Thursday, August 1, 2013

Perintah Short Call (dan Surat Tiada Bantahan)

Assalamualaikum dan Salam jumaat sekali lagi. 



Wahahah hari ni hari semangat update blog back to back sbb tadi jumpa org dkt court katanya "eh daniel entry you pasal borang 1 & 2 sgt helpful!" heheheh

Alhamdulillah lah kalau mcm tu so dengan bersemangatnya saya nak update lagi supaya dapat membantu lebih ramai bakal2 peguam di luar sana.

Seperti yang saya janjikan dalam entry sebelum ini berkaitan Short call papers, saya akan share step yang penting sebelum dapat short call order. 

Letter of no Objection

Ok selepas korang filingkan short call papers (3,4 & 5 ) korang kena cepat cepat serahkan benda2 ni kepada 3 body yang berkaitan sebab in order to get PSP (perintah seperti dipohon) pada hari short call, korang kena dapatkan surat tiada bantahan daripada bar Council dan state bar memasing. sebab surat-surat ni korang kena serahkan pada kaunter Rayuan Kuasa-Kuasa Khas sebelum tarikh short call korang menjelma. untuk make sure file korang adalah tersusun. kalau tak, makin tangguh ler tarikh short call n tak dapat failkan perintah short call. 

So lepas je serahkan borang2 tersebut pada Bar Council n State bar tny dorg bila bole siap "letter of no Objection". korg kena la call hari2 tny bila siap n push supaya dorg dpt siapkan before tarikh korang short call.

Dah dapat letter2 tersebut, terus je serahkan by hand dkt RKK tu. spt biasa acknowledge receipt. tapi tak perlu aff penyampaian ye di sini. 

FYI, "letter of No objection" cuma dari State bar n Bar Council. AG xde k. jgn gatal pi mintak kat dorg.

Ni sy punya letter of no objection

Ni letter dari Bar Council. tgok bahagaian highlight tu apa dia tulis.


Ni pulak letter dari Selangor Bar.


Pada Hari short call

So pada tarikh short call spt dlm Borang 3 , korang hadirlah ke mahkamah utk lihat sama ada korang layak tak nak masukkan draf perintah atau tak.

Bagi Mahkamah KL, pada hari short call, korg dtg je kat RKK tu n tgok list nama korang dekat board tu sama ada dapat PSP ke atau tak .tak perlu appear before mana-mana judge pon. kalau tak dpt PSP tgok la apa masalahnya selalunya kena buat aff pembetulan la. so boleh mintak guide papa hakak dlm kaunter tu. (kalau dorg nak tolong haha)

Tapi member sy yg buat chambering dekat Penang pulak katanya pada hari short call tu dia n master dia masok n ngadap judge in chamber. kononnya dapat tauliah short call la kununsiap kena ceramah lagi. haha. so depends ok. its all depends. so kat sini not much problem i guess. =)

So bila dah dapat PSP, terus la pegi buat filing mcm biasa masukkan draf dulu. DRAF okay. yg ni takde kena byr pape cuma byr RM10 service charge sajo.

so bila korang extract nanti, timbalan pendaftar akan buat sedikit editing / amendment dlm draf korang ni so korang buatla perintah mcm mana yg dia edit.

then terus la failkan dekat court. Rm 10 service charge n RM 80 harga Perintah. (MAHAL GILA!!!!).

So sekali lagi lepas filing, tunggu di extract, then korang serve la benda ni dekat ketiga2 body tu jugak. di waktu ni sydah teramat malas nak p serve by hand so sy buat AR registered je. sebab utk Short call order ni, tak perlu buat affidavit penyampaian (SEPERTI KATA STAFF BAR COUNCIL)

Tapi bagi kes saya, since saya nak buat Long Call ceremony dekat Ipoh, so Perak Bar kata dia nak affidavit penyampaian benda ni. dorg kata, whatever document related to chambering yg korg serve mesti kena buat aff penyampaian. so gigih la saya pi buat aff penyampan n selongkaq balik mana bukti2 AR tu selepas beberapa bulan pegi serve. hayoh.

But then mcm kwn sy dkt terengganu katanya, dorg tak kena buat pon. so depend la. tak rugi pon buat. kot kot nt time long call AG object kata kita tak bg short call order, tak ke naya. ha so buatla. (sy ckp utk perak sajo k)

Itu saja buat masa ni. so berbahagialah korang lepas short call sbb katanya lepas short call memasing gaji naik kan?? hahaha dah ada locus la konon depan majisteret n judge in chamber. so semua gaji naik. hehehe

Selamat mencuba. eh. kbai.

Assalamualaikum =)

p/s 1: i wont be held responsible with the content of this entry upon your reliance on it because this is my personal experience and each of us may experience differently.

p/s 2: This entry was written on 2nd August 2013 and the process is still remain the same as of this date. i wont be responsible if on the later date, the process would be different and u suffer loss due to your reliance to this entry.

