Sunday, September 20, 2015

(UU-WEI-NO) ; TIPS Melancong ke Tokyo, Makanan Halal dan Perihal GST 8%

First day tiba di Tokyo, saya berjalan ke UENO. Cuma beberapa stesen daripada stesen Kita senju pakai Hibiya Line.

Nampak H21 tu dekat Kita Senju, naik Line kelabu tu, n berenti dekat H17.

Ueno adalah salah satu tempat popular untuk dilawati di Tokyo. Recommended sebab di situ ade Ameyayokocho Street dan Juga UENO Park yg popular, dan juga National Muzeum of Japan.


Pekan Ueno
Of course, seperti mana-mana budaya Jepun, mereka ni suka shopping. Setiap stesen metro, akan ade shopping mall mereka sendiri. So kalu nak tgok Uniqlo, Loft (What is Loft? nanti ade cerita best), semua ada kat sini. Dan yang paling penting, Ameyayokocho Street popular semacam Petaling Street. Tapi jgn risau, org sini tak jahat n sekasar Petaling Street yang kalu ko tak jadi beli, kene pukul dengan penjual. So tgok la ade street jual bags, yang originated from Japan sendiri dengan harga yang tak berape mahal.

Gambar di ambil oleh stranger.
Then kalau nak tgok street food mcm barang mentah, pun dijual di sini. Dan mahal mahal jugak. If compare dengan cost di Malaysia.

Barang mentah

Barang makanan kering, canned foods. Tapi i found that barang mcm canned food dari Italy, mcm olive, agak murah.




Dan kalau bagi pengunjung islam, sini la salah satu tempat kalu nak jumpa makanan halal iaitu kebab. Memang dijual oleh org islam dan harganya pon bole tahan. 500 yen paling basic sekali. Nama dia Doner Kebab. Byk outlet dia kat sini so mmg akan jumpa punya.

Considering harganya pun mahal, lagi mahal dari kebab kat Negara kita, saya pun takde la hingin nak beli. Tgok je dari luar. Lagipun kat HIDA mmg dorg prepare makanan halal, so saye takde isu pasal nak cari makanan halal sepanjang kat jepun ni.





Jalan punya jalan, perut pun agak lapar, n walaupun saye ade tapau mknn dlm beg, saye takde rase nak makan mknn sy. So saya try masuk convenient store dorg. Nak kebab, kat Malaysia pon byk, so kita kene cari mknn jepun. Kat sini, ok another tips, tak susah nak cari toilet. Sebab most of convenient store dekat Japan, ade toilet. Antara Lawson, Lawson 100,  7-11, Family Mart, Mini Stop dan mcm-mcm lagi.

Jgn takut utk masuk n guna toilet even korang tak beli barang dorg sekalipun. Dan don't worry jugak, toilet dia sgt bersih. Maybe some of us yang melayu ni, selalu ade isu nak basuh berak guna air, so kene lah prepare botol air. For me, dah almost dua  minggu duduk sini, saya dah boleh adapt dengan budaya dorg i.e. saya dah biasa intinjak tak guna air. Dan sebenarnya it turns out, lebih hygienic n tak bersepah2 n x basah. Saya akan guna air sikit je masa last2 tu. Bersihkan dulu segalanya dengan tisu smpai bersih dan hilang warna, then basahkan tisu terakhir dengan air, n lap utk kali terakhir just for the purpose hilangkan rasa was-was. Sbb kita dah biasa sgt guna air so kalu xde air, akan ade sikit ragu2 kan. (actually pakai tisu je dah cukup). Ok bai.


Salah satu convenient store.
toilet dalam dia
Lapar punya pasal. n sebab dia comel, beli la walopon harga 150 yen.
Dan jugak beli onigiri. Oh ya, utk pengetahuan, GST di jepun adalah 8% yaa. Harga onigiri tu 102 yen. so total GST 110 yen. So bersyukurlah wahai rakyat marhaen sekalian! Mahal nak mati harga onigiri ni smpai RM4. I bet kat jusco AEON kita lagi murah! Same goes to shushi, harga sana purata 100yen seketul i.e. equivalent to RM3.50. What the hell?? patutnya makanan tu originate dari sana, mesti lagi murah kan, but no. 

Bila ckp pasal GST dekat Jepun, saya tak mengeluh, Sebab walaupun GST dia tinggi, padan la dengan environment mereka. Customer servis, transportation, kebersihan etc. Tapi org kita, org nak GST, ko nak jugak GST, Negara  lain sistem dia bagus, kau??? (jwb sendiri dlm hati memasing). Kang tak memasal blog ni subjected to seditios act.

