Monday, July 3, 2017

AZERBAIJAN : GOYGOL YANG NYAMAN

Hari kedua saya di Goygol, pagi-pagi lagi dah bangun. Tapi pukul 10 lah. Sebab suhu sangat la sejuk dan kalau boleh nak duduk atas katil lama-lama sebelah pendiang api. Lols. So pagi tu sarapan sebelum jalan-jalan sekitar kampung. You know, for me, when I travel,  I don't need fancy places, I don't need skyscrapers, and I don't need luxury. Just a simple morning walk around the neighborhood with local people, lepak kedai kopi sambil tgok orang tempatan main chess, atau bercucuk tanam, its a safe haven for me. I enjoyed it very very much. Kalau dekat KL kita sibuk berkejaran ke sana sini, only this time yang saya boleh bertenang dan bersenang lenang mengikut masa sendiri.

Roti, teh , peach jam dan yogurt. Yogurt mereka buat sendiri. Sedap ke tak? You tell me. 
Pagi tu Nuradin bawak jalan-jalan naik ke flag square dekat belakang rumah dia. salji dah tak turun, tapi salji dekat tanah masih byak. Kawasan Goygol adalah dilembah pergunungan, so memang akan nampak gunung yang putih disekeliling. 


Panoramic view of Goygol.

Aku tak tau la nak kate. Tapi subhanallah, ini sebenarnya pengalaman salji saya yang pertama. So u can imagine how shocked I was with the low temperature.


Berlatarbelakangkan Goygol.
Peaceful siot. Pagi-pagi memanjat takde orang pun.

Pemandangan dikelilingi gunung yang sangat putihhhh. Dan belakang-belakang tu kawasan perumahan - rumah Nuradin antaranya.

Atas puncak flag pole ni.

Lepas turun tu, kitorang pergi melawat Muzium berdekatan rumah kitorg. Saint Johns Lutheran Church yang sekarang ni bukan lagi church. Dah jadi muzium.

Dengan dua orang penjaga muzium. They were unsure where Malaysia is, but they we so excited thinking that "gambar kita akan sampai kat Malaysia"

Dihadapan pintu muzium . Takde ape yang menarik kecuali tgok peninggalan sejarah Goygol. Bosan.

Pagi tu lepas jalan di muzium, kitorg wandering around sekitar bandar aimlessly dan , kitorg lepak dekat pekan kejap main game. Dekat area sini, ada beberapa kedai main Play Station yang mane orang-orang kampung datang main PS kat sini. Sementara plan nak kemasa seterusnya kitorg lepak dulu sini dengan member Nuradin.


Dengan Aqil dan Aqish. Tokey kedai PS ni adelah si Aqil ni. Ni tengah tunggu van nak datang ambil kitorang utk bawa jalan-jalan.


Permandangan sepanjang perjalanan naik ke gunung.

Diorang ni tak tahu pun Malaysia tu kat mana- or even the existence of Malaysia.

Kitorang pergi ke pinggiran gunung, untuk cari makan tengahari. This is an authentic local experience! No travel agent that will be able to bring you to this kind of places. Di sepanjang pinggiran gunung yang penuh salji ni ada banyak kedai-kedai kecil yang jual makanan tempatan. Dan tempat makannya di dalam pondok-pondok kecil atas tu. Dan dalam tu ada pemanas. Suddenly bila dah sampai sini, baru teringat yang saya ni sebenarnya sangaaaat jauh dari rumah- dari tanah air. Dan i wonder how  and why did I do this? Rasa macam tak percaya boleh sampai ke tempat ni.


Nampak tak banyak pondok-pondok untuk lepak.
Itu jamban namanya. Apparently during traveling I drank a lot of water, like literally a lot.To avoid dehydration and getting sick. Sebab tu terpaksa cari toilet, kihkih. dalam tu xde jamban, tapi ade lubang utk berak n kencing. The experience? Horrible  af!

Sambil mecari-cari kedai yang mane sedap kununnya

Super nice brunch we have here. They called it Katah, Dan dalam cawan tu, kopi termantap. Sila tengok interview di bawah pasal Kopi dan Katah tersebut. 



video


video



Selepas habis late lunch, kitorang pun berjalan membuang masa di sekitar kaki gunung tu sambil mencari-cari kereta nak tumpang. It was good sebab ade sorang member Nuradin baru turun dari bandar kat atas tu utk ke bawah so cepat-cepat kitorang tahan utk bawak kitorang turun ke next destination. Iaitu cari tempat untuk makan lagi. The last one for the day.

National dish Azerbaijan, Xingal. Dalam ni ade minced meat, caramelized onion, kentang, n pasta macam lasagna. Ade cream lagi. Sedap untuk beberapa suap lepas tu dah muak. Sbb portion ni terlalu byk. Harge dia dalam AZN3 sajoh- which kalau dekat Malaysia ni portion ni buleh makan 3 org. hehe. I managed to eat like 1/3 je- sbb tadi tu dah makan.

At this very last moment, sy belanja semua org. 2 friends of Nuradin, were sooooooo exited explaining everything about their foods, their life and their culture, sampai Nuradin pun dah penat jd translator.hehe
Bila teringat balik, semua ni adelah kenangan yang paling best sekali. Walaupun berjauhan dari keluarga, saya senang berada "out of freaking nowhere" sebab saya tahu Nuradin dan keluarga dia mengambil berat dan menjaga saya sepanjang keberadaan saya disini. The sweetest thing is, a total stranger is being nice to you compare to a stranger in your own country. Saya meletakkan kepercayaan saya, keselamatan saya di tangan orang yang saya jumpa buat pertama kali, and in the most strangest/isolated place on earth (as to a Malaysian like me) - thats the perks of traveling off beaten path-ALONE. This is a serious deal.

Time to go back to the capital Baku, for the next new adventure.



1 comment:

erin1806 said...

Bookmark! Thanks for sharing your precious experience. Menarik sgt!