Affidavit Pembetulan. KENAPA WEI KENAPA?? dan Masalah berkaitan Affidavit Penyampaian

Assalamualaikum dan selamat pagi jumaat.



Saya telah menunjukkan cara2 isik short call papers dalam entry yang sebelum ini.  so skg sy nak share kenapa ada yg kena buat affidavit pembetulan.

macam masalah sya sendiri, seperti yg dinyatakan dalam entry sebelum ini, sy kena dekat borang 5 sebab saya buat chambering dkt Selangor tapi alamat dlm tu alamat ipoh. so kata Bar Council, tak boleh gittew. so boleh refer entry tersebut.

Tapi ada pulak yg kawan sy ni, dia kena buat affidavit pembetulan sebab dia guna satu afidavit penyampaian bagi both Botrang 1 & 2 dan Short call papers (infact jimat sikit kan cost) sbb waktu buat serahan tangan tu adalah pada waktu yg sama.

ini adalah a no-no yer. kalau kata korg serve pada waktu yg sama pun, korang kena buat aff penyampaian asing-asing. borang 1 & 2 affidavit penyampaian lain n Short Call Papers aff penyampaian lain.

Dan ada jugak satu kawan saya ni kena buat afidavit pembetulan sebab dalam borang 1 dia bahagian "ijazah sarjana muda" tu dia tak letak word "kepujian" . so tak pasal2 kena buat aff pembetulan. so mind yaaaa..

cek dulu dgn mana2 yg pakar dlm filing ni sebelom filing. jgn hantam keromo saja. utk borang 1 & 2 refer sini borang 1 & 2

so ada sesiapa nak share korang kena buat aff pembetulan sebab apa,  boleh la komen di bawah mana tahu boleh mebantu org lain jugak. hehehe.

sy cuma tahu contoh spt di atas.

any question? mdanielmyusof@gmail.com 

Adious. 

=D

Pemfailan Borang 3,4 & 5 (Short call papers)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mohon maaf sebab tak update pasal borang borang yang berkaitan dengan Short Call. 
Kehidupan sebagai seorang pelatih dalam kamar tidak kurang sibuknya di tambah pulak dengan semester pertama Islamic Banking. Pheww. 

Regardless, Alhamdulillah sebab Allah permudahkan segala urusan saya sepanjang chambering dan juga kesempatan dan rezeki yang Dia berikan untuk menyambung pengajian dalam peringkat Master. 

Bos yang sangat baik dan very understanding, kalau hari sy ada kelas dia benarkan sy utk balik awal. In fact, xpernah kena late hours. so tiap hari lepas solat asar je dah lenggang2 bersiap2 nak balik. hehehe. 

(no reason to complaint anymore. however, life is not easy. but its worth to be grateful for)

Btw bulan puasa ni dpt duit raya 2 kali. hehehee 

So, borang 3,4 &  5. Bismillah

So pada stage ni, sy rasa semua org dah tahu selok belok utk buat e filing dekat court dan sebagainya. especially court KL. one think for sure, utk failkan borang2 ni, tak perlu lagi ke court KL bagi kawan2 yang buat chambering dekat negeri masing-masing. (tapi kalu selangor, kena buat KL) bole aje failkan borang2 ni dekat mahkamah tinggi negeri/daerah masing2 tapi fee yang dikenakan mungkin  bit different. Sbb masih ada court yg buat manual. so up to you. so dari segi harga, generally, sy bagitahu yg KL court aje la. 

BAJET

Basically, Borang 3 adalah "SAMAN DALAM KAMAR" (herein referred to as "SDK") 
so harganya RM 40.
Borang 4 in the other hand adalah "AFIDAVIT MASTER" so harganya RM 16.
Dan Borang 5 adalah "AFIDAVIT KITA SENDIRI" juga RM 16.
So total termasuk Service Charge RM 10 would be RM82. (betul kan? haha)

sorg kawn sy dr kuantan katanya, dia kena buat manual, sbb kena serah byk salinan masa filing tu,(yg ni akan di discuss di bwh nanti) so fee dia sgt mahal almost RM 300. tah la. tapi mahal la. so it depends pada negeri memasing. hee. ala boleh claim kan. apa lu kisah?? haha


CARA ISI BORANG

Ni borang 3 (SDK)

Gambar sedikti blurry. bajet bajet je la tgok.

Bahagian kosong Di dalam mahkamah .......................... tu ikut la mahkamah mana korg filing.

Bahagian atas Dalam Perkara tu, letak alamat yg dalam IC kita. regardless korg buat chambering negeri mana, letak je alamat IC. so basically pemohon dalam short call papers ni adalah master kita so letak nama dia.  since ni adalah SDK so mestila ada afidavit yg menyokong SDK kan? so afidavit sokongan tersebut adalah borang 4 dan 5 tadi lah. so whatever it is, tiru je borang aku ni.

