Wednesday, August 4, 2010

Saya sedang melangkah ini

Bismillah

IIUM library . 4 August 2010. 5.55 pm

Persetankan segala masalah yang membelenggu hidup saya beberapa kebelakangan  ni, sebab saya tergerak nak tulis pasal benda lain pulak ni.

i keep wonderin, betul ke dalam hidup ni semuanya bergantung pada nasib? Atau adakah apabila kita dia bawah atau diatas bergantung juga pada nasib? Tah kenapa, saya baru faham yang  kejayaan atau kegagalan yang kita kecapi bukan lagi bergantung pada nasib.*sebab selama ni mind set saya mmg camtu*

ingat lagi waktu pmr dan spm (lupakan 4a 1b upsr because it was totally nasib cause I never study) *hoho* tak pernah sangka yang diri ni pernah usaha sendiri. Apa yang dah terpahat di fikiran ni, nasib semata. Tapi kali ni, melihatkan keputusan yang saya tak pernah duga, memang aku berusaha. Manakan tidakkan, 145  jam sehari kat library, tu lah usaha. Hari2 saya tanamkan dalam hati *DANIEL,YAKINLAH PADA ALLAH*. Even saya rasa yang saya berusaha sedikit *tak berapa sgt pon* saya  tetap yakin, kalu Allah nak bagi saya duduk tinggi sikit, Allah tentu akan bagi. 

Sedikit bersalah sebab saya dah pilih jalan yang saya tak pernah idamkan sebelum neh. Tapi nampaknya jalan baru ni yang memudahkan diri ini untuk megecapi kejayaan demi kejayaan. Biarlah walaupun slow slow, saya tetap akan melangkah sambil jatuh sebab kita takkan berdiri dan terus berjalan jika kita tak pernah jatuh. 

tadi tghari, saya pergi office tuk amik sijil yang saya idam-idamkan selama ni. alhamdulillah, once in mylife time, saya dapat sijil tersebut. dan saya bersyukur, apa yang saya bantingkan selama ni, membuahkan hasil. tak dapat saya nak gambarkan betapa hati saya ni gembira sangat bila dapat kongsi kejayaan ni dgn teman teman yang saya tau saya punya mereka. and even dalam kesibukan menguruskan student exchange, saya masih sempat lagi menyiapkan dan kemas semua nota2 supaya saya tak ketinggalan. betullah, apa yang saya minta dan doa pada Dia, semua saya dapat.even dalam gawat2 camni pun, Dia masih peruntukkan masa tuk saya supaya saya tak ketinggalan dalam pelajaran. kalau itupun tak reti nak bersyukur lagi, silalah bersedia dipanah petir daniel. Allah had give me much more than i expected.

 Sekarang ni, perkara yang menghantui saya adalah saya sangat takut akan jatuh. nak keep it up sgt payah ni. mgu dpan dah stat test. matilah aku kalau tak dapat buat yang terbaik. saya rasa saya dah makin besar, tapi pemikiran ni masih tak reti2 nak besar. haha. mmg perangai ribena betul eventhough dah umor 20 tahun nie. sila matang daniel coz next month u r 21 !!!

Livestrong.

Saturday, July 31, 2010

who knows it was fake??


