Tuesday, July 6, 2010

The STATEMENT

Bismillah
Desa Rishah 2.40 pm. 7 July
Pagi tadi, lam kul 10 pg, saya ngan Umi keluar nak g pasar beli barang dapur. Mulanya g Manjoi kejap, nak cari daging. But then bila sampai, kedai dia tutup. So patah balik keluar g Jelapang Mini Market. Nak beli ikan apa suma. Dalam on da way tu, saya nyanyuk  tetiba g masuk lorong one way. Saya haruslah menentang arus lah ka. Keta penuh parking kiri kanan, then tetiba, bam!! Huhu.. it was unforgettable feeling  I can say. Lepas je dengar bunyi tu, tanpa pikir panjang saya trus je memandu sampai ujung jalan baru benti. It was not a bam actually, tapi lebih pada bunyi bercalar. Segaris panjang selebar 4 inci terukir dekat pintu belah kiri sampai ke bonet. Haish. Trus la Umi membebel. I was like, silent sgt2 dalam keta tu sepanjang pemanduan saya.*u know the feeling rite?*
Camne ek, it seems like I typing something funny here but its not u know. I know u r smiling rite now.  I really feel like crying sebab keta tu baru je anta workshop mgu lepas. And that very door yang bercalar tu lah sebab kenapa keta tu dianta workshop minggu lepas. And its is the very same reason yang terjadi hari ni. So kiranya RM500 yg keluar minggu lepas tu kira sia2 la. Doesn’t count walau sesen pon. Sebab after today, keta ni kena anta workshop balik sebab nak diketuk semula atas kebodohan saya sendiri.
The day went very gloomy sebab abah tak tau lagi. Sampai rumah, trus lah saya g workshop tu balik nak mintak repair sebelum balik UIA mgu nie. Nasib baik dia kata boleh tapi esok la baru saya bleh anta. Then pulang ke rumah, sementara tunggu abah balik, it was a very akward feeling. Ianya macam menghitung detik kematian u know.  Then, dah tgahari saya dengar bunyik moto abah balik for lunch.
*my heart was like hell*
Along : abah, keta bercalaq balik, belah kiri yang baru ketuk tu. 
Abah : hang langgaq mana?? Haish *abah pun keluar la balim tgok keta tu*
At that time, saya cuma menunggu masa je untuk dijerkah *again it was hell*
Along : kat depan Bank rakyat. Kat tadika wafi.
Abah : hang bawak macam mana? *still cool*
Along : Along lalu pastu ada keta lalu jugak. Sempit jalan tu, tapi along trus la jalan. Along tak perasan lagi sebab takdak bunyi. Pastu last2 baru dengar bunyi bercalar.
Abah : Awat tak berenti?
Along : Laa.. dah tak dengaq bunyi. Mana perasan mula2.
Pastu cam takde pape. Then sama2 lunch dengan penuh ketakutan. Pastu tetiba
Abah : Umi cakap hang masuk one way.
Umi : org tak penah2 masuk situ dia pi lalu.
Abah : tuan keta tu tau dak?
Along : Dia tak dak masa tu.
Abah : Kalu dia amek no plat nt camna? Nanti dia ligan hang. Lain kali bawk keta tu elok2, kalu sempit, berenti dulu. Jangan trus masuk. Hang memang tak hati2.
Umi : Selalu dah macam tu *membebel sambil basuh pinggan*
Abah : Nasib baik kerata yang calaq. Kalau hang yang patah kaki, masuk hospital…
Along : ……………………………………………………………………………………………………
At that time I was like *alhamdulillah*. But I know, sapa yang tak bengang kan kalu keta baru anta workshop pastu jahanam balik. But that very final statement makes me think about something. Saya tau yang even seteruk mana pun saya dah wat, parents kita tetap akan maafkan kita. and they really care about us. harta benda bukan no 1. yang penting anak2. Thats the precious thing yang my parents would do. Jangan cakap lah kan. Hilang motor, hilang kamera, tuka laptop. Macam2 lagi. But at the end we know that our parents takkan penah benci kat kita.
U know what, at the first place semantara tgu abah balik, I was like *mati la aku kena jerkah lepas ni*. But then. My ridiculous assumption doesnt come into reallity though.
N hari ni saya sgt2 la rasa bersalah tahap hantu sebab I’d breach their trust on me so many time recently. Moto hilang beli baru. Laptop rosak beli baru. And now, dorg still belikan saya keta dan saya tak tau nape saya nie sangat tak reti berterima kasih dengan tak manjaga amanah dorg. Dan minggu ni dah nak balik UIA saya tak tau la camne nanti. Sgt lah ragu2 kalu dorg nak bagi saya drive g KL nanti. Nak pakai keta kat UIA lagi.
n minggu ni bakal menjadi gloomy sgt2. peristiwa pagi tadi sangat la akan menjadi isu dalam rumah ni kerananya, esok saya dah janji ngan pakcik workshop tu nak anta keta ni. so bakal terbang la RM 300 duit abah.dan keta tu haruslah siap sebelum ahad.kalu tak nak balik camne. haish. memang this week will goin to be a big issue in this house eventhough umi ngan abah cam dah lupe. tambahan dengan persiapan nak balik lagi apa lagi. saya tak habis lagi beli brg nak bukak sem ni..sangat kelam kabut. damn sgt !!!
and finally, dalam pda nak drive ke kl ahad ni, saya sendiri masih sgt risau dengan kesialan tangan saya ini. Haish …

