Friday, February 14, 2014

Kuching Trip 2014 - Hari Ketibaan Kami (Part I).

Assalamualaikum. 

Seminggu vacation we spend the time dekat borneo. Tak berapa borneo sangat la cuma sebahagian kecil borneo iaitu Kuching. Flight pergi 10.2.2014 dan balik 13.2.2014. 
Departure! woo hooo !

Ni adalah kali pertama bagi saya pergi vacation dengan teman teman yg sy paling rapat. and i never thought it was sooo much fun and memorable. Alhamdulillah. :) Allah berikan saya teman yang terbaik. Plan vacation ni punya lah lama tahun lepas lagi lepas grad and alhamdulillah Allah fulfill jugak plan nk pegi vacation sama-sama. (at least for me lol).

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan terus menaiki kereta yang kami sewa. Kami dah booking awal-awal thru google.Jumpa kat blog mane tah. Syed Fadhil yang arrange (termantap) and the best part is, it was the best deal ever. Kereta Myvi dengan cuma bayaran sewa RM 240 bagi 3 hari lebih kurang. Amek ptg Isnin n pulang semua ptg Khamis. Minyak pulak kami spend dalam RM 40 sahajo. Saya recommend anyone yg nak sewa kereta to contact this person Cik Hanna namanya. Very nice person too. Kami book Viva asalnya n sepatutnya harga RM 240 tu utk Viva tapi owner tu kata Viva xde dia ganti Myvi and since dia dah janji, dia tetap bagi harga RM 240 utk Myvi. Sepatutnya Myvi RM 270. hehe. Kalu lah Syed arrange kereta cabuk cabuk je, maka akan kena hanjing smpai ke sudah. nasib baik. Rezeki sangat. hehe. (*Ni harga waktu kami pergi la. Probably in the future it would vary)

Saya rekemen Cik Hanna ni :)
Drive Drive Drive. hehe

Flight dan hotel pulak di arrange oleh Ridhwan Saleh (Dhue). termantap jugak. sebagai program coordinator, kami mengharapkan dia sbg tour guide kami. sbb dia dah penah pegi. (walau cuma sekali n sehari. hahaha)

Yang termantap pasal Tune Hotel is, they have a very great deal. Kos bagi kami berempat dua bilik and 2 single bed each cuma RM 480.00. which mean RM 120 sorang bagi 4 hari 3 malam. so lebih kurang RM 60 sebilik bagi semalam. Tag line Tune Hotel "5 star beds with 1 star prices" tersangat la betul. sbb katil mmg sgt selesa. biliknya sangat kecil n sempit mmg muat 2 single bed dan ruang utk solat. Polisi Tune Hotel ni, "you only pay for what u use". sebab tu sangat murah. 

Tune hotel adalah hotel pertama yang ada polisi mcm ni. For example, air-cond dan tv is prepaid. You can subcribe by 24 hours atau 12 hours. tapi still okay for me sbb bukan kita duduk bilik sepanjang masa. it would be a waste kalu kita keluar and biar aircond terbukak as we always do. kan kan??? the important thing is, there is NO CHANCE AT ALL utk kita tinggal bilik dlm keadaan ada elektrik. Maybe ianya bagus kerana boleh elakkan pembaziran.

Biliknya agak sempit and saya rasa suffocated sgt. Kami subcribe TV, wifi and toiletaries semua dalam additional RM 30 camtu. termasuk dalam RM 480 yg sy sebut tadi. but a bit ridiculous sbb dia cuma bagi 1 set tuala dan kami kena bayar additional RM 6. Wifi only for one device dan TV pun sama. TV tu pun mcm tak patut je charge sbb siaran yg ada bukan best pun. But still mcm sy cakap tadi, u only pay for what u use.

Yg hampas sikit pasal tune hotel ni adalah bilik air n pintu nya. bole tgok gmbr kat bawah nanti.
"5 star beds with 1 star prices"  Ni la screen timing utk Air-cond n TV. Timing air cond akan berdetik so kena bajet2 la nak guna aircond utk tido je. but then kalu dah habis, u boleh topup aircond either 12 jam atau 24 jam.


Katil 2 Orang. Literally mmg ni je space bilik hotel tu.
 
Yg hitam kotak tu meja yg boleh lipat. Dan TV tepi kanan tu. They really make use of space. (gambar dari bilik air,sempit kan?)
Pintu bilik air. GLASS ya. dan boleh nampak celah. takde lock pulak tu.Creepy nk terpengsan.
Lepas GLASS yg atas tu, terus pintu KACA yg hampas ni. Creepy jugak rasanya bila mandi. hehe

They day went on and on and on. masa first day agak penak jugak la sbb baru smpai kan. smpai pun dalam pukul 4 so agak letih. xde plan nak kemane-mane cuma jalan jalan sekitar river side.Oh ya btw, Tune Hotel is located dkt riverside betul2 depan Hilton. 10 km dari airport. So sng sgt nk cari. :)

Ptg tu kami jenjalan kat riverside je tgok2 tepi sungai.  Dengan perut lapar nak terpengsan in fact dah nak magrib sbb dari pagi xsempat mkn proper meal. 

Dari kiri, Syed Fadhil, Saya, Ridhwan n Zamzam (Zam adalah fotografer rasmi sepanjang percutian ini. lol).
Tu  nampak bangunan DUN Swk.
Muka Lapar ayam
BUAYA
Ye. Kami sedih dan kami tahu. lol
Sepanjang Riverside tu ada "monumen" mcm ni

Thats all about Part 1 of our first day. xnak panjang2 mcm byk pulak nak scroll ke bwh nanti. hehe. Nanti cerita Part 2. Mengenai dinner pertama kami kat sane. Apa yg kami makan. 

Its not about where we went for vacation or how beautiful the place was. But its all about with whom and how we spend such time together. 

Much Love. 14.2.2014

No comments: