Wednesday, May 12, 2010

Jogja Episod 19 : Dirasuk Hantu bandung

BIsmillah

13 Mei 2010, Universitas Muhammadiyah Jogjakarta 1.10 pm waktu malaysia

Sesiapa yang baca tajuk entry ni mesti dah faham siapa hantu tu kan. Haha. Saya sendiri boleh gila dekat bandung. Selepas balik dari Jakarta, dalam on da way balik ke Jogjakarta, ktorg semua singgah di bandung untuk shopping. Masa yang diberi untuk shopping di jalan Champelas tu Cuma 3 jam. Huh sangat tak sempat sebenarnya. Saya masuk tiap kedai tu sekejap jer. Memang tak sempat kot. Sangat menakutkan bila tgok barang2 yang agak murah. Haha.

Apa yang megagumkan kat situ, kompleks beli belah dia gah tak macam tempat kita. Sebab kompleks dia banyak dan bercantum2 setiap satunya dengan jambatan2 comel. Jadi dari kedai ke kedai contohnya KFC ke CROCS lalu jambatan. Bagi saya itu satu pandangan yang menarik. Saya tak dapat nak cerita kat sini sebab byk sgt.hoho. yang penting, semua ktorg yang dari Malaysia ni bagai dirasuk. Pada awalnya, semua jalan dalam kumpulan but at last, suma terpisah sebab nak shopping la kan. Masing2 dah pandai jalan sorg2 kat tempat org. di sini sangat banyak Factory Outlet yang harganya boleh tahan murahnya kalu nak dibandingkan dekat Malaysia.dan disebabkan nafsu shopping membuak2, gambar yang di snap tak byk.*poyo*

 Dan bila tiba waktu berangkat hah suma tangan penuh. Satu pengalaman yang menarik dan 'menakutkan'.Haha.



p/s : again, pengalaman yang seronok dan mengerikan.haha

Jogja Episod 18 : Menongkah Arus Jakarta , Penginapan

Bismillah

13 May 2010, Universitas Muhammadiyah Jogjakarta , 12.55 waktu Malaysia


Kami tiba di penginapan ‘rasmi’ kami di Jakarta sekitar 5 petang. Pertama menjejak lobi hotel ‘ kerajaan negeri’ Jakarta, saya kagum. Macam seri Malaysia. My first impression, wah, berbaloi aku bayar 450000 rupiah. Tapi kekaguman tu tak lama. Ktorg check in dalam bilik masing2, saya sama acap, mawi n abg paan satu bilik. Sial! Perkataan pertama terdetik dalam hati bila masuk bilik dia. Shit sgt sebenarnya. Tandas dia macam taik sgt.  Air menitis dari siling tandas n siling dia Nampak macam nak roboh sgt. Bengong sgt, saya tak sanggup nak imagine n cerita pasal tandas dia dalam entry nie. Nak muntah. Paham2 je lah. But bilik tidur dia okay. Boleh tahan lah ada air cond. Kalu takde air con mau saya menyumpah n bakar bilik tersebut.
Malam tu, takde apa2 aktiviti. Ktorg pun jalan2 tgok malam di Jakarta n masuk dekat mall yang berdekatan. Besarnya Jakarta menyebabkan mana sempat nak pusing2 satu bandar. Bayangkan dia ada Jakarta barat, selatan dan sebagainya. Mall yang ktorg dapat masuk ni pun, tak besar. Kecik jer. N sebenarnya, masih byk lagi mall2 yang besar n gah di sini.  Even ada yang  10 kali lagi besar dari Time Square. Tapi malangnya, ktorg tak sempat pun nak masuk melawat. Hoho. Hari pun sgt dah lewat n ktorg pun menapak lah pulang ke hotel

Destinasi ketiga Jakarta : Dewan perwakilan Rakyat Indonesia
Selepas check out dari Hotel Provinsi pukul 7 pagi, kami bertolak ke dewan perwakilan  rakyat Indonesia. Takde apa yang menarik nak ditaip nie dan tangan pun penat sebenarnya. Hanya foto2 yang dapat menerangakn segalanya .hoho
 dewan perwakilan rakyat indonesia

