Showing posts with label FRIM. Show all posts
Showing posts with label FRIM. Show all posts

Wednesday, October 7, 2015

Summer IPR Training Course

Sehari lepas tiba di Tokyo, dan lepas puas jalan dekat Ueno, saya dah ready utk intensive training selama seminggu ++. Kursus ni saya apply sendiri melalui MyIPO, dan diorganize oleh JPO. Hari pertama, kami dijemput oleh coordinator kami, untuk bawa kami dari HIDA ke tempat training i.e. APIC Asia Pacific Industrial Property Centre yang terletak di  Kasumigaseki.

APIC basically bekerjasama dengan JPO untuk menguruskan training kami, sebabnya, APIC adalah training centre. JPO in the other hand is a regulatory body yang regulate Intellectual Property (Harta Intelek) matter di Japan, dan mereka bekerjasama dalam menguruskan Summer Intellectual Property Course kami. So, JPO memperkenalkan sistem Intellectual Property melalui APIC. Mesti tak familiar kan? Its okay, its basically what my job is all about. Harta Intelek + Undang-Undang. Sila lah wikipedia sendiri. lol.

Our Yuko-san

Our Santoshi-san

Kebanyakan speeches yang kami hadiri, adalah berkenaan polisi Harta Intelek di Jepun. Jepun adalah negara yang menggalakkan inovasi, dan mereka sangat megallakkan rakyat mereka untuk membangunkan SMEs. Dan syarikat-syarikat besar, diwajibkan untuk membangu SMEs bagi membangunkan ekonomi negara.

Satu contoh. Semua orang kenal syarikat Intel, yang based di US kan. "Intel Inside" yang ade dekat laptop korang tu. So setiap cip yang ada dalam processor Intel, adalah di manufacture oleh SME yang asalnya dari Jepun. Syarikat SME tersebut, memiliki hak intelek terhadap (Intellectual Property Rights) ke atas cip kecil tersebut dan memjadi penggeluar kepada Intel. So, walaupun kita tak kenal siapa pembuat cip tu, as compare to kita kenal  "Intek Inside" menunjukkan bahawa industri inovasi di Jepun adalah sangat hebat.

Sebab tu kalau kita pergi Daiso, banyak giler barang2 pelik kita nampak. Semua tu telah dipatentkan dan ade pemegang hak harta intelek masing-masing. No one can simply copy cat barang-barang tersebut kerana everything is protected by Intellectual Property Rights.

Hari pertama agak hectic sikit, sebab first time nak belaja guna Metro dan berjalan jauh dengan trainee-mates yang tak biasa jalan jauh. Hari training  agak mengujakan kerana we became part of the Japan workforce. Belaja naik tren sendiri semacam juga warga Jepun. Even kat Malaysia, saya tak biasa naik LRT ke tempat kerja sbb takde LRT kat kepong tu. Mg sy drive hari2 dan tak pernah jammed teruk. So since dekat Jepun, hari2 kene jalan sgt jaun melalui kawasan-kawasan perumahan di Kita Senju. Post ni saya nak share berkenaan culture dan tipikal Japanese everyday lifestyle.

Ni entrance Kita Senju station, kalau melalui tempat Training saya. This entrance is between residential houses.

Jalan saya lalui setiap hari. tetibe ade pintu masuk Kita Senju station. lol.



Rumah mereka yg kecik2. Setiap rumah maximizekan penggunaan ruang. So kereta pun parking guna lift setiap hari supaya bahagian bawah boleh guna untuk kereta lain.
Jepun sebuah negara yang tak popular penggunaan kereta.(even mereka adalah negara pengeluar kereta!) Setiap hari mereka akan commute pakai metro sebab metro terlalu banyak. Dan melingkari seluruh negara. So mereka memang tak perlukan kereta. In fact, metro mereka sangat tepat. Jgn risau kalau tertinggal metro jam 9.02 am, sebab nanti jam 9.04 am, akan ada metro lain sampai. Dengan tepatnya.

