Friday, March 26, 2010

Diari exam 3: Pegang tangan saya

Rencah kehidupan tak pernah sama dari hari ke hari. Nama pun rencah kehidupan, haruslah sentiasa dipenuhi dengan pelbagai perasa pedas, manis, masam, pahit dan sebagainya. Jadi, melangkah dalam sebuah kehidupan tak menyediakan kita kesenangan yang berpanjangan kerana ujian dan cabaran itu adalah suatu yang perlu untuk memenuhi kreteria-kreteria sebuah rencah kehidupan. Ujian yang Allah galaskan atas bahu kita takkan pernah menjadikan kita jatuh tersungkur tanpa dapat bangun sebab Allah takkan pernah bagi ujian yang tak pernah kita hadapi.

Waktu-waktu exam macam ni lah kita nampak suma orang cakap pasal kesedaran, yakin yakin yakin, ko boleh buat, jangan lupa semayang hajat dan sebagainya. Adakah ini bermakna masa susah je baru nak ingat pada Allah? Entah…tapi yang pastinya, ini adalah lumrah setiap orang, bila susah, baru ingat Allah [aku pun sama jer :p]. That is why Allah uji kita supaya kita sedar yang masih ada sekelumit iman untuk kita ingat pada Dia.

Kekurangan dan kelemahan dalam diri kita menyebabkan Allah menguji kita untuk megukur sejauh mana kita beriman dan ingat pada Dia. Sekuat manapun kita berusaha, segigih manapun kita cuba, kita masih kurang dan lemah. Dengan kerana tidak sempurna itulah Allah kurniakan kita teman yang akan papah kita pabila kita jatuh. Teman melengkapi hidup kita antara satu sama lain dan Allah tak pernah minta sedikitpun bayaran.

Tapi semua ini tak bermakna yang kita tak perlukan usaha dan ikhtiar yang berpanjangan kerana usaha yang istiqamahlah yang Allah inginkan. Jangan pernah lupa biarpun ada teman-teman, Dia masih yang utama untuk kita memohon petunjuk , mengadu dan minta pertolongan.

“Daniel, yakinlah pada Allah dan pada diri sendiri

p/s : quotation baru yang di bold diatas daripada inche Izzat Ghazali :p

2 comments:

ain farahain said...

one important lesson for exams:

when you fall, you can always get up again :)

chill la. ak taw rasa bila dah usaha tapi fail. ak dah rasa bila dah uasaha berjaya.

semua takdir. semua hikmah.

kita HAMBA je kan :)

daniel yusof said...

thanks...
my life upside down
ur life as wll
thanks Allah make me so grateful having this life..
im such an idiot if i ask for more