau di Malaysia, adalah Malaysia Intellectual Property Office. (MyIPO)
View dari Tingkat 16  JPO. Hanya kat level ni je kitorang bole bawak keluar camera. lol

Yeah I know right!? Jubah ni dipakai oleh Hakim Mahkamah Tinggi Harta Intelek Jepun, during IPR Appeal trial. Sistem di sini, sekiranya pihak-pihak ingin appeal terhadap keputusan JPO (contohnya dari segi patent application/trademark registration), pihak yang tak puas hati dengan keputusan court, akan appeal dekat court ni. 

Forum nya, adalah tiga orang Judges.
Tetap excited, walaupon nampak bodo dengan pakai jubah yang sedih. haha.
Shinjuku ; Tips and Guide.

Selesai visit ke semua tempat, saya beranikan diri berjalan ke Shinjuku. Naik Tokyo Metropolitan Goverment Buiding. Main attraction kat Tokyo katenye. Masuk free. Tak banyak tempat saya bole explore sebab dah lewat malam.

Muka excited habis training. Tak sabar nak ke Shinjuku.

Tokyo Metropolitan Building ade dua. Selatan dan Utara punya bangunan. Bangunan bahagian utara, hanya dibuka dari jam 10.00 am sampai 5 pm. Tapi kalau yang Selatan dia buka smapai 11 malam. Untungnya bangunan Utara, bole nampak Mount Fuji. Tapi kalu selatan, bole nampak bahagian Tokyo sahaje. Tapi still berbaloi. Suasana sama je mcm naik KL Tower its just ianya free.

Kat tingkat 45

Kalau korang nak datang, datang la siang. Bole pegi north tower. Nampak Gunung Fuji

Kat Shinjuku, banyak kelab malam dan Bar. so sape yg non-practising muslim, bole la menempah tiket neraka kat area sini. 

Hehe. Till next post, I'll show you the place I managed to explore over the weekend. The famous Shibuya dan Asakusa.

:)



Wednesday, October 7, 2015

Summer IPR Training Course

Sehari lepas tiba di Tokyo, dan lepas puas jalan dekat Ueno, saya dah ready utk intensive training selama seminggu ++. Kursus ni saya apply sendiri melalui MyIPO, dan diorganize oleh JPO. Hari pertama, kami dijemput oleh coordinator kami, untuk bawa kami dari HIDA ke tempat training i.e. APIC Asia Pacific Industrial Property Centre yang terletak di  Kasumigaseki.

APIC basically bekerjasama dengan JPO untuk menguruskan training kami, sebabnya, APIC adalah training centre. JPO in the other hand is a regulatory body yang regulate Intellectual Property (Harta Intelek) matter di Japan, dan mereka bekerjasama dalam menguruskan Summer Intellectual Property Course kami. So, JPO memperkenalkan sistem Intellectual Property melalui APIC. Mesti tak familiar kan? Its okay, its basically what my job is all about. Harta Intelek + Undang-Undang. Sila lah wikipedia sendiri. lol.

Our Yuko-san

Our Santoshi-san

Kebanyakan speeches yang kami hadiri, adalah berkenaan polisi Harta Intelek di Jepun. Jepun adalah negara yang menggalakkan inovasi, dan mereka sangat megallakkan rakyat mereka untuk membangunkan SMEs. Dan syarikat-syarikat besar, diwajibkan untuk membangu SMEs bagi membangunkan ekonomi negara.

Satu contoh. Semua orang kenal syarikat Intel, yang based di US kan. "Intel Inside" yang ade dekat laptop korang tu. So setiap cip yang ada dalam processor Intel, adalah di manufacture oleh SME yang asalnya dari Jepun. Syarikat SME tersebut, memiliki hak intelek terhadap (Intellectual Property Rights) ke atas cip kecil tersebut dan memjadi penggeluar kepada Intel. So, walaupun kita tak kenal siapa pembuat cip tu, as compare to kita kenal  "Intek Inside" menunjukkan bahawa industri inovasi di Jepun adalah sangat hebat.

Sebab tu kalau kita pergi Daiso, banyak giler barang2 pelik kita nampak. Semua tu telah dipatentkan dan ade pemegang hak harta intelek masing-masing. No one can simply copy cat barang-barang tersebut kerana everything is protected by Intellectual Property Rights.

