Sunday, May 2, 2010

Jogja Episod 14 : Pantai Kuwaru n Pantai Dipok




Perjalanan hari ni, sekali lagi memenatkan dan menyoronokkan. Yes it is. Kehilangan ‘barang’ semalam yes eventhough still menghantui, but then, I felt better than last night. Yeah. Terima kasih.

Pagi ni, kami gerak dari asrama pukul 8 pagi, mula2 bergerak ke Pantai Kuwaru. Yeah. Pengalaman baru sebab saya dah lama sgt tak pergi tgok laut. Sepanjang perjalanan, penuh diliputi sawah2 pagi yang hijau dan kuning. Kalah jelapang padi Kedah. Perjalanan jauh jugak dalam sejam.

First, kitorg sampai ke Pantai Kuwaru. Pantai dia lain sgt dari Malaysia. Pasir dia hitam dan sgt panas. Dan ombak dia sangat tinggi gila. Memang ramai orang giler kat sana. Penuh. Tapi takde sorang pun yang mandi. Keadaan pantai dia orang panggil ‘palung’ dimana di persisir pantai tu tak landai macam kat Malaysia tapi macam jurang sebenarnya. Dasar dia jatuh ke bawah. N sangat bahaya tuk mandi. Ombak dia sangat tinggi n angin sangat kuat giler punya kuat. Best la jugak. Bayu yang terlebih bersepoi. Haha. N dipantai tu, byk gambar disnap n cantik2. Hoho.

Kemudian, pergi pantai Dipok pulak. Keadaan yang sama seperti di pantai Kuwaru but kat sana lah kitorang makan tengahari. Cuma kat Dipok nie, tempat nelayan. Sinilah orang kampong beli ikan murah dan segar. Kat tepi laut jer prang beli ikan. Haha then jugak kitorg makan tengahari kat sana. Ikan bakar seharusnya lah kan. Fresh giler. Ditambah udang greng tepung dan sotong rebus yang agak pelik. But then berasap kitorg makan sebab sedap. Ala2 penuh tulang ikan atas meja sekor2. Haha. Macam baru kena serang dengan kucing camtu.

Lepas tgok pantai2 Jogjakarta, ktorg pergi pulak melawat makam raja2 Jogjakarta.Nak naik ke makam tu ya ampun tinggi bukit dia. Haha.

Sampai tu, tgok cantik binaan makam2 tu. Raja2 Jogja berasal dari dua kerajaan yang bercantum menjadi satu. Kerajaan2 tersebut adalah Solo dan Sukarta. Dan mereka bergabung jadi Mataram dan menjadi satu kerajaan Islam pertama di jawa. Sampai sekarang, adalah raja yang ke 10 yang sekarang dengarnya ada di Singapura sakit. Tah saya pun tak sure. Jadi kat makam tu ada 9 makan yang ala2 besar nak mampos. Ada dalam 9 bijik yang bertingkat. Malangnya ktorg tak dapat masuk sebab dah lewat sgt pukul 4. Dia Cuma bukak sampai kul 1. N kalu nak masuk makam raja2 tu, kena pakai pakaian jawa. N yang perempuan haruslah ala2 berkemban bila nak masuk lam tu. Tah, saya pun tak faham mana Islamnya. Lantaklah kan. Tapi ktorg cuma dapat tgok keliling luar jer. Ada lah makam2 kecik ahli kerabat dorg yang bersepah kat keliling makam besar tu. Hoho.

Dorg sangat memntingkan adat. Sampai sana suma kena ala2 senyap jer. Dapat la tgok 4 bijik tempayan besar yang katanya ada air mujarab dari kiyai2 dorg zaman dahulu. Kalu nak minum air tu kene bayar 2000. Boleh pilih dari tempayan mana. Yang perempuan pun ada, yang lelaki pun ada. Huhu. Ala2 khurafat la kan sapa yang minum air tu. Ala2 air zam zam pun ada ko tak nak minum, nak minum air tu pulak kan. Sakit sangat pemikiran.