Livestrong



Saturday, July 3, 2010

i adore him

Bismillah

Desa Rishah. 3 Julai, 9.46 pm.

Hari itu, 22 Desember 2009, saya terkocoh2 berlari menuju ke perpustakaan uia. masa tu dah lebih kurang pukul 3 ptg. saya lewat setengah jam dari jadual asal tuk tgok org yang saya adore sgt2. sebab kul dua tadi ada tutorial consti. takkan nak ponteng lak. haha. kemudian termengah2 la saya tatkala saya sampai di pintu masuk light reading area levei 1 library. hati saya lega sebab org yang saya adore, masih setia menunggu saya. kekaguman saya terhadap dia, menyebabkan saya gila sejak beberapa tahun kebelakangan nie. pengalaman tuk jumpa face to face dengan dia, takkan saya lepaskan macam tu jer. here are some recap.

 akhirnya saya dapat jumpa penulis terhebat ini

dan dibawah2 ni, adalah senarai sebab kenapa saya gila pada dia.



dan lagi 3 judul bawah ni, adalah sebuah trilogi. 

bagaikan puteri ~ yang pertama
cinta sang ratu~ yang kedua

hijab sang pencinta~ yang terakhir

novel trilogi nie lah, adalah novel favorite saya sehingga ke hari ni. saya rasa, takde mana2 novel lagi yang lebih unik dan page turner melainkan dari trilogi ni. n  even JK Rowling,  or Dan Brown or Hlovate  or Habiburrahman or Fatimah Syarha or Tuah Iskandar or siapa2 saja.. yes, memang saya enjoy baca buku2 dari penulis lain macam yang saya sebutkan td, dan saya akui, novel dorg pun best. bahasa dorg pun menarik. cuma rentak novel dorg pada saya adalah sgt cliche dan sgt berbeza dari trilogi kat atas.. maksudnya, temanya sama jer. cinta, pengorbanan or whatever. haish *statement ni may get many contrast pas ni* haha. non stop ok bila baca trilogi ni. sampai hari ni saya masih membelek buku2 ni tiap2 hari. even ulang episod yang saya dah tau kesudahannya.

