Thursday, August 1, 2013

Perintah Short Call (dan Surat Tiada Bantahan)

Assalamualaikum dan Salam jumaat sekali lagi. 



Wahahah hari ni hari semangat update blog back to back sbb tadi jumpa org dkt court katanya "eh daniel entry you pasal borang 1 & 2 sgt helpful!" heheheh

Alhamdulillah lah kalau mcm tu so dengan bersemangatnya saya nak update lagi supaya dapat membantu lebih ramai bakal2 peguam di luar sana.

Seperti yang saya janjikan dalam entry sebelum ini berkaitan Short call papers, saya akan share step yang penting sebelum dapat short call order. 

Letter of no Objection

Ok selepas korang filingkan short call papers (3,4 & 5 ) korang kena cepat cepat serahkan benda2 ni kepada 3 body yang berkaitan sebab in order to get PSP (perintah seperti dipohon) pada hari short call, korang kena dapatkan surat tiada bantahan daripada bar Council dan state bar memasing. sebab surat-surat ni korang kena serahkan pada kaunter Rayuan Kuasa-Kuasa Khas sebelum tarikh short call korang menjelma. untuk make sure file korang adalah tersusun. kalau tak, makin tangguh ler tarikh short call n tak dapat failkan perintah short call. 

So lepas je serahkan borang2 tersebut pada Bar Council n State bar tny dorg bila bole siap "letter of no Objection". korg kena la call hari2 tny bila siap n push supaya dorg dpt siapkan before tarikh korang short call.

Dah dapat letter2 tersebut, terus je serahkan by hand dkt RKK tu. spt biasa acknowledge receipt. tapi tak perlu aff penyampaian ye di sini. 

FYI, "letter of No objection" cuma dari State bar n Bar Council. AG xde k. jgn gatal pi mintak kat dorg.

Ni sy punya letter of no objection

Ni letter dari Bar Council. tgok bahagaian highlight tu apa dia tulis.


Ni pulak letter dari Selangor Bar.


Pada Hari short call

So pada tarikh short call spt dlm Borang 3 , korang hadirlah ke mahkamah utk lihat sama ada korang layak tak nak masukkan draf perintah atau tak.

Bagi Mahkamah KL, pada hari short call, korg dtg je kat RKK tu n tgok list nama korang dekat board tu sama ada dapat PSP ke atau tak .tak perlu appear before mana-mana judge pon. kalau tak dpt PSP tgok la apa masalahnya selalunya kena buat aff pembetulan la. so boleh mintak guide papa hakak dlm kaunter tu. (kalau dorg nak tolong haha)

Tapi member sy yg buat chambering dekat Penang pulak katanya pada hari short call tu dia n master dia masok n ngadap judge in chamber. kononnya dapat tauliah short call la kununsiap kena ceramah lagi. haha. so depends ok. its all depends. so kat sini not much problem i guess. =)

So bila dah dapat PSP, terus la pegi buat filing mcm biasa masukkan draf dulu. DRAF okay. yg ni takde kena byr pape cuma byr RM10 service charge sajo.

so bila korang extract nanti, timbalan pendaftar akan buat sedikit editing / amendment dlm draf korang ni so korang buatla perintah mcm mana yg dia edit.

then terus la failkan dekat court. Rm 10 service charge n RM 80 harga Perintah. (MAHAL GILA!!!!).

So sekali lagi lepas filing, tunggu di extract, then korang serve la benda ni dekat ketiga2 body tu jugak. di waktu ni sydah teramat malas nak p serve by hand so sy buat AR registered je. sebab utk Short call order ni, tak perlu buat affidavit penyampaian (SEPERTI KATA STAFF BAR COUNCIL)

Tapi bagi kes saya, since saya nak buat Long Call ceremony dekat Ipoh, so Perak Bar kata dia nak affidavit penyampaian benda ni. dorg kata, whatever document related to chambering yg korg serve mesti kena buat aff penyampaian. so gigih la saya pi buat aff penyampan n selongkaq balik mana bukti2 AR tu selepas beberapa bulan pegi serve. hayoh.

But then mcm kwn sy dkt terengganu katanya, dorg tak kena buat pon. so depend la. tak rugi pon buat. kot kot nt time long call AG object kata kita tak bg short call order, tak ke naya. ha so buatla. (sy ckp utk perak sajo k)

Itu saja buat masa ni. so berbahagialah korang lepas short call sbb katanya lepas short call memasing gaji naik kan?? hahaha dah ada locus la konon depan majisteret n judge in chamber. so semua gaji naik. hehehe

Selamat mencuba. eh. kbai.