 Bismillah
Taman Pelangi,Rawang, 31 July 2010, 11.11 pm.
 One thing to remember, ini adalah blog saya, dan saya punya hak untuk menulis tentang apa saja.as any other person have right to write about their picture of the day, or 30 days of their favorite or whatsoever. Sesiapa yang rasa menyampah baca keluhan2 saya, sila melangkah pergi.  Saya tak perlukan kesihan dari anda. Sebab saya bukanlah seorang yang suka menagih simpati dr org lain. However, I do appareciate anyone who concerns about me and anyone who cares about me. I know u there, n I know I can lean on you. Thank you, u are my forever.
 tengah malam tadi, saya terima 'invitation' untuk mengharung kegelapan malam ke bukit jalil.tujuan nya adalah tuk fetch some people dari tanah seberang  yang baru balik dari kota singa. first thing in my mind was,  is this where i should be, or is this what i should do. tanpa perasaan, saya tanya pendapat org lain sama da haruskah saya keluar tetengah malam buta menuju ke bukit jalil. and the desicion i made, im not goin. saya berperang dengan perasaan sebenarnya. dan berperang dengan perasaan sebenarnya adalah lebih sukar berbanding perang mulut whatsoever. n the desicion i made, makes me tidur lena dan what i think was 'lantak kau lah!!' . but still tak dapat nyenyak sebab nyamuk byk macam setan. haha. 
 dan pukul 7 pagi tadi, saya dikejutkan dgn bunyik call yang saya rasa saya dah expect. yes. tekaan saya betul.pegi putra, fetch mereka. sekali lagi saya berperang dengan perasaan saya,nak pegi taknak nak pegi taknak. dan kali ni, saya kalah tak seperti tgh malam tadi. dalam pada saya drive tu, hanya Allah yang tau betapanya hati saya tak ikhlas menuju je stesen putra . dan bila pk balik, kalu eksiden tgh jalan, sangat la mati katak sebab saya tak ikhlas jalankan janji saya. dan sebelum sampai, baru saya sedar, apa yang saya lakukan selama ni adalah sangat palsu, dan takde pun niat kerana Allah. *jadinya kerja aku selama ni sia2 je la... nauzubillah..maafkan aku ya allah*
 saya tak menafikan, pada tika saya menerima tanggungjawab ni, saya sangat gembira dan saya sangat enjoy at the first place. tapinya mungkin sebab saya terlalu penat, tension, dan terlalu ikut perasaan yang pada saya 'hanya perasaan' menyebabkan niat saya berubah 360'. wah, tak sanggup rasanya saya nak hadapi sebulan ni dengan perasaan 'takde perasaan' atau perasaan benci atau perasaan penat atau perasaan 'hanya perasaan'.  sebab kalu saya tak kuatkan hati saya dan ubah nawaitu saya, semuanya akan jadi sia2 dan tambahan mendapat dosa sebab adanya perasaan marah.  maafkan saya, saya akan lebih berusaha dan saya masih berdoa supaya saya kembali pada trek yang sama ketika saya bersetuju menjadi program manager tuk program nie. apa yang pasti, saya takkan cuba menyerah even until this moment. menyerah dan berubah niat  terhadap program ni tak sama maksudnya. kalau menyerah, saya akan blah camtu je. dan alhamdulillah, saya masih mampu untuk tidak menyerah.
tercetusnya rasa hati saya tuk menulis entry ni bila saya terigt waktu saya drive menuju ke stesyen putra pagi tadi. semasa sampai ke traffic light terakhir  sebelum belok ke kanan menuju ke stesyen putra. time tu saya tengah senyum dan tetiba saya sedar yang senyum saya tu hanya dibuat2. sebabnya, masa saya senyum tu, saya tgah tgok back side mirror.  dan at the time saya tgok cermin tu, saya mencuba2 tuk senyum supaya senyum saya nampak natural. haha. betapa saya tak pandai menipu perasaan sendiri eventhough saya ni lah kaki loyar buruk dan kaki penipu. am i right friends?? haha

memangnya time tu baru saya sedar pasal betapa saya mula berasa tak ikhlas buat kerja ni, macam yang saya cakap kat atas tadi. dan seterusnya, bila sampai kat putra, saya meneruskan kepura-puraan saya. it was a fake sorry, it was a fake hug, it was a fake pityness *is that even a word??* persetankan !!  and it was a fake thank you. most importantly, it was a fake smile.
gotcha!! daniel mmg pandai menipu org lain, tapi daniel tak pandai menipu diri dia sendiri. n even he felt sorry to himself.
- saya tak nak down awal2 eventhough saya dah down pun sebenarnya. kawan sampai bila2 saya cakap, istighfar byk2, sebab khilaf tu kan rahmat.dan even skg sy cuba untuk tidak menyerah kalah sebab saya taw, khilaf itu adalah rahmat.   
n readers, u deserve a real smile n a real thank you when u read until this
Live strong


