Monday, March 7, 2016

Asakusa, Shibuya & Yoyogu Uehara : Solat di Tokyo Grand Mosque

Weekend terakhir.

Hari ahad iaitu sehari selepas pegi Disneyland, dengan badan sakit-sakitnye, saya tetap meneruskan plan untuk berjalan ke Asakusa dan Shibuya. Well, seminggu je lagi nak balik Malaysia, dan cuma harini je yg free untuk jalan-jalan, so saya gagahkan diri. Sungguh mase bangun tido, rase cam nak menjerit sbb badan rase sgt sakit. Lols.

Pagi ahad tu, HIDA tak prepare breakfast or even lunch and dinner. Its considered off day utk staff di kantin HIDA dan semua peserta is expected to keluar dan jalan-jalan sekitar tokyo. So, baki makanan yang kita tak habis mlm tadi, sila lah makan waktu pagi. And considering that susah nak cari mknn halal kat bandar tokyo, saya dan siapakan tapau everything dari hostel. heee.

Journey untuk haritu, saya berseorangan explore bandar tokyo. Course mate ade ajak jalan-jalan sekali but I rather jalan by myself. Nak pegi mana ikut suka hati xpayah nak argue dengan orang lain. So dari Kita Senju, saya terus ke Asakusa- Asakusa, pekan kecil untuk tengok culture Jepun yang sebenar. Sini la tempat untuk tengok Geisha, or Samurai. Dekat are asakusa ade village yang penuh dgn samurai punya figure. Nak cari costume, ke, kimono ke bole cari kat sini. Tempat paling popular untuk dilawati di Asakusa is Sensoji Temple - If not mistaken. Asakusa is the place if you want to savor the atmosphere of and old Japanese town.

 Ade tanglung besar dan Sensoji Temple. Dekat sini ade some sort of street yg jual makanan asli Jepun, pastry, chocolate. Nak tgok keychain ke, fridge magnet ke, pedang samurai ke, doll samurai atau geisha, bole cari sini.

Add caption

Haram haram dan haram


hheheheh

Makanan goreng. Rase cam kuih keria. Mcm macam inti, ade yam, sesame seeds, red bean green bean same la mcm kuih keria. dua biji, 100yen. 

Patung Geisha. Harga 3000 ++ yen. Dekat RM 100. Kau nak beli?


Ni je kot murah dalam RM 50. Saya tgok barang-barang ni sambil berhuhuhhuhuhu

Dan yang paling menarik sekali dan saya pun angkat satuu


INI MEMANG MESTI BELI. Rupanya tak sedap pun. Sebijik macam bahulu. Saya paling tak suka kuih bahulu.
Selepas cuci mata sepanjang Nakamise Street (they call it), sampai la ke Sensoji temple tu.



Macam kita sebelum semayang amik wuduk kan, dorang pun amik wuduk, tapi pakai asap. Lol
Main hal sensoji temple.
View dari dalam temple. Nampak asap tu, tu la tempat mengambil wuduk depa depa ni. hoho
 Btw, saya ni tidak lah minat untuk masuk masuk temple macam ni. Buat ape kan, baik pegi masjid. So haritu, lepas habis jalan Asakusa, sempat la singgah Tokyo Grand Mosque. Terletak dekat dengan Stesen Yoyogi Uehara.  Hari tu, agak gloomy, dengan hujannya waktu tengahari. Dah le mcm tak cukup masa lari sana sini.

Tapi bila masuk masjid nak solat Zohor, oumaigod rasa tenangnya hati. I was lucky enough haritu jumpa byk orang Malaysia. Sebab dekat hall masjid tu ade kenduri dudak Malaysia kawen ngan budak jepun baru masuk islam. Budak tu baru umur 18 tahun, yang baru-baru ni viral cerita dorg kat media sosial pasal "mengapa kami kawin dengan umur yang sangat muda" . hmm whateves. Dah viral sgt cerita dorg ni so mesti korang boleh agak cerita mana satu kan.

Awalnya nak sampai masjid ni sy agak sesat sbb tak tahu nak keluar dari gate mana kat Yoyogi Euhara, tapi ade geng makcik-makcik kaya dari indonesia mereka nak hadiri jamuan kenduri kat masjid tu, so lucky sy sampai senang je. Stesesn Yoyogi Uehara, adalah stesen paling No. 1 dekat Chiyoda line.(hijau tua) Senang je nak cari.

Mbak mbak dari Indonesia yang guide jalan saya ke Masjid :)


Tingkat atas, blkg kepala sy tu pintu masuk prayer hall dan belah kiri tu tangga turun utk amik wuduk. Air die sejukk gilo (T_T)

Entrance masjid, tapi bawah tu mcm kedai jual cenderamata turki or something. Nak naik solat kene naik kot tangga belah kanan gambar tu.
 Masjid ni agak jauh dari hostel saya. dan tak berape jauh dr hibuya dan harajuku.  Tapi agak jauh dari Asakusa. But still, kenape saya sanggup jalan buang masa nak g mesjid ni, sebab perasaan tenang bila duduk dekat negara org ni, hanya akan diperoleh bila jumpa masjid. Kita kat malaysia ni tak appreciate langsung walau mesjid depan rumah, Same la kiter (T_T). Sampai negara orang bukan islam ni la baru saya mengerti nikmat solat dan masjid. Mcm cerita saya solat disneyland semalam. Huhuhu

Dan bila di negara orang ni la, saya rasa lebih dekat dengan allah sebab kita keseorangan, dan hanya allah je yang ada untuk menemani kita kat mana-mana. Dan solat adalah salah satu cara untuk keep my sense dan sentiasa jadi rasional. Setuju x?

Habis solat zohor, saya terus blah dan menuju ke Shibuya. Perjanalan bersambung despite kepenatan mcm nak gila dah. Kaki saya literally nak tertanggal.  Shibuya tak berape jauh jugak la dalam 5 stesen kene tuka dekat Ginza line. Shibuya as usual, shopping heaven untuk youngsters mcm saya dan jugak must-go place sebab semua orang nak bergambar dekat Shibuya Crossing kan.

Saya sempat shoping kat Meiji dan juga Loft. Mencari  stationary.Cuaca hujan sepanjang hari so tak berape la nak enjon jalan-jalan.

Shibuya 101


Shibuya Crossing belakng saya tu
Ni la Shibuya Crossing.

The famous meeting point dekat dengan Shibuya Station.
 Selesai perjalanan saya hari ahad tu. Duit pun dah habis shoping byk gile dekat Meiji ngan Loft. Dan masa saya banyak habis terbuang dekat Meiji ni, main dengan stamped-paper-bag. FREEE.



Bayangkan, dekat satu jam saya spend masa main natang ni. hehehe. paper bag ni saya guna isi souvenir yang saya beli.  FREE dowh sapa tak nak. Rasanya saya la org paling ja jakun dalam tu. hehehe. Sampai habis paper bag dikerjakan. lol
Selesai hari terakhir weekend di Jepun. Masih tinggal 5 hari di Jepun tapi memang dah takde masa untuk jalan-jalan. Isnin sampai jumaat akan dipenuhi dengan training-training sampai ke malam.

Then sabtu depan terus flight balik Kuala Lumpur.

:)