but then, its my opinion.ada je sebenarnya novel yang hebat dari novel Ramlee Awang Murshid ni, mungkin saya blum jumpa lg. sy igt lagi, masa meeting tu, ada student tanya, nape Ncik Ramlee taknak filemkan trilogi ni. dia pun cakap." mmg, saya dapat byk tawaran dari producer2 malaysia yang nak filemkan novel ni".  dan suma dia tolak. sebab pe? sebab dia taknak filem tersebut menghancurkan persepsi org tehadap novel dia. kan kita ni biasanya bila tgok cita yang adaptation dari buku, mula lah compare2. asal tak same la apa lah. tgok saja ayat2 cinta. sgt contradict dgn setiap tanggapan pembaca. n we know that setiap org, bila baca novel, dia akan ber imaginasi, dan bila wujudnya filem yang diadaptasi dari novel yang dibaca, segala yang diimaginasi, tak sama. betul kan. dan saya pun rasa reason yang Ncik Ramlee bagi tu pun sgt betul. hoho. 

tambahan, trilogi dia ni, banyak sangat makhluk2 rekaan yang semangnya kena buat grafic effect cam cerita Avatar tu. ada makhluk yang cantik, ada gak makhluk yang buruk.kalu stakat buat filem then nak buat grafic effect macam cicak man yang ala2 tak jadi tu, baik tak payah. nanti suma novel dia tak laku pulak. kau betul2 nak, dia nak James Cameroon yang panggil dia. haha. dia nak effect yang nampak sgt real macam Titanic dan Avatar. baru meletup. tapi still, sangat harapan la nak tgu James Cameroon kan.

that my review at this entry. tah tetibe nape saya nak post pasal ni pon tak taw. mungkin sebab baru habis baca Ungu Karmila, teringat pulak meeting dekat library itu.

saya dapati gambar novel2 tu tak clear. saya sengaja jer snap gambar real. tak nak  amek image2 dekat google ke atau Alaf 21 kan. tak live pulak.n lagi satu sebab saja nak tunjuk yang buku2 nie mmg kepunyaan saya. haha. jgn sesape request nak pinjam. ni harta kesayangan ;p

Live strong



Friday, July 2, 2010

they were my nightmares.

Desa Rishah 12.36 am. 3 Jul.

Bismillah~~ no more cautions.*hehe*

malam dah makin merangkak ke pagi. tapi mata saya nie, haruslah tak mengantuk kan. sebab baru je balik dari mapler td. huhu. then saya juga pun baru je balik dr uptown gerbang malam tadi. bawak budak2 ni g cari button crocs dorg. suma dah giler button pulak. abg cik ngan naem dua2 penuh ngan flag wc punya countries, n si wafie pulak penuh button katun dia. upin lah, spongebob lah. haha. seronok layan budak2 nie.cuti ni barulah dapat rasa main2 ngan adik2 bawak dorg g jalan2. beware ok, i am babysitter no more. haha. lepas penat memilih buttons kat tempat yg croded nak mampos tu, saya pulak amek turn. niatnya menambah koleksi baju bundle. haha. malangnya tak jumpa pun mana yang berkenan. haish. hehe. takpe ada seminggu lagi nak jalan2 nie

pas penat2, g lah mencari kedai  mapler.sebab saya teringin nak makan capati kan...haaish. mula2 g Nasmir nasik kandar, hampeh penuh. then G Silibin Corner lak. penuh lg. pastu g Billion pulak. lagi penuh macam bengong. last2 pegi nasi Kandar Hidayah. giler jugak tu sebab round satu ipoh nak cari meja kosong. haha. after je brazil kalah, baru jumpa meja kosong. haha.teima kaseey nerthelands.. bagos bagos.saya belanja la  budak2 makan roti canai. huhu. tu je yg mampu *tu pun dah kena rm9.90 taw* hantu punya mapler.

haha, akzchelly, saya nak cakap pasal entry2 saya recently.sila klik sini, sini dan sini lagi jika anda tak baca lagi. hehe. everyone know kan. haha. yes . i know !! i know it!! i know it was a craps, *eventhough ada beberapa org yang puji. hehe makseh ok*. but like i care. haha. asal dah takde modal nak hapdet blog, terpaksa lah saya merajinkan diri mebaca2 material2 bosan yang saya dapat dari pak Yordan. pening sebenarnya nak faham sebab bahasa indonesia. tapi  berkat kerajinan *yang tak kena tempat.haha*  dan juga nekad untuk menghabiskan Muhammadiayah, akhirnya habis jugak. alhamdulillah. saya tak tau pulak hantu mana yg rasuk saya.

