Showing posts with label Perjalanan sebuah Perjuangan. Show all posts
Showing posts with label Perjalanan sebuah Perjuangan. Show all posts

Tuesday, March 11, 2014

Pemfailan Borang 6,7 & 8 (Long Call Papers) Part I

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Sekalian.

Maafkan saya sebab tak update pasal pemfailan untuk borang-borang bagi tujuan long call. The fact that saya dah called to the Bar menjadikan diri saya malas sangat nak menaip. Dah jadi loyar la katakan. hahaha. Ditambah pulak waktu long call hari tu kene pulak sekali dgn final exam. so, hidup sangat la berserabut. Walaubagaimanapun, alhamdulillah, i passed my second semester with flying colors. Wuhuuuu. So far xde lagi rasa menyesal kerja sambil amik masters in law (LL.M) dalam masa yang sama. Sbb Allah permudah jalan saya. heheh

Ok. jom saya bincangkan apa perlu dibuat untuk preparation long call papers. (ni pun sy buat entry ni sbb kene desak oleh chambee kat opis. poyo sgt)

Untuk bahagian yang pertama ni, saya bagitahu apa pre-requisite yang perlu dibuat oleh semua kita kita ni yang nak jadi loyar ni kononnya.

a) Ethic Course

Pastikan anda-anda semua langsaikan hutang anda dengan Malaysian Bar dan dapatkan sijil tamat/lulus ethic course. Selagi tak lulus, selagi tu la tak boleh filing borang Long Call. U know the drill of this course. Tak perlu la saya explain. If you need the notes for the exam preparation, u can email me. I have some materials for your reading and exam preparation. Email me at danielyusof.moa@gmail.com 

b) 14 hari Legal Aid

Yang ni pun kena habiskan dan kena cek dengan State Bar masing-masing apa yang perlu dibuat to make sure chambering kita is in order. Macam  kalu Selangor Bar, kene pergi 4 seminars baru boleh dapat Surat Kelulusan dari diorang. kalu negeri lain  lain. so it depends

c) Bahasa Melayu Exemption Certificate / Bahasa Melayu Exam for lawyers.

Bagi graduate sekolah di Malaysia dan ade sijil SPM, kita kene apply for Exemption Letter so that kita tak perlu buat Exam Bahasa Melayu. What we have to do, is just apply for exemption di Legal Profession Qualifying Board klik di sini  --- > http://www.lpqb.org.my/. Kita boleh apply sijil tu online sahaje. 

As for us yang dah ade SPM, kita terus klik dekat pautan "Exemption from the Bahasa Malaysia Qualifying Examination" dekat Home Page tersebut. It is under "Online Application". Then follow la proses yang seterusnya. The fees for the Sijil is RM 100.00. Pay via credit card.

Dan bagi siapa yang takde SPM, kene ambil la exam tersebut. Usually utk foreigner or something saya tak berapa pasti. Klik la pautan "Bahasa Malaysia Qualifying Examination". 

Sijil Pengecualian BM


Thats a major requirements la. Kene make sure u lepas semua ni and obtain relevant papers then boleh la filing long call papers.

As for other requirements yang penting.

Yang ni kita kene buat dalam seminggu sebelum hari terakhir, adalah seperti berikut:-

a) Buat pembayaran sebanyak RM 200.00 kepada Advocates & Solicitors Disciplinary Board iaitu bayaran untuk Diciplinary fees or something. Resit bayaran ni sangat penting kerana akan digunakan untuk filing long call papers dan sampai kiamat. Sepanjang u practice as lawyers, kene simpan  rasanya. Pegi wisma maran dekat dengan Malaysian Bar tu Level 8. Keep the receipt.

b) Selepas buat bayaran RM 200.00, pegi Malaysian Bar buat bayaran RM 30.00 iaitu untuk "instrument". Instrument ni basically sijil practise kita la. warna kuning. yang ni perlu di tandatangan oleh hakim yang dengan Long Call kita nanti.

As for siapa yang nak long call di KL, u bayar je tak payah amek instrument ni.