Hari pertama agak hectic sikit, sebab first time nak belaja guna Metro dan berjalan jauh dengan trainee-mates yang tak biasa jalan jauh. Hari training  agak mengujakan kerana we became part of the Japan workforce. Belaja naik tren sendiri semacam juga warga Jepun. Even kat Malaysia, saya tak biasa naik LRT ke tempat kerja sbb takde LRT kat kepong tu. Mg sy drive hari2 dan tak pernah jammed teruk. So since dekat Jepun, hari2 kene jalan sgt jaun melalui kawasan-kawasan perumahan di Kita Senju. Post ni saya nak share berkenaan culture dan tipikal Japanese everyday lifestyle.

Ni entrance Kita Senju station, kalau melalui tempat Training saya. This entrance is between residential houses.

Jalan saya lalui setiap hari. tetibe ade pintu masuk Kita Senju station. lol.



Rumah mereka yg kecik2. Setiap rumah maximizekan penggunaan ruang. So kereta pun parking guna lift setiap hari supaya bahagian bawah boleh guna untuk kereta lain.
Jepun sebuah negara yang tak popular penggunaan kereta.(even mereka adalah negara pengeluar kereta!) Setiap hari mereka akan commute pakai metro sebab metro terlalu banyak. Dan melingkari seluruh negara. So mereka memang tak perlukan kereta. In fact, metro mereka sangat tepat. Jgn risau kalau tertinggal metro jam 9.02 am, sebab nanti jam 9.04 am, akan ada metro lain sampai. Dengan tepatnya.

Maybe ade yang pernah dengar cerita, kalau ade tren mereka lewat sampai, Pegawai metro akan turun dan minta maaf kepada setiap penumpang. And actually its true. Sekiranya kelewatan berlaku, setiap penumpang akan diberikan "surat tunjuk sebab" dan penumpang kene submit surat ni pada majikan masing-masing bagi tunjuk sebab kenapa dorang lewat dtg tempat kerja.
That how Japanese live their life. They are polite, hardwork, dan honest,
Since penggunaan kereta tidak tipikal di Jepun, mereka akan ada parking basikal di setiap metro station. Bagi sesaiapa yg duduk jauh sikit dari metro, akan naik basikal, dan commute metro. Permandangan orang pakai suit, dan office attire dan menunggang basikal adalah sangat common di sini. Kalau di malaysia, xdenye org pakai blazer nak kayuh basikal kan. kecuali menteri yang kunun concern pasal rakyat. lol. tu pun for the purpose of nak masok sinar harian. kah!
Ni tempat bayar parking basikal. Rare kan compare to malaysia? hehehe Usually harga parking adalah 100yen sehari. Equivalent to RM3.50.

Apa yang saya belajar di Jepun, penduduk mereka tidak pernah kisah pasal benda2 materialistik. Kereta, dan saiz rumah, bukan ukuran perbandingan status sosial mereka. Semua orang kerja, dan hanya fikir untuk memajukan negara. Kerja, kerja dan kerja.  Bende tu la saya belajar dan saya bawa balik untuk dipraktis di Malaysia. Perspektif saya berkenaan lifestyle totally berubah selepas kenal Jepun. :)

Jepun juga negara yang kesedaran siviknya sangat tinggi. Negara dorang sangat bersih. Eevn lorong-lorong kecil pun xde sampah.dan sampah dah siap sorting dari rumah lagi. Even dekat HIDA, dalam bilik kitorg ade 2 jenis bakul sampah. Combustibel item dan non-combustible item.


Part of Japan workforce. Kul 8 pagi saya dah keluar berjalan, dan balik kul 10 malam. Penatttt. Tapi saya belajar banyak benda. Alhamdulillah
Training day, basically sama je setiap hari. Lecture, dengar seminar, group work dan sebagainya. Pengalaman saya dalam dunia IPR masih baru, jadi sy susah nak catch up dengan training dorg yang sangat intensif. Kebanyakan groupmate adelah org yg dah tua-tua, ade phd. Saya je yg baru keje x sampai setahun, join program ni, huhu.

DAISO / Kedai 100yen - penyelamat bagi backpacker & traveller. 

Setiap hari sebelum balik ke HIDA, saya akan jalan sonsorang explore tokyo. First day, mencari Daiso. hehehe. Daiso atau kedai 100 yen, basically adelah penyelamat bagi traveller2. Sebab barangannya harian boleh didapati di sini dengan harga cuma 100yen. So saya, almost everyday akan kesini mencari makanan, kopi n barang2 harian. Lol.


Saya merembat pisau untuk guna dirumah. Kualiti not bad.



Add caption





kekadang, malam saya akan dinner dengan roti ni. hehe
hehehe.