cakap pasal rasuk ni pulak, saya cepat2 habiskan entry pasal muhammadiyah ni  jadi 3 post je. hehe. satu sebab saya malas, dan satu lagi sebab wajah2 yang saya letak dalam post tu, menghantui saya. haha. *benarkah alasan ini???* haha. ini alasan setan namanya... takde la. tapi bila dok tgok gambar2 kiai2 tu sume, macam pelik pulak kan. dah la suma hitam putih. muka tua pulak. n dah jadi sejarah pulak. ada sebab tuk rasa saya rasa seram tetengah malam nie. haha *sekali lagi, alasan setan dr daniel,haha* mungkin merekalah sebenarnya yang memberi sy semangat nak tulis entry2 pasal dorg. haha. it was a week nightmares ok.

so whatever it was, i felt greatful sebab niat saya dah tertunai nak buat research pasal muhammadiayh nie. pada anda yg request aritu, saya harap anda baca k. hehe. tak cukup bleh tanya lagi. btw, pagi tadi saya membunuh tikus dgn tanam hidup2.   lagipun sebab dah byk sgt tikus kat umah nie. naik geram sy tgok.*motif tetibe cerita pasal tikus kan * hehe

dan cuti pun makin habis. this is the one and only cuti yang paling panjang that i may get for the whole in my life. mana ada dah cuti sepanjang nie lagi lepas. kalu nak jugak cuti panjang, harulah pergi bunuh diri. baru dapat rest sampai bila2 dalam bilik sempit tu sorg2. haha. nauzubillah. nak cita pasal habis cuti, saya malas pulak. haruslah buat kat entry lain pas ni. ala2 malam last gituh kan. haha. adious, and enjoy ur life and your cuti wisely. beberapa hari lagi je tinggal nak menjoli nie. hehe. perut pon dah sakit nie. nak berak. hehe. cau cin cau.

Live strong bebeh!!!

Wednesday, June 30, 2010

its not complicated

 Bismillah

Desa Rishah. 1 July. 2 pm

Klik sini  daniellerishah.tumblr.com






the final caution

Kepada pembaca dan followers sekalian, entry kali ini adalah bersifat dokumentari dan ilmiah. Jadi sekiranya tuan2 dan puan2 tidak sukakan perbincangan yang bersifat ilmiah, sila blah sebelum anda berasa bosan membaca entry saya yang panjang dan bosan ini. Sesiapa yangberminat, sila teruskan. Jika tidak cukuplah kiranya tuan puan sekalian berhenti apabila nampak noktah dihujung ayat selepas ayat ini. Terima kasih dan maaf atas segala kesulitan. *haha*

Bismillah

Desa Rishah 1 July 2010 12.10 pm

Sambung lagi pasal muhammadiyah. Mereka ini satu NGO yang sangat la besar n giler kaya. Dan sebab tu,dorg ni dapat maju n berkebang dengan pesat kat indonesia ni. Perjuangan dorg adalah perjuangan ilmu.

Tahun 1913, dorg ni melangkah dengan lebih jauh.5 buah sekolah dasar (sekolah rendah) dibangunkan, kemudian sekolah lanjutan iaitu Hooge school Muhammadiyah dan bayak lagi. Gambaran usaha2 dorg ni dapat dilihat kat cerita laskar pelangi. Satu cerita yang hebat tau.

Dalam pada itu jugak, beberapa kumpulan lain juga ditubuhkan bawah dorg ni. Ada gerakan wanita iaitu Aisyiyah dan istri KH Ahmad Dahlan lah yg menerajui pimpinannya.