Maybe ade yang pernah dengar cerita, kalau ade tren mereka lewat sampai, Pegawai metro akan turun dan minta maaf kepada setiap penumpang. And actually its true. Sekiranya kelewatan berlaku, setiap penumpang akan diberikan "surat tunjuk sebab" dan penumpang kene submit surat ni pada majikan masing-masing bagi tunjuk sebab kenapa dorang lewat dtg tempat kerja.
That how Japanese live their life. They are polite, hardwork, dan honest,
Since penggunaan kereta tidak tipikal di Jepun, mereka akan ada parking basikal di setiap metro station. Bagi sesaiapa yg duduk jauh sikit dari metro, akan naik basikal, dan commute metro. Permandangan orang pakai suit, dan office attire dan menunggang basikal adalah sangat common di sini. Kalau di malaysia, xdenye org pakai blazer nak kayuh basikal kan. kecuali menteri yang kunun concern pasal rakyat. lol. tu pun for the purpose of nak masok sinar harian. kah!
Ni tempat bayar parking basikal. Rare kan compare to malaysia? hehehe Usually harga parking adalah 100yen sehari. Equivalent to RM3.50.

Apa yang saya belajar di Jepun, penduduk mereka tidak pernah kisah pasal benda2 materialistik. Kereta, dan saiz rumah, bukan ukuran perbandingan status sosial mereka. Semua orang kerja, dan hanya fikir untuk memajukan negara. Kerja, kerja dan kerja.  Bende tu la saya belajar dan saya bawa balik untuk dipraktis di Malaysia. Perspektif saya berkenaan lifestyle totally berubah selepas kenal Jepun. :)

Jepun juga negara yang kesedaran siviknya sangat tinggi. Negara dorang sangat bersih. Eevn lorong-lorong kecil pun xde sampah.dan sampah dah siap sorting dari rumah lagi. Even dekat HIDA, dalam bilik kitorg ade 2 jenis bakul sampah. Combustibel item dan non-combustible item.


Part of Japan workforce. Kul 8 pagi saya dah keluar berjalan, dan balik kul 10 malam. Penatttt. Tapi saya belajar banyak benda. Alhamdulillah
Training day, basically sama je setiap hari. Lecture, dengar seminar, group work dan sebagainya. Pengalaman saya dalam dunia IPR masih baru, jadi sy susah nak catch up dengan training dorg yang sangat intensif. Kebanyakan groupmate adelah org yg dah tua-tua, ade phd. Saya je yg baru keje x sampai setahun, join program ni, huhu.

DAISO / Kedai 100yen - penyelamat bagi backpacker & traveller. 

Setiap hari sebelum balik ke HIDA, saya akan jalan sonsorang explore tokyo. First day, mencari Daiso. hehehe. Daiso atau kedai 100 yen, basically adelah penyelamat bagi traveller2. Sebab barangannya harian boleh didapati di sini dengan harga cuma 100yen. So saya, almost everyday akan kesini mencari makanan, kopi n barang2 harian. Lol.


Saya merembat pisau untuk guna dirumah. Kualiti not bad.



Add caption





kekadang, malam saya akan dinner dengan roti ni. hehe
hehehe.

Friday, September 18, 2015

TOKYO TIPS & GUIDE : THE CRAZY TOKYO METRO

Sebelum saya cerita pasal jalan2 kat Tokyo, saya nak cerita  pasal transportation kat Tokyo. A bit of a tip la utk siapa yang nak melancong ke sana. Hehe.

Tips bila nak datang Tokyo, kita kena strategize perjalanan kita setiap hari. Sebab line metro dekat sini sangat la banyak dan sangat bertingkat-tingkat. Complicated bila tengok first time. Dekat setiap stesen, ada banyak line, so kene tahu line mana kita nak ambil untuk tuju ke tempat yang kita nak pergi tu. As a backpacker beginner, saya sgt jarang pakai servis travel agent. Semuanya study sendiri n jalan sendiri. N sometime saya prefer jalan sorang sbb kalu sesat, sesat sorang-sorang; tak perlu bertekak n susahkan org lain. Honestly, leceh berjalan ngan org  ni kekadang. Masa kat jepun ni byk kali dah sesat mlm2. Hehe. Btw ade satu malam tu saya sesat nak balik ke HIDA dari Kita senju, sudahnye tny org. Dia hantar smpai ke HIDA. Jalan Kaki weiii. Baiknya org jepun. Utk pengetahuan, org jepun bangsa paling polite kat dunia. negara bersih. Jepun ni, lagi islam sikap dorg dari org islam sendiri. Dan sebab ni la menambahkan rindu saya pada Japan ;'). *Masih tak moving on. lol 

Preparation sebelum datang - singgah2 la ke website ni ; http://www.japan-guide.com/  yang mana ni lah panduan lengkap gila, termasuk segala jenis itinerary mereka dah susun. So bole bace suggestion itenerary yang mereka ade. Separuh hari ke, atau utk 5 hari ke. Semua dah ade. Please explore the website.



japan-guide.com
Ok Tips, tips, tips.

