Tuesday, December 8, 2009

Hati seorang sahabat

“Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.

“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.

“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.

“Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu.” Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?

“Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.” Tanpa membantah anak itu setuju.

“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”

“Baik, ibu.” Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut. “Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga.

“Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.”

“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?”

“Maksud ibu?”

“Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”

Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?

Pengajaran: Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji. Ya, luka di hati itu lebih sukar diubati daripada luka di tangan.

Kawan2....kita kawan sampai bila2.....

Friday, December 4, 2009

My note to god...



If I wrote a note to God
I would speak whats in my soul
I'd ask for all the hate to be swept away,
For love to overflow
If I wrote a note to God
I'd pour my heart out on each page
I'd ask for war to end
For peace to mend this world
I'd say, I'd say, I'd say

Give us the strength to make it through
Help us find love cause love is over due
And it looks like we haven't got a clue
Need some help from you
Grant us the faith to carry on
Give us hope when it seems all hope is gone
Cause it seems like so much is goin wrong
On this road we're on

If I wrote a note to God
I would say what on my mind
I'd ask for wisdom to let compassion rule this world
Until these times
If I wrote a note to God
I'd say please help us find our way
End all the bitterness, put some tenderness in our hearts
And I'd say, I'd say, I'd say

Give us the strength to make it through
Help us find love cause love is over due
And it looks like we haven't got a clue
Need some help from you
Grant us the faith to carry on
Give us hope when it seems all hope is gone
Cause it seems like so much is goin wrong
On this road we're on

No, no no no
We can't do this on our own
So

Give us the strength to make it through
Help us find love cause love is over due
And it looks like we haven't got a clue
Need some help from you
Grant us the faith to carry on
Give us hope when it seems all hope is gone
Cause it seems like so much is goin wrong
On this road we're on

If I wrote a note to God

One step at a time

Betul ke dalam hidup ni semuanya bergantung pada nasib? Atau adakah apabila kita dia bawah atau diatas bergantung juga pada nasib? Tah kenapa, aku baru faham yang kesedaran datang mengatakan kejayaan atau kegagalan yang kita kecapi bukan lagi bergantung pada nasib. ingat lagi waktu pmr dan spm (lupakan 4a 1b upsr because it was totally nasib cause I never study) *hoho* tak pernah sangka yang diri ni pernah usaha sendiri. Apa yang dah terpahat di fikiran ni, nasib semata. Tapi kali ni, melihatkan keputusan pertengahan yang agak memberangsangkan, baru diri ni sedar, selama ni, memang aku berusaha. Manakan tidakkan, 32 jam sehari kat library, tu lah usaha. Hari2 aku tanamkan dalam hati *DANIEL,YAKINLAH PADA ALLAH*. Even aku rasa yang aku berusaha sedikit *tak berapa sgt pon* aku tetap yakin, kalu Allah nak bagi aku duduk tinggi sikit, Allah tentu akan bagi. Bukan lagi nasib *yang macam tilik2 tuh* yang menetukan jalan ini. Sedikit bersalah sebab saya dah pilih jalan yang saya tak pernah idamkan sebelum neh. Tapi nampaknya jalan baru ni yang memudahkan diri ini untuk megecapi kejayaan demi kejayaan. Biarlah walaupun selangkah demi selangkah , aku tetap akan melangkah sebab kita takkan berdiri dan terus berjalan jika kita tak pernah jatuh.

------------------> melihatkan result final...diriku tetap bersyukur...alhamdulillah



berjayakah aku?!! tgok dah jadi model iklan kan....kira berjaya la tu...

Thursday, December 3, 2009

sangat meletopp

lagu ni sangat meletopp-----> according to daniel

pahatkan rasa syukur

sebelum saya komen apa2...saya kena bersyukur dulu dengan segala pemberian Allah pada sy...kenapa tiba2 cakap pasal syukur pulak nih? sebab alhamdulillah result tertulis angka 3 menunjukkan ianya naik.even ianya tak lah seperti yang sy harapkan..nak wat camne kan? like i say before....u r the one who will taste ur effort. mungkin result itulah yang setimpal dengan usaha yg saya lakukan...tapi tapi tapi....kenapa yer...sudah sgt leteyh berusaha....tapi itu saja yg kita dapat....hummm...ad satu cerita yg sy igt pasal takdir2 suma nih...nabi apatah,yg pernah mengikuti nabi khidir mengembara terkejut dengan perbuatan nabi khidir membunuh seorg kanak2[E...aku amek kat aA+bB...hehe]. nabi tersebut tertny2 kepada nabi khidir kemudian beliau menjawab yg sesungguhnya anak ini satu hari nanti akan menderhaka kepada kedua ibubapanya...jadi sebelum sempat anak ini membesar dan melakukan dosa tersebut, aku membunuhnya untuk kebaikan semua...sy berfikir sejenak pasal cerita ni walaupun dah dengar byk kali masa sekolah dulu....fikrah saya begini----> allah tidak akan menjadikan atau melakukan apa2 benda tanpa sebab...contohnya kan....sorang ibu mengandung telah keguguran anak menyababkan dia hilang pertimbangan sehinggakan dia jatuh sakut dan murung kerana sedih dan sebagainya....keguguran tersebut menyebabkan ibu itu menyalahkan tuhan dan menjadikan dia org yang sudah tidak tentu arah...tapi sebenarnya, ada hikmah yang allah beri disitu...tgok saja cerita nabi khidir tadi....allah menggugurkan bayi tadi kerana mungkin ibu bapa tersebut masih belum mampu untuk menjadi seorang ibubapa yang baik pada anak itu...mungkin juga ilmu kedua2 ibubapa itu belum cukup untuk mendidik dan menjaga seorg anak supaya menjadi soleh kepada allah.dan anak yang msih tiada dosa itu insyallah dapat memberi syafaat dan memimpin tangan ibubapa dia kedalam syurga...kan baik begitu...sebab itulah allah mengcancelkan kehadiran anak tadi...jadi wahai tuan tuan dan puan2 sekalian ameklah lah iktibar dari contoh saya ini...saya pun kena sama...kalu tidak, kita takkan pernah bersyukur akan segala yang kita peroleh hari ini....pernah ada seorg tua umur 70 yang merungut kerana kos dialisis buah pinggang[cuci darah dalam badan] dan bantuan pernafasan yang didapatinya di hospital mencecah berpuluh2 ribu ringgit...dia marah pada tuhan kerana mentakdirkan hidupnya begitu..tapi dia tak pernah sedar yang selama 70 tahun ni allah dah bagi dia bernafas dan menggunakan buah pinggagnya tanpa sebarang bayaran...sikap org tua sgt tidak bersyukur kan....semayang ngaji tak pernah....nak komen lebeh pulak kan...jadi saya dan kita kena bersyukur...kawan2 lain ada lg yang result ok ok je macam sy...dorg pun bersyukur...jadi saya kena sentiasa pahatkan rasa syukur dan sentiasa yakin kepada kuasa ALLAH yg esa...thanks everyone...