Mereka ini, aktif dalam kerja2 sosial dan juga kerja2 pendidikan. Saya tak pasti sama ada dorg ni terlibat dalam part2 politik atau tidak, tapinya, ada beberapa pimpinan dorg yang dilantik menjadi menteri yang menerajui sistem pendidikan di Indonesia. Kerana mereka ini telah lama berjuang untuk pendidikan di indonesia. Jadi selok belok pembangunan modal insan ni, arif bagi dorg. Begitu sekali kepercayaan kerajaan dorg pada org2 muhmmadiyah ni.

Muhammadiyah kini

Hari ini, sistem pendidikan indonesia makin pesat seperti negara2 lain jugak. Dan dorg ni, telah jauh melangkah membawa sistem pendidikan indonesia dengan lebih hebat. Banyak premis2 pendidikan yg dorg dah bina tanpa sesen pun biaya dari kerajaan. Sebab pe? Sebab dorg ni kaya giler. Kat bawah ni ada senarai universiti yang dorg punya. Tgok samada dorg kaya tak kaya.


Hebat kan? Sumanya private nih. Mana ada kerajaan. Dan saya berpeluang duduk sebulan di universiti yg no 2 tu. Muhmmadiyah University Of Yogyakarta. Alhamdulillah.
Dan anda sendiri dapat tgok kan, macam mana dorg ni memang btul2 serius tuk menerajui sistem pendidikan indonesia. Saya dpt tgok dorg bukanlah terhegeh memenuhi ruang perwakilan parlimen demi untuk dapat nama. Memang dorg bersungguh2 mahu memartabatkan sistem pendidikan dorg. btw, instead of all this universities, byk lagi sekolah2 yang dorg bangunkan. banyak dia jgn cakap la ka. kalu universiti pon dah byk ni, apatah lagi sekolah. dan selain juga sekolah, hospital pun byk. dan yang terbaru rumah sakit dekat Jogja yg saya dapat tgok aritu.
Alhamdulillah~~ thats all yang saya dapat share dengan suma pembaca sekalian mengenai Muhammadiyah. semua material yang saya dapat adalah lebih byk dari ini. tapi cuma setakat ini yang sempat saya selak.*saya pun malas sebenarnya* jadi, saya harap semua ini dapat give something to you. you know what?? kalaulah Al-Arqam jadi sebain dan sehebat ni, alangkah bagusnya rakyat Malaysia. tapi sayang, ketaksuban dorg terhadap organisasi melebihi ketakjuban dorg terhadap Allah sendiri. apa pun saya berdoa yang terbaik tuk sistem pendidikan Malaysia yang saya sendiri ragu2.isu nak mansuhkan UPSR n PMR la, isu PPSMI yang masih dlam KIV, hum... nak jahanam ke apa ke, ntah la~~ hoho~~just wait and see.
 Jai Malaysia!!!
  Livestrong

Monday, June 28, 2010

2nd Caution!!!

Caution !!!

Kepada pembaca dan followers sekalian, entry  ini adalah bersifat dokumentari dan ilmiah. Jadi sekiranya tuan2 dan puan2 tidak sukakan perbincangan yang bersifat ilmiah, sila blah sebelum anda berasa bosan membaca entry saya yang panjang dan bosan ini. Sesiapa yang berminat, sila teruskan. Jika tidak cukuplah kiranya tuan puan sekalian berhenti apabila nampak noktah dihujung ayat selepas ayat ini. Terima kasih dan maaf atas segala kesulitan. *haha*
Dan entry ini sebenarnya bertajuk, Kenapa nama dia Muhammadiyah


