Tuesday, March 30, 2010

Cukuplah sudah satu pemergian

Pemergian seorang sahabat yang tidak sekali kali akan kembali menjadi peringatan kepada aku dan seluruh teman seperjuangan…Allah lebih sayang dia dari kita sayang dia…khabar angin pertama yang diberitahu syau buat aku terpana kerana aku takkan pernah merelakan pemergian seorang sahabat… Aku tak pernah akan percaya bahawa firdaus akan pergi. Tapi selepas aku melihat sendiri di hospital Selayang lewat malam tadi, dengan berat hati…kita semua harus menerima pemergian dia dengan redha…

Cukuplah selepas beberapa kematian yang aku hadapi sepanjang tahun ini…aku tak mampu untuk hadapi sebual lagi kematian Ya Allah…tapi takdir Allah itu tak dapat kita nafikan kerana bila Izrail dah memanggil, sesaat pun Izrail takkan bertangguh….
Pemerdian Firdaus kali ini satu pemergian yang takkan pernah kembali di pangkuan kami sahabat-sahabat di uiam….syafiq iqbal , Khalid ,damia dan Ilmi, aku doakan kalian teguh menghadapi pemergian sahabat paling baik kalian ini… biarpun bagaimana pun sejarah dia terhadap kita…dia masih sahabat kita dan kita harus merelakan pemergian dia….

Syafiq aku mintak maaf aku tak pernah dapat jadi sahabat yang baik macam firdaus terhadap ko….dialah sahabat sejati dan aku sedar, bila dia dah pergi…barulah kita tahu betapa berharganya dia bila kita tahu dia takkan pernah kembali lagi… aku berjanji akan menjadi sahabat baik bagi semua orang biarpun bukanlah yang paling baik…Ya Allah…berilah aku kekuatan untuk mengadapi pemergian demi pemergian… aku percaya kehadiran maut itu suatu yang pasti…dan kau telah memperingati kami dengan mengambil Firdaus daripada kami…

Solehkan lah aku Ya Allah dengan petunjuk mu selepas kau membawa Firdaus dari hidup kami. Aku redha…kami redha ….dengan ketentuan Mu kerana pergi ke rahmat Mu itu pasti…

Dengan petanda ini ya Allah…Jangan lah kau ambil aku selagi amal aku tidak mampu membawaku ke FIRDAUS mu ya Allah…iktibar pemergian sahabat kami memberi sepenuh penuh kesedaran kepada kami…[selepas pemergian tokwan kesayangan sebulan yang lalu]

Aku percaya dia sedang menuju ke FIRDAUS Mu Ya Allah…permudahkan solan Mungkar dan Nangkir kepadanya ya Allah…jadikan lah tempat bersemadinya itu salah satu dari taman taman syurga…terangilah kuburnya dengan cahaya daripada amalan QURAN nya Ya Allah…permudahkan gilirannya semasa beratur di mahsyar nanti Ya Allah…sediakanlah tunggangan yang baik baginya dalam perjalanan menuju jalan ke akhirat ya Allah…

Dan begitu juga dengan kami yang bakal menyusul satu hari nanti ini ya Allah…



Penghargaan kepada Firdaus Ismail~~~~~

[cukup sudah satu tulisan yang digenangi banyak air mata]

Friday, March 26, 2010

Diari exam 3: Pegang tangan saya

Rencah kehidupan tak pernah sama dari hari ke hari. Nama pun rencah kehidupan, haruslah sentiasa dipenuhi dengan pelbagai perasa pedas, manis, masam, pahit dan sebagainya. Jadi, melangkah dalam sebuah kehidupan tak menyediakan kita kesenangan yang berpanjangan kerana ujian dan cabaran itu adalah suatu yang perlu untuk memenuhi kreteria-kreteria sebuah rencah kehidupan. Ujian yang Allah galaskan atas bahu kita takkan pernah menjadikan kita jatuh tersungkur tanpa dapat bangun sebab Allah takkan pernah bagi ujian yang tak pernah kita hadapi.

Waktu-waktu exam macam ni lah kita nampak suma orang cakap pasal kesedaran, yakin yakin yakin, ko boleh buat, jangan lupa semayang hajat dan sebagainya. Adakah ini bermakna masa susah je baru nak ingat pada Allah? Entah…tapi yang pastinya, ini adalah lumrah setiap orang, bila susah, baru ingat Allah [aku pun sama jer :p]. That is why Allah uji kita supaya kita sedar yang masih ada sekelumit iman untuk kita ingat pada Dia.