Tapi bagi siapa yang nk Long Call kat negeri sendiri, lepas buat payment RM 30.00, kene mintak "instrument" tu utk korang bawa balik ke negeri korang. 

c) Sijil Penampalan. Dont ask me what is this. U pegi RKKK KL, (Boleh buat di KL sahaja ya) bagitahu dorg kate nk buat sijil penampalan. Nanti dia akan bagi a stack of "Affidavit Penampalan" pastu insert la tarikh dalam sijil penampalan tu. kemudian pegi filing RM 40.00. isi elok elok ya.


Sijil Penampalan


d) Surat habis legal aid. Yang ni pegi follow up dekat State bar masing masing ya. Yang ni lambat pun xpe. lepas file 6,7 & 8 pon xpe. sbb nanti waktu long call kene make sure dah ade la bende ni. sbb state bar akan mintak.

So saya summarize apa yang kene buat-

1. Sijil Ethic Course
2. Sijil Bahasa Melayu
3. Habiskan legal Aid
4. Bayar RM 200.00
5. Bayar RM 30.00
6. Sijil Penampalan

Ok tu je bende yang anda kene buat supaya dapat fail borang 6 7 & 8. Lepas ni saya akan update cara isi borang 6 7 & 8 dan apa documentation yang perlu di buat.

Chiao. Anything, email me ya danielyusof.moa@gmail.com

Sunday, September 15, 2013

Lari kaki ku lari

Assalamualaikum dan Selamat hari Malaysia.

I Run Because I Can.

Semalam buat kali kedua sy join larian #LiveGreatRun2013 organized by Great Life Insurance. First time saya diperkenalkan dengan larian2 ni oleh zamzam tahun lepas. dan #LiveGreatRun2012 adalah larian official yg pertama dalam hidup sy. First run dalam hidup saya lari 12 km. Feelingnya sgt mantap n ohsem gila2. 

ZamZam. Org yg introduce sy dgn pertandingan larian. hehe
Yg ni LiveGreatRun 2012


The good thing join larian-larian mcm ni adalah kita takkan tahu limit diri kita sehinggalah kita habiskan larian tu. Saya tak pernah buat preparation training smpai 12km even 5km sekalipun. Tiap hari kalu training kat gym pun maximum 30 minit lari dlm lebih kurang 3km lebih je. Pace 10minit/km. Sedih kan performance tiap kali training? haha

Setiap kali lari atas treadmill pon, max 15 minit pon dah tercungap-cungap mcm nak terpengsan. so teruslah tekan butang "stop" tu. tapi bila lari mcm semalam, bila tengok result balik, sy bole je lari sejam 18 minit non stop. NON-STOP ya. tu yg membuatkan sy rasa amazed mcm nak terpengsan. bila igt balik, memang la kaki tersangat la sakit sbb lari 12 km non stop. even harini pon sakit lagi wei. tapi during lari semalam, kita akan ada satu semangat utk tak stop dan teruskan larian. kalau saya stop, i think ill be so dissapointed. *statement poyo sgt. haha

Ni adalah unofficial result dr Great Eastern. Sy sendiri tak cayoooo. Wohooooo!



So, salah satu cara nak tahu takat mana limit diri kita, kita kena join la larian2 mcm ni. Infact semalam masa larian, saya nmpak sorg lelaki yg kudung tangan kiri, lari melepasi saya. wktu tu sy pikir, "kalau dia pon lari lagi laju dr aku, takkan aku yg sempurna sifat ni pun nak mengalah"   thats how larian2 ni boleh motivate diri kita n push diri kita beyond the limit yg kita sendiri pon tak pernah sedar.

So, dalam entry kali ni, saya ingin mengajak, sesiapa yg baru nk start kehidupan yg sihat atau nk ubah badan yg overweight less overweight, jgn mengalah. once dah start, jgn pernah toleh belakang. Perjalanan ni adalah suatu perjalanan yg sangaat la payah. it took one whole year utk saya satisfied atau dapat BMI yg normal.

Infact skg pon sy masih struggle dengan berat badan sy. it keeps fluctuate antara 63 kg ke 65kg yg kdg2 membuatkan sy risau sgt. huhu. dah la nk konvo ni kang badan naik memalukan je terpaksa amek jubah saiz XL. hoho.