Bismillah
Desa Rishah, 11 pm, 28 jun
“Time dolu2, pada satu ketika, ada seorg wanita nama dia Aisyah, bagos dia ni. Sgt solehah.,Satu hari ada org Tanya kat dia, pasal sorg hamba Allah nama dia Muhammad. Org tu Tanya pasal camne Muhammad, ok ke orgnya atau canme. Dengan besar hati pun si Aisyah ni jwb, “Akhlaq Muhammad, adalah Alquran”. Dan org itu pun terpegun mendengar jawapan Aisyah itu. Dan org it uterus berlalu sambil memuji2 nama allah”
Sebab cerita diatas lah, Encik Dahlan ini, menubuhkan Muhammadiyah. Dia cakap, Muhammadaiyah ni maksud dia pengikiut Nabi Muhammad. Dimana segala ajaran dan sunnah2 nabi, mnjadi ikutan sepanjang perjuangan Muhammadiyah. Jadi kan, diawal penubuhan Muhammadiayah ni,pemimpin2 yang awal2 ni, dah bagi guide lines camne nak jadi sorg pemimpin yang berkualiti dalam organisasi Muhammadiyah. Bawah ni ada list Kualitas (or kualiti )pemimpin Muhammadiyah :
1.       Dorg ni wajib mememiliki perilaku cam dalam cerita Aisyah kat atas tadi. Dorg kena berusaha ada sifat2 nabi yang kita kenal ada 4 kan. Siddiq, Amanah, Tabligh n fatanah.  Dan juga kena ada sifat2 Nabu Musa iaitu Al  - Qawiyy dan Al Amin (Muhammad pun ada gak ni)

2.       Kena byk wat baik. Dan dalam beramal itu, haruslah ada ikhlas, bukan riyak. Dan dorg haruslah jgn ada rasa sombong, keji, dan perbuatan jahat lain. Cakap pasal riyak ni kan, byk benda sebanarnya boleh cita. Sebab dalam diam kita sebagai manusia ni, senang sgt riak.dan itu sgt bahaya k. boleh syirik ok. Cam saya ni kan. Mustahil untuk lari dari sifat riak. Senang2 je bleh riak. Time jadi committee ke, sebab bleh blagak kat peserta dan sebagainya. Kan kan. Haha *sayalah itu* Dan jugak bila dpt result bagus. Hati kita suka nak menafikan yang kita tak riyak, tapi sememangnya bila kita kwn kita tny kita dpt bape, nak taknak musti kita gtaw kan.hah. kalu sya, saya dapat rasa mmg riak sikit sebenarnya. Sebab saya akan senyum melebar je bila dpt paper bagos. So camne yer.. mmg susah nak hindar riak nie. Kita nak cover camne pon still takleh kan.hoh…sama2 lah kita bertaubat. Saya pon tak taw nak ckp pe dah bila timbul pasal riak ni. Huhu.

3.       Yg ketiga ni saya tak tau nak olah camne. Hoho sy copy paste jer. Dia cakap “Usahakan berperilaku mulia sehingga disukai dan diteladani, hindari perilaku tercela sehingga dibenci dan dijauhi sesama.” Ha camtu. Hoho. Paham sendiri lah yer

4.       Dan jugak yang keempat nie mmg bahasa dorg. Hoho. Saya copy paste gak. Dia cakap “Jauhi tindak korupsi dan kolusi, dan praktik-praktik buruk lainnya yang merugikan orang banyak dan membawa kehancuran umat manusia” haa… camtu dia cakap. Bila cakap sal korupsi ni, banyak lah sebenarnya korupsi yg berlaku sekeliling kita nie. Haha. Saya tak offence sapa2 Cuma tah…saya pon tak taw nak ckp sebab benda ni cam dah jadi barah dalam masyarakat kita. Jgn kata org besar yang selalu dok masuk tv tu, kerani2 yang kerja receptionist  yg takat gred S17 pun ada korupsi. Apatah lagi kerani2 kerajaan yang takat masuk kerajaan dengan kelulusan SPM kan. So, masing2 sedar sendirilah. Kepada sesapa yg baca nie, saya harap anda jgn lah termasok lam golongan camtu. Kalu nak jugak, jadi lah yg kena tangkap masuk tv. Berbaloi gak dapat dosa kan. Kalu stakat gred S17 wat korupsi, sama2 masuk neraka, tak berbaloi pulak kan.samalah cam kalu stakat curi henset pon masuk neraka, baik curi duit Negara. berbaloi sikit seksaan dia.at least masok neraka dengan bergaya sekali.. Hahaha.. Hailoh….
Jadinya, penubuhan Muhammadiyah ni, bukanlah penubuhan yg main2 k. dorg ni menjunjung sunnah rasul dengan hebat sekali. Tu sebenarnya yg dorg bwk. Bukannya macam Wahabi kat Malaysia nie. Hoho. No offence.  
n ni ada beberapa gambar pemimpin dorg yg lama2. haruslah sy pon tak kenal kan. tapi yg pntg, merekalah manusia2 yang sah2 la termasuk dalam list2 kualitas diatas. 