Assalamualaikum =)

p/s 1: i wont be held responsible with the content of this entry upon your reliance on it because this is my personal experience and each of us may experience differently.

p/s 2: This entry was written on 2nd August 2013 and the process is still remain the same as of this date. i wont be responsible if on the later date, the process would be different and u suffer loss due to your reliance to this entry.

Affidavit Pembetulan. KENAPA WEI KENAPA?? dan Masalah berkaitan Affidavit Penyampaian

Assalamualaikum dan selamat pagi jumaat.



Saya telah menunjukkan cara2 isik short call papers dalam entry yang sebelum ini.  so skg sy nak share kenapa ada yg kena buat affidavit pembetulan.

macam masalah sya sendiri, seperti yg dinyatakan dalam entry sebelum ini, sy kena dekat borang 5 sebab saya buat chambering dkt Selangor tapi alamat dlm tu alamat ipoh. so kata Bar Council, tak boleh gittew. so boleh refer entry tersebut.

Tapi ada pulak yg kawan sy ni, dia kena buat affidavit pembetulan sebab dia guna satu afidavit penyampaian bagi both Botrang 1 & 2 dan Short call papers (infact jimat sikit kan cost) sbb waktu buat serahan tangan tu adalah pada waktu yg sama.

ini adalah a no-no yer. kalau kata korg serve pada waktu yg sama pun, korang kena buat aff penyampaian asing-asing. borang 1 & 2 affidavit penyampaian lain n Short Call Papers aff penyampaian lain.

Dan ada jugak satu kawan saya ni kena buat afidavit pembetulan sebab dalam borang 1 dia bahagian "ijazah sarjana muda" tu dia tak letak word "kepujian" . so tak pasal2 kena buat aff pembetulan. so mind yaaaa..

cek dulu dgn mana2 yg pakar dlm filing ni sebelom filing. jgn hantam keromo saja. utk borang 1 & 2 refer sini borang 1 & 2

so ada sesiapa nak share korang kena buat aff pembetulan sebab apa,  boleh la komen di bawah mana tahu boleh mebantu org lain jugak. hehehe.

sy cuma tahu contoh spt di atas.

any question? mdanielmyusof@gmail.com 

Adious. 

=D

Pemfailan Borang 3,4 & 5 (Short call papers)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mohon maaf sebab tak update pasal borang borang yang berkaitan dengan Short Call. 
Kehidupan sebagai seorang pelatih dalam kamar tidak kurang sibuknya di tambah pulak dengan semester pertama Islamic Banking. Pheww. 

Regardless, Alhamdulillah sebab Allah permudahkan segala urusan saya sepanjang chambering dan juga kesempatan dan rezeki yang Dia berikan untuk menyambung pengajian dalam peringkat Master. 

Bos yang sangat baik dan very understanding, kalau hari sy ada kelas dia benarkan sy utk balik awal. In fact, xpernah kena late hours. so tiap hari lepas solat asar je dah lenggang2 bersiap2 nak balik. hehehe. 

(no reason to complaint anymore. however, life is not easy. but its worth to be grateful for)

Btw bulan puasa ni dpt duit raya 2 kali. hehehee 

So, borang 3,4 &  5. Bismillah

So pada stage ni, sy rasa semua org dah tahu selok belok utk buat e filing dekat court dan sebagainya. especially court KL. one think for sure, utk failkan borang2 ni, tak perlu lagi ke court KL bagi kawan2 yang buat chambering dekat negeri masing-masing. (tapi kalu selangor, kena buat KL) bole aje failkan borang2 ni dekat mahkamah tinggi negeri/daerah masing2 tapi fee yang dikenakan mungkin  bit different. Sbb masih ada court yg buat manual. so up to you. so dari segi harga, generally, sy bagitahu yg KL court aje la. 

BAJET

Basically, Borang 3 adalah "SAMAN DALAM KAMAR" (herein referred to as "SDK") 
so harganya RM 40.
Borang 4 in the other hand adalah "AFIDAVIT MASTER" so harganya RM 16.
Dan Borang 5 adalah "AFIDAVIT KITA SENDIRI" juga RM 16.
So total termasuk Service Charge RM 10 would be RM82. (betul kan? haha)

sorg kawn sy dr kuantan katanya, dia kena buat manual, sbb kena serah byk salinan masa filing tu,(yg ni akan di discuss di bwh nanti) so fee dia sgt mahal almost RM 300. tah la. tapi mahal la. so it depends pada negeri memasing. hee. ala boleh claim kan. apa lu kisah?? haha


CARA ISI BORANG

Ni borang 3 (SDK)

Gambar sedikti blurry. bajet bajet je la tgok.