Living healthy is not a destination, its a way of life *kononnya diri sendiri apply la bnda ni. haha

Gmbar2 sekitar larian semalam. weeeee... (asalnya saya berempat dgn zam zam, amir faiz n hisham. end up tinggal berdua dgn hisyam. both them bailed out. haha)

Mantap yo mantap!!!
Norishamuddin-always my running buddy hehe

We are living Great!
Tahun kedua ni agak mantap organizer punya Prop
Ajib jib jib. Crazy running buddy dari Legal Aid team. hehe
Hari ni hari utk rehat n regangkan hamstring dan tight yg cramp nk mampus still tak hilang2 lagi. nak berjalan pon mengekang n terhenjut-henjut. huhu.

Tak sabar nak tunggu larian yg seterusnya bulan depan Adidas 20 oktober n ParkCityRun 24 November. hehe. Till then.

Ciao.

16.9.2013. 12.06pm

Tuesday, September 10, 2013

Sedap tak jilat ludah sendiri?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ni la KL yg Havoc


Hidup di KL adalah sangat havoc dan penuh dengan RUSH HOUR yang saya rasa semua org pun tahu macam mana keadaannya. kalau korang tengok macam mana New York, Manhattan, London, Tokyo, dalam kaca TV, macam tu la sebenarnya hidup di KL. 

Saya senaraikan perspektif saya (probably org lain jugak) tentang hidup di KL inter alia:-

1. Lubuk mencari duit (kononnya)
2. Mencari pengalaman kerja yg mencabar (yg ni agak accurate)
3. Hari2 akan stuck dalam jam (kalau tak jam tak KL la namanya)
4. People minding their own business
5. Hidup yang glamorous (kononnya contoh : "Anak aku koje Kolumpor le")
6. Kos hidup tinggi (mana tak tinggi dah kau pepagi Starbuks, tgahari drivethru, mlm pegi meatballs IKEA)


*********************************

Bukan hidup di KL sebenarnya yg saya nak cerita hari ni. tapi pengalaman saya sendiri dan perspektif sy terhadap KL.

Beberapa tahun dulu, disebabkan perspektif  di atas la perasaan saya sgt membuak-buak untuk tak nak tinggal dan menetap di KL. cukuplah belaja 6 tahun dekat Lembah Klang dari 2007 smpai 2013. Siap cakap kat Dhue lagi "aku nanti tak nak duduk sini la stress aku nak balik keje taiping ke ipoh ke" <---- adalah="" ini="" lebat="" p="" sembang="">

Dalam impian sy mmg sgt nak balik ke sana. let say kalu end up masuk Judiciary atau Timbalan Pendakwa, nak mintak posting jd Majistret atau Pendaftar Mahkamah Tinggi dekat Taping ke, atau Parit Buntar ke. boleh duduk kat umah nenek kat Bagan Serai. biarlah hidup tak glamorous xnaik LRT tapi tenang dapat menjala ikan dekat parit n tali air petang2.

Hidup di bandar2 kecil sangat la simple. korg jgn igt org Kampung mcm nenek2 kita ni miskin n what not. walaupun hidup serba sederhana tak pakai Jimmy Choo n Prada, mereka ada kehidupan dan harta yg lebih merimpah ruah dr kita yg duduk di KL ni. Tanah bendang probably berelung2 mcm nenek saya. tak perlu nak naik LRT bagai ke sana sini. Abah sy  pukul 9 dah keluar office n in fact pegi keje naik moto kapcai buruk dia je dkat tengah pekan ipoh tu haa. tenang perasaan. tengahari balik makan kat rumah kompem sedap. pastu balik office balik pukol2. balik rumah kul 6. tak ke mantap tu??

*******************************************

So kita yg duduk KL ni tak perlu nak berlagak glamorous sgt. kalau ikut pengalaman sy ni chambering, n few of my friends, working here in KL sgt la lifeless. meh sy listkan :-