 KH Ahmad Azhar Bashir
KH Hisyam
KH Mas Mansur *ala2 ada cahaya menerangi camtu*

dan ada ramai lg sebenarnya gambar ~~ sy tak nak la upload suma.. bukannya korg nak tgok kan. haha 
Umm… stakat tu je kot post kali ni. Tahniah anda sebab dah baca sampai stakat nie. Terharu sgt. Sampai menangis kot. Haha. N btw, saya harap anda dapat manfaat k. lepas ni saya nak cita sal aktiviti dorg dan pencapaian dorg. Camne kayanya dorg kat Indonesia tanpa ada sikit pun subsidi kerajaan. 
****List2 atau apa saja point mengenai Muhammadiyah bukanlah rekaan saya ok. Even saya ni org yg suka mengajinomotokan sesuatu cerita. Haha. Suma ni memang saya dapat dari lecturer muhammadiahnism saya di Jogja aritu. Dia bagi saya byk material berkaitan sebab dia memang lecturer yg ngajar subjek tersebut. Jadi sila jgn ragu2 dengan saya. Cuma beberapa ayat saya olah sendirilah sebab tak best la kan kalu copy paste jer
Terima kasih dari saya yang tak terhingga..
Live strong.

Sunday, June 27, 2010

1st Caution !!!

Caution !!!

Kepada pembaca dan followers sekalian, entry kali ini adalah bersifat dokumentari dan ilmiah. Jadi sekiranya tuan2 dan puan2 tidak sukakan perbincangan yang bersifat ilmiah, sila blah sebelum anda berasa bosan membaca entry saya yang panjang dan bosan ini. Sesiapa yang berminat, sila teruskan. Jika tidak cukuplah kiranya tuan puan sekalian berhenti apabila nampak noktah dihujung ayat selepas ayat ini. Terima kasih dan maaf atas segala kesulitan. *haha*