Dapatkan buku ni bila sampai dekat Airport! Buku ni ada kat merata tempat bukan saje airport. Kat banyak stesen metro utama akan ada. Dan buku ni SANGATTTTTTT la bagus. Mmg ianya complete guide untuk melancong di Tokyo. Details nak mati dari segi tempat, stesen mana nak turun, apa yg menarek, berapa harga entrance, tips beli tiket, mcm mcm lagi. Yang bagus lagi, kalau kita melawat tempat2 yang kene bayaran masuk, kita bole dpt diskaun bila tunjuk buku ni.
Content buku ade guide semua

YANG PENTINGGGGG!!! DIA ADA MAP METRO YANG GILA NI.
Cuba cari Line warna Hijau Tua, dan cari yang ditulis C18 : Kita Senju. Situ lah terletaknya penginapan saya. C stand for Chiyoda Line. So dekat stesen Kita Senju tu, ade dua Line iaitu Chiyoda, dan juga H i.e. Hibiya Line yang warna kelabu.
Kedua, kene master Gambar Map atas ni. bole dapatkan Disini . Website ini juga ade "tips and guide" dan "place of attraction". Mmg senang kalu korang nak terus plan itenary sebelum pergi sana. Siap dengan masa, n stesen mana nak berenti dekat setiap attaraction tu. lol


Tokyo Metro Transfer Planner and Fare Calculation


Untuk menambahkan kemantapan preparation korang, korang bole dah siap-siap buat calculation fees dan juga option route utk trip korang. Link disini. Bole letak "start" station korang n stesen mana korang nak kene turun. dia akan bagi beberapa option route; stesen mana nak transfer, n mana nak turun. HEBATTTTTT!

Saya tunjuk contoh nak guna seperti dibawah. Again, link --->; Klik Sini


Contoh, Pilih stesen dari Ueno (Ginza Line) to Yoyogi -uehara (Chiyoda Line). Pastu Klik "Search"

Hasilnya adalah seperti di bawah:


Option pertama, naik Ginza line (Kuning) di stesen Ueno, n stop kat stesen Omote sando. dari Omote-sando, cari Platform utk Chiyoda Line (Hijau) dan teruslah menuju ke Yoyogi-uehara. Masa : 35 Minit Harga Normal 240yen n kalu Pakai kad , dapat 237yen.

Ni dia bagi option kedua. Sama je cara baca dia mcm kat atas. :) senang kan??
Senangkan untuk korang plan trip korang? This is Japan. They are complicated, meticulous, yet efficient. The most thing I love about Japan :)

Map network ni Bukan seluruh Tokyo ya. Ni hanya Central Tokyo. Kalau nak tahu, dekat hujung2 line dlm gambar atas tu, ade line lain lagi yang dioperate oleh pelbagai jenis company. Warna-warna lain tu semuanya Metro jugak. So kene tahu korang nak pegi mana, n mula dari stesen yang korang start tu, korang kene tahu mana nak lompat/tuka metro lain supaya sampai ke stesen yang nak dituju. Gila wehh.

Line yang dekat hujung-hujung tu pulak,  tu dah pergi ke bahagian lain Tokyo/daerah lain. Apa yang menariknya, bila tren metro tu sampai kat stesen paling hujung, automatic Metro tu akan transform jadi line lain, sebab dia dah nak masuk sempadan daerah lain. So kita kene aware, kat mana kita nak turun. Kalau dah salah turun, makanya kita dah dihantar ke tempat lain. Sebab tu sebelum datang, saya dah study dah network dia. Sbb sgt complicated n gila.

Ok la ok la I know it’s a bit boring baca pasal bende fakta macam ni kan, tapi kalu korang bosan, skip la pegi bace bende lain. Ni nak cita tips org melayu nak g jepun.

Tips seterusnya :  jenis jenis tiket Metro.