1. Kalau yg naik kereta tu, kul 6.30/7 dah kena keluar walaupun office bukak pukul 9. sbb apa? sbb nk kena stuck in traffic. bayangkan office yg sometime jaraknya cuma 15minit bole ambik masa sejam lebih.
2. Kalau naik LRT pon sama, kena la bersesak2 dkt stesen tu mcm ikan sardin.
3. Petang pukul 5 balik lagi sekali akan hadapi jem. so keluar pukul 6 probably smpai rumah lepas maghrib.
4. kalau mcm my friends, chambering kekadang balik kol 10 mlm atau 12 tgh malam. gila sedih nak mampus. esok pukol 9 dah nk kena masuk balik.( makanya bila nya ada masa nk workout dan jogging ?? kalau sy maka gemuk mcm gajahla jwbnya)
5. basically spend masa di office lebih byk dari di rumah. so macammana kita nk bina keluarga yg sihat? dinner dah tak bersama so xde family quality time. makannya jahanam la institusi sebuah kekeluargaan. (this is me exaggerating my own opinion ok haha) 

ok enuf about life in KL

********************************************

Walaubagaimanapun, melihatkan pada keadaan sekarang ni, ada possibility besar untuk end up di kota raya ini (huhu tak nak). you see, im doing my chambering now in batu caves, turun naik Mahkamah KL back n forth. dalam masa yang sama im doing my master's degree in islamic banking di UIA dan expectation utk habis adalah pada Jun 2014. makanya di sini, setahun lagi duduk di KL dah kompem. manakala tahun2 yg akan dtg acano??

So, moral of the story, jgn sembang lebat. sbb bila sembang lebat kononnya tak suka la duduk KL ni sbb nanti ada possibility kita pulak yg kena timpa dgn air liur kita dengan sangat lebat sekali. malu lah  malu lah dok kutuk KL sangat end up kita jugak yg duduk menetap kat sini.

Sehingga kini saya masih mempunyai harapan tinggi utk pulang ke kampung halaman yg lebih tenang. walaubagaimanapun, sy masih belum decide nak jadi apa pada masa akan dtg. nak masuk government ke, sbb kalu masuk goverment, ada la kemungkinan boleh mintak posting kat perak. tapi kalau kata dah masok private mcm bank atau in house counsel mcm Petronas ke Sime darby ke, sah sah la duduk KL. huhu cmno ni cmno ni?? semua benda ni sangat la berkait dgn kehidupan kita ni.

So, secara konklusinya, kita just follow the flow. insyallah allah akan tunjuk jln yg terbaik. kalau duduk Perak itu Allah dah tentukan yg terbaik, maka satu hari nanti sy akan pulang juga ke lubuk asal sy. tapi kalau kata rezeki sy Allah nak bagi kat tetengah2 KL, makanya end up la sy kat sini.

Mari berdoa semoga Allah permudahkan urusan kita walau dimana pun kita berada. jgn mudah lupa daratan bila jauh dr keluarga ni. 

Assalamualaikum.

Cerita 11/9/2013 12. 30pm


Thursday, August 1, 2013

Pemfailan Borang 3,4 & 5 (Short call papers)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mohon maaf sebab tak update pasal borang borang yang berkaitan dengan Short Call. 
Kehidupan sebagai seorang pelatih dalam kamar tidak kurang sibuknya di tambah pulak dengan semester pertama Islamic Banking. Pheww. 

Regardless, Alhamdulillah sebab Allah permudahkan segala urusan saya sepanjang chambering dan juga kesempatan dan rezeki yang Dia berikan untuk menyambung pengajian dalam peringkat Master. 

Bos yang sangat baik dan very understanding, kalau hari sy ada kelas dia benarkan sy utk balik awal. In fact, xpernah kena late hours. so tiap hari lepas solat asar je dah lenggang2 bersiap2 nak balik. hehehe. 

(no reason to complaint anymore. however, life is not easy. but its worth to be grateful for)

Btw bulan puasa ni dpt duit raya 2 kali. hehehee 

So, borang 3,4 &  5. Bismillah

So pada stage ni, sy rasa semua org dah tahu selok belok utk buat e filing dekat court dan sebagainya. especially court KL. one think for sure, utk failkan borang2 ni, tak perlu lagi ke court KL bagi kawan2 yang buat chambering dekat negeri masing-masing. (tapi kalu selangor, kena buat KL) bole aje failkan borang2 ni dekat mahkamah tinggi negeri/daerah masing2 tapi fee yang dikenakan mungkin  bit different. Sbb masih ada court yg buat manual. so up to you. so dari segi harga, generally, sy bagitahu yg KL court aje la. 