Borang 4 (afidavit Master kita)

ni pon gmbar blurry sbb aku pakai tab murah je sedeyh. scanner xde. pandai le korang
Ok yg ni adalah afidavit sokongan Master kita.So deponen dalam afidavit ni adalah master kita dan dia sendiri kena sign of course. so the tricky part is that, korang tak boleh bwk afidavit ni pegi affirm sendiri dkt court jalan duta tu sbb deponen tu bukan korang. orang lain kan. nt pesuruhjaya sumpah dkt kl tu dia tak nak affirm sbb dia nak ic deponen. so in this case korang mintak la master korang tu sndiri pegi affirm (kalau firm sy kitorg ada panel pesuruhjaya sumpah sndiri. so sng je la master sy pegi affirm depan dia)

So alamat master kita tak kisah la alamat office ke or alamat rumah dia. office would be appropriate kot.

easy kan?? sing jgn lupa. tgok kat mana dia sign.atas word "di hadapan saya" jgn ko sign kat page belakang pulak.

Borang 5 (afidavit sokongan kita sendiri)

tak clear jugak kan?? kan?? SEDEYH! pepandai la korang.


Ni adalah part yg paling lahanat sekali sbb byk gile pupil yg kena buat aff pembetulan dkt borang 5 ni termasuklah saya sendiri. hampas kan. 

Tricky part : Sila perhatikan bahagian "Saya, MUHAMMAD DANIEL BIN MOHD YUSOF yang cukup umor dan beralamat di .........." 

Untuk Sesiapa yg buat chambering dekat KL/Selangor mcm aku, dan bukan berasal daripada KL/Selangor, (Kenapa aku masukkan KL n Selangor sekali adalah semua filing org selangor Kena buat kt KL ok),  tapi berasal dari changlun, putatan, atau sipitang, atau beruas, atau beseri atau di kampung orang asli di cameron highland, korang kena letak alamat firm  yg korang chambering tu.

ataupun korang org KL tapi buat chambering dekat Kota Marudu, korang kena letak lamat firm.

Senang faham mcm ni la. kalau korg bukan buat chambering dekat negeri tempat mana alamat IC korang, korang kena tulis alamat Firm.

Dan bagi sesiapa yg memang contonhnya IC korang beralamat di Mukah, dan korang pun memang buat chambering dkt Mukah, so bubuh alamat rumah di situ. Ada paham kan??

Arahan di atas adalah berdasarkan arahan Encik Azrul dr Bar Council kepada sy personally. (PERSONALLY YA!) Walaupun begitu, saya diberitahu walaupun kwn2 sy pon buat spt yg sy ckp kat atas ni, ada jugak yg kena buat aff pembetulan. lain org lain pulak pembetulannya (APA YG BERLAKU KT SAYA MUNGKIN TAK BERLAKU KAT ORG LAIN DAN BEGITU JUGA SEBALIKNYA, SO I WONT BE RESPONSIBLE HERE :P). 

So nasihat sy, sebelum isik borang, call dorg dulu. sbb ada kwn sy call dia ckp lain. then kawan lain call dorg ckp lain pulak. so ikut je ler. 

Pastu jgn lupa, sign then affirm dekat persuruhjaya sumpah.

worse case scenario semua pon kena buat affidavit pembetulan. haha

Lain-lain

So tu saje cara isik borang di atas. then pegi la filing seperti biasa n jgn lupa tips seperti biasa:

Isik borang lebih n untuk borang 4, mintak ler courtesy master korg utk sign affidavit kosong n explain to them why.

Selepas itu, tunggu ler borang 3 korang di meterai oleh Timbalan pendaftar Mahkamah tinggi tersebut. biasanya amik masa 2 3 hari baru leh extract dr e filing. 

Oh additional ; kalau sapa yg negeri dia still pakai manual filing, korang kena sediakan 4/5 salinan each n every borang. sebab manual kan. so copy court satu, korang satu n tiga lagi utk 3 body tu. pepandai le.



So dah extract bagai semua, serah la pada badan2 yg berkenaan n buat aff penyampaian.

*kalau kata sapa dpt call dr BC mtk buat aff pembetulan, contact le sy di mdanielmyusof@gmail.com. willing to help

dan untuk Short Call punya proses (selepas korang extract), sy akan discuss dlm entry yg seterusnya k. yg ni fokus tuk cara2 isik n filing borang 3,4, n 5 je. 

sekian, saya yg baik hati. 

assalamualaikum. hehe

p/s 1: i wont be held responsible with the content of this entry upon your reliance on it because this is my personal experience and each of us may experience differently.

p/s 2: This entry was written on 2nd August 2013 and the process is still remain the same as of this date.