Tuesday, May 18, 2010

Episod 23 : Batik + Kenduri

Bismillah

18 Mei 2010 . Universitas Muhammadiyah Jogjakarta. 9.15 pm waktu malaysia

Pagi isnin, ada kelas pukul 8. Hati saya tension sangat sebenarnya sebab minggu nie, UMY dah stat final exam diorg. Dan dan la pulak ada wat kelas ganti Muhammadianism. Sapa tak tension kan. Orang dah plan baek punya nak g shopping ngan Mbak Isni(Mbak ni kerani dekat office law international program , sangat kamcing ngan kitorg), dah kena p kelas. Pukul 8 pulak tu.

Hehe.Tapi takpe, pas kelas tu, straight forward ktorg gerak ke butik batik dengan keta fakultas. Haha. Save duit teksi. Mbak Isni ikut skali. First skali, pegi butik batik kat Kaliurang. Kedai dia cantik dan unik sebab macam dalam rumah orang. Dan batik dia murah2 semuanya. Saya sempat grab baju batik untuk abah dan kain batik tuk umi jer. Huhu. Tuk diri sendiri tak sempat pun beli kat situ. Mungkin selasa pegi borong habiskan segala rupiah yang ada.


Then petang isnin tu, kami bergerak ke rumah sewa teman2 IIUM dekat UII di Taman Siswa. Sebab apa? Sebab kami dijemput teman2 sana untuk menghadiri majlis makan malam yang dianjurkan dorg sendiri. Kitorg pun suma tolong la prepare masak2. Best lah rasanya. Makanan yang dimasak suma sedap2. Memang terasa malaysia betul. Maklumlah, memang tangan orang malaysia. Anak dara pulak tu. Sah2 la sedap kan. Ada nasi ayam bakar, mashed potato, spaghetti, sandwich telur and tu jer. Haha. Ada la beberapa keropok2 n jajan yang ada. Tapi yang penting, saya puas makan makanan malaysia kat sana.

Malam tu, suma balik dengan kepenatan yang amat sangat. Mana tak nye, dari pagi kul 8 dah kuar, malam baru balik. Mau tak mati. Masing2 dah bau macam ke hape tah. Haha. Anyway, alhamdulillah


p/s : mintak maaf abg mukhlis sekalian. kami cuma datang makan je.sesen pun kami tak bayar ;p

1 comment:

Anonymous said...

mintak maaf je?? bayar laaa
hahahah

omg! jelek banget kak kat dalam gamba tu!
eh, bajet kat lua gamba hot laaa?
hahaha

(habibah)
malas nak login :P