BAJET

Basically, Borang 3 adalah "SAMAN DALAM KAMAR" (herein referred to as "SDK") 
so harganya RM 40.
Borang 4 in the other hand adalah "AFIDAVIT MASTER" so harganya RM 16.
Dan Borang 5 adalah "AFIDAVIT KITA SENDIRI" juga RM 16.
So total termasuk Service Charge RM 10 would be RM82. (betul kan? haha)

sorg kawn sy dr kuantan katanya, dia kena buat manual, sbb kena serah byk salinan masa filing tu,(yg ni akan di discuss di bwh nanti) so fee dia sgt mahal almost RM 300. tah la. tapi mahal la. so it depends pada negeri memasing. hee. ala boleh claim kan. apa lu kisah?? haha


CARA ISI BORANG

Ni borang 3 (SDK)

Gambar sedikti blurry. bajet bajet je la tgok.

Bahagian kosong Di dalam mahkamah .......................... tu ikut la mahkamah mana korg filing.

Bahagian atas Dalam Perkara tu, letak alamat yg dalam IC kita. regardless korg buat chambering negeri mana, letak je alamat IC. so basically pemohon dalam short call papers ni adalah master kita so letak nama dia.  since ni adalah SDK so mestila ada afidavit yg menyokong SDK kan? so afidavit sokongan tersebut adalah borang 4 dan 5 tadi lah. so whatever it is, tiru je borang aku ni.

Borang 4 (afidavit Master kita)

ni pon gmbar blurry sbb aku pakai tab murah je sedeyh. scanner xde. pandai le korang
Ok yg ni adalah afidavit sokongan Master kita.So deponen dalam afidavit ni adalah master kita dan dia sendiri kena sign of course. so the tricky part is that, korang tak boleh bwk afidavit ni pegi affirm sendiri dkt court jalan duta tu sbb deponen tu bukan korang. orang lain kan. nt pesuruhjaya sumpah dkt kl tu dia tak nak affirm sbb dia nak ic deponen. so in this case korang mintak la master korang tu sndiri pegi affirm (kalau firm sy kitorg ada panel pesuruhjaya sumpah sndiri. so sng je la master sy pegi affirm depan dia)

So alamat master kita tak kisah la alamat office ke or alamat rumah dia. office would be appropriate kot.

easy kan?? sing jgn lupa. tgok kat mana dia sign.atas word "di hadapan saya" jgn ko sign kat page belakang pulak.

Borang 5 (afidavit sokongan kita sendiri)

tak clear jugak kan?? kan?? SEDEYH! pepandai la korang.


Ni adalah part yg paling lahanat sekali sbb byk gile pupil yg kena buat aff pembetulan dkt borang 5 ni termasuklah saya sendiri. hampas kan. 

Tricky part : Sila perhatikan bahagian "Saya, MUHAMMAD DANIEL BIN MOHD YUSOF yang cukup umor dan beralamat di .........." 

Untuk Sesiapa yg buat chambering dekat KL/Selangor mcm aku, dan bukan berasal daripada KL/Selangor, (Kenapa aku masukkan KL n Selangor sekali adalah semua filing org selangor Kena buat kt KL ok),  tapi berasal dari changlun, putatan, atau sipitang, atau beruas, atau beseri atau di kampung orang asli di cameron highland, korang kena letak alamat firm  yg korang chambering tu.

ataupun korang org KL tapi buat chambering dekat Kota Marudu, korang kena letak lamat firm.

Senang faham mcm ni la. kalau korg bukan buat chambering dekat negeri tempat mana alamat IC korang, korang kena tulis alamat Firm.

Dan bagi sesiapa yg memang contonhnya IC korang beralamat di Mukah, dan korang pun memang buat chambering dkt Mukah, so bubuh alamat rumah di situ. Ada paham kan??

Arahan di atas adalah berdasarkan arahan Encik Azrul dr Bar Council kepada sy personally. (PERSONALLY YA!) Walaupun begitu, saya diberitahu walaupun kwn2 sy pon buat spt yg sy ckp kat atas ni, ada jugak yg kena buat aff pembetulan. lain org lain pulak pembetulannya (APA YG BERLAKU KT SAYA MUNGKIN TAK BERLAKU KAT ORG LAIN DAN BEGITU JUGA SEBALIKNYA, SO I WONT BE RESPONSIBLE HERE :P). 

So nasihat sy, sebelum isik borang, call dorg dulu. sbb ada kwn sy call dia ckp lain. then kawan lain call dorg ckp lain pulak. so ikut je ler. 

Pastu jgn lupa, sign then affirm dekat persuruhjaya sumpah.

worse case scenario semua pon kena buat affidavit pembetulan. haha

Lain-lain

So tu saje cara isik borang di atas. then pegi la filing seperti biasa n jgn lupa tips seperti biasa:

Isik borang lebih n untuk borang 4, mintak ler courtesy master korg utk sign affidavit kosong n explain to them why.

Selepas itu, tunggu ler borang 3 korang di meterai oleh Timbalan pendaftar Mahkamah tinggi tersebut. biasanya amik masa 2 3 hari baru leh extract dr e filing. 

Oh additional ; kalau sapa yg negeri dia still pakai manual filing, korang kena sediakan 4/5 salinan each n every borang. sebab manual kan. so copy court satu, korang satu n tiga lagi utk 3 body tu. pepandai le.



So dah extract bagai semua, serah la pada badan2 yg berkenaan n buat aff penyampaian.

*kalau kata sapa dpt call dr BC mtk buat aff pembetulan, contact le sy di mdanielmyusof@gmail.com. willing to help

dan untuk Short Call punya proses (selepas korang extract), sy akan discuss dlm entry yg seterusnya k. yg ni fokus tuk cara2 isik n filing borang 3,4, n 5 je. 

sekian, saya yg baik hati. 

assalamualaikum. hehe

p/s 1: i wont be held responsible with the content of this entry upon your reliance on it because this is my personal experience and each of us may experience differently.

p/s 2: This entry was written on 2nd August 2013 and the process is still remain the same as of this date.


Wednesday, November 7, 2012

Share Weight Loss Story untuk kevin zahri.

Assalamualaikum & Salam sejahtera.

Hey. Lama la tak update blog ni. Just suddenly saya email Kevin zahri untuk share story saya dlm page dia, saya pun karang lah cerita ni. N why not sebelum dia publish dlm website dia, saya  buat post baru. 

Sejarah Obese.

 
January 2011
Saya tidak pernah mengalami masalah obese sejak kecil dan keluarga saya bukanlah dari kalangan obese. Tetapi disebabkan tabiat makan saya yang tidak betul meyebabkan saya mengalami kenaikan berat badan sejak berumur 12 tahun. 48kg sewaktu pemeriksaan kesihatan selepas UPSR. Kemudian, memasuki asrama pada sekolah menengah dan saya tidaklah gemuk cuma saya langsung tak aktif dan saya kurang makan. Biasalah makanan asrama. Pendidikan Jasmani adalah matapelajaran yang paling saya benci. Bila cikgu suruh lari pusing padang saya dah mengeluh dan tak dapat nak habiskan satu pusingan pun. 
Pola kenaikan berat badan saya bermula selepas SPM 2006 kerana saya cuma duduk dirumah semenatara menunggu panggilan ke university dan saya pada waktu itu sangatlah gemuk. Makan tidur makan tidur. Saya tiada langsung kesedaran untuk jogging / bersenam.

Pernah cuba kurus? 

Berat badan saya berkekalan antara 75 ke 80 kg sepanjang hidup saya di universiti. Pernah saya cuba untuk turunkan berat badan saya secara ektreme dengan tidak makan nasi Cuma makan roti dan buah buahan serta bersenam tahap maximum. Hasilnya saya turun 5kg (saya tak berapa pasti sbb rupanya tahun lepas baru saya tahu penimbang tu rosak) dan tabiat makan roti dan buah itu tidak berkekalan lama. Saya kembali ke tabiat makan nasi dan yes, berat badan saya makin naik. Walaupun saya gemuk spnjg belajar, saya tetap berjoging seminggu sekali namun tiada apa hasil pun. Kerana saya tidak menjaga pemakanan.

Bermula kesedaran.

    April 2011, saya mula sedar akan bahaya obese. Saya tertekan dengan kehidupan obese. Kerana apa? 