Ni juga bukti bahawa kos hidup di negara jepun sgt mahal. beras 10 kg harga dia 1700 yen, which is equivalent to RM60.Tu kira beras murah. Tgok yg sebelah kiri tu, 5kg nak dekat RM63. Gila tak gila. Kalu yg 1 kg? Harga nak dekat RM20. Hampassssssss!! Can u imagine, makanan ruji (staple food) pun harga mcm ni. Ni benchmark yg saya gunakan utk tahu sama ada kos hidup sesuatu tempat tu mahal atau murah. Tgok staple food pun harga mcm ni. U can expect kos hidup mcm mana. Tapi padan la dgn gaji rakyat mereka pun, fresh grad boleh cecah 8-9 ribu ringgit.
Initially sy plan nak beli beras ni, sbb mana-mana saya melancong, sy mesti akan bwak balik beras sbg tanda souvenir. Tapi sbb tgok natang ni mahal sgt, x jadi la beli. Dan ya, beras pon ada GST oiiiiii. 
Disebabkan saya ni jakun, sy pon beli la bende ni. nasik segera. Konon nak dinner mlm2 ngan sardin dari KL. Lol. RM5 oii . nanges.

Okey another tips pasal makan, yes mmg susah nak jumpa mknn halal, n yang takde babi. So what I did was, again, exercisemy own personal discretion (ijtihad), n tanya, mana satu Onigiri/ sushi yg takde babi. Daging dalam japan is Niku, dan daging is Buta. So daging babi : "Buta Niku" So setiap kali nak tanya pasal babi, saya memang dah hafal phrase ni :

Buta niku wo tsukatteimasuka?”  Maksudnya … “Adakah makanan ini mengandungi daging babi yang haram jadah?”

Ni benda yg sy dok hafal n bawa sentiasa kat Jepun.
Senang je. Mase nak panggil org kedai tu, cakap la, Sumimasen” yang bermaksud “Excuse me”. Nanti bila korang smpai Jepun, akan dengan perkataan ni dicakapkan oleh semua org. Semua org pun suka ckp. Nak lintas cakap, nak keluar kelas ckp, nak tumpang lalu cakap, keluar Metro pon ckp. Nak tanya pun cakap sumimasen, sampai saya dah terbawa-bawa ckp perkataan ni bila dah balik Malaysia kalu nk keluar lif. Hehe. Aloh rindunya :’)

Anyway, memang saya dah study betul2 sebelum dtg sini. N these are part of my preparation. Be reminded, dorg sini tak ckp English, So kita kene blaja bahasa dia.

Dibawah ni link utk panduan makanan halal n islam jepun (daftar kosakata penting bahasa Jepang – bahasa Indonesia ni)




Saya juga hafal  cmne nak tny stesen kat mana. Contohnya, “Sumimasen, Kita Senju eki wa, dokodesuka?” Maksudnya, Eh tolong nak tompang tny, kat mane stesen metro Kita senju? Boleh tak ko tunjuk kat aku?” lebih kurang la. Pastu bila dia bg direction, ko ckp la HAITTTT!!. Dan terus blah sambil ckp Arigato Gosaimaz.lol

Dalam kedai souvenir di Ueno. Dapat Fridge magnet bodo harga RM11- the rumors are true! 
Harga lighter RM3.50! gila la kat KL, singgit bole dpt dua batang!
Ok sambung Ueno, apa lagi yang ade kat sini, National Muzeum, Zoo. Utk masuk, entrance tiket harge dlm 600 yen. By that time saya nak masuk, dah nak dekat kul 6. Dah nak tutup pun. In fact, kalu nk jln dalam tu, ambil masa 3-4 jam. Dengan ada performances lagi. So org jaga kaunter tu advise utk tak masuk sebab hari dah lewat.

Depan entrace Muzium. Org dah nak balik dah.
Ni dataran di Ueno Park. Tu Muzium kat blkg. Gambar diambil oleh stranger Japanese. lol
Ni zoo. Time ni sy xtau nape x bukak, maybe sebab dah lewat kot.
Hari pertama tu, hujan sangat. Walaupun tak lebat, tapi mmerlukan semua org bawak payung. Sini cool je semua org bawa payung baik lelaki pun.

Tu je sikit pasal Ueno. Beberapa hari sebelum balik Msia, sy dtg sini lagi. Cari kopi. Kopi depa sedap. hehehehe.

Middle Ueno.



On another note i want to share, org slalu cakap, bila kita kat negara org, jgn convert harga. But for me, that is unrealistic kind of statement. How much kita nak avoid converting, dlm kepala kita ni, kita tetap akan convert punya. Sbb kita bukan org kaya bawak duit byk. Kalu kita ikut hati berbelanja mcm rakyat jepun, makanya blom sempat sehari dah bankrap. So, you all, dont ever make the statement "jgn convert, nanti susah nak shopping". Hak kita utk convert, n juga hak kita utk beli atau tak. Be realistic.

Btw nasib baik sy kaya. Bawa duit beribu ribu. dapat allowance lagi. So convert Yen ke RM is never a problem for me. *flipshair

Till then, saya nak tulis pasal lain pulak lepas ni.  Tytl.