Friday, February 14, 2014

Kuching Trip 2014 - Hari Ketibaan Kami (Part II).

Continue dari PART I. Hehe. Oh esok registration utk final semester. Kelas start minggu depan. Excited nak terpengsan. Insyallah tahun ni convo lagi jika tiada aral. Mohon doakan. :D

Anyway, since kelas belum start lagi, haruslah kita menghabiskan malam-malam hujung minggu dengan beronline dan merepek-repek di media sosial. Seperti yang sedang berlaku sekarang di Tab sebelah. ish ish ish.

Okay. Selepas aje berpeluh-peluh menyelusuri tebing sungai Sarawak, (Anyway hari sangat panas skg jalan sikit dah berpeluh haish-menandakan stamina saya telah ke longkang) kami pun mulakan langkah nak pergi mencari makanan la. Kan tadi lapar ya rabbi sbb dari pagi xmakan secara proper. So kami pergi ke Kampong Boyan i.e. di seberang sungai sana dengan menaiki sampan dengan bayaran cuma 80 sen. 

Kata orang (baca: Syed Fadhil) dalam sungai ni ada buaya.Hahaha. Orang tu kalau tak membongak walau sesaat memang tak sah.
Jeti Kecil utk naik sampan 80 sen

Di dalam sampan
Sesudah turun. Payment pun dibuat
Tempat makan kami bukan dekat food court yang besar tu, tapi kat belakang dia. Ada macam restoran mcm pondok buruk tapi besar. Kata dhue, masok JJCM. maka haruslah kita mencuba utk makan di sini. harganya juga tidaklah murah. Nama kedai tu My Village Barok. 

My Village Barok

Takde sebab amik gambar ni lol

Ni baru ada sebab : Sebab kami putih

Sebab kami attractive

Sebab kami masih single

Sebab dia comel & tak single
Sebab kami semua hensem nak terpengsan

Sebab kami kebulur nak mampus

Di hadapan saya & Syed tu are Nasik Goreng Enjin (RM 9 i suppose). and whatever sgt I dont even wanna explain. Yg tengah tu Ayam Pangsut (or whatever they called RM 11 i think). Masak dlm buluh katanya. N ada pucuk ubi n daun2. rasa cam herba. Semua xlalu mkn kecuali saya. haha. Depan tu pulak is Umai. Ikan mentah but tak rasa mentah cause they prepped it with lemon juice. The acidity menjadikan benda tu seakan masak. (Tak igt berapa harga)

Sebenarnya saya nak makan Mee Kolok. Tapinya kedai ni sudah habis. Jadinya order la segala jenis Enjin bagai. hahaha. Makan mee kolok kat tempat lain ler lepas ni.

Ini Linut. Sagu makan dengan sambal (mangkuk kecik) dan juga Umai. U know i tell you this is totally ridiculous. hahaha first time makan saya luahkan. Yes literally.

Dhue mmg boleh masok sampai licin. Hahahaha. What can i tell u is, the Linut thing, has a fishy (hanyir) taste. Kena makan slow2 dan menikmati ngan penuh perasaan. Kalu main sumbat je makan maka akan mengalami sakit jantung.


Ayam penyet. RM 10 if not mistaken. Or less. Perapan nya sedap gileerr.

But hey, its traditional food after all. Sedap tak sedap bukan atas kita untuk menilai. Its their culture dan mereka dah makan semua ni sejak berkurun lalu. However, for the sake of enjoyment, kita rasa mknn mereka sebab kita nak honour dan mengalami pengalaman bangsa/budaya lain.

Lepas selesai makan, kami pun balik ke seberang dan keluar sebab Dhue nak mencari sabun dekat pasaraya (kononnya). Sebab sabun Tune Hotel sabunnya hambar and tiada wangi (dan hampas). hahaha. Thank God sy bawak sabun sendiri. Berhuntong roomate saya si Syed kerana berbau wangi jugak. hahaha

Balik ke hotel jap amek Kupon parking kete


Redah punya redah memang la xjumpe mana-mana pasaraya yang bukak. Memang la x bukak dah dekat tengah malam. Walaubagaimanapun kami ter-stop la kat satu kedai Kek Lapis. Kek Lapis Zaharah. Maha popular katanya. 



Terliur tengok kek-kek yang berwarna warni. Maklumlah tak penah jumpe. hehehe. Tapi, TAPI.... jgn terpedaya dengan warnanya sebab belum tentu menepati citarasa korang. hehehehe (I dont wanna comment no more lol)


Selain melantak tester (hahahahahahaha) kami masuk ke dapur belakang tgok cemane dorg buat kek lapis. 

Weee weee weee

The Bakers
Ni tokey kedai. Ni la kot Pn Zaharah. No idea. hahaha
Yang paling hampas sekali, beli kek cuma sebijik. Kemain beramah mesra dekat 15 minit beli sebijik je?? (Tu pun nasib baik beli) Dah la org tu keluarkan semua jenis tester kek. Kemain tny itu ini apa nama kek. Hahahahahahah.

Dan selepas itu, kami pun balik la setelah tak berkesudahan mencari sabun mandi. Singgah la kat 7/11 membeli sabun. Apa nak buat, sabun Tune Hotel teramat la hambar. 

Selamat Malam. Hehehehe

14.2.2014

No comments: