Friday, September 25, 2015

Disneyland Tokyo, Childhood dream comes true : Tips & Guide.



The magnificent Cinderella Castle yang juga Big screen

Coming to Disneyland, was a dream comes true. Sebenarnya, saya tak penah plan nak dtg Disneyland masa sblom dtg Tokyo. Sebabnye, saya tahu tiketnya sgt mahal i.e. RM250.00 dan takde member nak pegi skali (since this time dtg Tokyo atas sebab kerja, bukan vacay). Tapi nak dijadikan cerita, hari ke tiga dekat HIDA, terserempak dengan seorang perempuan Melayu ni. Pepagi time tu rush nak breakfast n pegi training, sy dah nak basuh tangan n keluar, nmpak sorg ni pakai tudung cam budak melayu. Sy pun tegur “Are you Malaysian?” dan dia jawab dlm bahasa Indonesia. Hampeh. Sy reply  melayu, melompat perempuan tu sbb seronok sgt. Katenye dah seminggu dia tak cakap melayu, n rase mcm dah hilang identiti katenye. Haha. Dia kursus lain, i.e. HR management under sponsorship lain. Katenye mula2 tak ade rase nak tegur sbb igtkan sy local. Hhahahahahahaha. Maknanya kalau sy tak tegur, smpai ke sudah dia takkan tegur dulu sbb takde sapa sangka sy org melayu. Lol.

Dah seminggu dia kat HIDA dok cakap bahasa inggeris sampai hilang identiti melayu kononnya. Dalam masa kurang dari 5 minit terserempak, dah rase mcm member kenal 10 tahun. Sbb terlampau seronok. Mcm ni la bila kita kat negara org sorang2, bila jumpa org kita, terus tanpa semena-mena jadi rapat gile. But this only happens bila korang sonsorg mcm saya, n macam si Ezzah ni.  Ni la juga satu sbb nape sy suka travel sorg, sebab kita akan paksa diri kita utk bercakap dgn org orang, instead of duduk dlm lingkup kita sendiri. 

So, pasal Disneyland, Eza la yg beriya meracun sy pergi Disney, walaupun last week dia baru je pegi. X puas katenye. Btw, masing-masing pun perangai gila babi, so mmg masuk la kepala masing2. She is in legal line as well. So mmg lagi masuk laaaa. Hahaha.

Saya pergi Disneyland hari sabtu, so decision utk g Disney tu dibuat tgh mlm jumaat sblom tido. Gila tak plan? Habis hancus plan asal nak jenjalan Tokyo. Anyway just nk bgtahu, di Tokyo ni, terlalu byk tempat utk explore. Dan setiap tempat, ade identiti dia sendiri. So, mmg mustahil, even dalam masa saya 2 minggu di sana, utk explore segalanya. So nasihat saya, tak yah pegi semua. Kalu just pegi kejap2 ke setiap tempat buat ape. Tak dpt nak appreciate the surrounding. So pendekatan saya, pegi je la mana sempat. N explore habis habisan apa yg ada kat satu2 tempat tu. Embrace, and appreciate the environment, the culture and the people. Itu sebenarnya yg membuatkan journey kita lagi manis. Byk tempat kot sy x gi. Ginza, Tokyo tower, Odaiba, Imperial palace, Mount Fuji, Roponggi. But daripada sekejap2 pegi situ sana tapi x buat apa. Just for the sake of touching your feet at one place, baik x yah travel. That was what happen when I was in Guangzhou last July 2015. Sy xdpt appreciate Guangzhou sbb sibuk shopping. Bodoh kan. *marah dengan diri sendiri


Disneyland terletak di Maihama station JR Line. So kami yg dari Kita Senju, Dari H21, pergi ke H11 (Hatchobori) dan turun cari JR Line (Keiyo Line) yg warna kelabu kecik tu. Perjalanan dalam 30 Minit je. Kalau korang dari mana tempat sekalipun,  cari je JR Station, then bole pergi dari situ menuju ke Maihama Station.
Disneyland Tokyo ade beberapa part. Disneyland, Disneysea dan Disney Resort. Gila besar kawasan dia. Kami cuma pergi ke Disneyland dan tiket berharga 6900 yen. Advise saya, kalu berkesempatan, jangan pergi weekend. Sebaiknya pergi weekdays yg BUKAN public holiday. Since kita ni semua adalah traveller, so there must be high chance yg kita akan berada di sana on weekdays. So pegi la weekdays. Kalu weekend, mmg pack n kene beratur almost 2 jam utk main satu2 game. Waste of time. Tapi, saya ada tips utk tak perlu beratur.


Dekat entrace. Time ni hati girang tak tau cak ckp. rasa nak lompat!




Entrance Kedua. Masih excited!
Tips utk tidak beratur.

Sesampainya di sana, dekat setiap game, korang cari la FASTPASS vending Machine. Tiket entrance yang korang ada tu jgn buang, sbb masa kat mesin FASTPASS, kita bole collect tiket FASTPASS. 



Cari kaunter ni utk dapatkan FASTPASS tiket


google image


Contoh : google image


Standby entrace maksudnya beratur biasa yg smpai 2 jam. FASTPASS tu utk sapa yg dah amik tiket FASTPASS


Big thunder mountain yg tunggu smpai 2 jam stgh. Bodonya rasa time ni. Game dia ade la seminit lebih.
Mai saya tunjuk. Sebelah kiri tu tiket entrance yg kita beli dgn 6900 yen tu. Yang kanan tu FASTPASS utk splash mountain. Waktu saya collect ni, dalam 12pm. Dan nampak dia tulis 21:00-22:00. Maknanya kita bole main Splash Mountain Jam 9 malam nanti tanpa perlu beratur. Saya tahu pasal FASTPASS ni lewat dah,  sbb tu dapat waktu main lewat. So bila korang sampai awal pagi tu, terus p cari FASTPASS tiket ni dekat setiap game n collect (*tak semua game ada). Sbb sistemnya elektronik, sistem akan automatik susun schedule korang , setiap kali korang scan tiket kiri tu utk dptkan FASTPASS. So dgn cara ini, sementara korang tunggu waktu korang utk main on the later of the day, bole main bende lain yg x ramai orang. Faham kan? and its FREEEEEE!

Utk pengetahuan adalah tak berbaloi utk tunggu selama dua jam utk main satu-satu game. Satu game cuma less than 2 minit. Especially roller coster. Gila tak berbaloi nak beratur. FASTPASS tiket adalah option. Mmg siot. Org mmg ramai gila. Pagi tu ade satu game saya tunggu smpai 2 jam setengah dekat Big Thunder Mountain. Lepas tu serik dah. Nasib baik ade si Eza bole borak. 

Depan Game : Its a small world.

Dalam Its a small world. Naik bot.


Dalam ni, basically pertunjukkan menari dan nyanyi dari patung2 dari seluruh dunia. Mmg bodo. So jgn masuk. Hny utk bebudak.



video

Its a small world. Bodo bodo n bodo. Buang masa.

Westernland shooting Gallery. Main tembak2

Snow white  Wishing Well. Minta la hajat. Sini saya minta supaya dapat rezeki dan jodoh yg baik. kahkahkah

Depan kedai souvenir


Cinderella Castle


Ade jual kottt. Mahal gila bende ni. Yg atas life size. yg bawah tu kecik je pun dalam saiz jari tengah. Ade service engrave nama kita atas kaca tu. FREE.






Tak padan dengan tua nak main  Castle Carrousel




Vending machine beli Air




Alice Tea Party






Popcorn disney sgt popular. Sila lah beli. ade caramel, soy sauce dan butter, curry, salt. coklat &a dan honey. Wehehehe


Dekat Toontown, kalau nak jumpa character2 disney


Grand circuit . Bayangkan Eza ni dtg disney dua kali dlm masa seminggu. Kaya kaya. haha


Depan Grand Circuit


Cleaner. Yang sangat helpful dan  peramah.


Rumah minnie mouse. Sebab xnak beratur lame, so xdpt la amik gambar ngan minnie dan mickey.


Tiramisuuu


3 pigs and A wolf. Tgok kaki dia kecik. kahkah




Chip and Dale roaler coaster.

Grand circuit Runway















Again, xpadan dengan tua.



Depan Goofy House.

Cinderella Fairytale Hall- tak dapat masuk sebab ramai gila

Queen of Hearts Restaurant - tak masuk sebab non halal




Disney Character Parade. Ohohoii

Kemuncak trip ke Disneyland adelah parade. The famous parade. Mcm perarakan hari merdeka ade kerete berhias kunun. Sini la mula start rase terharu n cam nak nanges sebab dapat tgok real life disney character. *only some people undertand the feelings.  hahahahahaha
Woi kalau bawak budak dtg sini memang meroyan. I wish to work as a Legal Advisor kat disneyland. lol
Dia mula dah

Toy story!

Jin Aladdin

Aladdindan Jasmine atas gajah


Rapunzel :')

Cinderella, Bella (sleeping beauty) ngan Aurora (beauty and the beast) 

Tinker bell


Wonderland Characters.

Alice

Penutup oleh Mickey Mouse
video
Parade yg akan buat korang menanges. lol
Malam tu ade parade lagi. Parade yg sama dengan yg siang, tapi mlm ni lebih kepada pertunjukkan lampu2. Semua kereta berhias, n custom2 semua character ade lampu. mmg terbaik n memang gila.

Orang tersangat sangat ramai mcm musim haji. Dengan budak2 tidur sepanjang jalan. Sbb terlampau penat la gamaknye dari pagi asek main je.Kami stay sampai tutup i.e. kul 10pm. Dah nak kene halau dengan staff disneyland. masa dah nak malam tu, banyak pulak game yg da xde org sbb tu main sampai kene halau. haha. 

Time ni dah pukul 11 mlm. Penat gila nak mati ya allah. Sempat saya beli popcorn dan bekas popcorn. sbb rase bersalah dgn adik bongsu sy, sy beli la bekas popcorn tu bagi dia tanda souvenir dari Disneyland Tokyo. Harga? RM70 (T_T)

Seronok, memori yg saya takkan lupa sampai bila bila. bangun esoknya,sakit kepala, rase nak demam, segala sendi rasa nak tercabut. bayangkan 14 jam kat Disneyland. haha

Till next post.

3 comments:

diyana mastor said...

Hai! Good sharing! Enjoy sgt baca sambil throwback hahha.. kami dulu pun masuk It's a Small world tu haha. Memang bosan kih3. Tp secara positifnya, itu jg blh jd salah satu cara nak merehatkan badan dan kaki tanpa sekadar duduk2 xbuat apa hahhaha..

Again, good sharing!!!!!!

P/s:sorry komen sblm ni ada gangguan paste note dr mana ntah. Huhu.

Petai Monster said...

thank you.. good info.. sepanjang saya baca ni.. saya dok sengih2 excited sbb saya nak gi dengan husband and my 1 year old daughter bulan depan.. (4 nov) ya allahh.. mak teruja saangaat..
Anyway, nak betulkan caption kat gambar parade tu.. belle - beauty and the beast, aurora - sleeping beauty.. saya faham sgt perasaaan rasa nak nangis tgk character2 disney muncul..

TQ,,TQ

Nonton film Bluray said...

Bestnyer, thanks for this share seru betul :D