Monday, July 26, 2010

Someone had stole something from my life

Bismillah

IIUM Library 11.10 am 27 July 2010

Dalam pada saya kelam kabut menerima kedatangan teman2 dari umy, saya berusaha jugak curi waktu tuk melepaskan perasaan dlm entry kali ni. becoz i know, there people who cares. n thank you.

penat, lelah, masih belum habis lagi sebenarnya. dan actually, baru nak bermula. betapa cuak dan takutnya saya hanya Allah yang tau. kekadang saya rasa saya macam sorg2 je buat benda ni. tambahan pulak semalam rasa nak menjerit je bila menapak tengah2 panas mengangkut bantal n cadar pegi ke salahuddin. haish... perasaan yang saya rasa, tah....

but then, lepas penat semalam, saya berusaha chill kan diri saya sendiri. lantak lah even ada something yang tak settle pun, i really have to go out n find peace. haha. motif niat nak menenangkan diri la kononnya. haha. dengan itu, saya pun keluar menghabiskan duit ke JJ dari kul 5 sampai kul 9. puas sebanarnya. haha but then bila balik bilik, wallah!!! welcome to reality!!

saya letih sgt ni sebenarnya. banyak revision yang saya ketinggalan, yang saya masih tak sempat nak catch up sampai hari ni. criminal cases, consti, family, usul fiqh, n succession, berlegar2 dalam kepala dah 2 minggu dah. tapi apakan daya saya, masa sgt setan sebenarnya. saya mmg terpaksa jadi macam smlm, dimana saya haruslah start stay up sampai tetengah malam pukul 1 ke 2 untuk menghabiskan topik2 yang saya tertinggal.

n dalam beberapa jam lagi, teman2 UMY akan sampai dan saya masih punya masa sejam sebelum ke kelas kul 12 nt. then kalu smpat welcome dorg dalam pukul 2 n meneruskan kelas dari pukul 3 ptg sampai 10 malam.

wah!!! nak nanges rasa. hanya Allah yang taw betapa nak rebahnya diri saya ni.

Live Strong

Thursday, July 22, 2010

Journey

Bismillah

Aikol Kafe, 23 July 11 am

Perjalanan saya dah hampir nak bermula. segala preparation so far alhamdulillah....saya hanya mampu merancang... dan cuma Allah yang berhak menentukan.

n pada kawan2, saya mintak maaf sebab i couldnt be like before  (for this while only)... but i know that u ll always be there for me when i need ur help...makaseh sebab faham saya.

 dan lagi guys...saya masih tau kat mana saya nak lean on kalu saya sgt perlukan seseorg...percayalah...
kalu tak percaya, sila lempang saya kalu jumpa kat tgh jalan... makseh

Life is not easy but worth do be grateful for

Live strong

Monday, July 19, 2010

In me in a week

Bismillah

IIUM library, 4.08 pm 19 july.

lol !!!! its been a week of hell in IIUM. dengan macam2 hal yang berkenaan dengan segala macam benda, dari class registration sampailah programme agendas. semua ni adalah suatu yang menyakitkan bagi saya. baru je lepas 5 minit Eizzaz blah dari sebelah saya pegi submit report regarding political system in indonesia, jari saya terus melatah menaip blogspot.com. haish. seminggu tak ngadap dashboard tetiba jadi kekok sebentar. n rite now in this very moment, jari saya sedang terketar-ketar menaip dari keyboard sebab bukan sejuk, tapi sebab nak cepat dan i ve got many things to catch up. hell my self. hidup tak terurus dengan segala macam hal yang saya kena settle before the end of the every single day. i hate deadlines!!! i really heat deadlines

n now, i have to like focused in two things :

a) my class schedule yang macam nak gila ituh
b) dan jugak my commitment for upcoming UMY students. 