  1. Nak beli baju seluar semuanya menjadi masalah. Pinggang saya 36 inci dan setiap kali beli seluar, mesti beli yang besar dan kena potong kaki. Hasilnya buruk sekali. Selekeh.
  2. Self esteem sememangnya rendah.
  3.  Saya kuat berpeluh. Jadi baju selalu senang basah dan sememangnya jijik sekali di pandangan orang.
   
April 2011
Waktu ini, waktu praktikal jadi saya duduk di rumah menjalani praktikal di sebuah syarikat swasta. Bila duduk rumah, saya fikir, kalaulah 7 bulan ni duduk rumah, mesti bertambah ukur lilit pinggang sbb akses terhadap makanan lebih mudah. Jadi saya memang tekad untuk berubah dan di situlah bermula titik tolak perubahan sy yang sebenar. Jadi, saya daftar di sebuah gym berdekatan rumah dgn registration RM 160 dan monthly RM 70. Mula2 rasa mcm menyesal sbb mahal sgt dan nilai itu bukanlah murah untuk seorg pelajar mcm saya. Sy tak bgtahu umi abah mula2 tapi bila bgthu, dorg sokong sgt2. Alhamdulillah saya tekad lepas tu. Akhirnya, sy tak menyesal pon

Rutin senaman  dan makanan.



Kekerapan saya ke gym adalah 3 jam sehari. 2 sesi pagi n malam. Saya bermula dengan kardio dan light weight. Buat permulaan mmg saya push diri to the limit. Pada mulanya, ilmu berkenaan pemakanan saya mmg zero. Jadi awal2 ni sy makan mmg la sgt sikit. Nasik sekali je sehari n wktu lain saya gnti dengan sandwich sahaja. Ye, memang memeritkan. Nilai kalori sy makan msti lbih sikit dr g keluar. Saya catat setiap apa yang saya makan dan anggaran kalori yg saya bakar (berdasarkan rekod dkt treadmill n other cardio machines) di gym setiap hari. SETIAP HARI YER. Waktu awal2 ni memang sangat sedih. Badan sakit2, makan pon tah kemana. Setiap kali lari atas treadmill dpn cermin dkt gym, saya akan tgok diri saya yang gemuk ni. Kdg2 ter emosi pon ada. Dan saya terus kuatkan semangat. Dalam pada yg sama, berat turun tak menentu n kdg2 plateau. Ada sebulan tu sy xtrun langsung. Wktu plateau tu plg tertekan skali.

Selain dari cardio n weight lifting, saya juga sertai boot camp yg gym saya buat. Sebulan je boot camp tu. Setiap sabtu dan ahad saya ikut boot camp ni. Merasa la pengalaman mcm The Biggest Loser kena herdik n push dgn trainer yg kdg2 x considerate tp sy tau semua tu psikologi je. Hasil dr boot camp tu menggalakkan lagi kehilangan berat badan saya. . Bulan puasa 2011, berat badan saya turun banyak kerana saya tak henti training. Pagi dan juga malam selapas tarawih. Umi pon dah naik pening sebab apa along ni wktu puasa pon x henti training.

Pada awalnya, berat badan saya turun dgn cepat. Seminggu pertama 2 kilo dan bebrapa minggu kemudian konsisten 1 kg sehingglah pada bulan ketiga sy mengalami plateau utk jgka masa yg lama. Ye semua, kita jgn igt kalau kita konsisten pada awal kita akan konsisten spnjg jalan. Tidak ye. Bersabar , tekad , stiqamah dan percaya dengan diri sendiri adalah kunci penting.

Dari segi pemakanan, saya banyak buat bacaan sendiri dr internet dan spt yg sy sebut td, saya catit apa yg saya makan. Saya anggarkan kalori pemakanan saya berdasarkan cekodok.com.Wktu ni saya tak kenal lg kevinzahri.com. Saya kurangkan pengambiln air manis. Even pada bulan puasa 2011, saya berbuka dgn cuma air kosong n makan nasik dgn kuantiti yg sedikit. Tabiat berbuka saya  juga berubah. Saya sudah tidak berminat dengan bazaar ramadhan. Masakan umi saja. 