Jogja Episod 17 : Menongkah Arus Jakarta , Destinasi kedua


  Bismillah
9 mei 2010, Taman Mini Indonesia Indah , Jakarta
Trip ke taman mini sangat tak dirancang sebab kami sepatutnya perdi ke Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia. But then trip ke parlimen tersebut dibatalkan dan akan diganti esok ajer. So ktorg suma decide pergi ke Taman Mini Indonesia Indah. Besar giler taman mini tersebut. Macam2  jenis benda ada. Kat sana terdapat berpuluh2 replika rumah (anjungan) tradisional yang berbeza bagi setiap provinsi/ negeri2 di Indonesia. Ada rumah Jogjakarta, Rumah Bali, Rumah Jawa tengah, Rumah Sumatera, Rumah Acheh dan byk lagi. Replika rumah2 tu semua cantik2 n saiznya adalah seperti rumah sebenar. Jsdi nak cakap replika pun macam tak sesuai. Then ada banyak museum n taman2 dalam tu. Ada taman bunga, taman buaya dan sebagainya. Ada lagi Museum Listrik (Letrik), Museum tanah, Museum telaga minyak , Muzium angkasa, dan banyak lagi yang tak sempat nak explore. N saiz tiap satu Museum tu sangat besar n unik.   N ada jugak beberapa replika rumah ibadat bagi semua agama yang ada. Islam, Budhha, Hindu, Kristian, dan Tionghua. Semua replika tu boleh guna. N apa lagi? Banyak lah sgt. Sampai tak larat nak ingat n tulis. 

 church replica

Jogja Episod 16 : Menongkah Arus Jakarta


Bismillah 

9 Mei 2010,Jakarta Boulivard

Perjalanan rasa macam nak mampos. Jalan ke Jakarta pakai jalan kampong. Tak macam jalan Ipoh-KL yang sah sah lalu lebuh raya n jalannya straight. Sini jalan macam ular. Dah lah driver tu bawak bas macam haram. Sekeja2 brek sekejap2 brek. Tiap kali brek sah sah saya akan terjelepok ke bawah. Perjalanan 12 jam memang boleh buat tulang jadi reput. Haha. Tension sangat. Bas tak rasa cam bas dah. Rasa macam naik sampai je gayanya. Haha. Bas teroleng2 macam dipukul rebut taufan di tengah lautan.
Then R n R sah sah la takde kan. Apa2 nak terberak nak terkencing suma tengah jalan. Haha. Fitnah sgt!! Sebenarnya ada gak r n r tapi bukan r n r macam Malaysia. Setakat ada jambam tempat berak n masjid tempat sembahyang. One thing yang saya pelik, saya bukan tak pernah naik bas sebelum nie, but then saya still bleh muntah. Naseb baek bas dah berenti, kalu tak muntah la dalam bas tu.
Bertolak dalam pukul 3 ptg ahad sampai transit pertama dalam pukul 3 pagi. Tu belum sampai Jakarta lagi. Pkul 3 tu kitorg transit jap kat asrama jemaah haji indnesia yang saya sendiri tak tau kat mana. Giler sejuk dalam bas doblas jam. Perasaan nak terkencing tu jgn cakap lah kan. Sesampai hostel haji tu terus tersembur semua. ;p





  1. Destinasi pertama Jakarta : Mahkamah Konstitusi
Kami lepak di hostel tu sampai kul 7, mandi2 suma then gerak ke Jakarta. Destinasi pertama, Mahkamah Konstitusi (MK), mahkamah di mana mempunyai kuasa mensettlekan masalah2 berkaitan kenegaraan Indonesia. Agak gah jugak mahkamah tu even dia kecil. Bila masuk,pandangan dia sama macam Palace Of Juctice Malaysia di Putrajaya, but then, saiz dia kecik. Sgt kecik. Bangunan2 bersusun menyebab kan kawasan kiri kanan penuh dengan bangunan2 cantik.
Seperti biasa, sebagai seorang pelajar undang2, kes adalah salah satu komponen penting dalam pembelajaran. Dan dalam MK tersebut, ktorg tengok kes yang baru berjalan. Saya tak pasti kes apa sebab even ktorg tgok trial tu dua jam, saya tak bape faham sgt sebab bahasa Indonesia. But yang penting, susunan dalam court tersebut sgt berbeza dari Malaysia. 

Judge yang ada sama da 3 org atau 9 org. n bench dia bersusun di depan. N palaitif dan defendan masing2 di sisi kiri dan kanan mahkamah jadi kawasan tengah kosong. Peguam2, saksi2 semua duduk di tempat yang sama sama da di bahagian plaintiff atau defendant. Semua duduk. Peguam jugak bila baca written submission, duduk. Tak perlu berdiri macam kita kat appeal trial. N saksi2, pabila angkat sumpah, semua angkat sumpah sama2 dekat depan hakim di bahagian tengah court. 

Berejam tgok trial, hati saya menyumpah sebab tak paham n sakit punggung duduk. Saya pun keluar n lepak kat library n taman MK tersebut. Sejam kemudian, baru ktorg masuk balik court room tersebut n mengambil gambar sepuas hati.

the benches
saksi2 plaintiff dan defendant mengangkat sumpah
di taman mahkamah konstitusi
p/s : great journey and i love it. alhamdulillah