Bahagian kosong Di dalam mahkamah .......................... tu ikut la mahkamah mana korg filing.

Bahagian atas Dalam Perkara tu, letak alamat yg dalam IC kita. regardless korg buat chambering negeri mana, letak je alamat IC. so basically pemohon dalam short call papers ni adalah master kita so letak nama dia.  since ni adalah SDK so mestila ada afidavit yg menyokong SDK kan? so afidavit sokongan tersebut adalah borang 4 dan 5 tadi lah. so whatever it is, tiru je borang aku ni.

Borang 4 (afidavit Master kita)

ni pon gmbar blurry sbb aku pakai tab murah je sedeyh. scanner xde. pandai le korang
Ok yg ni adalah afidavit sokongan Master kita.So deponen dalam afidavit ni adalah master kita dan dia sendiri kena sign of course. so the tricky part is that, korang tak boleh bwk afidavit ni pegi affirm sendiri dkt court jalan duta tu sbb deponen tu bukan korang. orang lain kan. nt pesuruhjaya sumpah dkt kl tu dia tak nak affirm sbb dia nak ic deponen. so in this case korang mintak la master korang tu sndiri pegi affirm (kalau firm sy kitorg ada panel pesuruhjaya sumpah sndiri. so sng je la master sy pegi affirm depan dia)

So alamat master kita tak kisah la alamat office ke or alamat rumah dia. office would be appropriate kot.

easy kan?? sing jgn lupa. tgok kat mana dia sign.atas word "di hadapan saya" jgn ko sign kat page belakang pulak.

Borang 5 (afidavit sokongan kita sendiri)

tak clear jugak kan?? kan?? SEDEYH! pepandai la korang.


Ni adalah part yg paling lahanat sekali sbb byk gile pupil yg kena buat aff pembetulan dkt borang 5 ni termasuklah saya sendiri. hampas kan. 

Tricky part : Sila perhatikan bahagian "Saya, MUHAMMAD DANIEL BIN MOHD YUSOF yang cukup umor dan beralamat di .........." 

Untuk Sesiapa yg buat chambering dekat KL/Selangor mcm aku, dan bukan berasal daripada KL/Selangor, (Kenapa aku masukkan KL n Selangor sekali adalah semua filing org selangor Kena buat kt KL ok),  tapi berasal dari changlun, putatan, atau sipitang, atau beruas, atau beseri atau di kampung orang asli di cameron highland, korang kena letak alamat firm  yg korang chambering tu.

ataupun korang org KL tapi buat chambering dekat Kota Marudu, korang kena letak lamat firm.

Senang faham mcm ni la. kalau korg bukan buat chambering dekat negeri tempat mana alamat IC korang, korang kena tulis alamat Firm.

Dan bagi sesiapa yg memang contonhnya IC korang beralamat di Mukah, dan korang pun memang buat chambering dkt Mukah, so bubuh alamat rumah di situ. Ada paham kan??

Arahan di atas adalah berdasarkan arahan Encik Azrul dr Bar Council kepada sy personally. (PERSONALLY YA!) Walaupun begitu, saya diberitahu walaupun kwn2 sy pon buat spt yg sy ckp kat atas ni, ada jugak yg kena buat aff pembetulan. lain org lain pulak pembetulannya (APA YG BERLAKU KT SAYA MUNGKIN TAK BERLAKU KAT ORG LAIN DAN BEGITU JUGA SEBALIKNYA, SO I WONT BE RESPONSIBLE HERE :P). 

So nasihat sy, sebelum isik borang, call dorg dulu. sbb ada kwn sy call dia ckp lain. then kawan lain call dorg ckp lain pulak. so ikut je ler. 

Pastu jgn lupa, sign then affirm dekat persuruhjaya sumpah.

worse case scenario semua pon kena buat affidavit pembetulan. haha

Lain-lain

So tu saje cara isik borang di atas. then pegi la filing seperti biasa n jgn lupa tips seperti biasa:

Isik borang lebih n untuk borang 4, mintak ler courtesy master korg utk sign affidavit kosong n explain to them why.