Then lepas tu, nak turun tu, ala2 kena turun tangga tinngi cam batu caves. Haha. Tinggi gak turun. Huhu. Then balik, singgah jap kat pasar seni Jogjakarta. Tapi org dah tak berjualan. Cuma dpt tgok barang2 jualan jer. Penuh brg2 perak, batuan2, kayu, buluh, lukisan2 abstrak dan sebagainya.

Then balik lah ktorg dengan senang hati mungkin tapi penat giler sangat2. An again, Im burning. Haha. Psiko sangat bila bab2 keluar nie. Kompem hitam. Huh.

p/s : Journey never ends. N I love this live eventhough banyak dugaan dan cabaran yang harus aku lalui.
<3  


















































setelah tiba di Makam Diraja jogjakarta





































p/s : aku kuat kan








Jogja Episod 13 : Restoran Malaysia

Bismillah

1 may 2010, Universitas Muhammadiyah Jogjakarta, 8.45 malam waktu Malaysia. 

Semalam ktorg keluar dari asrama kira2 pukul 8 pagi dan bertolak ke pekan Jogjakarta untuk menikmati makanan Malaysia di sebuah restoran Malaysia di sini. Dr Zaid, lecturer dari UIA yang mengajar di UMY ni yang sebenarnya ajak ktorg ke sini. Sejak minggu lepas lagi dia dah beria2 ajak kitorang ke restoran nie. Yang bestnya dia yang belanja kitorang semua. Haha. Alangkah bahagianya hidup kitorg kat sini.

Sesampainya di sana, kami order segala macam benda. Roti canai, nasik lemak ayam rending, nasik beriani , the tarik, horliks n byk lagi. Tapi malangnya rasa makanan2 kat sini sangat la tak Malaysia sebenarnya. Even nasik beriani dia rasa macam nasik goring kicap jer. Tapi walauapa pun, sebab Dr Zaid yang belanja, ktorg bedal je lah. Tapi tu lah, still tak dapat rasa makanan Malaysia seperti yang betul2 di Malaysia. Even baru seminggu lebih jerk at sini, peresaan rindu kan tanah air sendiri sangat membuak2.

Tapi kalu difikirkan balik, macam manalah budak2 malaysia yang belajar kat Jepun, New Zealand, UK, sah sah la lagi susah nak dapat makanan Malaysia. Yes its true that its just food, but then sebenarnya bukan makanan itu yang jadi perkara penting, tapinya perasaan rindukan tanah air itu yang wujud sebenarnya. Rindukan masakan umi, bukan kepalang lagi sebenarnya. Haha.

Tapi saya harus bersyukur yang peluang berada ni tanah orang nie, buat kita belajar dan buat kita rasa lebih sayang pada keluarga kita, ibu bapa kita, dan negara kita sendiri. Kan2

Sekarang barulah faham perasaan pelajar Malaysia yang belajar kat luar Negara yang lagi jauh dari Jogjakarta nie. Saya nie kira harus bersyukur jugak la kan sebab Jogja nie bukanlah jauh dari Malaysia.
Setelah makan, kitorg pun sangat buntu tak taw nak watpe. Nak balik rasa sangat rugi pulak sebab kalu balik takde bende nak buat. Jadinya kitorg bercadang ke Milioboro sekali lagi dan menjadi gila seharusnya sambil menahan nafsu melihat barang2 jualan disana. Saya pun sekali lagi tak beli pape, Cuma beli beberapa barang persendirian dan keychain2 sikit2. Nak shopping lagi sekali mgu depan pulak. Tu baru betul2 shopping gila punya.

Then malam kitorg singgah kejap dekat rumah teman2 malaysia yang dekat UII yang lagi satu. Ingatnya malam nanti nak tgok malam anugerah nerprestasi dekat Fakultas Hukum UII. Ada pertunjukan fesyen busana muslim, band n acara bagi hadiah. Huhu. Penat sebenarnya.

