Tuesday, June 1, 2010

Nama dia Syafiq


Bismillah
Desa Rishah. 10.35 pm. 1 Jun 2010.
Petang sabtu tu, saya lewat ke sekolah rendah kebangsaan parit 13 sg nibong. Hajatnya nak pergi pagi. Tapi sebab saya ditugaskan menjaga law exhibition kat balai raya, tak dapat join program motivasi kat sekolah rendah tersebut. Penat bangun awal ke balai raya masih belum hilang tapi saya kuatkan diri jugak ke sekolah. Niat nak tgok2 adik2 dan imbau zaman sekolah rendah.
Petang itu, selepas mandi n solat zohor di rumah, saya terus ke sekolah selepas anta nuzul balik rumah dia. Sesampai di dewan, saya masuk n arif panggil masuk dalam LDK dia. Penuh budak2 darjah 4,5, dan 6. Saya masuk grup arip jadi fasi sebentar dan terus saya terpandang budak nie. Syafiq nama dia. Dan di tag dia tulis POLIS. Maknanya cita2 dia polislah. Setiap murid kena tulis cita2 masing2. Saya duduk dan saya perati budak ni. Apa yang saya perasan, sejak saya sampai,saya nampak mata syafiq ni asyik terkebil-kebil dan dia akan melilau tgok ke semua arah. Dia macam tak boleh fokus dan bagi perhatian dekat apa yang berlaku masa tu. Time tu, murid2 lain suma sibuk perang mulut sebab ada grup yang tgh present kat depan dan paham2 la budak2 kan. Tapi budak syafiq nie, macam tak tentu arah. Dia tgok keliling, bila org tepuk tangan dia wat dek jer.
Saya perasan kak mursyidah (one of the acs crew) duduk sebelah dia dan sentiasa bisikkan sesatu kat dia. Contohnya macam “nanti bila kena g depan cakap kuat2 taw”. Dan syafiq tu masih terkebil2 even org tengah cakap dengan dia. Dia macam tak sedar apa yang berlaku kat sekeliling.
Syafiq ni, buat saya terpana seketika sepanjang saya kat dalam dewan tu n even sampai habis program pukul 6. Tah kenapa, dia mengingatkan saya kepada sesuatu dan ntah. Saya rasa sedih sgt.
Dalam dewan tu, saya duduk dekat dia dan saya sembang dengan dia. Apa yang dapat saya taw, ayah nya kerja jaga, maknya suri rumah. And later on, saya baru taw yang dia duduk ngan atok n nenek dia n mak ayah dia dok kat lain. N dari cara dia cakap dan sikap dia, saya tahu, dia tak sama macam org lain. Saya sedih dengar dia cakap mak ayah dia garang dan dia  dihantar duduk ngan atok. Dan kawan2 dia cakap, dia pun selalu kena marah ngan atuk dia. N one thing  adik2 dia suma duduk ngan mak ayah. Tak ke situasi ni menunjukkan something?
Masa present, semua murid wajib cakap tapi dia tak bleh cakap pon. Even ada words yg diletakkan depan dia. Kak mursyidah y duduk belakang dia pun pimpin dia baca satu2. Tu pun suara dia tak berapa nak keluar. Kesian kesian dan kesian sangat.
Saya sgt faham situasi syfiq sebab adik saya pun macam dia. Apa yang saya tau, kanak2 macam tu adalah kanak2 yang slow dan sangat lambat dalam pelajaran. Syafiq amek UPSR tahun ni dan bila saya Tanya nak dapat 5A tak, dia jawab tak tahu. Saya tak tahu kenapa jawapan tu wat hati saya pilu sangat. Saya cakap kat dia “mana bleh tak tau.kata nak jadi polis, mesti dapat 5A” n dia pun angguk dan terkebil2. Haish. mengeluh lagi.
Ada satu slot yang suma budak2 tu kena basuh dengan video dan nasihat dari syaufiq, syafiq ni sorang je tak nangis. Budak2 lain suma nangis bila syaufiq cerita pasal pengorbanan ibu bapa dan sebagainya, tapi dia senyap jer. Saya nampak dia macam tak paham apa2 bila syaufiq dok membasuh kat depan. Org lain tutup mata menangis, dia terkebil2 tgok nape lah suma org nangis. Tapi mungkin jugak dia faham Cuma hati dia kuat tak macam org lain. Mana kita taw hati org lain kan. But still, hati sy mengatakan yang dia tak paham apa2... haish..
Saya pikir2 balik, nape hidup ni tak adil pada seseorang. Saya selalu igt bila saya ditimpa masalah, saya lah yang paling malang sekali. Tapi rupanya ada anak2 yang lebih malang dari saya. Tetiba saya rasa berdosa, sebab saya tak mampu buat apa2. 3 jam saya ada kat sekolah tu buat saya rasa pilu sangat2. I don’t know what was the feeling but..tah saya pun tak tahu. Apa yang saya dapat buat, doa jer. Biarlah seseorang itu dilahirkan dgn kekurangan sekalipun, tapi jangan sesekali kekurangan itu mengurangkan agama dia kepada Allah. Biarlah slow skalipon, tapi disisi Allah, dia diangkat tinggi berbanding org yang paling genius di dunia. Lebih baik darjat dia diangkat disisi allah sekalipun tiada manusia yang mengangkat dia. Itu yang saya harapkan.
Dan sampai waktu balik pun saya nampak dia terkebil2 keluar dari pagar sekolah.
Ya Allah~~aku sangat rasa berdosa kerana aku tak mampu buat apa2.