Selepas itu, tunggu ler borang 3 korang di meterai oleh Timbalan pendaftar Mahkamah tinggi tersebut. biasanya amik masa 2 3 hari baru leh extract dr e filing. 

Oh additional ; kalau sapa yg negeri dia still pakai manual filing, korang kena sediakan 4/5 salinan each n every borang. sebab manual kan. so copy court satu, korang satu n tiga lagi utk 3 body tu. pepandai le.



So dah extract bagai semua, serah la pada badan2 yg berkenaan n buat aff penyampaian.

*kalau kata sapa dpt call dr BC mtk buat aff pembetulan, contact le sy di mdanielmyusof@gmail.com. willing to help

dan untuk Short Call punya proses (selepas korang extract), sy akan discuss dlm entry yg seterusnya k. yg ni fokus tuk cara2 isik n filing borang 3,4, n 5 je. 

sekian, saya yg baik hati. 

assalamualaikum. hehe

p/s 1: i wont be held responsible with the content of this entry upon your reliance on it because this is my personal experience and each of us may experience differently.

p/s 2: This entry was written on 2nd August 2013 and the process is still remain the same as of this date.


Thursday, March 7, 2013

PEMFAILAN BORANG 1 & 2 UTK CHAMBERING STUDENT.

Assalamualaikum pembaca sekalian. hehehehe.



                Setelah sekian lamaaaaa selepas menguruskan badan , hari ni saya rasa mcm ada benda nak update. Since saya antara org yg terawal buat petition utk pupillage (atau chambering), saya nak share cara2 utk buat petition di mahkamah tinggi jalan duta kuala lumpur. This is basically recent guideline la kot dgn adanya fee baru utk efiling dan sebagainya. This is no-easy job. Waktu ni lah tuhan nak uji kesbaran kita. Hari kita nak buat petition tu la hari keta kita rosak, e filing offline la, jalan jammed mcm nak mampos dan sbagainya. So chill. Sila prepare mental dan fizikal. 

                Saya share stakat yg saya buat iaitu pemfailan borang 1 & 2. borang 3, 4, 5, smpi lapan kemudian insyallah.

                    First, pada sesiapa yg menaiki kereta mcm saya, we r so lucky sbb senang je nak redah jalan kucing tu. Cuma masalah jammed. Kalau nak settle awal pagi, keluarlah dr rumah sblom kol 7. So dgn jln kuching yg jammed gila  tu, korg akan smpai2 dlm b4 court bukak. So ngam ngam la dlm kol 8.30 tu kaunter dah bukak boleh trus start amek no. 

                   N pasa siapa2 yg naik public transport, korang boleh naik lrt spmpai stesen masjid jamek, trun depan tu ada la pagi2 ada van warna putih (shuttle) yg mmg  akan bwa anda ke court jalan duta. Saya tak sure la byr berapa tapi saya rasa mcm 2 3 ringgit je cmtu. Tny2 la org kat situ kalau tak sure mana satu shuttle nya. Kalau korg nmpak org2 yg mcm bajet lawyer tgh tgu tepi jln tu, ye lah tu.


Ni step nya.

First, prepare dokumen2 ini 


  1. Borang 1 (isik betul2 n boleh tgok panduan dekat sini).
  2. Borang 2 -  (please borang 1 & 2 ni jangan lupa sign. ramai sangat pupil lupa nak sign borang ni n saya pun xfaham kenapa, kalu xsign, korang akan kena buat notis permohonan n a lawyer must appear for Case Management tau utk repair kesalahan tu. dont be too reckless ya with docs. we lawyers. not carpenter)
  3. Fotocopy IC
  4. Fotocopy Surat Beranak
  5. Fotocopy Release letter (Not Transcript)
  6. Master profile ( carik sini. so carik la nama master korang and then print je page yg ada details dia tu. tarak hal)
p/s: kesemua dokumen 3 smpai 5 tu kena dapatkan CTC (taw tak CTC ape?? kalu x taw jgn buat chambering). CTC tu mesti dari lawyer yg registered dgn malaysian bar selain dari master korang. partner lain pon boleh. ada member sy ckp registrar pon boleh tp sy x sure la pulak.