Jenis pertama

Ini tiket yang biasa, sehala-sehala. Just so u all know, kos hidup sini sangat la tinggi, so harga tiket mahal, compare to RM. So pilih la, kalau hari2 biasa, utk sekali jalan je, kita bole beli kupon biasa je sehala sehala. Ok. Bagi tiket begini, mcm kita kat Msia, beli according to tempat kan. Tapi kat Jepun instead, kene beli according to harga. So kat atas kepala mesin akan ade map dan harga setiap destinasi. So tgok harga contohnya 240 yen utk ke Ginza, so dekat dlm vending mesin, masa nak beli, tekan tiket harga 240. (dalam mesin takkan ade option untuk ke Ginza atau mana-mana tempat). So nanti pandai la benti kat Ginza. Sebab ape sistem dia camni, sbb terlalu byk stesen, n harga tiket cuma ade beberapa jenis. 180 yen, 200 yen, 220 yen, 240 yen, 280 yen n few others. So maybe bagi mereka, lebih senang beli pakai harga, instead of tempat sb kalu letak tempat, mmg x muat la skrin nak letak segala network tu.

Ni tiket biasa sehala sehala. Tiket ini dibeli di Stesen Tawaramachi, dan berharga 160 yen.

mesin beli tiket source :  http://www.kotsu.metro.tokyo.jp/eng/services/i/img_kenbai.gif

Ni la panduan utk harga bagi setiap stesen. Cari kat atas kepala korang masa berdiri kat depan mesin tu.
Jenis ke-2

This is one day pass. Tapi kalau kita plan nak jalan byk tempat especially on weekend ke, amik la One day pass yang ade dua jenis ..

Ni One Day Open Tiket yg 600 yen. Yang 1000 sy xpenah beli.

Option utk beli either yg 600yen atau 1000yen
Ade yg harge 600 yen atau 1000 yen, bole guna sepanjang hari. Bezanya adalah, yang 600 yen, cuma bole guna dekat TOKYO METRO LINE (10 jenis ketapi), dan kalu yang 1000 yen, bole guna TOKYO METRO LINE dan TOIE LINE (10 + 4 jenis ketapi). Depends, kalu kita da cekap lompat-lompat tren, beli je yg 600yen tu, yg penting kene strategize sbb kita cuma bole guna lane yg dioperate oleh TOKYO METRO OPERATOR.

Mai saya tunjuk.



(Refer gambar)Utk sapa yg beli 600 yen, dia Cuma bole guna TOKYO METRO LINE  (tgok baris belah kanan tu) i.e. Line Ginza (Kuning), Line Marunochi , with capital “M” dan marunochi with small “m” (both merah), Hibiya Line (Kelabu), Tozai Line (Biru Muda), Chiyoda line (Hijau tua), Yurakucho Line (Gold),  Fukotushin Line (Brown),Hanzomon Line (Ungu), Nombuku Line (emerald) . (Btw gambar atas tu map yg tak update- New Line tu by right adalah Fukotushin Line). Yang updated bole dapat dekat Tokyo Guide. So, tiket 600 yen ni cuma bole guna di 10 stesen ni saje. So , strategize la mana korang nak turun, n cari la mana-mana connection antara sepuluh-sepuluh line ni, lompat-lompat tren,  sampai la korang tiba ke destinasi yg nak dituju.  

Kalau sapa yang beli 1000 yen punya tiket, ada additional line korang bole access iaitu TOIE LINE (tgok baris kiri) i.e. TOEI Asakusa Line (Pink), Mita Line (Biru tua), Shinjuku line (hijau daun) dan Oedo line (magenta).



Again, saya tunjuk cara nak bace map tu guna one day pass 600yen. For example, kalu guna 600yen punya tiket, korang nak ke Asakusa contohnya dari Kita senju (H21), first naik Hibiya Line, then stop kat Ueno (H17). Dari Ueno, cari Platform G16 sbb hanya Ginza line korang bole guna tiket tu kan,then naiklah menghala ke Asakusa (G19). Sampai la ke Asakusa. Walaupun kat Asakusa ada Line dia sendiri i.e. Toie Asakusa Line, korang x bole guna pass yang 600 yen sbb Toie Asakusa Line x termasuk dlm pass tu.

However, sekiranya korang tak pakai one day pass, bole je guna line mana-mana pun guna Regular Tiket yg Jenis 1 tadi, yang penting, kat destinasi yg korang nak pegi tu, ade platform utk Line yang korang naik tu. Kalu tgok kat Asakusa, ade A18 dan G19. So pilih la mana mana line yg sesuai. Contoh korang dari A20 nak ke A18, so kene la naik Asakusa Line, sbb da xde option lain. Hayo susahnya nak explain melainkan kene experience sendiri. Mest tak faham kan. Xpe, bende ni senang sesangat.

