Tuesday, March 30, 2010

Cukuplah sudah satu pemergian

Pemergian seorang sahabat yang tidak sekali kali akan kembali menjadi peringatan kepada aku dan seluruh teman seperjuangan…Allah lebih sayang dia dari kita sayang dia…khabar angin pertama yang diberitahu syau buat aku terpana kerana aku takkan pernah merelakan pemergian seorang sahabat… Aku tak pernah akan percaya bahawa firdaus akan pergi. Tapi selepas aku melihat sendiri di hospital Selayang lewat malam tadi, dengan berat hati…kita semua harus menerima pemergian dia dengan redha…

Cukuplah selepas beberapa kematian yang aku hadapi sepanjang tahun ini…aku tak mampu untuk hadapi sebual lagi kematian Ya Allah…tapi takdir Allah itu tak dapat kita nafikan kerana bila Izrail dah memanggil, sesaat pun Izrail takkan bertangguh….
Pemerdian Firdaus kali ini satu pemergian yang takkan pernah kembali di pangkuan kami sahabat-sahabat di uiam….syafiq iqbal , Khalid ,damia dan Ilmi, aku doakan kalian teguh menghadapi pemergian sahabat paling baik kalian ini… biarpun bagaimana pun sejarah dia terhadap kita…dia masih sahabat kita dan kita harus merelakan pemergian dia….

Syafiq aku mintak maaf aku tak pernah dapat jadi sahabat yang baik macam firdaus terhadap ko….dialah sahabat sejati dan aku sedar, bila dia dah pergi…barulah kita tahu betapa berharganya dia bila kita tahu dia takkan pernah kembali lagi… aku berjanji akan menjadi sahabat baik bagi semua orang biarpun bukanlah yang paling baik…Ya Allah…berilah aku kekuatan untuk mengadapi pemergian demi pemergian… aku percaya kehadiran maut itu suatu yang pasti…dan kau telah memperingati kami dengan mengambil Firdaus daripada kami…

Solehkan lah aku Ya Allah dengan petunjuk mu selepas kau membawa Firdaus dari hidup kami. Aku redha…kami redha ….dengan ketentuan Mu kerana pergi ke rahmat Mu itu pasti…

Dengan petanda ini ya Allah…Jangan lah kau ambil aku selagi amal aku tidak mampu membawaku ke FIRDAUS mu ya Allah…iktibar pemergian sahabat kami memberi sepenuh penuh kesedaran kepada kami…[selepas pemergian tokwan kesayangan sebulan yang lalu]

Aku percaya dia sedang menuju ke FIRDAUS Mu Ya Allah…permudahkan solan Mungkar dan Nangkir kepadanya ya Allah…jadikan lah tempat bersemadinya itu salah satu dari taman taman syurga…terangilah kuburnya dengan cahaya daripada amalan QURAN nya Ya Allah…permudahkan gilirannya semasa beratur di mahsyar nanti Ya Allah…sediakanlah tunggangan yang baik baginya dalam perjalanan menuju jalan ke akhirat ya Allah…

Dan begitu juga dengan kami yang bakal menyusul satu hari nanti ini ya Allah…



Penghargaan kepada Firdaus Ismail~~~~~

[cukup sudah satu tulisan yang digenangi banyak air mata]

1 comment:

Nabilah Norzam said...

daniel.
insyaAllah. ambil ini sbg iktibar.
buat bekalan kta d sna nt.
mari sme2 kte memperingati atr satu sma lain.