1. Smpai di court, trus straight ke level2 belah kiri korang akan nmpak kaunter RAYUAN   KUASA KUASA KHAS. Pegi la kaunter tu ckp nak fail borg 1 &  2. Dia akan cek borang korg betul ke tak korg isik. Kalau mcm dah ok. Dia akan bagi korg kertas strip hijau tulis “DIBENARKAN UNTUK DISCAN”. tapi waktu sy tu, pakcik tu malas cek agaknya. dia ckp "dah isik betul2 belom?" sy pulak, " mana la saya taw betul ke x pakcik cek la" pastu pulak dia boleh ckp " betullah tu awak isik sy xyah tgok dah amek ni (kertas hijau td) p scan" . so keje sy sng je la. haha. 

                       tips :  1.  kat sini korg prepare la borg kosong kot2 korang silap isik. Org dkt kaunter tu maha        Sebab nanti kalau salah tak pasal2 kena buat affidavit pembetulan.

                                   2.disini korg makesure tarikh tu korg kosongkan ek. Jgn pndai2 tulis tarikh korg masok dlm firm korg tu sbg tarikh start chamber. Tarikh korg start chamber adalah bila korg settlekan petition ni.

2.   then bila org RKK tu kata dah ok, (LETS SAY DIA CEK LA UNLIKE ME) pegi la affirm borang2  tu dekat pesuruhjaya sumpah dgn harga rm4. Takleh affirm trus. Kena pegi kaunter byrn (bwh RKK) amek no tuk buat bayaran pesuruhjaya sumpah. Dah byr n dapat resit, baru buat affirm dkt kaunter affirm. Kat court ni semua pon bila nk kna byr, kna buat kt kaunter byrn . so mmg akan ada situasi turun naik keluar masuk bagai.

* Part No 1 & 2 yang di crossed kat atas ni dah tak relevant dah. datang je ke mahkamah, boleh terus filing n make sure isi borang betul2.
(cause nobody cares and bothers about how u prepare your documents. once u salah, kena buat Notis Permohonan and appear before the judge to rectify the wrongs. even court people don't care)

3. sesudah itu, pergi ke kaunter e filing (sama level ngan pesuruhjaya sumpah tu sebelah kanan  seberang kaunter bayaran ). So pegi ke kaunter  3 .Amek borg ‘SERVICE BUREAU FORM’ kena isik. Dlm tu adalah detail2 yg korg kna isi n dokumen apa yg korg nk file kan. Lain doc lain harganya. So bg borg 1 & 2 service nya rm50. Org kaunter tu akn tulis rm50 dkt borg tu. N dia akan bg satu no utk e filing.

Tips: 
Pagi selalunya agak buzy kalu korg sampai dlm pukul 9 or even earlier. nombor banyak so mmg end up menunggu sehingga beberapa jam. my suggestion is, datang during lunch hour n amek no kat kaunter 3 tu the moment lunch hour habis. so make sure borang dah lengkap diisi dan di affirm oleh pesuruhjaya sumpah. mmg sekejap je buat filing kalu petang. 


4. sementara itu, korg kna p kaunter bayaran balik byr rm 50 tersebut. So pegilah.amek no la mcm biasa blk. (ye keje ni mmg leceh dan hampas)       sekarang ni bayar "Service Bureau" dah tak payah pergi kaunter bayaran. ada mesin mcm ATM kat sebelah kaunter 5 tmpat korg amek borang "service bureau" .boleh bayar RM 50 kat situ. akan kaluar dua keping resit. keep both.

5. dah bayar then patah balik ke ruangan kaunter e filing td n tgu no korg di panggil di either kaunter 20,21,22 or 23.

6. so bila dipanggil (slalunya kaunter 23,24, 25 cmtu lah) so bg dokumen2 korg td tuk dia scan.

7. Pastu korg kena tgu lagi no yg sama dipanggil di kaunter 17 tuk amek invoice pembayaran filing. Buat pengetahuan semua, wktu saya masih fees yg lama so sy Cuma byr RM 98 ringgit je. But siapa yg filing the day after, semua fee naik sekali ganda. So harganya jadik RM 196. (mahal kan? god knows where the money went)

8. jadi sekali lagi anda harus menapak ke kaunter pembayaran (amek no skali lagi).

9. dah byr then balik ke kaunter  18 ,  nanti orang kaunter tu akan bagi u another set of invoice which will be stamped "PAID".

10. so basically sini dah settle la e filing korang. 