11 comments:

izzatghazali said...

nama dia daniel..

dia sgt teruk..

dia ingat dia hensem sgt k hah??

haha ;p

be strong man!! ALLAH perlihatkan kamu sesuatu.. dan jgn jemu utk tros mengamati.. lagi dan lagi..

Daniel said...

makceh ok~~~

makin byk kita nampak~~ makin kita sedar siapa kita di sisi allah

Syauqani said...

nama sy syaufiq, dan sy bkn pengganas,..

zamzam said...

name saya zamzam. bleh bknalan.. wakaka ;p

Daniel said...

zam tak lawak ok~~

;p

*u r laughing at another person's life*

ibnu mudarisalah said...

saya pernah jumpa seorang budak perempuan,masalah yang sama 'slow syndrome'.
saya jumpa sewaktu sdg makan di sebuah restoran,dan budak tu pulak sedang menjual kerepek,
bila dengar suaranya,seolah-oalah sedang merayu minta dibeli kerepek tu....

sayu saya tengok..timbul pikirn, mungkin budak tu dipergunakan..saya berniat untuk ikut bdak tu dari jauh....tapi akhirnya hilang begitu saja dalam pandngan...sedih..sejak hari tu saya dah tak jumpa dah budak tu...........dan setiap kali saya lihat budak2 kecil lain...saya akn teringat budak tu....Ya Allah, pelihara dia ya Allah..

Anonymous said...

hurm....touchin222.....nice bro......never back down beb!!!!

Daniel said...

makaseh anda sekalian ok ;p

anonymous as well

life is never be easy

so...sabar is the most important thing

nurafizza said...

semakin Allah melihatkan kita kepada perkara yang sebenar..semakin kerdil kita disisi Allah..kita sama2 la berdoa untuk syafiq..

Anonymous said...

hakikatnya memang ad ibubapa yg ada anak oku menyorokkn anak mrka...
dan seharusnya kita b'syukur dilahirkn cukup sifat dan kejadiannya...
mrka x b'dosa...tp m'jdi mangsa...
apa yg dapat kita bantu adalah berikan perhatian,kasih sayang n teladan yg baik pd mrka...
coz they really need our support..

aRieF said...

waaaaa....
nak nanges aku bace entry nie...
wei..sori la..aku x reti nk slow talk dgn dak2 mcm ni..seb baik ko ade.... but siyesly..aku simpatin kt dia....