Jenis ke-3

Jenis ketiga, adalah Pasmo atau Suica. Ni mcm touch n go. So xyah la saya explain. Semua paham kan Touch n go mcm mana. 

Beli pasmo kad dekat sini. kene masuk 500yen sbg deposit, then tambahla berapa yg yg korang nak topup. nanti bila da nak balik msia, bole refund balik segala baki yg ada n dapatkan balik deposit 500yen tu. Bole refund dekat airport/mana2 je stesen yg ade mesin ni i.e. everywhere!.

Untungnya kad pasmo ni, laju la xyah beratur n ade la sedikit diskaun bila guna dekat setiap station. Tapi x byk ade la dlm satu atau dua yen diskaunnya. Kad ni jugak boleh guna utk shopping atau dekat 7-11, atau mane2 kedai yg terima kad pasmo. dah bole jadi mcm debit kad. Even kat vending machine pun terima pasmo. mudah weiiii!
Ada juga kad lain, yang dipanggil Suica. Sama je cara beli n konsepnya macam pasmo di atas. Tapi saya tak tahu mcm mana nak explain beza antara dua, sebab saya tak guna Suica.


Nampak logo Suica dan juga Pasmo dekat gambar mesin atas tu? dua-dua pun boleh beli situ :)
Jenis-jenis lain 



Jenis-jenis lain. Semua ada explain dari Tokyo Handy Guide
Saya tak dapat explain jenis-jenis lain sebab terdapat banyak sgt option untuk para pelancong. Saya cuma share yg saya pernah guna aje. Jadinya, pastikan korang dapatkan Tokyo Handy Guide dekat Airport- amik byk2 k. sbb buku ni ade tendency utk hilang & koyak. hahaha. dalam tu cukup lengkap segala tips & guide utk tiket, transfer dari airport dan sebagainya. (despite Japanese people tak cakap english, mereka tetap berusaha menjadikan Jepun sbg tourist-friendly tourism place.)

Airport transfer- semua dalam buku Tokyo Handy Guide ni.

Enough pasal jenis tiket. Kalu korang tengok map yg bersimpang suir tadi, lain lain line seperti JR Line tu adalah utk ke kawasan lain. So contoh kalu nak pegi kawasan lain yg xde Metro, contoh Kiowa, atau transfer daripada Airport, naikla JR Line. Pokoknya, banyak gila sebenarnya ketapi kat Tokyo ni. Bayangkan setiap stesen tu ade sampai 5 tingkat platform untuk line yang berbeza-beza. And ada satu hari, saya tengah shopping kat Mall level 5 kat Shibuya, ade ketapi dtg benti tengah2 lantai tempat shopping tu. Gila kan.

N infact, jalan raya bersimpang-simpang dengan line ketapi, sampai most of the time kita kene benti sbb bagi line utk ketapi lalu. Rare betul environment kat sini. Tapi ianya satu pengalaman baru!

tunggu nak melintas jalan. hoih rindunya ;")

tgok byk gile ketapi dlm satu tempat. 
Tengok contoh ni stesen Otemachi, ade sampai 5 level dia punya stesen. each level different line. CRAZY!

Tgok Tameiko-sanno ade 4 tingkat, Nagatacho ade 5 tingkat jugak.

Tgok jarak dari satu platform ke platform lain. Betape letihnya nak transfer di setiap station, kene jalan jauh gila setiap kali. This is underground tauuuuu. Sbb tu la org sini kurus2. Main transportation adalah metro. so mereka sini xde keta. Sejak saya kat sini, setiap hari anggaran saya berjalan boleh dekat 5-10km setiap hari termasuk dari HIDA ke station, dalam tanah lagi plus utk ke tempat training. Dua minggu saya kat sini, saya hilang 3 kg. huhu. Setiap pagi kene bekpas nasik sbb kene jalan jauh tiap hari. Bantai nasik 24 jam kat sini pun still bole turun berat. Pagi bekpas, kul 10 smpai tempat training dah lapar balik. hampeh
Tips terakhir,

Pastikan korang ade stamina yang kuat untuk berjalan jauh sepanjang di Tokyo. As for me alhamdulillah, selalu lari & jogging, so it wasn't much of a problem.

Best kan baca blog saya ni? hahaha anyway, Faham sudah?? Tak faham, kene experience sendiri. Bye,  stay tuned utk next post.