Then dalam pukul 10 malam baru balik dari sana

p/s : Sekali lagi, Allah menguji aku dengan ujian yang aku rasa aku tak mampu untuk tanggung sorang2 kat sini. Tapi nak wat camne ‘benda’ dah nak jagi, ‘benda’dah nak hilang. Aku pun tak dapat nak wat pape. Allah nak uji aku sebenarnya. Once again, I really became a kid. Childish sgt. Thanks ea. aku rasa lebih baik sekarang eventhough ‘barang’ yang hilang tu belum ketemu lagi. Of course Ya Allah aku mahu barang itu ketemu semula.

Ada hikmah kan tiap benda yang terjadi. *sigh*



Friday, April 30, 2010

Jogja Episod 12 : Muhammadiahnism vs Kejawen

1 May 2010, Universitas Muhammadiyah Jogjakarta. 10. 56 pm waktu Malaysia

Bismillah

Saya dengar ‘Muhammadiahnism’ at the first time masa ktorg diwajibkan amek subjek tu.terkejut n takut jugak bila debgar. Haha. It seems like fahaman baru kan? Saya dengar mula2 “dorg nie mesti cam arqam kan?” tapi later on bila ktorg masuk kelas MUhammadiahnism petang tadi, baru saya tau apa sebenarnya Muhammadiah tu.

Sedikit mengenai Muhammadiah di Indonesia :

First of all, anda harus faham yang Muhammadiah kat sini bukan macam Muhammadiah kat Malaysia. Sebab kat Malaysia tu Muhammadiah itu Wahabi *as what been told by people, sebab saya sendri pon tak berapa tau* kat sini, Muhammdiah adalah satu gerakan yang menggalakkan Islam diamalkan mengikut Islam yang sebenar seperti yang dibawa rasulullah. Jadi sila faham yer. N yang penting, so far as in Muhammadiahnism class is concern, dorg ni tak terlibat dalam politik macam Nadhatul Ulama. *jgn Tanya saya pasal nadhatul ulama sebab I don’t even care what are they*Dorg memang concern pasal pendidikan dan pembangunan umat islam di Indonesia.

Yes memang dia adalah satu gerakan macam contoh kat Malaysia ni arqam la. Tapi arqam kan direcognize sesat oleh kerajaan tapi Muhammadiah ni tak. Dia satu gerakan yang memacu orang Islam di Indonesia ni menjadi satu bangsa Islam Indonesia yang mementingkan kemajuan dan pendidikan. Its not a new Islam tapi a new method untuk jadikan org Islam di Indonesia maju dan modern. Bawaan nya sama jer macam kita kat Malaysia. But then dorg Cuma menjadikan fahaman dorg ni sebagai satu ikutan supaya org islam jadi maju. Sebab kalu dulu2 sebelum adanya fahaman nie, org2 islam cuma faham islam sebagai sebuah anutan dan kepercayaan. Tak lebih dari tu. Even ada org islam taka mal islam. Apa yang dorg tahu, dorg ni islam adalah kerana ibu ayah mereka islam, datuk moyang mereka itu islam. Itu aje.

Org macam ni dipanggil ‘Kejawen’ yang bermaksud org yang agamanya islam tapi tak semayang tak puasa tak ape. Bagi ‘Kejawen’ nie, cukup sekadar percaya bahawa wujudnya Allah. That’s it. Ironi kan.
Jadi Muhammadiah yang diasaskan oleh Ahmad Dahlan pada tahun 1912 ni wujud untuk memperbetulkan semua ni. *but even kejawen ni masih wujud je sebenarnya sekarang*

N I just know that rupa rupanya Muhammadiah ni sgt meletop dan hebat sebenarnya. Dorg sgt kaya kot. Sudah sekarang lebih sepuluh Universiti dorg ada. Universitas Muhammadiah Malang, Jogjakatra, Semarang n banyak lagi. Di Jogjakarta saje dah ada dua. UMY sendiri n juga Universitas Ahmad Dahlan.Dorg ni private taw. Takde tajaan dari kerajaan pon. Dorg ada banyak jugak Hospital sendiri n paling latest hospital baru yang dekat Jogjakarta ni. Hebat meletop kalah KPJ.