oh hell im miserable n im gettin crazy. setiap masa macam tak cukup nafas nak bergerak n sometimes i hate to be responsible. ya allah... ya allah....

people keep arguing alahh daniel, baru seminggu bukak sem ko dah terhegeh2 masuk libary. to those, it just me, okay. aku tak nak nt dah masuk dua tiga minggu baru terhegeh2 nak pinjam nota, nak pinjam kes tuk potostat lah apa lah. that is what i hate the most.
sorry to say its not that saya kedekut atau apa, but if people wanna something from me, please dont judge me.be good to me, ill be good to you insyaallah.

n now, i have life to be manage of and i have a great future to be grab

n for opportunity to manage UMY students, its a great honoured to served them very well. saya admit yang saya sangat penat menguruskan kedatangan dorg but then , i enjoy doing it. i cannot tipu my self yang saya dah menyampah tgok muka  nenek kebayan yang saya terpaksa ngadap hari2 di level 3 itu. dan juga menadah telinga dan membutakan mata hati pabila berurusan dengannya.. n peristiwa khamis mgu lepas sy igt sampai skg, mengadap prosedur yang bagi saya adalah completely ridicilous sampai menyebabkan saya hilang sabar dan hampir menangis, its just bitch!! ..

but whatever it is, i enjoy doin this very much bcoz i know im returning their favour when im in Jogja. 
kwn smpai bila2  makseh  bcoz aku tau ko ada kalu aku pengsan before sempat 27th July ini.. one hour from now, saya kena kuar  bt caves sebab nak g buat banner...pilu sgt rasanya T_T
 dan sekarang i have to stop bcoz my family course outline dah memanggil. haish...  

life aint easy but worth it to be grateful for.

Live strong.

Saturday, July 10, 2010

"takde kerja kosong tuk saya, saya tau"