Saya tak pernah tinggal nasi. Biasalah, kita Malaysian, nasi dah jadi darah daging. Kevin pun ckp. Bukan salah nasi kita jadi gemuk, tapi cara pemakanan itu sebenarnya. Saya paling pantang kalau org ckp nasik itu yg buat gemuk. Air kosong bukan lagi satu pilihan buat saya. It is a must. Kalau makan luar pon, saya order air kosong je. Snek2 pon sy kurangkan. KFC, Mc Donald dan yg sengkatan dgnnya pun sy kurangkan. saya pun bukan lah peminat makan segera sgt. Tapi tipulah kalau ckp sy tak makan langsung. 

Alhamdulillah, sampai sekarang, saya masih bertahan dengan tabiat pemakanan ni. Kadang-kadang makan jugak twisties,super ring, coke tapi sy considerate lah. Banyakkan makan buah spt betik dan pisang n kalau lapar, cari buah, bukan snek/coklat. Saya juga minum herbal tea utk senangkan pembuangan air besar. Jadi apa yg sy makan saya pasti dia akan keluar balik.

Untuk pengetahuan semua, saya tak pernah pakai apa2 produk mcm herbalife ke atau sebagainya sbb sy tak penah percaya semua tu. Semua hasil titik peluh sndri. 

Kejayaan

Pembukaan Semester Baru September 2011, total kehilangan berat badan saya adalah 17 kg dan body figure saya betul2 berubah daripada yg asal. Saya masih belum ada firm muscle sbb susah utk dptkan shape mcm tu. Pada saya kurus pon dah ok. Saya masih cuba tp belum lagi la berhasil. Kawan2 di kulliyyah sememangnya terkejut dgn perubahan ni. Saya pon terkejut sbb sejak cuti xpernah dpt compliment dr sesiapa n bila blk kampus baru la sy perasan sy mmg totally lain. Sb dkt rumah hari2 tgok diri dlm cermin jadi x berasa perubahan itu.

Sehingga hari ni, saya menjalani kehidupan yg sihat. Kalau ada hari yang sy makan byk seperti kenduri, majlis2, saya akan counter dgn extreme exercise pada hari yg seterusya. Pada saya, ‘Pandai makan, pandailah tanggung’. Satu lg prinsip saya, kalau kita boleh makan 2 atau 3 kali sehari, kenapa kita tak boleh workout dgn kuantiti yg sama?. Susah sangat ke. Org bagi alasan tak cukup masa yes saya setuju. Tapi smpai bila2 pun kita takkan pernah cukup masa. Saya sekarang sudah di tahun akhir dan awal tahun depan insyallah saya akan mulakan alam kerjaya dan saya percaya masa saya akan lebih terhad. Tapi, we have to make time. Kerja sampai bila-bila pun takkan selesai even dah hbs office hour kecuali lah kita mati. 

Healthy lifestyle is not a choice. It is a must. Saya tak nak tgok anak2 saya mengalami masalah obese di mana masalah ini akan menyebabkan datangnya penyakit2 lain lagi. Diabetes, kencing manis bila mana dah serius, susah nak ubat. Jadi berubahlah sekarang. Hentikan makanan manis2 dan bayakkan makan buah sepeti betik dan pisang. Spt yg Kevin Zahri ckp, secawan teh tarik sama nilainya dgn 2 keping roti whole meal yg gerenti kenyang berbanding teh tarik. 

Jadi,make time. Kalau kita boleh mkn byk kali sehari, kenapa tidak senaman?

Saya July 2012


A year of silence. 
Daniel Yusof, 4 Nov 2012.

Friday, December 16, 2011

My After

Bismillah


After a year of silent. finally this blog updated. haha
And lets start fresh with a new life of me. 


Alhamdullilah, I am satisfied with my achievement on losing weight this whole 2011. and Im yet sharing it with people. Umi n  abah are the one supporting me all this while. n not to forget, my gym trainer, at fitnesslifestyle.  But so u know, my friends, obviously shock looking at my changes in 6 months (April - September 2011) after a long semester break. Alhamdullilah, all my hard work, paid accordingly despite of the tears accompanied me during the training. So, i would like to share my before n after picture. 79.6 kg to 62 kg. my waist was 36 n now im 30. i cant believe i made it. =)


May 2010


Raya 2010

January 2011
September 2011


My first run race after the semester open. September 2011. 3 km run. 

p/s: i cant stop smiling until now. =)