Kekurangan dan kelemahan dalam diri kita menyebabkan Allah menguji kita untuk megukur sejauh mana kita beriman dan ingat pada Dia. Sekuat manapun kita berusaha, segigih manapun kita cuba, kita masih kurang dan lemah. Dengan kerana tidak sempurna itulah Allah kurniakan kita teman yang akan papah kita pabila kita jatuh. Teman melengkapi hidup kita antara satu sama lain dan Allah tak pernah minta sedikitpun bayaran.

Tapi semua ini tak bermakna yang kita tak perlukan usaha dan ikhtiar yang berpanjangan kerana usaha yang istiqamahlah yang Allah inginkan. Jangan pernah lupa biarpun ada teman-teman, Dia masih yang utama untuk kita memohon petunjuk , mengadu dan minta pertolongan.

“Daniel, yakinlah pada Allah dan pada diri sendiri

p/s : quotation baru yang di bold diatas daripada inche Izzat Ghazali :p

Thursday, March 25, 2010

Diari exam 2 : 4 to go

Tiada apa yang lebih menyenangkan dan melegakan selepas habis menjarah soalan family law. Dua minggu mengadap subjek family membuatkan peperiksaan sem ni lebih memenatkan. Tak payah. Tak susah. Tapi menyakitkan hati dan fizikal. Sebelum-sebelum ni, pembahagian masa studi untuk final exam lebih balance tapi kali ni, paper family difokus bagai nak gila. Alhamdulillah, kertas family tadi tak berapa susah sebab soalan dia lebih kurang sama dengan soalan-soalan sem lepas yang dah pernah dijawab. Im not putting high expectation, but I really hope the result will be glorious. Insyaallah.

Sekarang, ada empat lagi kertas exam yang perlu dihadapi.

Moga allah kekalkan kerajinan dan ketabahan dalam hati ini…

Tuesday, March 23, 2010

Diari exam 1 : Am I too pushy?

Haish….aku sangat penat blajar. Dah sebulan macam ni.macam mayat hidup. Pegi library seawal pagi. Balik pulak waktu maghrib then before 8pm dah tercongok balik kat library sampai pukul 11.

Am I too pushy?

Entahla… bila aku blaja sampai macam nak pecah kepala, aku rasa puas dan berbaloi . sebab nanti bila aku tak dapat skor atau dapat result yang tak seberapa, I feel like it’s okay then. I’d put my effort very good enough and I have nothing to regret. Betul ke macam ni? It is just like aku belajar bukan untuk cemerlang, tapi untuk menyedapkan hati in case tak dapat result ok…[haha]

Am I too pushy?

I don’t know… sebab aku masih bertanya pada diri sendiri. Paper family yang bakal menjengah ni buat aku push diri aku sekuat kuat hati. Sampai rasa nak pitam, baru aku give up. It seem that im not doing the right thing because im doing hard, not doing smart. Betul ke camtu? Itu ke cara yang sbenar?
Lagi sekali….entah…

Am I too pushy?
Tak kot… because im doing smart. Kalu tak takkanlah dapat markah tinggi dalam test 1st criminal berbanding orang lain? Yes, im not pushy… it is just because this is who I am. This is the my way of study, and this is the way I achieve my goal. This is what I install to myself :

“Daniel, yakinlah pada Allah”

And Im not too pushy…but still…a little bit pushy [Ya Allah…aku tiada jawapan untuk ini]

“Ya Allah, tolong aku hadapi ujian mu ini…aku mohon kekuatan fizikal dan ketabahan jiwa, aku minta kau kurniakan aku kesabaran kerana aku tahu, kau tidak akan sekali-kali akan membebankan hamba-Mu ini dengan sesuatu yang tak mampu aku hadapi”

thanks ain,Ridhwan,Syed,E,Abang Halina n Syaza~~~


May allah bless all of us

Monday, March 22, 2010

smpai bila2




Aku xisow pun pasal ko.ko penakot!lantak ko lah. aku just isow kat kawan~sampai~bila2 aku.die jauh lgi bereni dari ko. nama dia daniel.dia mesti ley overcome pape jer problem2 bodoh yang halang die~~~


thanks e....