Dan tajuk sebenar entry ni adalah Perjalanan sebuah perjuangan


Bismillah 

Desa Rishah.27 Jun. 4pm



Cuti ni, saya berkesempatan buat sedikit research pasal muhammadiyah. Haha. Saya tak pasti apa yg menghantui saya tuk wat benda ni, Cuma sebab ada sahabat yg tanya pasal ni, n saya berusaha tuk kongsi apa yg saya tau. Dan btw, isu muhammadi wahabi ni sekali lagi menjadi kontroversi apabila beberapa tokoh ulama kita dilabelkan sebagai pengikut kumpulan2 tersebut. Saya tak dapat nak komen byk sebab saya tak baca isu ni habis2 lagi sebenarnya. Tgu lah sy beli majalah I nanti. Haha.
Dan hari ini  bertarikh apa tah sy tak igt. Haha. Yg penting hari itu adalah hari saya di jogja, hari dimana ada kelas final muhammadiyah dipagi hari. Hari yang saya pissed off sebab terpaksa lewatkan plan nak shopping di Bandar Jogja. Kelas bermula awal pagi, dan kedatangan kami sememangnya dinantikan oleh Pak Yordan. Ni kelas terakhir dan banyak benda yg tak sempat di catch up, di habiskan pagi ni. Jadi, saya harus bermula dengan kisah pertama mengenai apa Muhammadiyah ni.  
“perasaan hiba dan sedih menyelubungi seluruh warga istana. Derap langkah setiap manusia yang menghadiri kemangkatan raja itu, semunya lemah2 belaka. Termasuklah dayang2 dan pegawai2 istana yang mengiringi keranda tuanku. Perjalan sejauh sebatu dari kompleks istana menuju ke maqam diraja menyakitkan tapak kakinya. Perasaan letih mngurangkan rasa sedih dan hiba. Sepanjang perjalanan, berjejeran rakyat kraton memenuhi tepi2 jalan bagi mengucapkan selamat tinggal pada tuanku yang disayangi.  Selepas habis segala upacara, dia bergegas ke kompleks istana bersama2 kerabat diraja bagi menguruskan majlis perlantikan tuanku yang baru mangkat. Dia harus bergegas supaya apabila segeranya pertabalan dilakukan, jasad tuanku yang sedang menunggu di maqam barulah boleh dikambus didalam tanah. Selesai majlis, semua kerabat brgerak menuju ke tanah perkuburan untuk menyaksikan jasad tuanku selamad disemadikan dengan aman
Beberapa tahun sebelum kemangkatan tuanku, hidup seorang memanda yang menumpahkah taat  setianya pada Penghuni Istana di Jogjakarta. Dahlan nama dia. Dia adalah seorang pegawai istana yang membantu perjalanan kehidupan keluarga diraja menjadi lancar dan berjalan dengan penuh adat istiadat.  Org mengandaikan, seorg pegawai istana tidak mempunyai kehidupan di luar sana. Kerana, taat setianya hanya pada raja, tidak pada hal2 dunia. Tapi, bagi Dahlan, hanya dia yang tahu bagaimana hidupnya menjadi seorg pegawai istana. Disebalik sebuah nama sabagai seorg pegawai istana, dia mempunyai hati seorg pejuang. Dimana hatinya kental untuk memperjuangkan nasib anak2 bangsa Indonesia”
Cukup dulu setakat tu. Jadi secara ringkasnya, Dahlan, seorang pegawai istana, yang kemudiannya, meletak jawatan dan mengabdikan dirinya pada perjuangan Islam. Diatasa adalah cerita mengenai dia, dan sedikit sebanyak mempantu pemahaman anda mengenai siapa dia. Dia dikenali sebagai KH Ahmad Dahlan iaitu Kiai Haji Ahmad Dahlan. Tahun 1912. Daripada seorang pegawai Istana Kraton, yang bertempat dijogja. Ideanya, dia bukanlah fahaman baru atau pun political group. Ianya masih kumpulan yang membawa ajaran islam,yang kalu kita faham, kalu mcm kat malaysia ni, dulu2 ada kaum muda. Camtu lah. Dorg nak bg org faham islam dgn betul. Bukan islam mcm org dulu2.yang jumud dan yang tak langsung tgok dunia. Kumpulan ni, cuba nak bagi org islam maju supaya in line dengan kemodenan semasa.
Sila lihat dibawah, adalah dasar dan amal usaha muhammadiyah 
1.      Hidup manusia harus berdasar tauhid, ‘ibadah dan ta’at kepada Allah
2.      Hidup manusia bermasyarakat
3.      Mematuhi ajaran-ajaran agama Islam dengan keyakinan bahwa ajaran Islam itu satu-satunya landasan kepribadian dan ketertiban bersama untuk kebahagiaan dunia akhirat
4.      Menegakkan dan menjunjung tinggi agama Islam dalam masyarkat adalah kewajiban sebagai ibadah kepada Allah dan ikhsan kepada kemanusiaan.
5.      Ittiba’ kepada langkah perjuangan Nabi Muhammad saw.
6.      Melancarkan amal usaha dan perjuangan dengan ketertiban organisasi
Sedikit pengenalan mengenainya. sila tgu entry selepas ini untuk lebih lanjut ok. thanks.
 Kiai haji Ahmad Dahlan : Aku titipkan Muhammadiyah kepada kamu.
p/s : Strong appreciation untuk Pak Yodan Gunawan atas segala material dalam pengkajian saya mengenai Muhammadiyah . Jika bapak baca ini, saya mohon maaf ngerepotin bapak diwaktu bapak sibuk di Geneva. makasih ya.
Live strong