N dibawah Muhammadiah ini ada banyak lagi gerakan yang dibentuk dibawahnya. Contohnya Aisyiyah (Gerakan wanita Muhammadiyah), Tapak Suci (Silat Dorg sendiri), Nasyiatul Aisyiyah (Remaja Perempuan kot lebih kurang), Pemuda Muhammadiyah (Pemuda obviously) dan sebagainya.

Saya sendiri tak dapat nak gambarkan betapa hebatnya organisasi dorg ni sebenarnya sebab Muhammadiah ni adalah satu fenomena kat Indonesia nie. N dalam 2 bulan lagi ada Muktamar Tahunan Muhammadiah ke 100 tahun. Yang ke 46. Muktamar ni adalah satu lagi perjumpaan hebat dan menjadi fenomena kat Indonesia nie. Dorg even bina stu kompleks baru kat UMY nie tuk persediann menerima jutaan pengikut dorg Julai ni. Huhu. Sgt hebat.n identiti dorg salah satunya yang saya tahu adalah matahari yang membawa erti sinaran . humm...

That’s it about kehebatan Muhammadiyah. Selebihnya tgu aja aku pulang. Tak pon google sendiri. Dorg memang hebat. 

p/s : esok saya bakal ke restoran malaysia. hehe seronok. dah seminggu rindu nak makan nasik lemak, laksa dan sebagainya.




this is their head quarters di Jakarta.


universitas Muhammadia Jogkarta


library UMY


p/s : these are the only thing i am able to share. more pictures next time then.

*ilmu harus dikongsi kan? *







Tuesday, April 27, 2010

Jogja Episod 11 : Lagenda Alun-Alun Selatan

Bismillah

28 April 2010, Univesitas Muhammadiyah JOgjakarta. 8.25 pagi waktu Malaysia


Malam tadi, ktorg menghabiskan masa jalan2 di kota Jogja sambil tgok kehidupan malam di sana. Haha. Kami pergi naik motor ramai2. Semua lelaki dan perempuan. Pada saya, lain sekali tgok perempuan naik moto malam2. Keadaan ktorg malam tadi sebijik macam mat n minah rempit. Haha. Tapi disini dah menjadi kebiasaan bagi kota JOgja nie sebab dah memang JOgja ni dikenali sebagai Kota Pelajar, jadinya penuh dgn pelajar yang punya motosikal.

Tujuan kami malam nie adalah ke satu tempat seakan2 tanah lapang yang di panggil Alur-alur selatan. Tempat ni ,adalah sebuah padang yang besar yang mempunya 2 batang pokok yang sangat besar n dipagari dinding batu. Lagendanya pokok2 tu adalah siapa2 yang dapat merentasi antara dua pokok tu dari hujung padang ke hujung yang lagi satu, bermakna hatinya bersih. Ada jugak yang cakap siapa yang melepasi kedua2 pokok tu dengan sempurna, jodohnua mudah. Seharusnya tak mudah sebab kita kena tutup mata sewaktu merentasi kedua2 pokok tu. Percubaan tuk merentasi pokok tu mestilah hanya sekali dalam sehari. Kalu lebih, sudah tak sah percubaan tu.

Kitorg dari Malaysia semua cuba main ‘game’ tersebut n takde sapa yang lepas pon. Semuanya melencong jauh. Termasuklah saya sendiri. Haha. Maknanya hati saya tak bersih n sebab tu lah tak dapat lepas kedua2 pokok tu. Haha. Khurafat kan? Tapi itulah kepercayaan penduduk2 Jogjakarta. Kita yang dari Malaysia nie Cuma mengambil peluang tuk merasa lagenda tersebut. Tak ada yang lebih. Kalu tak syirik namanya. Haha ;p