Bismillah...
Desa Rishah 9.20 pm. 10 July yang menyedihkan

 Sangat cepat cuti ni kan? N sangat tak puas. Kalu bleh, saya nak mintak extend lagi sebulan. Tak aci r kan saya dapat rest dua bulan jer. Walaupun begitu,one month in Jogja was the greatest moment ever. Looking back past 2 months, saya tertanya2 apa sebenarnya yang saya buat 2 bulan kat rumah? Pikir punya pikir, it was nothing ok. I work on nothing but increasing my weight so badly. Haha. It is easy to gain rather than to lose. Cuma org yang penah lose weight je tau betapa nikmatnya bila no kat alat penimbang tu makin susut dari hari ke hari. Like me hofkos. Tapi tu 5 bulan yang lalu. Selama dirumah ni,  no yang hilang tu, dah muncul balik kat penimbang tu. Tapi tu tak penting sebab I can lose more after this. *saya harap ianya bukanlah mimpi semata* sigh…
One thing yang saya dok pikir skg adalah bila lagi la dapat cuti camni? Sangat dah takde kan uolz?? Haha. Ni lah cuti terpanjang kedua dalam hidup saya. Before this yang pas SPM. Huhu. The thing yang saya nak highlight kat sini adalah asal la aku tak keja 2 bulan nie? Kurang2 dapat 1000 jadilahkan. Daripada menggemuk kat rumah. I keep wondering asal la abah  umi tak bg kerja? So, bila cuti dah nak habis dan hati manjadi sebak, saya tetiba terasa yang ada hikmah besar disitu. Sebab lepas ni, saya dah takkan ada lagi cuti yang panjang camni. Dan desakan umi dan abah suruh saya tak kerja ni membuatkan saya lebih banyak dirumah bersama keluarga. Itulah sebenarnya hikmah yang saya dapat discover.
Cuti masa masih belajar nilah masanya tuk kita spend time dengan family, berbakti kat dorg *im not saying that lepas ni kita tak boleh berbakti* , kita still dapat berbakti kat dorg cumanya dalam berbakti tu, kita dah jd org yang bz. Dah kerja contohnya. Tak dapat spend masa ngan adik2 , amek dorg sekolah, tgok dorg kena marah n kena bantai ngan tali pinggang denga umi dan sebagainya.masa cuti ni jugak lah saya boleh bgon at 11am setiap hari. Dan time cuti ni juga  lah saya dapat praktikkan skill memasak saya pada adik2 dan macam2 lagi. Ataupun bawak dorg g tgok wayang, g uptown.
N petang2 dapat main badminton ngan dorg. Bawak dorg main taman polo, taman dbi tgh pekan.
Takpun bangun pagi then g market ikan.. N skg saya dah even tau camne nak pilih ikan, camne nak pilih bendi yang elok..that was a skill actually n all those were  great learning process.
 N sy igt lagi aritu saya ada apply keja kat kamdar n org tu janji nak call by 2 days. But then sampai skg haram dia tak call pon. N that was also one of the reason nape saya tetiba patah semngat nak kerja.
Ada abah perli aritu, “hang dok umah dah bulat muka hang”. Haha. N saya pun balas, “tu la dah duk rumah makan ja. Org nak kerja abah tak bg”. Haha. The answer he gave, “biaqlah, duk ja rumah tolong umi pi market apa suma. Nak kerja nt abis blajaq kompem2 kerja. Nak duit abah bagi ja nt”. Tu jawapan dia.
Benda2 ni buat saya sedar nape abah tak bagi saya kerja. Dan jugak inilah time nak rehat sepuasnya. I got 2 more years to go okay. And in within those 2 years, saya dah takkan ada lagi cuti sepanjang ni. Next short sem , saya ada LAP. Then the final year, trus saya nak apply DSLP sambil menchambering. Sembilan bulan siot. Mana dan nak rehat apa suma. N pas dapat calling BAR, haruslah trus gigih bekerja. So, mmg takde rehat dah. So, haruslah cuti ini goyang kaki sepenuhnya biarlah sampai otak berkarat sekalipun. N im gonna remember this moment forever.
Please sesapa yang cuti tu kerja don’t be offended. Ni Cuma apa yang saya rasa. Mungkin dengan kerja dapat buat anda seronok. It fine for u. some people argue, ko tak kerje tak dapat pengalaman dowh.haha. that’s the argument that I couldn’t agree no more. Sebenarnya. But then bila pk balik, alah, nanti ko LAP ke, chambering ke, pengalaman la tuh. Mana ada org yang kerja suma trus jadi expert n turs menang kes tak pernah kalah. Step by step bila kita masuk alam pekerjaan, we build in ourselves automatically. So, I don’t give a damn.
So skg saya tau lah kenapa takde kerja kosong tuk saya. Kerana perjalanan saya akan trus mula lepas ni non stop unless izrail datang jemput saya. Tu barulah rehat selamanya. Afta this, ive to keep on moving, keep on gaining, keep on learning, and keep holding tuk menghadapi dunia2 hipokrit dekat sekeliling saya.
Stat lusa depan haruslah stat otak menjadi beku bila ngadap muka Dr Mahanoon. Haha. I had so much fun bebeh.
Tapi ulser 3 bijik ni sgt menyakitkan.Time nak balik2 ni pulak dtg ulser… T_T
 sila persetankan segala kesalahan ejaan dalamentry diatas.saya sedih ini dan malas nak baca balik.  T_ T
Live strong daniel !!

Thursday, July 8, 2010

Punched !!!

Bismillah.

Desa Rishah, 9 July, 1.41 am

saya terbaca ni waktu blog hopping tadi...tetiba saya sentap kejap...

"give advice to someone we love is something painful than giving advice to our common friend"

dan saya masih tengah pikir rasional ayat ni and it punch my heart a bit...huhu

maknanya org yang slalu advice kita tu tak syg kita la kan, dan begitu juga sebaliknya

lol