11. belum hbs lagi..... pastu pegi fotocopy borg2 korg dkt potostat dkt kafe bwh. 4 copy borg 1 n segala attachment n 32 copy borg 2. Akak potostat tu taw lah brapa yg nk kna potostat. So ckp je “chambering kak”. cmtu. Disini kna bayar RM 11.20 (mahal gila kot dia cas 20sen sehelai)

12. finally korg bg la borg 2 yg 32 cpy tu dkt RKK blk. Borg 1 yg korg dpt tu simpan sbb akan di serve ke 3 tempat iaitu :
  1. State Bar masing2
  2. Malaysian Bar (yg dkt jln leboh pasar)
  3. AG chamber kt purtajaya. (AGC yg di precinct 1, Kompleks Kerajaan C, Bangunan C3. Bukan AGC yg precinct 4 tu ye. So pegi dkt kaunter bwh tu je serve bnda ni.


U can serve the docs by yourself atau ur despatch atau kawan2 you pon boleh tolong serve kan.Pegi sana n bagi  each copy ke semuanya n jgn lupa COP ACKNOWLEDGE RECEIPT dkt set borang korg yg original tu.Sbb lpas ni nak kna buat Aff penyampaian pulak. (ada member sy ckp pakai AR registered pon boleh tuk serve ni bg siapa2 yg duduk negeri selain KL. but im not sure)  

P/s 1 : utk serve2 ni x de la immediately lpas korg file petition tu. Esok2 pon boleh. Tapi make sure sblom short call la.
p/s 2: n kaunter2 byrn ini Cuma bukak smpai kol 3.45 je n kaunter e filing smpai 3.30 stiap hari. tapi lunch hour tak tutup rasanya
p/s 3 : for those borang, u all boleh dapat kat msian bar or state bar rasanya. but must pay some amount. i have a copy if u want. email me at danielyusof.moa@gmail.com i am happy to help =)



disclaimer : 
  1.  sy tak bertanggugjwb atas info yg sy bg ni sbb semuanya adalah pengalaman sy sendiri. Setiap org mungkin tak sama. Tapi roughly itulah yg korg kena buat.

      
Lepas ni borang 3, 4 ,5 pulak... tapi yg ni boleh buat dekat mahkamah tinggi negeri masing2 rasanya. So wont be a problem

references : ni adalah blog2 yg membantu. kalau nk tgok contoh2 mengisi borang tersebut boleh tgok sini. borg sy xdan la nak scan.


  1. http://sitimunirahzainalabidin.blogspot.com/2011/07/pemfailan-borang-1-dan-borang-2.html
  2. http://neeyaa27.blogspot.com/2011/12/chambering-borang-1-2.html
  3. http://termizi-mylife.blogspot.com/2009/02/my-chambering-experience.html

As at : 8.2.2014



Wednesday, November 7, 2012

Share Weight Loss Story untuk kevin zahri.

Assalamualaikum & Salam sejahtera.

Hey. Lama la tak update blog ni. Just suddenly saya email Kevin zahri untuk share story saya dlm page dia, saya pun karang lah cerita ni. N why not sebelum dia publish dlm website dia, saya  buat post baru. 

Sejarah Obese.

 
January 2011
Saya tidak pernah mengalami masalah obese sejak kecil dan keluarga saya bukanlah dari kalangan obese. Tetapi disebabkan tabiat makan saya yang tidak betul meyebabkan saya mengalami kenaikan berat badan sejak berumur 12 tahun. 48kg sewaktu pemeriksaan kesihatan selepas UPSR. Kemudian, memasuki asrama pada sekolah menengah dan saya tidaklah gemuk cuma saya langsung tak aktif dan saya kurang makan. Biasalah makanan asrama. Pendidikan Jasmani adalah matapelajaran yang paling saya benci. Bila cikgu suruh lari pusing padang saya dah mengeluh dan tak dapat nak habiskan satu pusingan pun. 
Pola kenaikan berat badan saya bermula selepas SPM 2006 kerana saya cuma duduk dirumah semenatara menunggu panggilan ke university dan saya pada waktu itu sangatlah gemuk. Makan tidur makan tidur. Saya tiada langsung kesedaran untuk jogging / bersenam.

Pernah cuba kurus? 

Berat badan saya berkekalan antara 75 ke 80 kg sepanjang hidup saya di universiti. Pernah saya cuba untuk turunkan berat badan saya secara ektreme dengan tidak makan nasi Cuma makan roti dan buah buahan serta bersenam tahap maximum. Hasilnya saya turun 5kg (saya tak berapa pasti sbb rupanya tahun lepas baru saya tahu penimbang tu rosak) dan tabiat makan roti dan buah itu tidak berkekalan lama. Saya kembali ke tabiat makan nasi dan yes, berat badan saya makin naik. Walaupun saya gemuk spnjg belajar, saya tetap berjoging seminggu sekali namun tiada apa hasil pun. Kerana saya tidak menjaga pemakanan.

