Wednesday, August 4, 2010

Saya sedang melangkah ini

Bismillah

IIUM library . 4 August 2010. 5.55 pm

Persetankan segala masalah yang membelenggu hidup saya beberapa kebelakangan  ni, sebab saya tergerak nak tulis pasal benda lain pulak ni.

i keep wonderin, betul ke dalam hidup ni semuanya bergantung pada nasib? Atau adakah apabila kita dia bawah atau diatas bergantung juga pada nasib? Tah kenapa, saya baru faham yang  kejayaan atau kegagalan yang kita kecapi bukan lagi bergantung pada nasib.*sebab selama ni mind set saya mmg camtu*

ingat lagi waktu pmr dan spm (lupakan 4a 1b upsr because it was totally nasib cause I never study) *hoho* tak pernah sangka yang diri ni pernah usaha sendiri. Apa yang dah terpahat di fikiran ni, nasib semata. Tapi kali ni, melihatkan keputusan yang saya tak pernah duga, memang aku berusaha. Manakan tidakkan, 145  jam sehari kat library, tu lah usaha. Hari2 saya tanamkan dalam hati *DANIEL,YAKINLAH PADA ALLAH*. Even saya rasa yang saya berusaha sedikit *tak berapa sgt pon* saya  tetap yakin, kalu Allah nak bagi saya duduk tinggi sikit, Allah tentu akan bagi. 

Sedikit bersalah sebab saya dah pilih jalan yang saya tak pernah idamkan sebelum neh. Tapi nampaknya jalan baru ni yang memudahkan diri ini untuk megecapi kejayaan demi kejayaan. Biarlah walaupun slow slow, saya tetap akan melangkah sambil jatuh sebab kita takkan berdiri dan terus berjalan jika kita tak pernah jatuh. 

tadi tghari, saya pergi office tuk amik sijil yang saya idam-idamkan selama ni. alhamdulillah, once in mylife time, saya dapat sijil tersebut. dan saya bersyukur, apa yang saya bantingkan selama ni, membuahkan hasil. tak dapat saya nak gambarkan betapa hati saya ni gembira sangat bila dapat kongsi kejayaan ni dgn teman teman yang saya tau saya punya mereka. and even dalam kesibukan menguruskan student exchange, saya masih sempat lagi menyiapkan dan kemas semua nota2 supaya saya tak ketinggalan. betullah, apa yang saya minta dan doa pada Dia, semua saya dapat.even dalam gawat2 camni pun, Dia masih peruntukkan masa tuk saya supaya saya tak ketinggalan dalam pelajaran. kalau itupun tak reti nak bersyukur lagi, silalah bersedia dipanah petir daniel. Allah had give me much more than i expected.

 Sekarang ni, perkara yang menghantui saya adalah saya sangat takut akan jatuh. nak keep it up sgt payah ni. mgu dpan dah stat test. matilah aku kalau tak dapat buat yang terbaik. saya rasa saya dah makin besar, tapi pemikiran ni masih tak reti2 nak besar. haha. mmg perangai ribena betul eventhough dah umor 20 tahun nie. sila matang daniel coz next month u r 21 !!!

Livestrong.