Then kat situ ada tempat tuk sewa speda kok. Speda tu basikal. Basikal yang boleh naik 3 orang sekali atau 2 org sekali. Hoho. Saya naik dgn wanda sama kiki. Haha. Lucu lucu lucu sebab masa naik tu gayat sekali. But then it’s a new experience kan. Haha

berkumpul sebelum merempit di jogjakarta ;p

'lasehan' atau makan di tepi jalan sebelum jalan2


di tengah kota jogja








ini penglipur lara : bukan pengemis, dia akan bercerita mengenai sejarah pape tah then kita bayar la


ini gambar dua pokok yang harus direntasi sambil tutup mata
(ni gambar siang, ktorg pergi malam, jadi tak nampak la kalu snap gambar)










menaiki speda tiga








p/s : i would like to say 'alhamdulillah'


Jogja Episod 10 : Salak Jantan dan betina

27 April 2010 . Universitas Muhammadiyah Jogjakarta

Bismillah

Sementelah ke Bobobudur semalam, ktorg melawat pulak ke Kebun Salak. Tempat tu nama dia Agro Wisata. Kalu dekat Jogjakarta nie, buah salak adalah buah yang popular n mudah sekali didapati. Kalu pegi Malioboro atau mana2 pasar, ada jer buah nie.

Selama kat Malaysia, saya tak pernah suka buah salak. Sebab rasanya kelat2 pahit n masam. Rasa dia macam keras n menusuk lidah. Tapi bila kat sini, at first place, saya menolak jugak tuk makan buah tu. Tapi time kat kebun salak tu, saya makan jugak sikit. Makan punya makan, wah wah wah. Manis sgt. Rasa macam epal pun ada gak. Buah kat situ sgt fresh giler. Tukang kebun tu petik directly from the kebun itself. Kebun kat situ besar giler. Kita macam satu kebun pembekal utama salak la kot saya rasa. Dekat 30 hektar mungkin saiz kebun tu. N salak semata.

Semasa kat kebun tu, adalah brefing pasal salak n jenis2 dia n sebagainya. Masuk kebun tu kena bayar. Jadi sepatutnya lah ada brefing segala. Yang malangnya semalam, kami tak dapat jejak pon pokok2 tu n tak dapat petik sendiri buah tu sebab hujan lebat. Ktorg Cuma duduk kat pondok jer sambil makan buah salak yang pekebun tu petik. Macam sy cakap tadi, rasa dia fresh n manis sekali. Berkilo2 jugak ktorg makan. Haha.

Menurut pak cik tu, salak nie ada banyak jenis. Tapi sepatah haram pon saya tak paham apa yang dia brief kan. Haha. Dia cakap jawa kot. Pekat giler. Teman2 indonesia je yang gelak2 dgr pak cik tu cakap. Kami nganga makan jer. Haha. Tapi ada satu yang saya faham, salak nie ada jantan dan betina. N biasanya, org lelaki akan suka makan salak betina n begitu juga sebaliknya. Haha. Faham kan. Haha. Even kita tak kenal mana satu jantan betinanya, tanpa sedar kita akan makan mengikut opposite jantinanya.

Cara nak kenal salak nie, kena tgok bijik dia. Kalo bijik dia bulat, maka betina. Dan kalo bijik dia lonjong, jantan la dia. Haha. Ironi kan. Yang peliknya takde pulak salak pondan. Haha. N ada lagi la bebrapa jenis salak yang saya tak paham apa yang dia cakap. Lantak lah kan. Yang penting makan. ;p.

Selepas penat makan salak betina *hahaha* saya dan teman2 pon blah la dari situ. Comitte dorg ajak makan bakso pulak. Memang truly bakso Indonesia. Hoho. Biasa2 je rasanya.

Then lepas makan bakso, pulanglah kami ke hostel bersama2 pengalaman dan perspektif baru.

p/s : hidup ini sgt indah. 





































makan bakso ;p


Monday, April 26, 2010

Episod Jogja 9 : Gambar tudung tuk umi


Ni harga dia dalam RM 10



Ni harga dalam RM 7





ni pun dalam RM 27











Ni dalam RM 8



RM 8 lebih kurang



ni tak tau