Bermula kesedaran.

    April 2011, saya mula sedar akan bahaya obese. Saya tertekan dengan kehidupan obese. Kerana apa? 

  1. Nak beli baju seluar semuanya menjadi masalah. Pinggang saya 36 inci dan setiap kali beli seluar, mesti beli yang besar dan kena potong kaki. Hasilnya buruk sekali. Selekeh.
  2. Self esteem sememangnya rendah.
  3.  Saya kuat berpeluh. Jadi baju selalu senang basah dan sememangnya jijik sekali di pandangan orang.
   
April 2011
Waktu ini, waktu praktikal jadi saya duduk di rumah menjalani praktikal di sebuah syarikat swasta. Bila duduk rumah, saya fikir, kalaulah 7 bulan ni duduk rumah, mesti bertambah ukur lilit pinggang sbb akses terhadap makanan lebih mudah. Jadi saya memang tekad untuk berubah dan di situlah bermula titik tolak perubahan sy yang sebenar. Jadi, saya daftar di sebuah gym berdekatan rumah dgn registration RM 160 dan monthly RM 70. Mula2 rasa mcm menyesal sbb mahal sgt dan nilai itu bukanlah murah untuk seorg pelajar mcm saya. Sy tak bgtahu umi abah mula2 tapi bila bgthu, dorg sokong sgt2. Alhamdulillah saya tekad lepas tu. Akhirnya, sy tak menyesal pon

Rutin senaman  dan makanan.



Kekerapan saya ke gym adalah 3 jam sehari. 2 sesi pagi n malam. Saya bermula dengan kardio dan light weight. Buat permulaan mmg saya push diri to the limit. Pada mulanya, ilmu berkenaan pemakanan saya mmg zero. Jadi awal2 ni sy makan mmg la sgt sikit. Nasik sekali je sehari n wktu lain saya gnti dengan sandwich sahaja. Ye, memang memeritkan. Nilai kalori sy makan msti lbih sikit dr g keluar. Saya catat setiap apa yang saya makan dan anggaran kalori yg saya bakar (berdasarkan rekod dkt treadmill n other cardio machines) di gym setiap hari. SETIAP HARI YER. Waktu awal2 ni memang sangat sedih. Badan sakit2, makan pon tah kemana. Setiap kali lari atas treadmill dpn cermin dkt gym, saya akan tgok diri saya yang gemuk ni. Kdg2 ter emosi pon ada. Dan saya terus kuatkan semangat. Dalam pada yg sama, berat turun tak menentu n kdg2 plateau. Ada sebulan tu sy xtrun langsung. Wktu plateau tu plg tertekan skali.

Selain dari cardio n weight lifting, saya juga sertai boot camp yg gym saya buat. Sebulan je boot camp tu. Setiap sabtu dan ahad saya ikut boot camp ni. Merasa la pengalaman mcm The Biggest Loser kena herdik n push dgn trainer yg kdg2 x considerate tp sy tau semua tu psikologi je. Hasil dr boot camp tu menggalakkan lagi kehilangan berat badan saya. . Bulan puasa 2011, berat badan saya turun banyak kerana saya tak henti training. Pagi dan juga malam selapas tarawih. Umi pon dah naik pening sebab apa along ni wktu puasa pon x henti training.

Pada awalnya, berat badan saya turun dgn cepat. Seminggu pertama 2 kilo dan bebrapa minggu kemudian konsisten 1 kg sehingglah pada bulan ketiga sy mengalami plateau utk jgka masa yg lama. Ye semua, kita jgn igt kalau kita konsisten pada awal kita akan konsisten spnjg jalan. Tidak ye. Bersabar , tekad , stiqamah dan percaya dengan diri sendiri adalah kunci penting.

Dari segi pemakanan, saya banyak buat bacaan sendiri dr internet dan spt yg sy sebut td, saya catit apa yg saya makan. Saya anggarkan kalori pemakanan saya berdasarkan cekodok.com.Wktu ni saya tak kenal lg kevinzahri.com. Saya kurangkan pengambiln air manis. Even pada bulan puasa 2011, saya berbuka dgn cuma air kosong n makan nasik dgn kuantiti yg sedikit. Tabiat berbuka saya  juga berubah. Saya sudah tidak berminat dengan bazaar ramadhan. Masakan umi saja. 

Saya tak pernah tinggal nasi. Biasalah, kita Malaysian, nasi dah jadi darah daging. Kevin pun ckp. Bukan salah nasi kita jadi gemuk, tapi cara pemakanan itu sebenarnya. Saya paling pantang kalau org ckp nasik itu yg buat gemuk. Air kosong bukan lagi satu pilihan buat saya. It is a must. Kalau makan luar pon, saya order air kosong je. Snek2 pon sy kurangkan. KFC, Mc Donald dan yg sengkatan dgnnya pun sy kurangkan. saya pun bukan lah peminat makan segera sgt. Tapi tipulah kalau ckp sy tak makan langsung. 

Alhamdulillah, sampai sekarang, saya masih bertahan dengan tabiat pemakanan ni. Kadang-kadang makan jugak twisties,super ring, coke tapi sy considerate lah. Banyakkan makan buah spt betik dan pisang n kalau lapar, cari buah, bukan snek/coklat. Saya juga minum herbal tea utk senangkan pembuangan air besar. Jadi apa yg sy makan saya pasti dia akan keluar balik.

Untuk pengetahuan semua, saya tak pernah pakai apa2 produk mcm herbalife ke atau sebagainya sbb sy tak penah percaya semua tu. Semua hasil titik peluh sndri. 

Kejayaan

Pembukaan Semester Baru September 2011, total kehilangan berat badan saya adalah 17 kg dan body figure saya betul2 berubah daripada yg asal. Saya masih belum ada firm muscle sbb susah utk dptkan shape mcm tu. Pada saya kurus pon dah ok. Saya masih cuba tp belum lagi la berhasil. Kawan2 di kulliyyah sememangnya terkejut dgn perubahan ni. Saya pon terkejut sbb sejak cuti xpernah dpt compliment dr sesiapa n bila blk kampus baru la sy perasan sy mmg totally lain. Sb dkt rumah hari2 tgok diri dlm cermin jadi x berasa perubahan itu.

Sehingga hari ni, saya menjalani kehidupan yg sihat. Kalau ada hari yang sy makan byk seperti kenduri, majlis2, saya akan counter dgn extreme exercise pada hari yg seterusya. Pada saya, ‘Pandai makan, pandailah tanggung’. Satu lg prinsip saya, kalau kita boleh makan 2 atau 3 kali sehari, kenapa kita tak boleh workout dgn kuantiti yg sama?. Susah sangat ke. Org bagi alasan tak cukup masa yes saya setuju. Tapi smpai bila2 pun kita takkan pernah cukup masa. Saya sekarang sudah di tahun akhir dan awal tahun depan insyallah saya akan mulakan alam kerjaya dan saya percaya masa saya akan lebih terhad. Tapi, we have to make time. Kerja sampai bila-bila pun takkan selesai even dah hbs office hour kecuali lah kita mati. 

Healthy lifestyle is not a choice. It is a must. Saya tak nak tgok anak2 saya mengalami masalah obese di mana masalah ini akan menyebabkan datangnya penyakit2 lain lagi. Diabetes, kencing manis bila mana dah serius, susah nak ubat. Jadi berubahlah sekarang. Hentikan makanan manis2 dan bayakkan makan buah sepeti betik dan pisang. Spt yg Kevin Zahri ckp, secawan teh tarik sama nilainya dgn 2 keping roti whole meal yg gerenti kenyang berbanding teh tarik. 

Jadi,make time. Kalau kita boleh mkn byk kali sehari, kenapa tidak senaman?

Saya July 2012


A year of silence. 
Daniel Yusof, 4 Nov 2012.

Friday, December 16, 2011

My After

Bismillah


After a year of silent. finally this blog updated. haha
And lets start fresh with a new life of me. 


Alhamdullilah, I am satisfied with my achievement on losing weight this whole 2011. and Im yet sharing it with people. Umi n  abah are the one supporting me all this while. n not to forget, my gym trainer, at fitnesslifestyle.  But so u know, my friends, obviously shock looking at my changes in 6 months (April - September 2011) after a long semester break. Alhamdullilah, all my hard work, paid accordingly despite of the tears accompanied me during the training. So, i would like to share my before n after picture. 79.6 kg to 62 kg. my waist was 36 n now im 30. i cant believe i made it. =)


May 2010


Raya 2010

January 2011
September 2011


My first run race after the semester open. September 2011. 3 km run. 

p/s: i cant stop smiling until now. =)